Pages

Thursday, February 23, 2012

Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.

Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.

Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.

sekadar gambar hiasan

Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.

Wallahua'lam.....


16 360 juta komen:

shahrul said...

owh terima kasih,..nice info

Sunah Sakura said...

nicely explained... :)

FiqRie Skeleton said...

hang biler nak kawin bro? hehe

izzah azhar said...

seriously saya nak tahu sangat pasal benda ni lama dulu.tentang kenapa nabi kawin lebih dari 4.bile tny org,org pon xtau nk jwb knp.now i knew.thanks for the info yg sgt3 berguna :)

diana said...

orang kita sendiri pun pelik dengan anak dara kita yang kawen umur lebih dari 30..heheh

~~zAnAfAhMi~~ said...

Terima kasih kongsi artikel ni, sesuai bacaan kaum lelaki. Perempuan pun perlu tahu juga. Kahwin tua ke muda, itu semua sudah suratan takdir.

Hansyirah Takezur said...

nabi adil dalam poligami. itulah sunnah yg sbnr. kalau para lelaki nak ikut sunnah poligami, sila pastikan adil ye... haha..

Syira Qahira said...

salam...


harap org kita tidak terus salah faham..

Solihin Zubir said...

@FiqRie Skeleton : doa2la bg cepat.. haha..

siti zabihah said...

jazakallah utk info ini...kawen itu mmg sunnah Nabi, tp pologami tu bkn harus ke???? huhuhuhu kalau salah saya mohon maaf, hanya ingin berkongsi pendapat sahaja... ^_^

Ca Cik Duyung said...

mentaliti masyarakat skang dah berubah lagi2 orang melayu kitaa...kawen muda sangat salah..kawen umur lanjut sikit salah...humm

pha is said...

barat ni ader je bnde yg tak puas ati kat nabi...

Solihin Zubir said...

@siti zabihah ye btul.. hukum asal poligami menurut jumhur ulama adalah harus..

dan boleh berubah menjadi, sunat, makruh dan haram mengikut keadaan.. =)

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum, thanks for sharing solihin ^_~ sokong poligami. dan biarlah adil.

Fz27 said...

ramai plak la ni laki gunakan alasan nk kawen 4 sebb nk ikut sunnah, tpi solat cukup tu tak pernah...

Surina Mokhtar said...

Ya betul..