Pages

Tuesday, March 20, 2012

Safi AbdelFatah : Pemain Import Kedah Yang Aku Kagumi

Safi AbdelFatah 

Biodata

Nama Sebenar: Abdelfatah Aftha Safi
Lahir : 23 May 1981 di Meaux, Perancis.
Agama : Islam
Asal : Maghribi
Warganegara : Perancis-Maghribi
Kediaman Tetap : Paris, Perancis.
Karier : Bermula di Perancis. 4 tahun lepas bermain di Timur Tengah.
Pasukan Semasa : Kedah FA
No Jersi : 10
Posisi : Attacking Midfielder

Safi AbdelFatah. Namanya kini semakin menjadi sebutan para pemerhati bola sepak berikutan aksi memukaunya di atas padang. Beliau merupakan pemain import baru pasukan Kedah yang menggantikan Danilo dan Baroni yang dihantar pulang kerana beraksi hambar sebelum ini. Lenggokan badan dan kelincahannya di atas padang pantas menjadikannya fenomena di kalangan peminat setia Hijau Kuning sehingga diberi jolokan 'Zidane Kedah'. Selain sifatnya yang merendah diri, penampilannya yang menutup aurat dan sentiasa menadah tangan berdoa sebelum memulakan perlawanan mengukuhkan lagi tempatnya di hati peminat.

Dan kalau dilihat pada dahinya yang hitam, aku yakin beliau seorang yang menjaga solat. Membuatkan aku bertambah kagum dengan beliau. Pertama kali aku jumpa pemain bola sepak berdahi hitam. Ustaz-ustaz yang main bola petang-petang tu belakang kira la nowh.. Yang aku maksudkan pemain bola sepak professional. Ye, aku tahu tak semestinya dahi hitam tu tak pernah tinggal solat. Tapi, bersangka baik kan bagus.


Ketika Sesi Temuramah bersama HijauKuning.com, 3 soalan yang menarik perhatian aku ialah :

1. Kenapa Memilih Pasukan Dari Malaysia?
Saya sedia bermain di mana saja. Ada mendapat tawaran dari kelab rantau Asean yang lain. Tetapi lebih suka bermain di negara Islam seperti Malaysia.

2. Siapakah Pemain Idola Anda?
Saya tidak memuja mana-mana pemain kerana haram. Tetapi, antara Messi, Zidane dan Maradona, Maradona adalah terbaik.

3. Adakah Anda Akan Memilih Isteri Dari Kedah?
Saya bermain di Kedah untuk bola sepak. Tidak pernah terfikir untuk memilih isteri lagi. Mungkin selepas musim 2012 berakhir, saya akan memikirkan semula mengenai calon isteri.

p/s : Jeng... Jeng... Jeng... Anak dara kedah dah boleh start isi borang.. haha..

Baguih Safi ni..

**Ikuti Video Penuh Temuramah bersama Safi di HijauKuning.comTV

SZ : Sekarang ni aku tengok ada player Kedah yang lain dah mula tutup aurat macam Safi. Mohon lepas ni semua dapat main bola tutup aurat. Bukannya susah pun nak tutup kepala lutut tu.

9 360 juta komen:

adan said...

apa la agakanya pandangan beliau bila melihat pemain Malaysia lain yg tak menutup auratnya erk..? baguslah pemain Kedah dah mula ikut jejak beliau..

nurdani said...

bab cara pemakaian Safi memang patutlah semua pemain bola sepak dan jugak semua atlet sukan tutup aurat tak kira laki perempuan. bagus2. memang patut jadi contoh ni

fRaMe+LenSeS said...

gle kagum aa. leh kira ng jari pemain kita y tutup aurat tu bro. seyes aku pn da rasa kagum tgk dia.

blog-tips-kurus said...

orang nama Safi ni tere bola yek..

bagus 'zidane' ni berdakwah. :-)

[hazwani_mn] said...

Hensem pun hensem... Hahahaha

alkisah69 said...

aku pon sebenarnya minat dengan corak permainan dia,banyak membuka peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol,.kehadiran dia dalam team kedah amatlah dirasai dengan sentuhan berbisa beliau ala2 zidane..

persoalanya adakah beliau akan dapat mengatasi kehebatan bekas pemain tengah kedah nelson sam martin yang pernah beraksi cemerlang ketika kedah berjaya muncul juara tiga piala berganda ?

pulun kedah pulun

azhan said...

permata yg jarang2 jumpa lepas ni..

Yatie Awang said...

Alhamdulillah....

Ujie said...

alhamdulillah..moga dia jadi penyuntik semangat utk pemain lain jadi Muslim walau di padang bola.