Pages

Monday, January 30, 2012

Hinalah Maksiat Tapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk Allah. Hinalah maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat. Hinalah kekufuran tapi janganlah kamu menghina si kafir.

Kita ibaratkan maksiat itu sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencaci maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.


Adakah anda seorang yang baik atau perasan bagus? Kenapa anda melihat diri anda lebih baik daripada orang lain? Jom sama-sama kita renungkan...

Ada seorang abid (ahli ibadah) dari Bani Israil yang hidupnya selama 500 tahun hanya dengan beribadah sahaja. Pada suatu hari, si abid tersebut terlihat seorang fasik dari Bani Israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Si abid datang dari satu arah dan si fasik pula datang dari satu arah yang bertentangan. Bahawasanya, si abid tersebut mendapat karamah (kemuliaan) kerana kuatnya ibadah yang dia lakukan. Apabila datang mentari di waktu pagi, datanglah awan menaunginya apabila dia berjalan.

Ketika mana kedua-dua mereka ini bertembung di pertengahan jalan, berpaling muka kedua-dua mereka ke arah  lain. Tetapi atas sebab apa? Ahli ibadah ini berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang bermaksiat itu. Dia menyangka Allah tidak mengampuni si fasik itu selama-lamanya atas maksiat yang dilakukan. Dia merasakan dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya. Dia berpaling dari si fasik  itu kerana takabbur dan berbangga dengan amalan ibadahnya.

Orang yang bermaksiat itu pula berpaling dari ahli ibadah. Tapi atas sebab apa? Kerana dia malu terhadap Allah Ta'ala. Ketika mana dia berpaling dari ahli ibadah itu, dia berkata, " Astaghfirullahalazim.. Siapalah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik lagi kuat beribadah sedangkan aku seorang yang fasik." Ketika mereka berpisah, awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya selepas itu. Apakah sebabnya? Kerana si abid memandang si fasik dengan pandangan penghinaan.

Apa yang difokuskan di sini adalah tentang pandangan. Pandangan ahli ibadah pada si fasik itu dengan pandangan kesombongan. Dan berpalingnya si fasik itu kerana malu. Makna ibadah yang sebenar adalah ibadah yang akan menambahkan kita kerendahan diri dan sentiasa merasa kekurangan. Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah. Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bermaksiat dengan pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya. Pandangan sebegini adalah yang dilarang. Ia akan memberi kesan pada hati. Ia menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati menjadi gelap.


Apakah dia hakikat kekufuran?

Hakikat kekufuran adalah orang yang mati dalam kekufuran. Tapi selagi mana dia masih hidup, dia tidak boleh dihina walaupun dia seorang yang kufur. Kerana anda tidak akan tahu bagaimana dia akan mati nanti. Samada dia mati dalam keadaan kufur ataupun sebagai seorang Islam. Ataupun dia mati setelah dia benar-benar bertaubat dan menyesali kejahilannya sebelum ini. Walaupun sekarang ini dia seorang yang jahil, tidak mustahil Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi dari anda suatu hari nanti. Kerana hidayah Allah itu luas. Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di luar jangkaan kita.

*sumber rujukan daripada video Kuliah Al-Habib Ali Al-Jufri

SZ : Aku nasihat bukanlah kerana aku seorang yang bagus. Aku nasihat untuk diri sendiri yang masih belum bagus ini. Salah silap harap dimaafi atas segala kekhilafan lalu.

12 360 juta komen:

Yatie Awang said...

kita tidak digalakan mengadili seseorang..kita sentiasa harus berbaik sangka...semoga kita diberi hidayah dari Allah swt..InsyaAllah

FasiHaH SupiaN said...

terima kasih SZ....muhasabah di malam hari...

Miss Meen said...

Alhamdulillah..
Post ini sesuai untuk seorang Insan yang ada di luar sana..
Andaikata dia mampu membaca..
Alangkah indahnya ukhwah dan harmoninya jainan..
Andaikata dia melayari szlihin.com..
Titipkanlah kemaafan bagi Insan lain...

Syafiq Ahadin said...

baru nak update... lama tunggu! huhu! :)

thanks pakcik. hehe!

Terbang Bersamaku said...

setuju dgn entry nie..kita sebgai manusia sepatutnya membantu yg lemah, memberi pelindungan kpd yg memerlukan, menegur jika ada kesilapan..bukan terus menuding jari dan mencaci maki...harus mereka di bimbing bukan di benci dan di biarkan terpinggir sendirian..

Aretikz said...

Yup, hatta orang yang dark side pun ada sisi baiknya.. ^^

Banyak yang membenci seseorang hanya perlakuan orang tersebut.. dia berasa dia lebih baik dari orang itu.. tetapi dia langsung tidak berusaha untuk menasihati orang tersebut..

contoh paling mudah, stigma masyarakat terhadap banduan.. berapa ramai yang jijik pada mereka walhal kebanyakkan dari mereka sudah insaf dan bertaubat? itulah puncanya kebanyakkan banduan kembali menjalankan kegiatan mereka, kerana kebanyakkan mereka yang keluar dari penjara masih mencari kehidupan di luar sana..

ada kebencian yang diharuskan syarak, tetapi berdasarkan keadaan2 tertentu.. ^^

diana said...

siapa lah kita untuk menghukum orang lain..

pena rozie said...

kite ni tak layak menilai org. So x baik la menguruk. Kan lebih baik beri nasihat ajer.

AzwanRamli said...

betol....kalau nak jd org betol2 sempurna baru nak m'nasihat..maka xkan ade sorang pom p'dakwah dalam dunia nie....

::Misz sunsWeetz:: said...

em bro patutla Ms bukak entry lepas x le ish2x..ad gak owg nk miliki domain bro tuuu huhu

delarocha said...

dalam erti kata lain, jangan terlalu cepat menghakimi orang.

Gadis mutiara_Solehah said...

Setuju^^