Pages

Friday, March 30, 2012

Perihal Tauliah Berdakwah dan Prosedur Masuk Islam

Imam Hoslan mula popular berikutan insiden beliau membaling kasut ke arah panel hakim (tapi tak kena) dan dihukum penjara setahun serta-merta atas kesalahan menghina mahkamah. Semalam, tersebar berita yang Imam Hoslan berjaya mengislamkan 2 orang banduan ketika di penjara. Tapi, hari ini keluar pula berita penafian daripada Jabatan Penjara mengenai perkara tersebut. So, yang mana satu betul ni?

Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain. Misalnya, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan. -Sinar Harian


Perihal Tauliah Berdakwah dan Prosedur Masuk Islam

Apa yang aku nak sampaikan di sini, bukan mengenai Imam Hoslan sangat. Sebab aku tak nak politikkan isu ini. Usaha dakwah Imam Hoslan mengislamkan banduan tu, biarlah ia menjadi urusan antara imam tu dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Dan lebih penting, hidayah itu hanya milik Allah. Apa yang Imam tu buat ialah berdakwah samada secara perbuatan atau lisan. Jika banduan tersebut mengucap di hadapannya, maka Islamlah dia. Bab pihak penjara tu kata tak ikut prosedur pun memang lah betul. Tapi, takkan sebab tak ikut prosedur banduan yang mengucap dua kalimah shahadah tadi tu tak Islam lagi?

Zaman nabi dulu ada pakai tauliah ke? Kalau masuk penjara sebab baling kasut bukan murtad apa masalahnya? Nabi Yusuf a.s. pun masuk penjara kerana fitnah, tapi dia masih lagi seorang Nabi. Ramai lagi para ulamak yang dipenjarakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Apakah ulamak tersebut tidak layak sebagai ulamak dan ilmunya tidak wajar diikuti? Malangnya perbandingan sekarang dengan zaman Nabi tidak boleh diguna pakai puak jahiliah zaman moden, sebab nanti dia suruh kita jual kereta, naik unta. Hempas laptop, tulis atas kayu.

Sebenarnya, nak masuk Islam hukum asalnya tidak perlu pun berjumpa orang yang ditauliahkan kerajaan untuk menjadikan ianya sah. Nak masuk Islam syaratnya mudah sahaja. Hanya perlu mengucap dua kalimah shahadah, Allah jadi saksi. Kalau seorang kafir tiba-tiba sempat mengucapkan kalimah syahadah 5 saat sebelum mati walaupun ditanam di jirat tetap masuk syurga sebab yang penting Allah SWT tahu.

Kalau ada seseorang kafir berjumpa kita dan berkata "Aku mahu masuk Islam". Bolehkah kita tangguh? Bolehkah kita suruh dia tunggu dan suruh dia jumpa pejabat agama terlebih dahulu untuk mengucap 2 kalimah shahadah? Jika dalam perjalanan ke pejabat agama dia meninggal sebelum sempat mengucap 2 kalimah syahadah dan sekiranya dia menuntut tanggungjawab dari kita kerana tidak mengIslamkannya di akhirat nanti, apa kita nak jawab depan Allah?

Cuma prosedur tersebut diadakan untuk penambahbaikan dan memudahkan rujukan sahaja. Kena ada Jabatan Agama tengok sebab boleh keluarkan sijil masuk Islam, tukar i/c untuk tulis 'Islam' dekat bawah gambar dan lain-lain. Sebab nanti bila muallaf tu mati, kalau tak ada bukti dia masuk Islam, takut nanti keluarga dia yang kafir tuntut mayat dia. Takkan nak pergi tanya mayat, "Betui ka hang masuk Islam?". Takkan kita sanggup nak tengok jenazah tu diuruskan dengan cara kafir? So, urusan pensijilan semua tu lebih mudah.


SZ : Nak buat maksiat, pelbagai kemudahan disediakan. Tetapi nak laksanakan Islam kena ikut protokol. Nak masuk Islam macam-macam halangan. Tetapi nak murtad semudah menari di tiang? Eh!

4 360 juta komen:

Anonymous said...

masaalah eh imam ni dahlah memalukan imam imam seluruh malaysia,mano la letak eh akhlak seorang imam,sampai boleh baling selipar...kat hakim pulak tu...

lepas tu senang senang nak buat dakwaan yg kononnya dialah yg mengislamkan orang kat dlm penjara tu...kalu betul pun buat apa nak sebut amalan baik kita...sia sia je amalan tu bila kita cerita kat orang....

yg benar tetap benar,yg salah tetap salah...dah masuk penjara sebab tak ikut ajaran rasulullah yg mementingkan akhlak...beristigfarlah banyak banyak, buat sembahyang taubat...moga moga lepas ni boleh menjadi contoh akhlak mulia....

Haris Khairuddin said...

eh? macam ada sumting je ayat last tu?? hoho~
yup.. kadang2 kesian dgn saudara2 yg nak masuk Islam tp dihalang dgn semua undang2. tp kalau nak buat maksiat tu.. alahai mudahnye. :[

FasiHaH SupiaN said...

hmmmmm............

adam narzuan said...

yup..secara hukumnya mudah jer.. kalau orang nikah kat siam sah jugak kan.. cuma balik kena daftar sebab undang-undang negara.. itu jer.. soal peluk islam ni pun sama juga.. ada saksi, lafaz syahadah dah cukup.. daftar sebagai saudara baru tu adalah untuk memudahkan tuntutan dari segi undang-undang sahaja seperti perebutan jenazah atau timbul implikasi lain..

semoga islam terus dilihat sebagai agama yang memudahkan.. jangan dibebankan dengan undang-undang manusia sahaja..