Pages

Monday, February 27, 2012

Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

*********************************

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

*disunting dan dipetik drp page KBSB.

p/s : untuk download video, KLIK SINI!

SZ : Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan? Nauzubillah...

19 360 juta komen:

shahjiehan said...

hidayah milik Allah..

weih..11 k dah!! dem betul..!

hana said...

sbb kite mnjadikan islam tradisi...
dari atuk nenek moyang semua Islam..
beliau masuk Islam kerana beliau mengkaji tentang Islam itu sndiri..
untuk kita mengenali Islam kite kena mendalami Islam itu..
=D

~eZmALiZa~ said...

masyaALLAH.hebat sungguh kuasaNya sehingga mampu memberi hidayah pada seorang gadis Cina :)

hidayah itu ALLAH turunkan pada org2 yang layak menerimanya. jadi, bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai umat Islam.. alhamdulillah :)

azwa amani said...

Allah kurniakan nikmat iman itu pada sesiapa yg dikehendaki.. org bukan Islam dalami AQ, tapi org Islam, kebanyakkan buat tak tahu je dengan mukjizat ini.. :)

**lamanya x dtg sini.. huhu.. SZ dah kahwin ke??

naqiah said...

assalamualaikum... serius bila baca.. meremang bulu roma kami sz!!! baru 17thn dah kaji tentang Islam.. subhanallah... :') welcome Loo Jo Yee

didier drogba yang hensem hokay!

wanie_mn said...

tlepas episod jo yee ni mcm dorg tayangkan dkt tv alhijrah. =='

Solihin Zubir said...

@shahjiehan : ceh! 11K jgk yg hg nmpk..

Solihin Zubir said...

@azwa amani : SZ dh kahwin? hahaa.. mandaiiii je.. :D

Terbang Bersamaku said...

terharu dan sebak bila baca entry nie..hurm..muhasabah diri sy semula...sy Islam, tp masih berusaha utk menjadi muslimah sejati..

terima kasih kerana berkongsi ilmu..=)

Ad-Dien said...

kenal beliau semasa di seminar beberapa bulan lepas, Alhamdulillah telah mendaftar sebagai saudara baru kita, barakallahufik

ziarah ke blog ini, rasanya dulu pernah ke sini..cuma blog domainnya lain, wallahumusta'an

mOoN said...

Subhanallah... terharu baca kisah ni...

pha is said...

subhanallah....

burnkelana said...

Syukur alhamdulillah..

ecah said...

dia dah masuk islam on the day dia sebut syahadah..tak perlu tunggu umur 18.itu hanya undang2 duniawi yang dicipta malaysia...berjawab la dengan Allah siapa yang terlibat dengan penggubalan undang2 tu..

Jue AbdRahman said...

alhamdulillah.. bangsa lain berlumba masuk & hayati Islam, berlumba2 pertahankan Islam, tp kite? huhu

visitme@FaTiN cOrNeR said...

dia sgt ohsem..

RealNS said...

Lee Jo Yee penah datang kampus NS aritu :) alhamdulillah dia jumpa jalan yang benar :) pray the best for him

p.s : patutlah dah lama tak update , upenyer ade org curi domain . ^^ btw , waiting for next entry :D

Fz27 said...

la ni orang islam pulak yang banyak soal pasai islam kenapa buat ni buat ut.. dan macam -macam lagi kalau ada yang tak kena dengan gaya idup depa

Anonymous said...

melayu sekarang islam hanya pada kad pengenalan dan nama... sediihh...:'(