Pages

Tuesday, January 17, 2012

Pelbagai Perkara Aneh Dah Berlaku.. Benarkah Kiamat 2012?

Di sebuah kedai makan ketika lunch hour, dua orang rakan sekerja sedang berbual sementara menunggu makanan yang di'order' sampai.....

Kiah : Oit Mat! Kau rasa kan, bila agaknya kiamat eh? Betul ke kiamat 2012?

Mat : Ish! Mana la aku tahu. Yang kau pandai-pandai cakap kiamat 2012 ni kenapa?

Kiah : Bukan apa. Sekarang ni macam-macam perkara pelik berlaku. Tanda-tanda kecil kiamat pun dah lengkap sempurna katanya.

Mat : Yeke? Apa tanda-tanda kiamat kecil tu?

Kiah : Antaranya, zina berleluasa, alat muzik bermaharajalela, banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, fitnah berleluasa dan macam-macam lagilah.

Mat : Perkara pelik yang kau cakapkan tu pulak?

Kiah : Kau tak tahu ke? Sekarang ni tengah heboh pasal bunyi aneh ala-ala darth vader tu. Macam alien nak serang bumi pun ada.

Mat : Haish! Kau ni main-main pulak.

Kiah : Bukan aku. Orang yang cakap. Aku pun baru je dengar tadi. Video bunyi aneh kat Kota Samarahan tu.

Mat : Yang tu pun aku dah tengok. Macam fake je sebab gelap. Entah-entah bunyi member sebelah tidur berdengkur.

Kiah : Aku rasa tak. Sebab sebelum ni sepanjang 2011 pun dah jadi fenomena seluruh dunia pasal bunyi-bunyi aneh tu. Kat Ukraine, Siberia, Russia, US dan macam-macam lagilah. Entah-entah bunyi Dajjal tak? Kalau kau nak dengar, kau KLIK SINI!

Mat : Tapi, ada orang cakap bunyi-bunyi tu cuma rekaan ataupun hoax. Ada jugak yang cakap bunyi misteri dan aneh tu datangnya daripada projek HAARP iaitu suatu Kajian Saintifik Ketenteraan Teknologi daripada Amerika Syarikat. Wallahu'alam la..

Kiah : Ish.. Aku takut la wey.. Aku rasa ramalan kiamat 2012 tu memang betul la. Nostradamus, si peramal tersohor Perancis tu pun meramal 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet. Para ahli astrologi China dari Dinasti Chang pun cakap akan berlaku bencana besar tahun ni. Lepas tu NASA cakap ada meteor nak hentam bumi apakebenda ntah.

Mat : Ish.. Kau tahu tak apa hukum meramal kiamat? Tidak boleh bagi kita, umat Islam ataupun sesiapa jua manusia untuk meramal hari kiamat kerana ia adalah urusan Allah SWT. Hari kiamat hanya Allah saja yang tahu. Sesiapa jua sama ada malaikat, sekalian Rasul malah baginda Nabi Muhammad SAW sendiri tak tahu bila kiamat akan berlaku. So, wajarkah kita hamba yang dhoif ni nak ramal kiamat? Jatuh akidah kau nanti! Cukuplah kita hanya tahu akan gambaran kiamat dan beriman dengannya.

Kiah : Bukan apa. Aku takut sangat kalau betul kiamat berlaku tahun ni. Aku ni dahla banyak dosa. Amal ibadat pun masih tunggang-langgang.

Mat : Lerr... Kalau betul kiamat 2012 pun, ada lagi 4,5 bulan kau nak prepare. Mati yang entah-entah 2,3 minit lagi, tak pun besok lusa, kau tak nak risau plak? Nak paranoid pun, agak-agak la. Jangan nak tunggu kiamat baru kau nak berubah. Jalankan tugas kita sebagai hamba Allah setiap masa. Habis tu, kalau diorang ramal kiamat 2050, dah tua baru kau nak bertaubat ke? Berubahlah sekarang sebelum malaikat Izrail jemput kau.

Kiah : Errrr... Ok.. Jom pi masjid.

Mat : Amboi.. Terus ajak pi masjid. Makan la dulu. Makanan dah sampai ni.

Benarkah? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

SZ : Aku pun.. Banyak sangat-sangat dosa..

9 360 juta komen:

Yatie Awang said...

itu semua rahsia Allah...cuma kita harus bersiap sedia...InsyaAllah

Sunah Sakura said...

bertaubat dan beramal bukan kerja di saat-saat akhir..sebagai hamba Allah, setiap masa kita kena bersedia dengan bekalan untuk dibawa ke alam barzakh..

iqbalsyarie said...

kretif. Memang, bentuk penceritaan ialah satu metodologi dakwah juga yang sangat efektif. Kerana itu juga satu seni yang al-Quran selitkan di dalamnya.

Teruskan. Dan salam kunjung, akhi. Walaupun sekadar sesekali :)

~~zAnAfAhMi~~ said...

Walau berdentum dentam bunyi keluar dari langit atau bwh bumi, manusia masih belum nk taubat. Mudah2an kita semua dilindungi tp siapa kita utk menghalang kehendak Yang Esa.

azwa amani said...

nice SZ.. ermm, amani pun. banyak dosa-dosa. tapi Allah itu Maha pengampun.. teruskan dkawah dan dekatkan diri dengan Allah.. insyaAllah, moga-moga Allah meredhai kita sebagai hambaNya. Allahuma Amenn

Anonymous said...

bawa banyak berdoa terhindar dari segala musibah bala bencana, mohon dilindungi dari segala bayaya. bila ombak tsunami setinggi 1000 kaki berada 100 meter dari anda, tiada sesiapa dapat menyelamatkan anda, samada tuhan akan menyelamatkan anda atau bertawakal dan redha(tanda keimanan) akan ketentuanNYA yang anda akan mati sekejap lagi dihentam tsunami.

naqib faiz said...

Kiah : Aku rasa tak. Sebab sebelum ni sepanjang 2011 pun dah jadi fenomena seluruh dunia pasal bunyi-bunyi aneh tu. Kat Ukraine, Siberia, Russia, US dan macam-macam lagilah. Entah-entah bunyi Dajjal tak? Kalau kau nak dengar, kau KLIK SINI!


hahahhaa.. klik sini! epik lawak

yasminminqal said...

hanye allah saje yg mengetahui

yasminminqal said...

hanye allah saje yg mengetahui..
kite manusia hnye mmpu berdoa saja