Pages

Friday, January 6, 2012

Alasan Berhingus Daripada Amalina Yang Genius

Pada mulanya, aku malas hendak ambil port sangat dengan isu Nur Amalina Che Bakri yang dikatakan mengalami kejutan budaya tu. Bagi aku, itu dah jadi macam perkara biasa sebab memang dah biasa sangat berlaku. Cuba check kat kolej or universiti masing-masing. Berapa ramai student yang rosak? Bukan setakat cara pemakaian yang menjolok mata. Malah budaya ber'couple', pergaulan bebas, ber'clubbing', minum arak, zina dah berleluasa di mana-mana IPT. Itu belum lagi belajar kat oversea, dah jadi macam-macam.

So, apa nak dikecohkan sangat dengan kes Amalina? Owhh... Mungkin sebab beliau pelajar genius yang pernah menggemparkan negara dengan rekod pencapaian cemerlangnya dalam SPM dengan keputusan 17A1? Maka, pelajar-pelajar yang bengang kerana guru-guru asyik menyuruh mereka supaya menjadikan Amalina sebagai role model suatu ketika dulu, sekarang sudah dapat tersenyum dengan sinisnya. Terasa ingin bertemu dengan guru tersebut dan menunjukkan kepadanya bagaimana Amalina yang sekarang. "Ini ke Amalina yang cikgu suruh kitorang jadikan contoh dulu?". (Sekadar contoh)

Memandangkan mental aku tengah down gara-gara domain aku dicuri dan terpaksa menggunakan domain sementara, aku sebenarnya dah malas nak update blog. Tetapi, disebabkan aku tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amalina dan ibunya di akhbar, malah siap ada sidang video dalam TV semalam, aku terpanggil untuk memberi komen.

Kan segak kalau maintain macam ni  sampai sekarang..

Berikut adalah antara komen berhingus Amalina yang aku sangat tidak berpuas hati :

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama. Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar.”

Yaaa... Aku akui yang aku pun pernah tengok gambar Amalina free hair di akhbar dalam sisipan khas yang menceritakan tentang kejayaan beliau ketika dulu. So, aku tak hairan sangat kalau dia free hair. Cuma sekarang ni berkarat je. Berkenaan seluar yang dipakai, lantaklah legging tu warna coklat atau kelabu tahi anjing sekalipun, pemakaiannya tetap haram kerana menampakkan bentuk tubuh.

Alasan yang mengatakan seluar itu pemberian ibunya, cukup memeranjatkan. Aku pun tak pasti samada memang betul itu pemberian ibunya ataupun sekadar ingin cover line keterlanjuran anaknya. Cumanya, aku berharap agar para ibu bapa lebih tegas memberi didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Bukannya mendorong mereka melakukan perkara yang ditegah agama.

Ini kalau aku kat tempat Amalina, mati aku dikerjakan ayah aku. Confirm kena berhenti belajar, balik Malaysia serta merta. Lepas tu kena lempang, kena pulau dengan orang kampung kerana memalukan keluarga dan masyarakat. Kalau tak kena halau dari rumah, mesti kena hantar masuk sekolah pondok. Yeah.. Itulah yang bakal aku alami kalau aku di tempat Amalina sekarang. Pasti!

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil."

Ini alasan tipikal yang kita semua dah biasa dengar oleh wanita yang ego tidak mahu menutup aurat. Amalina memandang remeh suruhan Allah tersebut. Adakah dia over confident yang beliau akan terselamat daripada siksaan api neraka tanpa perlu menutup aurat? Cukup dengan hanya bersolat dan membaca Yassin? Amalina, anda perlu tahu. Orang yang benar-benar menghayati solat dan ayat Al-Quran, pasti akan menurut segala perintah Allah.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya.”

Berpeluk dengan lelaki bukan mahram belum dikira melampaui batas? Bersosial dengan pergaulan bebas seperti itu adalah cara untuk melepaskan tekanan? Terbaeklah! Lepas ni boleh la mohon kat kerajaan supaya mewujudkan kelab malam di setiap ipt di Malaysia dan mewajibkan parti-parti liar diadakan di setiap hujung minggu. Kerana ianya bagus untuk meredakan tekanan sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar kita dalam pelajaran. Nice! Ini kaedah terbaik dalam mencorak anak muda sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

* Kenyataan Amalina tersebut dipetik daripada akhbar Sinar Harian

Pesanan buat blogger gila traffic

Sebenarnya, aku malas nak bagi pesanan. Semua dah besar panjang ada otak. Cuma aku nak tanya. Agak-agak korang la kan. Halal tak duit iklan yang korang dapat tu dengan cara mendedahkan aib orang, menjaja gambar wanita yang tidak menutup aurat, memaki hamun, dan menfitnah tu? Halal tak? Halal tak? Kalau dah gila traffic tu, confirm la sebab duit kan. Fikir sendiri lah apa tindakan anda seterusnya.

Cuma, sebaiknya kita bersangka baik saja. Sama-sama kita mendoakan supaya Nur Amalina Che Bakri diberi hidayah agar menjadi seorang muslimah yang sejati supaya kepintaran yang dianugerahkan kepadanya dapat digunakan sebaik mungkin demi memartabatkan maruah Islam. Aminn...

p/s : Tiada guna kalau kita sekadar genius ilmu dunia tetapi berhingus ilmu akhirat.

SZ : Entry pemanas badan. Pening jugak nak fikir nama domain baru sebelum kembali aktif berblogging.

40 360 juta komen:

Cik Aiza said...

hahahaa.. nak menegakkan benang yg basah... akhirnya makin buka pekung aib sendiri dengan lebih esarnya.. Astaghfirullah halA'zim.. terlalu pandai sehinggakan kebodohan yg melampau..

reenapple said...

yeah.. aku pun tak kisah sangat dengan kes ini... akupun tak faham asal diroang nk bising2...

papepom, sama2 la kita berdoa dia supaya berubah ke arah yg lebih baik..

Nyssa Nuar said...

heyy tan sri! dah tukar link rupa nya. patut tak jumpa blog anda! :(

Nyssa Nuar said...

by the way, sangat kecewa dengan jawapan amalina neh!

Umi Rasyidah Rahmat said...

cuma terfikir... macam na dia solat kalo rambut dia berwarna?? bukan ke x diterima solat.. doakn je la semoga dia menjadi muslimah sejati... amin.. Allah the one who knows our best...

Aflina Affandi said...

Aku tengok kes dia ni ada 2 puak satu back up satu mengutuk. Tapi entri ni dah boleh buat orang fikir mana betul mana salah. good point.

TunTeja said...

super like
semoga Allah beri hidayah padanya dan kita semua..amin

sheeraY said...

rambut bekarat .. semayang cane

hana said...

erm..
mmg hot isu die ni...
pe yg mmpu doakan dia berubah...

Pendekar Berkuda said...

pedulik hapa aku dengan komen kau tu... aku paling suka komen kau bab blogger gila traffik kat bawah tu...

Ya! aku suka tu... damn it!

adan said...

yess.... terbaek bro..!

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...ulasan yang bernas dari solihin..moga amalina diberi hidayah oleh Allah..kita hanya mampu berdoa...hati amalina tetap Allah yang pegang...

kesiannya, cane bole kena curi? risau gak ni...

amny said...

mak yang belikan seluar ? macam ayat cover line je -.- ... alasan die susah nak diterima

Cik Miza said...

Suka cara pemikiran dan penulisan.

fRaMe+LenSeS said...

SZ :: apa kata aku tmbah bab mandi hadas, kalau da rmbt berkaler dye cmne mandi hadas? Tak baik aku kata tapi............ Pk sndri la noh :p

Liyana Lunia said...

ini la yg kitaa cari...

LynN LoLa~~ said...

sokong sangat3.. islam bukan sekadar mendirikan solat. membace yasin setiap malam jumaat. islam itu dizahirkan melalui perlakuan. pakaian. kata2. kalau dah perempuan islam berpakaian seperti minah salleh, berpeluk2 mcm tu. ape bezenye dengan orang bukan islam yang laen? jangan lakukan sesuatu yang boleh membuatkan masyarakat bukan islam memandang islam tu sebagai satu bahan jenaka.

semoga hati amalina terbukak untuk mengenali ape islam sebenarnye

Fyra said...

Well done! Haha Fyra memang setuju sangat2 dengan entry ni. Memang tengah ontheway nak buad entry mcm ni. Memang tak setuju sngt dengan amalina. Sorry to say, she and her mom terlalu mendabik dada dengan kejayaan dunia semata2.
Buad apa kan dapat 17A1 kat dunia, tapi tiada bekalan A+ untuk akhirat kelak. Kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi.
Biarlah niat menuntut ilmu tu kerana Allah, untuk bekalan, bukan untuk mendabik dada.
Masa kat group uia aritu pun dah bahas psl ni, ada yg tak caya pasal pemberian seluar dr mak dia tuh. Ada ke ibu yang bagi free2 jea ticket untuk ke neraka pd anak dia? Heran jugak. Dulu sy bg alasan ni sbb taknak g luar negara ;p Kalau jadi camni mmg ayah mengamuk habes kot.
After all, its juz my opinion. Jgn riak,takbur-->syirik khafi. Jgn memperbodohkan diri dgn statement kurang bijak. Jgn memalukan Islam kat negara orang. Tu je :) Ni pun peringatan buad kita, and pengajaran buad dia. Sape tau satu hari nanti dia pakai purdah/niqab? Kan? Hehe..(teringin jugaknak pakai). :D *pnjg pulak.
Salam

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

penuh padat entry awok ne... xmik pot kisah amalina ne... tak yah tgok jauh pun kt dlm negara ne melmbak2 org mcm die

cik pha said...

aku suka entry kau yang panas ni nak nak time isu mak dia ala ala cover si anak tu.sesama lah kita berdoa agar dia kembalik pada y asal.

Atika Aula said...

saya setuju dengan entri awak ~

shahjiehan said...

Nuffnang seems to be down. We apologize for the inconvenience. If this problem persists, please email us at the Nuffnang helpdesk (http://www.nuffnang.com.my/help) and we will respond as quickly as possible.

tu je aku nk gtaw.. hahaha


nice entri.. ayat2 hg mmg titop...

nnt hg belidomain 5 tahun terus.. ok? make sure kamponi tu kukuh...



;p

Anonymous said...

akibat terlalu pandai n terlalu moden....mak anak sama jer perangai....

makin diberi pelajaran yang banyak, makin bodoh n bangang jadinya....kemudian, salah kan masyarakat dengki n mcm2....

manusia xmampu menilai diri sendiri sbb xnmpak sebaliknya, perilaku kita, org lain yang menilai kerana mereka yang memerhatikan....

Sarep Dol said...

Assalamualaikum.
1. Bagi yg sibuk komen pasal rambut karat xleh solat.sila google hadith2 sahih muttafaqun alaih ada menceritakan sunnah rasulullah yg mjadi ikutan para sahabat tmasuk abu bakr sdiri utk mewarnakan rambut selain warna hitam.bg wanita, perlu ada izin suami.ksalahan dia adalah free hair,xde kena mengena warna rambut xleh solat sbb kita sdiri xtau mungkin dia guna pewarna yg halal.diingatkan, silap dia adalah membuka aurat.jgn main tuduh2 org xsemayang ke apa.solat kita sdiri diterima sgt ke kalau kita still dok fikir buruk n menuduh org?

2. Walau untuk mengambil pengajaran skali pun, walau sbagai contoh skali pun, walau aib itu didedahkan oleh tuan dia sdiri, kita tetap ditegah dr mmbuka aib org.korang yg komen2 kutuk dia ni xrenung diri dulu ke, bukan ke xpasal korang dah mengumpat mengata.dosa mengumpat/membuka aib tu sangat lah besar. Kita tgk apa dia buat, fikir guna hati n akal sendiri. Semangat komen sana-sini buat menambah dosa je.

Sebagai peringatan utk semua & diri sdiri juga.tq :)

cik jue tomey said...

btul ckp sz tu..isu tk bertudung tu..tk heran sangat.dh biasa tgok yg jd cmtu.cuma agk suprise bila tgok pic2 dia yg mcm bdk liar..lagging yg mcm ala2 penari pole dance tu mak dia belikan?agak2lah klu nk cover line pn..tp klu btul mak dia belikan..pheahh..gile rock mak dia..hehe..apapun,aku tkdelah nk beria kutuk dia ni,anggap je ni dugaan allah utk dia..dulu allah bagi apa dia mntk..nk cemerlang dlm peksa..nh,berbelas a dia dpt.skrg allah nk uji iman dia,kuat ke tk nk lwn pngruh luar bila kt tmpat org..hope she will get through this soon..hrp2 bila blik mlysia,brubh jd amalina yg dulu..walaupun aku tk kenal minah ni..tp aku rasa amalina yg dulu is better than now..

♥ NuR 'aQiLaH ♥ said...

mak beli legging suroh pakai kat dalam kain baju kurung kot.. -_-"

Anonymous said...

Ahhh, mmg bangang punya alasan...

Anonymous said...

Mmg alasan bangang...

NoR eMeLia PuTeH said...

@Fyra

saya setuju dengan komen awk fyra... bernas...:) dan itulah yg sebenarnye sy hrpkan dr amalina... buknla niat utk cemburu dgn kejayaan die... tp die sendiri bole pk mane baik mane yg buruk... really disappointed with her...

Syafiq Ahadin said...

likeeee! huhu!

John Doe said...

Masalah dia kat sini,dia x disuruh dijadikan contoh.mak bapa korang yg suruh.dia xde tanggungjawab kat situ.so klu dia nak terlampau batas pun,kita xde hak nak caci dia.lagipun duit study yang diberi kerajaan,dia mmg pakai utk study and dia masih top student.so membazir ke duit tu?mcm korang x pernah lalui masalah2 dlm hidup korang tp ada ke orang caci korang sampai heboh kat TV....JUST UTK RENUNGAN...Dont judge a book by its cover

Aretikz said...

Buat Sarep Dol yang dikasihi dan dirahmati Allah..

Memang benar apa yang saudara katakan.. tp.. tp.. tp.. kan.. tahukah kamu apa tujuan Amalina untuk mewarnakan rambut? Adalah haram untuk mewarnakan rambut sekadar suka-suka.. apatah lg mewarnakan rambut untuk ditonton bukan mahramnya..

satu lg.. jika pewarna rambut yg digunakan itu tidak telap air.. disitulah pointnya.. setakat ini.. belum pernah saya nampak pewarna rambut telap air.. melainkan.. dia cuci rambut leh hilang warnanya.. tp.. tetap haram pakai pewarna atas sebab2 yg diktakan sblum ini..

oh lupa.. xtau pula pewarna rambut tu beli kat mana.. bersangka baik lah kan? hehe..

Hansyirah Takezur said...

lect saya cakap:

al qur'an hua yaasin faqat?

(alquran tu yasin je ke?)

adoi la.. nauzubillah. kalo genius di bumi saja takkan membawa makna apa2..

Anonymous said...

apalah yang korang bising-bising pasal dia. bukannya dapat membantu korang pun. Ada isu dia bagi korang dapat kerja? Ada si amalina ni bagi korang bonus berbulan-bulan?

Adakah dengan kekuningan rambut si Amalina ni maka gaji kita dipotong? Takdekan. Semua ini tiada kaitan dengan kita. Baik kita bekerja memajukan diri sendiri, tingkatkan ekonomi. Buat apa peduli pasal orang lain.

Anonymous said...

tapi kita muslim, dia kemungkinan besar bakal pemimpin.. dan jika kita bersetuju atau redha dgn kemungkaran..bagaimana ya...?? kita yang dapat 'bonus'nya juga nanti...
hati2 saudara muslimku.. makruf harus digalakkan, mungkar harus dikencam.

che sakinah said...

Salam SZ,
baru dapat baca ni..
tompang pening juga sbb kau kena tukar domain. patut r klik2 link tak dapat masuk blog ni hari tu..

weh, aku stuju dgn kau. tu je nak cakap. :)

Nor Abdullah said...

bismillah..
solihin. kak nor ada msg dalm fb solihin.. pasal hal amalina ni..^^
solihin bagi respon ye.. sbb akak nak publish kan ^^..Syukran..

jane doe said...

@Aretikz

buat saudara/i aretikz,

Seperti saudara Sarep Dol katakan, dosanya adalah apabila dia mendedahkan aurat. Jadi mewarnakan rambut untuk ditonton tu tak jadi isu sbb dia sendiri memang dah dedahkan rambut dia untuk tontonan umum.

Kalau kita warnakan rambut dengan inai sekalipun, takkan luntur kan warna inai tu kat rambut kita? ada ke pewarna yg akan luntur?

Saya sendiri dulu fikir berdosa jika mewarnakan rambut sebelum saya kaji dan jumpa beberapa artikel dari ilmuan Islam yang mengatakan boleh mewarnakan rambut jika pewarna tersebut dari bahan seperti tumbuh-tumbuhan.

Pewarna rambut ni dia mewarnakan rambut lah kan tujuan dia. Pakai pun kat rambut, bukannya kulit kepala. Jadi takde isu telap air atau tak.

Wallahu'alam. Yang baik dari Allah, dan buruk tu dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian, wassalam.

Wanita Bertudung Hijau said...

ustaz selalu pesan

jangan amalkan Islam secara serpihan

NurMisnan said...

Patut ler aku klik blog lama tak kuar2 rupanya
dah tukar baru.. tahniah.. alamat lain tapi umah
tetap sama.. hitam putih..

kalau kita dah tau hukum kenapa mesti lagi
nak bg alasan.