Pages

Thursday, March 1, 2012

Surat Minta Izin Untuk Berkahwin (Edisi Wanita)

Assalamualaikum wbt...

Mak.. Abah.. Mula-mula sekali, Zaza nak minta maaf. Mesti mak dan abah rasa pelik bila baca surat ni rupanya datang dari Zaza. Memang pelik kalau dapat surat dari seorang anak yang duduk sebumbung, hari-hari bersemuka, makan semeja, pun nak hantar surat kan?

Takpe.. Mak dan Abah jangan risau. Zaza masih waras lagi dan bukannya buang tebiat. Selalunya kalau ada apa-apa, Zaza terus cakap direct dengan Mak Abah. Tapi kan, kali ni mulut Zaza rasa berat sangat nak luahkan pada Mak Abah apa yang bermain di minda Zaza. Jadi, Zaza rasa inilah cara terbaik untuk Zaza sampaikan hasrat yang terbuku di hati ni. Zaza harap Mak dan Abah tak salah faham dan berkecil hati.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Jadi, terus-terang Zaza ingin meminta redha dari mak dan abah untuk bernikah. Mungkin mak dan abah terkejut bila Zaza cakap macam ni. Zaza nak kahwin ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain tu, Zaza akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Pesan Nabi yang kita kasihi: “Nikah adalah sunnahku (jalanku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu”. (Abu Ya’la)

Zaza nak gandakan amalan dengan pahala berumahtangga. Sebab, bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Sebab kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. Itu belum lagi dikira pahala Zaza melayan suami, menghiburkan hatinya, memasak, pahala mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak, membesarkan anak dan banyak lagi cara mudah untuk Zaza mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat setelah bergelar isteri dan ibu.


Soal calon, mak dan abah jangan risau, sebab Zaza dah ada pilihan hati sendiri. Zaza bukan apa. Zaza taknak simpan atau tangguh lama-lama. Zaza taknak jadi macam orang lain yang ibu-bapa mereka tak kisah anaknya bercouple dan bercinta lama-lama. Bertunang pun Zaza taknak lama sangat. Sebab, tu bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Zaza bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi Zaza nak mak dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat kerana pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar, yakni zina.

Apabila sudah sah menjadi pasangan yang halal, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah terhapus. Kalau Zaza telefon dia, dapat pahala. Zaza rindu kat dia, Zaza dapat pahala. Zaza bagi hadiah kat dia, Zaza dapat pahala. Malahan kalau Zaza keluar berdua-duaan berpegangan tangan dengan dia pun dah tak jadi masalah. Kan itu lebih baik dari mereka yang ber'couple'. Sekurang-kurangnya, Zaza dah bebas dari zina mata, hati dan mulut dengan dia. Jadi, Zaza nak tanya pada mak dan abah, adakah mak dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya bergelumang dengan dosa dan membuatkan syaitan ketawa kerana menghalang perkahwinan?

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Mesti mak dan abah tertanya-tanya latar belakang calon pilihan hati Zaza tu kan. Apa yang boleh Zaza bagitau, gaji dia tidaklah sebesar mana tetapi cukuplah untuk sara Zaza. Tahap pengajian dia pun tidaklah setinggi mana, tapi itu tak bermaksud dia bodoh tanpa sijil dunia.  Bagi Zaza cukuplah dia seorang yang berakhlak dan beragama. Keturunan dia pun baik-baik.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Untuk pengetahuan mak dan abah.. Mak dan ayah dia dah tahu pasal kami. Zaza bercadang nak bernikah selewat-lewatnya hujung tahun ni. Mak ayah dia setuju dan merestui hubungan kami. Mereka yang cadang supaya Zaza berbincang terlebih dulu dengan Mak dan Abah samada setuju atau tidak dengan pilihan hati Zaza ni. Lepas tu, baru mereka akan datang meminang. Sebagai anak perempuan, Zaza kena minta izin sebab abah yang harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Zaza taknak belakangkan mak abah dalam membuat keputusan.

Tujuan Zaza menulis surat ini juga bukan bertujuan memaksa mak dan abah menerima pilihan hati Zaza ni. Jauh sekali sebagai paksaan untuk memberi keizinan kepada Zaza mengakhiri zaman anak dara. Apa saja keputusan mak dan abah, Zaza akan terima dengan hati terbuka. Kerana jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi perancangan-Nya. Cumanya, Zaza akan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Sekian, salam sayang daripada anakandamu yang tercinta..

Anakmu,
Zaza


p/s : Sebab apa perempuan? Bagi aku, lelaki tak perlu tulis surat kat mak ayah. Be gentle la kan. Face to face. Lagipun, sebenarnya yang versi lelaki dah ada orang pernah buat.  So, aku buat versi gadis plak. Boleh jugak calon-calon bini aku jadikan sebagai rujukan. Heheh.. Selalunya yang jadi masalah nak bagitau kat ibubapa pasal kahwin ni adalah anak perempuan. Ye tak? Perempuan kan macam malu sikit. Ke guane? Ke lagi rakus? Tak kisah lah. Yang penting ambik point penting dalam surat tu.

SZ : Aku tak payah minta izin dah. Mak ayah aku memang dah suruh kahwin sangat dah. Haha..

30 360 juta komen:

Hansyirah Takezur said...

hahaha...

kawan2 sy sume suruh save surat ni utk rujukan... :p

Sunah Sakura said...

ok, sangat nice...

nak kawen lelaju!!!

Shaker™ said...

samala kita.. mak ayah yg suruh cpt2 kawen.. tp.. hiii.. nk share hadis tu :P

nursayidatina said...

Salam ,

Macam surat betul pulak. But a bit skema kalau nak tulis dekat ibu and ayah. Apa apa pun isi kandungan dia yang menarik. Confirm ibu ayah beri izin kalau anak bagi surat macam ni :)

Mek Lin said...

terkejut nak kena tembak :p

ramainya nak kahwin awal ni..trend ye

Hans said...

hahaha
okay juga surat nih
leh buat rujukan :-)

fRaMe+LenSeS said...

Ehhe. Da selangkah. Nk cptkan la cmni. Hihi

intan shera said...

; nice one !

Ca Cik Duyung said...

tapi xsemua mak bapak yg pemikiran mereka jauh ke arah ni dan x xsesuai nak anta surat gini..kena usaha juga dengan slow talk..ade dua2 pihak sebaik2nya..

sbb ca duduk dlm keluarga cmni..mmg agak mencabar gak nak usulkan niat. :(

Anum said...

hahahhha simpan untuk rujukan

Ara's Darlings said...

ha'ah, save wat rujukan...haha :D

Ara's Darlings said...

ha'ah, save wat rujukan..haha :D

naqiah said...

asalamualaikum,.. amboi surat.. panjang beno... hahha.. boleh cuba la kalau nak kawen.. tapi mengikut perangkaan lambat lagi..

p/s : sz kawen jgn lupe jemput ke. tak jemput nk pegi gak.. hahaha

azwa amani said...

huhu..tuk calon2 bini ye.. huhu :)

Amna.Qadeeja said...

wah wah tapi belum ada keberanian nak tulis surat camni hehe

hamboi2 bila nak kawen ni? haha jgn lupa antar jemputan yer :P :P

Aien Zainal said...

pergh.... calon-calon bini 2...
mcm da pasang niat nk bukak banyak cawangan je...ha3....

AzwanRamli said...

Menarik....hahaha

Yuu Hidayu said...

yuu save entry ni kat pendrive. pastu tadi, yuu kasi pendrive yuu kat cikgu , sebab nak print someting . pastu cikgu ternampak tajuk, 'surat mintak izin untuk berkahwin' .. Alamak.. tak tau nk jwb ape kat cikgu. terpaksa senyum je la bila cikgu tanye.. kihkihkih

hikari said...

Kalau dah ada calon lama dh usulkan niat kat ayah.. Tp memandgkn blm ada kne save dulu la surat ni..hihi
U r 25 now sz..mmg dh ptt sgt kwen pun..haha

~~zAnAfAhMi~~ said...

Sejak dua menjak ni citer psl kawin je? Zaza yang solehah......untung la sape dpt....hihi..

Solihin Zubir said...

@Ca Cik Duyung : semoga dipermudahkan urusan jodoh anda.. =)

Solihin Zubir said...

@Yuu Hidayu : bagila cikgu baca.. haha..

Terbang Bersamaku said...

idea yg bagus jugak buat surat nie.nice entry..boleh buat rujukan nanti..ehehe..:)

zaza?? eh..

Jue AbdRahman said...

skema sket hehe.. klu bg mak sy surat ni mmg mak sy pengsan..

bab kawen tu, same la kite.. hari2 kene perli, ni kazen sy nk kawen ni mesti kene perli teruk hehe..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ehem ehem....sz kawen la cepat2

xsabar nk p makan nasi minyak hehe

Hashira Yusoff said...

even mak aku baca skali pun aku tak pasti dia akan benarkan atau tidak.. tak habis2 sruh habis blajar dlu. nak tggu habis blaja pulak brapa byk dosa nak tggung. herm.. :'(

Syafiq Ahadin said...

kalau tulis kat esei spm rasa2 dapat gred apa ek?

Fz27 said...

kalau betui2 nak kawen sangat pastikan calon suami tu, tunjuk siap2 kat mak pak calon isteri akuan bank dia.. mak pak ni bukan tak maw bagi kawen, tp mesi depa akan kata nnt hang nk bagi anak oran makan pa. tu la soalan untuk budak laki

`quek2 said...

Asalamualaikum, seronok plak baca surat zaza... actually bunga baru umur 21... start inform mak abah nk nikah dari umur 20 lagi...

awal2 igt nk tulis surat tapi fikir balik, surat sebenarnya buat mak abah lagi fikir panjang & buat kita kecewa jika kita tak dengar apa tersirat di hati mereka.

Bunga beritahu wali bunga nk nikah, dia senyap seketika.. Bunga sabar menuggu respond dia, masa ti tgh drive... hati dup dap dup dap... wali bunga cakap, " Lelaki kerja apa, belajar mana, ada kereta belum, rumah, saving, family dia orang mana. paling penting nk tgk slip gaji....."

Hmmm masa tu bunga mcm marah sgt dalam hati sbb wali tya psl status dia. tapi bunga xtujuk mrah cuma nitis air mata ja. Bunga tanya kenapa taya status dia, benda tu tak penting sebab Bunga boleh cari, bunga kerja, bunga ada kereta, bunga boleh beli rumah kalu bunga nak, bunga ada slip gaji, bunga ada semua nya tapi bunga nk sorag lelaki bernama suami untuk temanni diri yg sunyi...

Kemudia, wali bunga cakap, " Tengok abg, hampir nk bercerai sebab nikah muda & baru dapat kerja, lepas tu jiwa panas lagi... aku tak mau jadi dekat hang... nak kawin, kawin tapi aku tak mau ambik tahu kalu ada apa2..."

Hancur hati bila dengar ayat cmtu sebab hati anak nak support dr si dia bernama abah.. Lepas tu bunga tak sebut dah depan dia. tapi bunga kumpul kekuatan & bincang dengan boyfren. bunga tak beri tahu boyfren jawapan dari wali bunga risau dia hilang keyakinan. Jadi, bunga senyum & gelak2 & tak buat masalah depan wali. pada masa yg sama, bunga & boyfren bg smgat antara satu sama lain. bunga tipu boyfren cakap, "abah cakap boleh tapi bersyarat, dia nak tengok slip gaji dulu... lgpn dia dah kenal. & dia pun nak tengok bunga kerja rajin2. kita sama2 jangan putus asa mengejar impian & kebahagiaan ehh... kite sayang awak & kite xnak putus asa. "

Kemudian, boyfren bunga turut nagis sebab dia xpenah dapat girl yang betul2 fight untk dia...

Doa kan yang baik untuk kami yer... actually, jika nk nikah, cakap ja depan2 sebab, jika kita tak dengar apa mak abah nak, kita takkan tahu nek perbaiki diri kita macamana. jika cth abah bunga mention psl lelaki nya status kerja, jadi boyfren bunga kerja kerja kuat lagi ler....... abah tak mention lgsung oasal bunga. alhmdllah makna dia yakin dgn bunga tp dia ragu2 dengan boyfren. then, gunalah pendapat mak ayah untk jadi lebih baik & bagii apa mereka nak. insyaAllah... sebenarnya dah kali ke 20 bunga tanya mak abah pasal nikah... kali 20 ja mereka tak mention psl diri bunga..... lega... cuma kena bg smgat pada boyfren ja........ :)

Solihin Zubir said...

@`quek2 : Amboiiiii... panjangnya komen bunga.. bleh wat entry ni.. hehe..

betul.. lebih baik berterus terang drp bg surat.. surat di atas cuma nk sampaikan point dlm tu dlm bentuk surat..

sy doakan agar Allah mmpermudahkan urusan jodoh bunga.. InsyaAllah.. aminnn..