Pages

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour : Akan Jadi Kempen Mengarut Jika.....

Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan kempen yang dipelopori oleh World Wildlife Fund (WWF) bermula pada 2007 di Sydney, Australia dimana 2.2 juta individu dan hampir 2000 perniagaan bersepakat untuk memadamkan lampu selama satu jam. Tujuannya untuk menunjukkan protes terhadap pemanasan iklim global yang disebabkan kesan rumah hijau serta penggunaan tenaga dan sumber yang berlebihan. Kemudian, kempen ini mula mendapat sambutan dari seluruh dunia dari setahun ke setahun.

Kenapa Dilaksanakan Pada Waktu Malam?

Pada waktu malam, generator atau power plant iaitu stesen-stesen jana kuasa akan bekerja pada beban yang paling tinggi disebabkan penggunaan yang maksimum pada waktu malam. Lebih-lebih lagi banyak stesen janakuasa menggunakan sumber arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar utama mereka. Jadi, Earth Hour ini diadakan untuk mengurangkan beban pada stesen jana kuasa tersebut. Lantas mengurangkan penghasilan karbon dioksida.


Kelemahan Earth Hour

Sebenarnya, kesan dari Earth Hour yang dijalankan adalah tidak seberapa, dan hanya cuma dapat mengurangkan beberapa percent sahaja dari gas rumah hijau iaitu carbon dioksida C02). Dan setelah cukup tempoh satu jam Earth Hour tersebut, semua orang pasti akan membuka kembali suis lampu mereka serentak. Ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik naik secara mendadak, menyebabkan beban kepada janakuasa meningkat secara drastik. Menambah lebih banyak beban kepada stesen janakuasa berbentuk arang batu dan petroleum, menyebabkan lebih banyak pelepasan sisa karbon daripada kadar biasa.

Tak Guna Jika Sekadar Tutup Lampu Sahaja

Kempen Earth Hour adalah sesuatu yang sia-sia jika anda hanya menutup lampu semata-mata sedangkan barangan elektrik yang lain dibiarkan terbuka. Contohnya, aircond dan peti sejuk menghasilkan tenaga haba yang jauh lebih tinggi daripada lampu dapat mengurangkan penghasilan gas CFC. Aku pun tak faham kenapa kempen tersebut hanya menekankan suruh tutup lampu sahaja.

Jangan Pasang Lilin

Bila dah tutup lampu, mesti ramai yang pasang lilin. Tahukah anda, lilin adalah sejenis hidrokarbon yang mengeluarkan gas rumah hijau sama seperti yang dikeluarkan oleh bahan bakar penjana elektrik (diesel, gas asli dan arang batu). Sama saja seperti anda membuka semua alat elektrik di dalam rumah. Belum lagi bab bahana lilin.

Kempen Jadi Mengarut Jika...

Ye.. Tutup lampu mungkin hanya satu simbolik bagi kempen Earth Hour. Tapi, tidak ada gunanya jika kita support Earth Hour, tapi selepas itu kempen hanya tinggal kempen tanpa langsung meninggalkan kesan dan kesedaran. Begitu juga jika kita buat bodoh dengan kempen kitar semula, masih membuang sampah merata-rata, membazir air, merokok dan lain-lain yang berkaitan. Tidak lupa juga, projek Lynas.

*Rujukan : Wikipedia, Selangor2u , Jejaka Terhangat , 8TahunMencari


SZ : Bumi yang tua makin tenat...

15 360 juta komen:

nurdani said...

baru faham dan saya bersetuju. benda lain orang tak ambil tahu sebab fokus kepada lampu.

dan..nyawa budak tu..huhu

shahrul said...

owh tue la pasal,..org pon trtnye-tnye kenape tutup lampu je,..

Anonymous said...

yang PALING tak bersesuaian sekali : duduk ramai2 sementara menunggu lampu dibuka semula...maksiat yg dibuat..BODOH!

delarocha said...

jimatkan penggunaan elektrik setiap masa, bukan hanya pada earth hour :-)

ps: bro boleh tolong saya 'like' sesuatu?

Solihin Zubir said...

@delarocha : tolong like apa?

Haris Khairuddin said...
This comment has been removed by the author.
azwa amani said...

nice sharing bro.. :)..

~~zana@pb~~ said...

hospital gelap jg ke? Akk buat dek je, tutp lampu.....aircond bukak, nak mampos dok dlm gelap, panas lg...nyamok lg....

Faiqah Umaira said...

macam mana nak buat? jika kanak2 tak dididik dengan baik sejak kecil.. guna elektrik sesuka hati tak kira masa di mana jua sebab orang bayarkan. Lagi satu, hal buangs ampah merata-rata, dalam bas pun diorang campak plastik keropok ke luar tingkap tanpa ada perasaan bersalah..memang makin tenatlah bumi ni

Hansyirah Takezur said...

eh,semalam earth hour? xprasan.lol.

betul, usaha tu nampak sangat sia2...

Mohamadazhan.com said...

retorik ja bro...juak2 yang tamak kononnya sayang bumi yang byk menjahanamkan bumi dalam diam...

Aretikz said...

Usaha ada, cara tu jak kurang berbaloi.. hehe..

Puteri Iqa Izyan said...

lepas tu aku tak faham kenapa kalau earth hour mesti nak jugak buat mini concert. bukan ke tu gune elektrik jugak?

tapi, aku tak penah pun sambut earth hour ni. :P

diana said...

earth hour??
orang nak tengok bola la..
hehehe

Prince Noob said...

earth hour? lol
http://9gag.com/gag/3573125