Pages

Thursday, January 12, 2012

Kalau Tak Sebarkan Bermakna Sayang Syaitan?

Assalamualaikum wbt... Hari ni Abam nak bagi teguran kat 'adik-adik' yang rancak dan ghairah menyebarkan status-status atau gambar-gambar seperti di bawah atau yang sama waktu dengannya di laman-laman sosial.

Kalau sebar, sayang Allah. Kalau abaikan, bermakna sayangkan syaitan?


Apakebenda semua ni?  Kalau tak sebar, terus di'cop' sayang syaitan? Giler ape wahai 'adik-adik'?

Katakanlah, kita tukarkan sikit ayat tu. "Siapa Islam, sila klik LIKE dan share." Kalau tak buat, terus jatuh murtad? Macam tu ke?

Kita tukar lagi.. "Kalau sayang ibu anda, sila sebarkan. Kalau tak sebarkan, anda anak derhaka." Ceh! Terus masuk neraka?

Siapalah agaknya yang mula-mula cipta ajaran sesat macam ni. Itu dah kira macam kiriman berantai. Seolah-olah memaksa orang lain turut menyebarkannya. Apa motif? Merosakkan akidah. Kesian kat 'adik-adik' yang kaki like, kaki share dan kaki retweet tu. Main ikut je dakyah ni macam lembu kena cucuk hidung.


Itu bukannya cara nak tunjuk kasih sayang pada Allah

Tahukah 'adik-adik'? Nak tunjuk kasih sayang kat Allah, bukan macam tu caranya. Jangankan kerana sebar benda macam tu dah boleh nilai kasih sayang kita pada Allah sedangkan perkara lain yang dituntut-Nya kita tak buat. Ini Abam tengok yang galak menyebarkan ni terdiri daripada 'adik-adik' yang free hair, tomboy, kaki mencarut, kaki gedik dan lain-lain lagi jenis perangai mintak kaki.

Nak tunjuk kasih sayang kat Allah, kenalah buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contohnya, rajin solat, berzikir, berpuasa, menutup aurat, dan memperjuangkan amar maaruf nahi mungkar. Bukannya sebarkan benda macam tu. Yang dah besau panjang tu, tolonglah jangan jadi 'adik-adik' sangat ok! Tahu nak share jeeeee.. Mencik taw nengoknye..

SZ : Entry yg sepatutnya dipublish hujung tahun lepas.. Tapi, sebab domain buat hal, baru dpt publish skrg.. Selamat dtg ke domain baru.. LOL!

13 360 juta komen:

Aretikz said...

Kali ni aku awal komen di domain baru.. lol.. haha..

Yupz.. boboy pun xsukew kalau wat mcm tu.. eeeww~ cisdil tul bhasa itu.. haha..

sebarkan salam dan juga sebarkan kebaikan dengan cara yg betul.. dats 4 share ^_^

Berkata seorang alim terkena; (terkenal tapi aku lupa sepa yg punya ayat, haha)

"Syaitan buka 99 pintu kebaikan, untuk mencapai 1 kemungkaran.." lebih kurang gitulah ayat dia.. hehe..

Daddylicious said...

budak2 mudah sangat terikut2...

diana said...

KAT FACEBOOK AKAK TENGOK RAMAI ORANG GILER LIKE.DAPAT APA PUN TAK TAU LA.

Niza Romli said...

byk sgt share benda camtu...mula2 dulu mcm serba salah je sbb dah terbaca kan. last2 pikir ni kerja manusia, diorg yg cipta jadi abaikan je.

Siti Safiyyah said...

lol

selalu sangat nampak kat fesbuk.. ditegur kang tak makan saman.. =='

mamawana said...

Tak jauh beza dgn surat berantai kan.. kalu tak sebar, tak salin dan copy pd kawan2 akan di timpa musibah. Hmmm....dangkalnya. Kalu sayangkan Allah tunai kan yg di wajibkan dan jauhi yg terlarang.

Terbang Bersamaku said...

nampaknye masih ramai yg mudah terpengaruh dgn kiriman berantai mcm nie..dri zaman takde inetrnet sampai lah zaman fb...

adan said...

Yang dah besau panjang tu, tolonglah jangan jadi 'adik-adik' sangat..

ayat di atas mmg kena bro..

Hansyitake~ said...

padahal nak popular je tu. tak pk benda len dah.. nak dia pnye artikel or status di share.

kadang2 diorang nak main2 je tulis camtu somehow biar la logik skit. ni nak share tp wat ayat camtu... takleh blah..



wah, tahniah domain baru. patut la cari tak jumpa.. :)

GreenAppleKu.com said...

Akhirnya dpt juga letakkan link blog ni dlm blog. Masalah teknikal betul bila domain kena rembat yer... Next time, just be more alert, careful dan apa lagi yer...

Miss Meen said...

domain baru yang agak sukar nak ingat..
Lihin...hikhikhik bunyi mcm mat jambu!!
Okey apa apa pun Tahniah pada domain baru :)

Yeah...entry kali ni mmg bagus diketengah jugak..sbbselalu juga dpt sms mcm nie..aduiii..pelik pun ada..
Apa pun yg penting semuanya dtg dr hati..kan :)

Sunah Sakura said...

kalo macam tu, tak payah semayang, tak payah puasa, terus masuk syurga...gulpppp!

benda macam ni, kalo yang tak faham, diorang akan rasa takut dan terus PAKSA orang lain sebarkan juga..tu boleh jatuh syirik kalo ayat dia tak betul...naudzubillah..

azwa amani said...

ada jugak org spesies macam ni ye..