Pages

Tuesday, February 21, 2012

Wall Facebook = Dinding Ratapan

Seringkali kita menggunakan facebook sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila kita ada masalah saja, kita update status mengadu dan merintih. Bila sedih, kita update status meratap. Jika marah, kita update status maki-makian. Sehinggakan sahabat-sahabat kita terasa anoyying dengan status-status tersebut. 'Attention whore' ke hape? Yess! i mean 'KITA' sebab sejujurnya aku pun pernah terjebak dengan gejala tersebut.

Sepertimana yang kita tahu, pengasas facebook tu Yahudi. Yahudi ni bijak dan licik. Tak mustahil antara tujuan dia cipta facebook adalah untuk membuatkan umat Islam leka daripada mengingati-Nya. Tahukah anda, kenapa di facebook ada WALL? Atau dalam bahasa melayu disebut dinding? Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau Dinding Ratapan.



Dinding Ratapan adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S. Bagi umat Islam, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.

Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Sakinah) yang bermaksud kehadiran Illahi. Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.


Disebut “Dinding Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Mereka juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.



Bagi aku, tak salah kalau nak luah perasaan kat facebook ke, twitter ke, myspace ke or whatever. Itu korang punya pasal la. Forever Alone lah katakan. Luah kat facebook pun jadi. Heheh.. Tapi, status facebook yang terlalu mengikut perasaan juga mencerminkan kebodohan. Mungkin juga tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di facebook daripada mengadu kepada ALLAH SWT yang Maha Mendengar itu. Lebih banyak berdoa di facebook daripada berdoa di sejadah.

p/s : So, gunalah laman sosial sebaik mungkin. Jangan jadikannya sebagai dinding ratapan. Diulangi, LAMAN SOSIAL! Bukan facebook je. Dinding ratapan yahudi tu juz sebagai info je.

*Lagi info dan gambar : isuhangat

SZ : Nak kena convert ke ' facebook timeline' ke ni? Heheh.. Memang tak lah. Tetap akan kekal guna Wall. Timeline fb tak best. Timeline twitter je best.

8 360 juta komen:

naqib faiz said...

kenapa mesti tulis luahan dan doa kat wall facebook? bukankah lebih baik kalau kita doa atas sejadah?


p/s: tukarlah timeline...... hahaha

Syafiq Ahadin said...

sy dah tau cane nak takde timeline... huhu!
TL twitter sangat best!! :)

nursayidatina said...

haven't heard about the wailing wall , thanks for the info :)

hopefully tak kena tembak.

twitter juga nak ;P

Yatie Awang said...

memanglah...banyak betul yg gunakan wall tu untuk luahkan perasaan, yg tak tahannya, kalau yg terlebih gedik tulis kat situ...nasib baiklah jauh, malah tak kenal pun...adoiii...yg hairannya nak pi tandas pun kasi tahu hehehe

NURUL NADIAH MAMAT said...

'ah... benci kamu..! ah.....!'

saje je tulis....haha..nice info SZ..!

Hansyitake said...

ada je yg jenis berdoa tu... yang jenis... "Ya Allah........." kira both in one la. huhu..

maybe rasa release bila tulis camtu tapi janganlah melampau sangat... nak2 yang jenis tulis pasal kapel bagai. annoy sangat. =="

Cik Pulau said...

eh.. tak pernah tau pn pasal ni.. hahaha

Fz27 said...

memang dah jadi macam budaya nk wat luahan kat FB... sampai nk suruh bangun tidoq pon cakap kat wall celah mana nya dia nk taw kalau tulis kat wall len la p ketuk bilik dia