Pages

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul : Detik Kelahiran Rasulullah SAW


Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Irhas dikategorikan kepada tiga :

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan  yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Pertama, semasa Rasulullah SAW berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu, kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Al-Quran Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia." Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan, "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik". Selepas itu, awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Sesetengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Selain itu, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Manakala, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan mahsyur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Saadiah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Wallahu'alam....

*Ditaip semula daripada salah satu artikel di dalam buku Perancangan Eksekutif Islam.




SZ : Salam Maulisur Rasul.. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat di akhirat kelak. Amin..

8 360 juta komen:

Yatie Awang said...

suka sangat baca kisah nabi saw...

minggu ni pun dalam ceramag Ustaz Don, bercerita kisah kelahiran Nabi saw..tak pernah puas..

akak suka artikal ni

naqib faiz said...

selawat ke atas baginda.


btw, lorr. patut la dalam blog list tak keluar2 entri baru..

Norashiqin Kamaruzaman said...

alhamdulillah....ada gak org buat N3 ni....huhuhu... =)

imbas balik dan tambah info mengenai sirah rasulullah yang dah lame ditinggalkan...heheh, thanx for sharing~

anamizu kaito said...

suke cik ana bace kisah ni..
TQ SZ sbb kongsi entry ni :)



slm maulidur rasul :)






luv,
cik ana

Syafiq Ahadin said...

moga terus berada dalam keredhaan Allah. :)

Ad-Dien said...

lau kana bainana ya Rasulullah, salam ukhuwwah dari WADi..

:)

Ad-Dien said...

sebenarnya kalau rujuk kitab tarikh kibarul ulama' ia adalah khilaf kelahiran Rasulullah s.a.w

ada tiga pendapat yang utama:

1. Ibnu Ishaq - 12 Rabi'ul Awal

2. Al-Waqidi - 10 Rabi'ul Awal

3. al- Mubarakffuri, 9 Rabiul awwal

4. Abu Ma'syar As-Sindi - 2 Rabi'ul Awal


yang rajih, al-Mubarakfurri- 9 Rabiulwwal ..wallahua'lam


salam ukhuwwah, jemput ke blog untuk menimba ilmu dari qalam kibarul ulama :)

Ca Cik Duyung said...

lama tak dengar @ baca citer camni..zaman skola dulu suka dengar sebab time sirah , ustazah bercerita .. :)