Pages

Friday, January 20, 2012

Hadiah dan Kenangan Bekas Kekasih : Simpan, Pulangkan atau Buang?

Pernah ada kekasih? Pernah putus cinta? Kalau pernah, mesti korang akan ada kenangan dengan bekas kekasih korang tu kan. Kenangan yang dimaksudkan di sini bukannya kenangan dalam otak korang tu. Tetapi, dalam bentuk hadiah, gambar, video ataupun apa saja barang yang mempunyai nilai sentimental kepada korang hatta sms, resit kedai makan mahupun tiket wayang sekalipun. Pernah tak?


Errr... Tak pernah? Bagusnya korang sebab tak pernah ber'couple'. Sejuk perut ibu mengandung. Heheh.. Ok, kalau tak pernah, anggap saja KALAU pernah.

Soalan : Jika anda pernah mempunyai bekas kekasih, apa yang anda akan buat dengan semua hadiah yang pernah diberi bekas kekasih anda itu ataupun barang yang mempunyai nilai sentimental sebelum anda berkahwin dengan lelaki atau wanita lain?

Berikut adalah poll yang aku buat di facebook 3 bulan yang lepas. Ye.. Selepas 3 bulan baru dapat buat entry ni. Janji tetap kena tunaikan walaupun lambat (mujur aku masih hidup). Seramai 194 orang responden telah membuat undian. Seperti yang kita dapat lihat di bawah, ada 3 pilihan telah disediakan. Majoriti memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan. Selebihnya memilih untuk membuang dan memulangkan kembali kepada si pemberi.



**************************

Pendapat aku terhadap setiap tindakan tersebut.

1. Simpan buat kenangan.

Aku pun tak pasti. Kenapa korang masih nak simpan sebagai kenangan. Seolah-olah macam korang masih tak bersedia nak lepaskan dia dari hidup korang. Buat apa hendak dikenang bekas kekasih kita yang dah jadi milik orang lain? Korang pun dah nak kahwin. Bayangkan jika isteri atau suami anda terjumpa barang tersebut? Apa nak jawab? Takkan anda sanggup nak tipu pasangan anda dengan menyembunyikan perkara sebenar? Jika anda berterus-terang pula, pasti hancur luluh hati pasangan anda apabila mendapat tahu suami atau isterinya masih menyimpan kenangan bersama bekas kekasihnya dulu walaupun sudah berumahtangga. Tipulah kalau tak cemburu.

So, jangan simpan.

2. Pulangkan kembali

Teknik memulangkan kembali sebenarnya salah satu cara untuk kita menunjukkan kepadanya yang kita sangat kecewa. Dan mungkin juga boleh digunakan sebagai cara untuk membuatkan dia rasa bersalah kerana menghancurkan hati kita. Dengan memulangkan kembali barangan yang masih terjaga rapi itu pasti akan membangkitkan memori antara korang dengan dia dulu. Apatah lagi jika anda pernah mempunyai diari khas atau cacatan sms yang masih tersimpan rapi itu. Pasti dia akan rasa terharu membacanya dan mengenangkan betapa obsesnya korang dengan dia. Dan membangkitkan perasaan bersalah yang teramat sangat.

Yeah! Pulangkan kepadanya jika anda ingin melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dan ingin membuatkan dia rasa bersalah. Nak lagi sempoi, kirimkan sekali plastic sampah or lighter. Mintak tolong dia laksanakan langkah ketiga di bawah ni.

3. Buang atau bakar.

Biasanya orang ini sangat kecewa dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas kekasihnya tersebut samada sebab dia benar-benar tawar hati ataupun sebab bekas kekasihnya itu sudah bernikah dengan orang lain. Mungkin juga dia nekad tidak mahu bertemu lagi dengan bekas kekasihnya. Atau dengan kata lain, benci. Maksud buang di sini ialah biarkan barang tersebut lenyap daripada hidup anda. Tidak kisah la dengan apa cara sekalipun samada buang ke dalam tong sampah ataupun memberinya kepada badan kebajikan masyarakat mahupun menjualnya di kedai second hand. Tetapi, elakkan daripada memberinya kepada sahabat mahupun saudara terdekat anda kerana jika anda ke rumahnya atau melihat mereka menggunakan barang tersebut, pasti akan membangkitkan kenangan. Membakar pula mungkin kelihatan agak kejam tetapi anda pasti rasa lebih puas.

Jalan terbaik, sila tong sampahkannya.

p/s : Kalau hadiah seperti kereta, handphone, ipad, rantai emas dan lain-lain barang yang harganya ribu-riban, janganlah 'pandai' sangat pergi buang atau bakor. Gunala kalau tak malu. Peduli apa kan? Haha.. Tapi, seeloknya pulangkanlah. Kalau kejam, jual. Kalau tak cerdik, bakor.



**************************

Apa pula tindakan aku?

Kekasih Pertama : Pada mulanya aku berhasrat untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya serta  kenangan aku dengan dia termasuklah sebuah buku khas yang mempunyai setiap SMS aku dengan dia dulu. Ye.. Aku mengaku aku sangat obses dengan dia dulu. Cinta pandang pertama merangkap pertama kali bercintalah katakan. (Eeeuuwwww..) Tapi, memandangkan dia bakal melangsungkan perkahwinannya ketika Raya Cina nanti, aku taknak 'spoil'kan mood perkahwinan beliau. So, aku ubah fikiran. Buang.

Kekasih Kedua : Yang ni, aku bakor mandatori.

Kekasih Ketiga : Bakal isteri aku yang masih belum diketahui siapakah gerangan beliau. Dia mungkin bukan kekasih pertama aku. Tapi yang pastinya dia adalah isteri pertama aku. Isteri terakhir tu belum pasti lagi. Heheh.. Aku nak couple lepas nikah setelah 3 tahun aku memegang status single tegar.

#SadMomentWhen ur ex is getting married but u r still single...

SZ : Single sebelum nikah is super seronok. Tapi, couple selepas nikah is super duper seronok.

37 360 juta komen:

cintatulip said...

<-- ada 1 kekasih jer y serius.. brang2 y tak penting sy buang, mcm brg2 belajar dia naqiah pulangkan balik.. mana tau leh guna sambung belajar kan.. sama kos ca ni la.. buku pinjam2.. haha

pikah yang baik said...

saya masih menyimpan kesemuanyaaaa...sebab? tak boleh cari sebab.. #tension

Nur Hazlin said...

Aku memang buang lah brg2 tu. Mesej pun aku delete habis. Last couple dulu pun aku tukar no. Bagi aku takpayah lah simpan brg2 yg ex bg ni. Buatkan kita ingat kat dekat dia je. Buang/bakar memang cara paling terbaik untuk lupakan apa yang pernah jadi dulu.

shahjiehan said...

klo aku aku simpan je..

banner bawah tu delete la .com tu...

buat cam atas ...siap berpangkah2 lagi..

mentang2 dah nak PRU 13! hhaha

FasiHaH SupiaN said...

of coz...i like your last statement. haha by the way, ex pun xde, dulu sekolah rendah ade cinta monyet dpt2 hadiah and memang dah pulang balik.hehe

Amna.Qadeeja said...

kalo nk buang xsmpai ati pulak. better pulang balikla kot hehe biar dye rse bersalah hahah

eiela said...

ada yang masih disimpan dan ada yang dah dibakar.

Yatie Awang said...

akak pernah...akak buang, maksudnya bukan buang dalam tong sampah tapi bagi orang lain...mungkin berguna pada mereka, cuma yang tinggal sekarang hanyalah buku2 agama yang pernah bekas itu beri, pada akak ianya sangat berguna...

Siti Safiyyah said...

masalahnya kan, barang2 dia bagi dulu semua dah hilang kemana tah.. gara2 nak sorok takut kantoi ngan mak.. keh keh keh

hikari said...

Nak yg super duper seronok tu!! =)

Syafiq Ahadin said...

saya simpan...sebab best pula tengok....hahahahaha! (playboy)

asrar.huda said...

Assalamu'alaikum.
jawapan pilihan saya adalah GUNA. tidak dibakar, tidak disimpan utk kenangan dan tidak dipulangkan kpd dia. sebab pd saya, bila kita keep guna barang tu, secara psikologi, kita membiasakan hati kita utk adapt dgn kebiasaan 'kehidupan baru' dan xlangsung menguatkn ht kita utk trima khlgn dia.

kenangan tu dtg bila kita tgk sesuatu 'kadang2'. bila kita tgk bnda hari2, xlah timbulnya kenangan. memula jela kot sakit perit sadiss sket. lama2 i.allah ht tu akn oke sbb kita dh biasakan ht kita.cthnya, hrni kita tgk, kita sdh, esok sakit lusa sadiss tulat perit. tp aftr sbulan tgk bnda sama, ada erti plak kita nk ambl masa utk brsdh2 perit bagai.

bakar dan pulang pd sy tak bermkna apa2. sebab kalau pun kita pulangkan atau bakar brg tu, tak jg kita dpt bakar dan buang dia dr ht kita. kalau terserempak, sentap jugak kan..? ;)

sekadar pandangan, xmesti utk diterima, xterhalang utk dibidas ;p

Wanita Bertudung Hitam said...

klu still leh guna, guna je la..dah diorang tak mintak balik..hehe..watpe buang membazir..

Miss Meen said...

Saya simpan..tapi..
Surat kad sume dibakar... :)
Andai barang pula...saya gunakan seperti biasa :)
Haaha..jahatkan!!
Alhamdulillah setakat ini semua ok ok aja heheh

kpah k-poh said...

hadiah2 semua dah makan.. pastu buang lama dah.. hahahaa ( selalunya hadiah kek.. cekelat.. jamuan makan...)

Farhani Mazlan said...

masih simpan dan rasa macam budak-budak plak kalau nak bagi balik.mana dia nak pakai baju perempuan,beg perempuan yg ex kasi :P

Hansyitake~ said...

so far tak pernah ada so tak dapat nak bayangkan cemana nak wat.. haha..

kalau ada?

simpan kot? kadang2 benda tu kenangan. kenangan sebab kita dah mem'bodoh'kan diri kita suatu ketika dahulu.
yelah, masa kapel, sume sweet. tp btol ke kita akan ended up ngan dia?

maksudnya kat sini kalau sms bagai tu tak payah la simpan. nak2 yang daring2 punya msg. mmalukan eh nak baca.. hue hue hue

tapi kalau dia bagi present cam hiasan mende tu simpan la kot.

kalau suami tanya? jujur je la. insyaAllah he will be an understanding person.

so far,cinta tu fitrah tp yang jadi salahnya sebab kita tak pandai kawal perasaan. nak kapel la bagai.

so,tak payahlah kapel b4 kawin. takde kemanisan di situ.. huhu..
(aish.. panjang bebeno komen ceq nie.. ==")

Terbang Bersamaku said...

kalau sy, lebih selesa pulangkan balik...kalau dia taknak ambik, siman kejap lepas tue buang @ jual....huhuhu..

Norashiqin Kamaruzaman said...

ok anggap je macam pernah ><,

rasenye buang kot... =DD hahhaha....

p/s: baru pasan link da bawu...dah lame tak BW la katekan ~.~ hehhe

Nightroad said...

terpulang pada diri masing2x...he3..

Umi Rasyidah Rahmat said...

takut nak couple and x pernah couple..... tp selalu dgr cite org yg putus cinta, selalu buang hadiah kat tong sampah or bakar.. hehe...

aku HaniAsyira said...

tengok kawan je aritu.. dia anta balik, bagi kat orang n bakar.. complete kan..
diri sendiri xpernah..
heh3x

fakhri khairi said...

kalau aku? aku buang je semua benda yg mengingatkan aku pada dia. tp kalau ipd or barang2 yg ada nilainya dipasaran tu aku kasi jaul la macha! haha :p

"#SadMomentWhen ur ex is getting married but u r still single" = #forever alone kah kah kah

p/s: aku kutuk diri sendiri -.-

cek chun said...

buang.. buang!!!

nawwar_hanifah said...

w/pun xde kekasih tp sy ade diari yg tulis kngn sy dgn crush..

skrg diari tu dah selamat dikoyak2kn n dibuang...

rasa lega sgt w/pun plan sebenar nk bakar..tp kang terbakar pulak hostel nih~

immdhafizz said...

Saya suka Teddy Bear!!
Kuala Lumpur, Malaysia
Anda Mengalami Masalah Berikut? *kekurangan idea untuk membeli hadiah tersayang? *kesukaran mencari Big Teddy Bear yang besar tapi murah? *susah membawa Big Teddy Bear ini pulang dari kedai ke rumah? sila klik utk penyelesaianya => http://www.bigteddybear2u.com/aff/?id=716645

Kalamhati said...

ada yg dibuang dan ada yg dipulangkan..hehe ni pengalaman akak la

Cik Chenta said...

hahahahaha...dulu simpan.. rs syg nak buang....tp bila dh buang, rs senang hati.... buang la.... tak payah simpan...betul....BUANG JE!

pena rozie said...

Buang ajer...

diana said...

ada yang buang ada yang bagi kat orang..tapi nak simpan sendiri tu tak mungkin la...meluat..:p

sephia sophia said...

eh eh saya pun penah ade buku tertulis mesej2 dgn si ex hehe.. setiap ape msj yg dia bg yg bermakna, sy tulis dlm buku khas.

Afifah Yusof said...

tak pernah rasa bercinta jadi tak tau nak pilih mana... mungkin kalau jadi saya pulangkan... hihihi...

suka statement last SZ...
'single sebelum nikah is super seronok. tapi, couple selepas nikah is super duper seronok' ^^

mUm_tAz said...

Baru doblas tahun, ayah kata jgn gatal2 nak bercinta, hikhik

Anonymous said...

pd aku bakar je...baru puas ati...skrg nie pun duk fkr nak fasakh ke tidak...kalo jd bercerai semua benda yg jadi kenangan akan aku bakar kecuali anak aku bawak lari jauh2...setakat hadiah lain mmg tak mendatangkan kebaikan baik beri baru jer...ati tak sakit

Nys Zairee said...

kalau brg aku bley guna, aku guna jer.. membazir jer buang.. tp yg stail mintak balik paling xley blah..

Nys Zairee said...

@immdhafizz
teddy bear second hand amek x? haha

ekin said...

cincin sy dh pulang kan,tp skang rase cm nyesal plak..patut nye jual je..hahha..brg2 yg lain xtau lg cane..rase cm nk pulang balik,pastu mintak brg sy balik..hohoho