Pages

Wednesday, February 29, 2012

Asal-Usul Nama Teddy Bear

Siapa ada Teddy Bear? Golongan gegurl ni mesti ramai yang ada bebear kan. Yang beboy ada tak? Kalau ada, mai sini nak boh penampaq sedaih. Biasa nih! Wat malu kaum ja. Haha.. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana menatang patung beruang tu boleh lekat nama Teddy Bear? Kenapa bukan Mickey Bear, Donald Bear ataupun Abe?


Ceritanya begini..

Pada bulan November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt pergi berburu di Mississippi. Ramai jugak yang join. Dan pada masa tu ramai pemburu lain dah dapat tangkap dan bunuh binatang tu. Kemudian, pasukan Presiden tu pula dapat tangkap seekor beruang hitam. Lepas puas bertinju bertomoi dengan beruang tu sampai beruang tu dah lembik, diorang ikat beruang tu kat sebatang pokok. Lalu diorang panggil Presiden untuk tembak sendiri beruang tu sampai mati. Kiranya macam bagi penghormatan kat dia la sebagai seorang Presiden. Kalau tak, malu la dia sorang ja tak dapat tembak mangsa buruan. Dahla dia dulu hero masa perang kat Cuba dulu.

Colonel Theodore Roosevelt

Tapi, Presiden tu menolak dan mengangggap itu tak profesional dan tiada semangat kesukanan (keburuan). Lalu, dia mengarahkan diorang menembak sendiri beruang tu sebab taknak beruang yang dah lembik kena belasah tadi tersiksa. Peristiwa tersebut menjadi topik hangat di seluruh Amerika. Dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post. Ala.. Macam kartun dalam Utusan Meloya tu. Dalam kartun tu, beruang tersebut yang realitinya adalah seekor haiwan yang besar dan nampak ganas dilukis kecil dan nampak comel.

A 1902 political cartoon in The Washington Post spawned the Teddy bear name 

Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun tersebut dan memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenaran menamakan patung beruang tu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama Teddy Bear dan popular hingga sekarang.

Al-kisah.... Tepuk.. Tepuk..

*rujukan : wikipedia

p/s : Bayangkan kalau Presiden Amerika pada masa tu bernama Barack Obama. Agak-agak kita semua panggil Teddy Bear apa ye sekarang? Barack Bear? Bama Bear? Ohmai...


SZ : i love u my 'Teddy Bear'.. Eh.. Eh.. i mean my future wife..

22 360 juta komen:

Aisumi Chan Kawa'i said...

owhhh~ begitu rupanya~ ^_^

nursayidatina said...

Serius baru tahu. Hahaha. Teddy bear's sound better dari Barack bear or etc. hehe

Yatie Awang said...

aaaa...baru tahu ni...tapi apa salahnya kaum lelaki pun ada bear...buat teman tidur malam hahaa

::Misz sunsWeetz:: said...

haha thankz for the info bro!

hana said...

oooo
gitu kisah nya..
bru tau..
hiih

Qarr Jalil said...

haha..bru tahu..

aku ade teddy bear..tlg bagi penampaq..HAHA

Syafiq Ahadin said...

Comel je Solihin Zubir buat entry pasal patung. Haha!

azwa amani said...

ceihhh, teddy org rupanya... huhu..kahwin jgn lep jemput naa.. :)

amani punya teddy bear nama syukriah.. huhu

Hansyirah Takezur said...

obama+bear = obe bear.
oops cam blog obe lak. haha

visitme@FaTiN cOrNeR said...

oo..mcm tu al kisahnya..tp klu tukar Barack bear pn coolio jgk..kehkehkeh..*mcm bear pulak si Obama tu..

Norashiqin Kamaruzaman said...

owhhh bawu tau... kiranya teddy punye bear lahh ni...jd lah teddy bear....haha comeyll je nama samaran teddy

Ca Cik Duyung said...

owh yeke..hehe..pasal nama orang rupanya.. :)

love my 'teddy bear' too.. :p

Sunah Sakura said...

hahaha..comel pulakkk!

NURUL NADIAH MAMAT said...

anak buah saya panggil tak panggil teddy bear...panggil bobob...kekeke...

blog-tips-kurus said...

saye selalu tertanya pasal sejarah teddy. baguslah SZ dah publish ni. macam tragis je asalnya drpd beruang mati..

[PCL] said...

dapat info bole gebang kat anak2 lps nih..

aliesha kirana said...

oho gitu rupenye. i love u 2 teddy bear. eh eh. heheehe

Gadis mutiara_Solehah said...

tq 4 de informotion.. Selalu tunggu update blog ni.. By de way,saya copy ye and dah credit pun^^

Hashira Yusoff said...

oh..ada history sndri rupanya. ingatkan mmg wjud sbgai toy aje. ahaks! nice entry.. :D

Anonymous said...

saya dah pernah dengar tpi crita dia lain.katanya ada sorg laki ni nama dia apa ntah tpi ada teddy lah dia ni sajer je lukis bear tdi dngn muka yg comel brlainan dngn sifat bear yg sebenar,ganas.saya baca dlm mcm paper yg kecik tu yg ada jual kt sekolah.

Solihin Zubir said...

@Anonymous : ada dlm petikan di atas.. hehe.. mgkin paper tu ambik sebahagian je..

Fz27 said...

al-kisahnya.... ooooooo