Pages

Monday, January 16, 2012

Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

Sekarang ni ramai yang dah mula obses dengan fotografi. Kamera DSLR menjadi impian ramai orang samada muda remaja mahupun tua belia termasuklah aku yang hanya mampu memiliki kamera handphone 5.0 megapixel buat masa ini. Bukan setakat menjadi hobi. Malah ada yang menjadikan bidang fotografi sebagai sumber pendapatan.

Tapi, dalam keghairahan kita bergambar, mengambil gambar dan menyebarkan gambar, kita terlupa mengenai hukum-hakam fotografi dalam Islam yang kita telah langgar samada secara sedar ataupun tidak sedar mahupun pura-pura tak sedar.


1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.

2. Apa hukum mengambil gambar model yang tidak menutup aurat?
Haram samada model lelaki, wanita ataupun khunsa. Apatah lagi jika gambar yang diambil adalah gambar bogel.

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?
Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?
Tidak halal. Mengikut kaedah fiqh, yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya. Contoh lain, jika minum arak itu haram, haram juga kita menjualnya walaupun kita tidak minum arak. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

7. Saya hanya ingin berkarya. Saya hanya perlukan kritikan terhadap hasil karya tersebut.
Kembali kepada Islam samada kita ini fotografer, model ataupun siapa saja. Tunjukkan kepada orang lain bahawa gambar yang cantik tak semestinya model yang tidak menutup aurat atau yang haram dilihat. Islam tidak menghalang fotografi cuma kita perlu mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

*rujukan : komuniti iluvislam , media.isnet , iniwootwoot , digitalmukmin

p/s : Hentikanlah menyebarkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat sekalipun gambar tersebut bukan gambar anda. Menyebarkan gambar selebriti barat yang tidak menutup aurat pun berdosa, apatah lagi jika gambar orang Islam sendiri.

SZ : Terbukti manusia yang degil tidak mahu menutup aurat ni memang sangat menyusahkan semua orang. Tu je sebenarnya.

28 360 juta komen:

akak comot said...

salam..terima kasih SZ krn sudi menjawab soalan.maknanya kena lbh hati2 nak upload gmbr pasni.terima kasih ye

adan said...

Thanks bro sebab sudi menjawab soalan.. sgt hargainya..

last question bro.. kalau upload pic kaki je salah ka? muka tak nampak..

*contoh gambar sila ke blog aku.

sekali lagi thanks bro..

Pearl Kaz said...

Yg dibincangkan kat sini mostly berkenaan dgn yg tidak menutup aurat. Boleh tak Solihin terangkan cmne pule dgn yg menutup aurat? Example utk pengantin2 yg bertudung.. kalo mcm tu, terserah kpd pasangan pengantin ke nk expose gambar masing2 kt public? sbb skrg ni kan photographer akan share hasil2 gambar diorg kt fb or website masing2... terima kasih kalo dpt bantu menjawab.. :D (emm.. faham ke ek?)

azwa amani said...

ermm, semalam baru terbaca buku. kalau nak elakkan zina, kena cegah muqaddimahnya dulu.. iaitu membuka aurat.. :) eksploitasi wanita terlalu teruk saat ni.. :) kembalilah pada Allah

Yatie Awang said...

akak tak suka bergambar...hehehe

Hansyitake~ said...

DSLR jap lagi lupus balik n akan kembali ke kamera compact. in fact, ia sbhagian dr style remaja sekarang.. xpe SZ 5.0 megapix pon asal dapat capture pon jadila dr amik gamba tak betui guna kamera besaq. yang pnting adalah how we use that thing. huhu..

Anonymous said...

nak tanya mereka yang kerja ambil gambar khw ni bagaiman ?, sebab kebanyakan pengantin x bagitahu kepada fotografer cara persalinan mreka sehingga fotografer datang ke rumah pengantin

nureenina said...

suka statement last!

Terbukti manusia yang degil tidak mahu menutup aurat ni memang sangat menyusahkan semua orang. Tu je sebenarnya

:)

Solihin Zubir said...

@adan : aku nk tnya, kalau tunjuk gambar bontot saja ataupun gambar anu tanpa menunjuk muka, haram x? mestilah haram kan. kaedahnya sama sebab mendedahkan aurat tetap haram walau hnya sebahagian saja..

Solihin Zubir said...

@Pearl Kaz : sy dh updated kt atas.. thanx atas soalan tersebut..

Solihin Zubir said...

@Anonymous : anda ada hak utk bertanya. so, bertanyalah trlebih dahulu cara pemakaian mereka disamping kita dpt berdakwah pd msa yg sama.. =)

jgn risau, rezeki Allah itu luas..

Iffah Afeefah said...

slu penah share

tp org mne nk amik kisah sgt

y die tau hobi
suke
minat

Terbang Bersamaku said...

Terima kasih kerana berkongsi info ini...

Sy nk tanya, erm..kalau lah kita bergambar dgn rakan yg tidak menutup aurat, kemudian gmbr itu di upload di fb tapi gmbr itu di private untuk tatapn kwn kt itu sahaja, bgaimana ye..? Adakah perlu delete terus album itu...? Adakah kt tak boleh bergambar dgn rakan yg tidak menutup aurat..?

Solihin Zubir said...

@Terbang Bersamaku : kalau ambil gmbr kawan kita yg x tutup aurat utk tatapan mahram shj, tdk mengapa..

kalau utk tatapan org lain, haram la..

itulah susahnya bila org yg x tutup aurat ni.. sebaiknya, nasihatlah beliau yg x tutup aurat tu..

diana said...

banyak yang akak kena perbaiki lagi dalam meletak kan gambar2 kat post.terima kasih .

lutfi said...

nk share soalan seorg kwn prmpuan di fb :
kalau upload gambar kwn prmpuan yg non-muslim boleh ke x?

tambahan:kalau kita duk oversea yg rata2 pduduk stempat non-muslim, kita just amik gmba kt satu tmpt ni yg ramai org lalu lalang. ofkos la ade org2 stempat kn(esp woman). camne ek?

Miss Meen said...

Dang!!! Terkena diri sendiri ;D
Terima kasih atas peringatan..
Sebaik mungkin cuba berubah..
Tq info ney buat kami berfikir sebentar..apa yang telah dan akan..uhuuuk

Nafisa81 said...

cuba membaiki dr semasa ke semasa

COOL RC STORE said...

support ;)

SoLy SoLicious said...

pengisian bermakna ^^

ieda said...

TQ dik mengigatkan ..
insyaallah semua jadi panduan ..
banyak gak kesalahan nie .. kena lebih hati2 lepas nie ..
insyaallahhh ;)

anamizu kaito said...

salam SZ.. TQ entry ni.. cik ana mintak izin utk share kat fesbuk :)






luv,
cik ana

SeRi mAnJa said...

wow!! tahnks..nice sharing..ramai yg tak sedar pasal hukum fotografi ni..kbnyakan lebih kpd hobi smpai isu2 hukum diabaikan

Izan Ishak said...

mekasih byk2 SZ atas perkongsian entry yg bagus ni. ramai sangat rasanya blogger yg tak ambil endah tentang benda ni kan.

apapun... sama2 kita berwaspada pada setiap gmbr yg nak kita upload di mana2...

SP shahirah pauzi SP said...

assalamualaikum, saya nk copy msok dalam blog blh?

Anonymous said...

alhamdulillah.. sy sentiasa set approval kepada sesiapa yg tag gambar kepada saya.. dah alhamdulillah saya amat keberatan menangkap gambar yg ber aurat... dah saya sendiri tidak mempublishkan foto yg membuka aurat... insyallah smoga ianya berkekalan sepanjang sy memegang kamera..

Ahmad Haziq Azlan said...

oh bahaya juga ya gambar kawen...

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

izin copy ilmu bro. .moga dimurahkan rezeki. . :)