Pages

Wednesday, March 14, 2012

3 Kategori Blogger Penjenayah Mata Duitan

Apa tujuan asal anda berblogging? Sekarang ni ramai yang dah mula menjadikan aktiviti blogging sebagai lubang duit. Memang tak dapat dinafikan, dengan hanya berblogging dapat menjana pendapatan yang lumayan. Disebabkan itu, tidak hairanlah ramai blogger yang berlumba-lumba mengejar traffic yang tinggi ke blog. Kerana ianya sangat penting untuk menaikkan rating blog dalam usaha menarik mana-mana syarikat menyewa tapak iklan di blog.

Tetapi, akibat terlalu ghairah mengejar wang ringgit, ada blogger yang langsung tidak ambil peduli apa jenis isi kandungan blog mereka asalkan traffic naik mencanak. Bagi mereka, "Peduli apa, asalkan pakcik kayo".


Tidakkah mereka sedar bahawa cara mereka mencari rezeki tidak ubah seperti penjenayah-penjenayah di dunia realiti. Contohnya seperti...

1. Blogger Ibu / Bapak Ayam
Blogger yang menjadikan blognya sebagai 'sarang pelacuran' untuk menjana keuntungan. Caranya dengan mengeksploitasi gambar-gambar wanita seksi terutamanya selebriti popular sebagai 'pelacur' dalam usaha bapak ayam menjana pendapatan yang tinggi. Seperti mana yang kita ketahui, keyword lucah sememangnya sentiasa mendapat rating yang tinggi disebabkan ramainya masyarakat gila seks terutamanya pemuja 'berhala moden' yang suka berfantasi dan obses dengan selebriti popular yang digilainya. Terima kasih bapak ayam kerana menyediakan medium buat mereka menjadikan blog anda sebagai modal melampiaskan nafsu serakah di sarang pelacuran anda.

2. Blogger Perompak
Boleh juga digelar lanun cetak rompak. Blogger ini kerjanya mencuri dan merompak hasil karya orang lain, mengkopi-pasta secara bulat-bulat tanpa sebarang credit apatah lagi meminta keizinan. Ibarat mencuri beras di kedai runcit Pak Abu dan menjualnya di kedai runcit sendiri. Sumber rezeki hasil barang curi adalah tidak halal. Dia juga tidak menghiraukan samada berita tersebut sahih ataupun tak, tidak dikaji terlebih dahulu. Hinggakan kadang-kadang dia sendiri tak habis baca pun artikel yang panjang lebar tu terutamanya artikel keagamaan. Laksana menjual VCD ceramah agama cetak rompak yang dia sendiri belum tengok. Dia tidak kisah, asalkan traffic yang masuk ke blognya meletup dengan artikel hasil rompakannya yang berjaya 'dijual' dengan laris.

3. Blogger Pembunuh
Pada mulanya, ingin saja aku menamakan Blogger Melodi. Tapi hal ini bukan saja melibatkan dunia artis. Blogger ini sanggup mendedahkan aib orang lain dan menjaja gosip-gosip liar dunia selebriti demi kepentingan diri. Sanggup mendedahkan aib orang lain dan sebagainya dalam usaha menarik pembaca yang gemarkan gosip-gosip panas seumpama itu. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Dengan fitnah, anda dapat membunuh jiwa dan kehidupan orang lain secara tidak langsung. Suka menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah atau berita palsu yang diragui kesahihannya juga membunuh minda dan memperbodohkan orang lain. Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Anda sanggup membunuh demi duit?

p/s : Maaf di atas penggunaan bahasa yang mungkin kedengaran agak kasar. Sekadar ingin memberi perbandingan situasi tersebut dengan jenayah di dunia luar. Betulkan niat asal anda berblogging. Kerana anda tidak ubah seperti penjenayah-penjenayah tersebut. Carilah keberkatan dengan rezeki yang halal. Kaya di dunia tapi miskin di akhirat, tiada gunanya. Saham akhirat jangan dilupakan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” -Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani

**Baca ini juga : Apa Jadi Jika 10 Blogger Ini Meninggal Dunia?

SZ : Lepas 3 bulan start blogging, baru aku tahu blog boleh jana pendapatan dengan iklan. Jakun kan?

20 360 juta komen:

Sunah Sakura said...

sama la..mula2 dulu mana tau semua tu...da bertahun2 berblog baru tahu..haaa..lagi la noob dari sz.. :D

harapnya saya tak jadi penjenayah dalam dunia blog ni..huhuhu

meh turun johor makan kek

~hAKim ZaiLAn~ said...

sama la..pasang iklan tu sambil-sambilan je..huhu..
by the way sedara dah try site pinger terbaru?
rakanblog.com..trafik boleh tahan gak naik..

fRaMe+LenSeS said...

dlm tak sedaQ kan bro. huu moga2 dijauhi la kita dari jadi macam tu. huu.

*belog kami tak laku tak jadi penjenayah kan? kan? :P

Yatie Awang said...

akak lagilah buta tentang masalah ni dulu..ingatkan blog ni sekadar penulisan untuk dikongsi bersama..rupanya boleh buat duit...

namun kalau di lihat adala sesetenagh blogger yang macam tu..

Atika Aula said...

betul tu..saya setuju. penat dengan diorang ni, tak takut dosa ke. demi duit, sanggup buat macam-macam. semoga diorang cepat insaf. yang lagi tak tahan, tulis entri macam keagamaan sikit, tapi banyak iklan2 perempuan seksi. mungkin entri tu di copy paste je agaknya. memang tak patut~

shat mashuri said...

btul2.. sokong kenyataan ini... :-)

Solihin Zubir said...

@~hAKim ZaiLAn~ : ping kt situ nk kena letak widget thumbnail ke? kalo camtu, xnaklah.. sbb tgok kt situ ramai penjenayah blogger.. byk yg lucah je nampak..

dwaty said...

kadang2 blogger tak sedar yang mereka boleh jadi penjenayah...

p/s: mesti dah banyak kali cash out kan???

wanie_mn said...

skrg baru tau. thanks sz, sudi share. insyaA lps ni saya akan cuba pikir semasak msaknya entri yg saya nak buat tu. :)

Hansyirah Takezur said...

tu yang nak popular+duit je tu...

yang penting cubalah share apa2 yang bermanfaat kepada orang ramai. tak dapat duit, dapat pahala. :)

Syafiq Ahadin said...

@Sunah Sakura kak sunah tak nak ajak saya p johow. hehe!

dulu time tak kenal nuff, main tulis je. takde kontroversi. sume pasal diri. tapi bila tau nuffnang ni bagi duit, haha! semangat lak. tapi takde perasaan lak.
aigooo~~
tapi kalau dapat duit, best gak. hehe! isi masa lapang, duduk senang goyang kaki punggung eh? atas kerusa ngadap lappy, duit masuk. aigoo!
sekian.

FasiHaH SupiaN said...

hmmm........penjenayah2......

xpayah nak jadi penjenayah sgt lah dgn blog..hurmmmmm

Prince Noob said...

blog yang ni jatuh dalam kategori penjenayah mana satu ya?

adan said...

memang ramai pun penjenayah blogger ni.. ikut kesedaran masing2 la.. bila fikir benda tu tak betul hentikan saja..

Solihin Zubir said...

@Prince Noob : hang rasa camna? blog aku kategori bajet bagus yg perasan suci kot? eh? ke camne? Hehehe...

Fz27 said...

harap aku tak tergolong daripada depa ni semua....

Jejaka Terhangat said...

"Fitnah dosanya lebih besar drpd membunuh" << dulu aku pnh cuba utk search info pasal ni. tp tak pernah dpt kesahihannya. yg aku dpt fitnah lebih buruk/teruk/bahaya drpd membunuh. dan fitnah yg dimaksudkan adalah bukan fitnah tuduh menuduh tu. apapon, kalo ko jumpa jawapannya, bleh la roger2 aku ek. hehe. wallahualam..

Solihin Zubir said...

@Jejaka Terhangat : bukankah ayat 'dosa fitnah itu lebih besar drp membunuh' tu ayat Al-Quran?

Alfitnatul asyaddu minal Khatl..

maksudnya memfitnah itu lebih besar dosanya drp membunuh..

ataupun, JT ada maksud lain?

Hazwan Arif said...

aku geram dgn 'tag' setiap post..post pasal benda lain tapi tag tulus lain..bila google, dan bukak blog..takde pun apa yang kita cari..


pasal lucah ni, kalau aku buat dah lama aku kaya dgn duit blog haha

rasahatirisa said...

gua pun noob jugak. baru berblog. selama ni conteng dinding fesbuk jer. haha.

tapi sebenarnya mentaliti rakyat malaysia, diorg hanya minat dgn tajuk2 yg gempak dan lucah.

blog gua pun gitu. haha. tapi ada motif dan ada kaitan tajuk gua sebebarnya ngan post gua. Gua tukar jadik ayat2 motivasi. Gua suka bagi pesan dan nasihat dengan cara gua sendiri.

tapi yang penting- gua tulis ikhlas. gua tak reti buat2 iklan nih. haha. noob kan? dan yg paling penting, tu semua hasil tulisan gua yang oriinal hokey. :)

kalau sudi mai jemput datang umah. wp. rasahatirisa ..ewah~haha