Pages

Wednesday, March 28, 2012

Perempuan Umpama Barangan Di Kedai

"Amboiii... Sedap hang ja nak kata kami ni barang kat kedai nowh. Ingat kami ni apa?", kata seorang awek. Amboiiiii.. Cik kak.. Cuba hang rileks sat, hang baca dulu na.. Tak payah nak emo tak ketahuan punca sangat.. Heheh...

*************************

Bayangkan, Perempuan umpama barangan di kedai. Pemilik kedai adalah walinya. Pelanggan pula adalah lelaki. Maka ada 3 jenis barang di kedai...

1. Barang Percubaan (Tester)
Plastik atau balutannya dibuka. Boleh dipegang, dibelek puas-puas, dirasa dan boleh try test sebelum beli. Tak suka, boleh cuba yang lain.

Maksud tersirat : Perempuan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak bermaruah. Rela tubuhnya diratah lelaki yang belum sah jadi suaminya.

2. Barang di Rak Terbuka
Tertutup cantik dengan plastik. Ada yang berkotak dan tersusun rapi dipamerkan di rak secara terbuka. Masih boleh disentuh pelanggan walaupun tidak boleh dicuba.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat tapi tidak menjaga batas pergaulan atau yang jenis bangga mempamerkan kecantikan yang dimiliki.

3. Barang Dalam Almari Berkunci
Barang ini sangat berharga dan berkualiti tinggi. Dibalut cantik dan disimpan rapi dalam almari kaca yang berkunci. Tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Kalau nak beli, kena jumpa tuan kedai untuk buka kunci tersebut.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak pernah disentuh mana-mana lelaki, menjaga batas pergaulan. Kalau nak mengorat dia, kena terus berjumpa dengan walinya terlebih dahulu. Kemudian, masuk meminang dan kahwin.

So, Perempuan nak jadi barang yang mana satu?




Pelanggan pula, kalau nak barang yang baik dan berkualiti tinggi, kenala jadi kaya. Kaya dengan budi pekerti dan akhlak mulia.

Pemilik kedai pula, kenala sentiasa pastikan barang di kedai di jaga dengan baik jangan bagi rosak. Maksudnya, ibu bapa kenala jaga anak-anak dia supaya kekal sebagai 'manusia'.

SZ : The customers is not always right.. and Beautiful things are not always good.. 

3 360 juta komen:

Aien Zainal said...

aurat adalah maruah seorang wanita, maka pelihara lah aurat mu....

*jadi plih lah utk jd sprti barang yg ke-3, tidak mudah utk menyentuh nya, hnya yang bnr2 layak sahaja dapat memiliki nya,he3.... =.=

Ca Cik Duyung said...

suka sangt dengan perumpaan ni... :)

hasanah said...

mmg terbaik sgt contoh2 ni... kalo la sume wanita memahami hakikat ini alangkah indahnya.. kadangkala malu jugak bila tgk mualaf yang tutup aurat tu lebih sempurna dari yg lahir dr islam itu sendiri..

tqvm coz giv a reminder to women.. :)