Pages

Wednesday, January 18, 2012

Antara Lembu Bodoh dan Kebodohan Manusia

Sebodoh-bodoh lembu yang menang pertandingan lembu paling bodoh di dunia itu masih ada manfaatnya kepada manusia yang bodoh. Tetapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada lembu yang bodoh itu.

Lembu yang bodoh itu boleh disembelih. Daging lembu yang bodoh itu masih boleh dibuat makan. Susu lembu yang bodoh itu boleh dibuat minum. Tulang lembu yang bodoh itu boleh dibuat sup. Lembu yang bodoh itu boleh dijadikan lauk kenduri. Lembu yang bodoh itu boleh diternak dan dijual. Lembu yang bodoh itu juga boleh dijadikan sumber rezeki kepada manusia yang bodoh.

Tapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia, hendak disembelih tak boleh. Hendak dimakan dagingnya, tak boleh. Yang boleh, mungkin cuma susu. Itupun jika dia wanita. Kepada sesama manusia pun tak dapat memberi manfaat. Apatah lagi kepada lembu yang vegetarian tu.

Antara Orang Paling Cerdik Dan Bodoh

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :

قال االرسول e :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh) [sumber]

Sementara itu...

"Macam lah binatang lain tu pandai sangat!", kata Encik Lembu.

SZ : Kenapa mesti lembu? Kasihan lembu... Sering diperbodohkan... lol

9 360 juta komen:

Sunah Sakura said...

kenapa lembu? errrr

haney said...

nice sharing. tp kesian lembu diperkotak-katikkan. haha

محمد رازيق said...

pendek kata walau lembu itu bodoh, sudah pasti dia memberi manfaat pada manusia. hehe. tapi kalau manusia...

sissyira said...

salam...


kerana lembu sapi dapat nama....

jadilah manusia yang memberi manfaat kpd semua ;)

Syafiq Ahadin said...

lembu buat makan. oh encik solihin!!! lama dah tak komen!!!!! :)

Yatie Awang said...

siapa yang rugi??? diri sendiri kalau terus tengelam dalam kebodohan yang dicari

fathiahRAIHANA said...

kesian lembu tu, hehe.
walaupun byk sebut pasal lembu tang ni, tp dapat la apa yg nak disampaikn tu :>

diana said...

lebih baik jadi lembu dari jadi manusia yang bodoh..ekekekek

yad'z said...

huhu.. betul2... btw, lembu n manusia sama2 ada otak.. tapi kelebihan manusia, dikurniakan akal. tapi still nak letak kan diri dalam kebodohan selevel dengan lembu.. huhu...

#kenapa lembu?