Pages

Tuesday, February 28, 2012

Berita Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Terbakar Adalah Palsu

Masih ingat dengan Kurt Westergaard, kartunis kontroversi Denmark yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu? Hari ni kecoh di internet terutamanya facebook dengan penyebaran berita Kurt Westergaard telah mati terbakar oleh api yang datang entah dari mana walaupun dijaga rapi oleh pihak polis.

Lihat gambar yang aku screenshot di sebuah page di facebook ni. Amboiiiiii... Dah 11K++ orang share berita tu. Dah jadi budaya umat manusia di facebook suka share membuta-tuli berita seperti itu tanpa menyelidiki kesahihannya. Itu bukannya cara nak tunjuk anda sayangkan Rasulullah SAW.


Lihat gambar je pun dah mencurigakan. Aku pun tak pasti itu memang mayat lelaki yang rentung, seorang pesakit yang melecur atau hanya seseorang yang terjatuh ke dalam lumpur atau selut. Tapi aku yakin itu bukannya Kurt Westergaard berdasarkan bentuk fizikalnya yang tidak menyerupai Kurt. Bila dah kantoi gambar tu fake, tiba-tiba je si tukang sebar cakap itu gambar hiasan. Pulak dah.

Kalau di'klik' pada link sumber yang diberikan, (www.zimbio.com) anda boleh lihat pada tarikh artikel tersebut dipos. Ianya bertarikh 7 Mac 2010? Fuyyoh! Sudah terang lagi bersuluh. Dah 2 tahun berita palsu tersebut dipos tapi kenapa baru sekarang nak kecoh? Bila aku meng'google' dan terus meng'google', hanya laman web zimbio yang menyiarkan berita Kurt mati terbakar tu dan juga blog-blog Melayu kopi pasta.

Mana dia berita arab yang dikatakan melapor berita asal tu? Laman web lain pula masih menyiarkan berita mengenai Kurt pada tahun 2011. Maksudnya dia masih hidup. So, celah mana dia mati pada Mac 2010? Laman web zimbio.com juga bukanlah laman web yang boleh dipercayai sebab dia pun dapat berita tu dari blog uwillreadnews.blogspot.com yang mana blog tersebut sudah tidak wujud lagi. Itu bukanlah dari sumber yang sahih. Tidak syak lagi. Sekali lagi umat Islam diperbodohkan.


Yang aku kesal, ada yang mempertahankan, walaupun berita tersebut palsu atau tidak sahih, kita kena ambil pengajaran dan percaya kuasa Allah? Beb! Kenapa mesti nak menipu atas nama Allah dan Rasulullah? Itu bukan caranya kita nak bagi pengajaran kepada orang lain. Jika berita tersebut tidak sahih, itu dah jadi fitnah. Menyebarkan fitnah untuk memberi pengajaran? Mazhab mana kau ikut?

Dan aku tak nampak orang yang share berita tersebut mengambil pengajaran. Yang aku nampak hanyalah kata-kata makian, carutan, cemuhan kepada Kurt. "Padan muka!", "Hambik kau bodoh", "Go to the hell" dan caci maki yang tak layak aku papar di sini. Cuba renung balik. Semasa hayat Nabi SAW dulu, walaupun baginda teruk dicerca dan dibaling najis, adakah Nabi memaki-hamun mereka? So, kita ni siapa? Caci-maki saja yang kau tahu. Jauh sekali hendak berselawat ke atas Nabi.

Sepatutnya anda merasa kesal kerana gagal menarik orang kafir memeluk Islam. Sepatutnya anda mendoakan agar dia diberi hidayah atas perbuatannya itu. Hidayah tu hak Allah. Allah berhak memberi dan menariknya daripada siapa sahaja. Kita tiada hak untuk memaki hamun dan menghukum sesama manusia. Hinalah Kekufuran Tapi Jangan Hina Si Kafir. Tambahan pula yang emo lebih-lebih tu, default pic pun tak tutup aurat. Kenapa masih tak sedar diri. Ini menunjukkan anda lebih teruk daripada kafir. Sebab anda tahu hukum tapi tak melaksanakannya.

Sudah-sudahlah tu dengan tabiat mudah percaya dan taksub dengan berita sebegini yang diragui kesahihannya. Jika terbukti palsu, anda dah dapat dosa memfitnah. Bila dah tersebar meluas, berganda-gandalah dosa yang diperolehi.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]

SZ : Rajin-rajinlah selidik kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarnya. Jangan tahu nak mohon share je.

37 360 juta komen:

fiq. said...

good entry. trimas

Hansyirah Takezur said...

kadang2 mohon share sb nk nmpk up-to-date even berita tu xtahu kesahihannya. bak kata org, xmau dikatakan katak di bwh tempurung.

hana said...

erm..
setuju..
jgn mudah percaya kepada berita..
lepas ni kene siasat dulu kesahihannya..
nice share..
=D

Hans said...

orang Malaysia cepat butthurt
itu la masalahnya :-)

Syafiq Ahadin said...

okeh2!! baru tauu!!! huhu! slama ni cuma berita palsu laa ek? huhu!!!!

littlebrickman / Ketam Bulan said...

kalau sayangkan baginda, perbanyakkanlah selawat dan hidupkanlah sunnah.

littlebrickman / Ketam Bulan said...

sayangkan baginda, perbanyakkanlah selawat dan hidupkanlah sunnah.

liyanafadila said...

TQ admin sbb mencari kesahihan berita ini (^_^)...

harap pasnie ad yg tulis pasal kesahihan post 'smyang sambil dukung anak' ... diowg main share jer... bahaya tul.... tak sumer sumber yg dikata dari Arab tue betul...

Anonymous said...

org melayu beriman dengan surat kabar

Fitrihadi said...

aku pun tak percaya dengan benda ni. sebab takde sumber yang sahih.. so takdelah nak main sebar camtu je.. Apa pun thanks bro sebab dah jelaskan dengan terang!

wanie_mn said...

untg tak share pun dkt fb. lagi2 bila ada ayat 'share sekiranya kita sayang nabi', 'share klu cinta pd Allah' dan blablabla. haihh.

naqiah said...

la.. yeke.. naqiah siap copy paste berita.. hehehe.. tq sz!!! :)

ujang said...

alasan stendet org kita..

"mana aku tau..aku share jer.."

honey ej said...

T.kasih. u r rite! Patutnya kita ambil peluang disaat isu ni diperkatakan...lihat pd perspektif berbeza, positifkan...tragedi 11/9 dulu, selepas tu ramai yg 'kembali' kpd Islam..; dlm nista dan fitnah ada hikmahnya. Audit diri sendiri...

Qarr Jalil said...

goodjob bro.:)
now people know the truth..

Yatie Awang said...

entahlah manusia ni tak pernah serik kalau buat sesuatu

Sunah Sakura said...

hurmmm..tak sempat nak tengok pun berita ni kat FB...

Anonymous said...

dah agak tipu je ni. :p

Anonymous said...

hurm...padat n berkesan msj yg nk dsmpaikan..tq!

blog-tips-kurus said...

'jangan hina si kafir'.
mungkin satu hari nanti dia lebih bertakwa drpd kita..

Anum said...

thanks perkongsian yang baik :)

misz aisya said...

diorang rase diorang bagos sgt sbb dah islam semuala jadi..hidayah Allah siapa yang tahu kan..

tengs for sharing.. :)

naqib faiz said...

der, manusia facebook sekarang ni suka share2. tanpa selidik. "oh, aku da share ni, kiranya aku sayang nabi la ni." . kepala ho dia. gambar rambut berkarat. dah tu share pulak benda yang macam tak sahih. mcam kata ko, fitnah tu. memang trend macam tu sekarang. klik share je. kalau tak share tak sayang nabi. pekes?

..seputih salju said...

walaupun ad benarnya mungkin berita itu palsu tp bukan ke memang da dinyatakan oleh penulis berita tu y GAMBAR HANYALAH HIASAN semata2..
ada nampak tak ayat tu?
kenapa nk pertikaikan gambar tu bukan Kurt Westergaard? dah MEMANG BUKAN dia.

tp kalau admin ckp kita ny mmg suka meng'SHARE sesuatu perkara tnpa usul periksa mmg sy setuju,
kita ny lebih suka menerima bulat2 tnpa ada usaha utk mencari kebenarannya..

Solihin Zubir said...

@..seputih salju : bukannya nk pertikaikan gmbr tu.. masalahnya sekarang, bila dah kantoi yg tu gambar fake, baru diorg edit semula caption tersbut n letak perkataan GAMBAR HANYALAH HIASAN tu.. Kalau tak, tak tersebarlah serata pelusuk org percaya itu memang gambar mayat Kurt yang rentung..

ini menunjukkan, mereka juga tertipu dgn gmbr tersebut sbb dlm website ZIMBIO.COM tu tak ckp pun tu gambar hiasan..

ngerti? =)

Jue AbdRahman said...

dh agak mende ni tipu.. klu btul mesti dh kluar news kat mane2.. mmg btol la sesetengah org kita sangat taksub.. bahaye ni..

Fz27 said...

fist tengok gambaq ni pon dah taw dah kata fake.. mudah sangat percaya benda2 yang macam ni

KK can said...

Yup, aku 1st time baca pn cam ssh nk percaya. Xde kuar kat mane2 media lain pn just kat fb je.

Syaffiq Noor said...

teknologi ni dicipta manfaat kn la..nk share pastikn sahih..mmg la anda suka bawa berita baru tp hati pun perlu tahu..harap Allah dpt melindungi..amin

mohamad mohd said...

sekarang baru paham

mohamad mohd said...

sekarang baru paham

melayu power said...

Xpayh gdoh....saling mnasihati...,mngkin begitulah balasan bg org2 yg mnghina Allah,Islam dan Rsul2Nya...wallahullam

melayu power said...

Allah maha mengetahui segala2nya...Wallahullam

melayu power said...

Xpayh gdoh....saling mnasihati...,mngkin begitulah balasan bg org2 yg mnghina Allah,Islam dan Rsul2Nya...wallahullam

Farhanuddin Hartandi said...

I like this info...muhammad oh muhammad your are all...

Farhanuddin Hartandi said...

I like this info...muhammad oh muhammad you are all..

Anonymous said...

demi untuk tidak digelar 'katak bawah tempurung' sanggup untuk share benda yang fitnah atau tak pasti ye kak? aduhhh..