Pages

Thursday, December 29, 2011

Domain SolihinZubir.com Telah Dicuri Gara-gara Company Bangkrap

Assalamualaikum wbt...

Minta maaf kepada yang cuba masuk ke blog aku semalam, tapi tak dapat. Sebab domain aku expired. Bila aku dah submit ticket untuk renew semalam, admin maklumkan kat aku yang domain SolihinZubir.com telah disebat orang. Jadi aku terpaksa bertukar kembali ke blogspot dengan menggunakan domain szdotcom.blogspot.com buat sementara waktu bagi memastikan blog aku masih boleh dilawati mereka-mereka yang sudi.

Bila korang google, tetap akan naik nama blog aku serta tajuk-tajuk entry yang ada dalam blog aku tu. Tapi, bila korang klik, akan keluar paparan lain. Ataupun kalau korang klik mana-mana entry yang aku ping di facebook, tetap akan ke website di bawah ni. Cuba klik www.solihinzubir.com


Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tanpa aku duga, company yang aku beli domain tu dah bangkrap. Aku dah bank in seminggu sebelum expired untuk renew. Tapi, dealer suruh tunggu domain tu tak function, baru boleh buat order untuk daftar dengan company baru. So, aku pun tunggu sampai domain aku tak function dan buat order baru. Tapi, berita buruk yang aku terima, dia bagitau domain aku telah disebat orang lain dan terpaksa tunggu dia jual dulu domain tu, baru aku boleh dapatkan balik. Apa sebab dia ambik domain aku? Takkan sebab di bawah?


Salah aku jugak sebab terlalu ghairah nak berdomain pada tahun 2010 yang lepas. Main sebat je tanpa menyelidiki terlebih dahulu company mana yang lebih kukuh. Waktu tu masih biul lagi bab-bab ni. Bila dah beli domain dari syarikat tu, baru aku dapat tahu ada company yang lebih power. So, bila ada blogger lain tanya dari mana aku beli domain, aku promote kat diorang netkl.com. Mujur aku tak promote company yang aku beli. Kalau tak, nasib diorang macam aku la sekarang.

Buat masa ini jugak, aku dah hilang mood nak blogging. (Tapi aku harap mood ini kembali pulih dengan segera.) So, aku nak minta maaf kepada semua pembaca di atas segala salah silap dan keterlanjuran kata aku yang mengguris hati kalian selama ini. Dan aku nak mintak jasa baik kepada sesiapa yang pakar dalam bidang ni, boleh tak bagi cadangan apa yang aku perlu buat. Dan siapa yang boleh bagi khidmat nasihat kaunseling kat aku, amatlah dialu-alukan. Heheh... Terima kasih.

p/s : Nasihat aku, kalau nak beli domain, pilihlah company yang kukuh dan popular. Cadangan aku kepada Jiwa Host, harap dapat tingkatkan kualiti servis anda. Aku taknak condemn lebih-lebih. Aku redha je. Dan aku masih berharap dia boleh bantu aku setelkan masalah ni. Korang boleh ke blog beliau. Layari blog Jiwa Kacau.

SZ : Jiwa kacau dibuatnya.. Boleh kena sakit jiwa kalau macam ni.. Padan muka aku kan?

Monday, December 26, 2011

Peduli Apa Lisa Surihana dan Yasri Nak Kahwin

Farid Kamal : Weyh.. Kau tahu tak.. Kau tahu tak? (tercungap-cungap)

Aku : Kau dah kenapa? Dah macam orang gila aku tengok. Terus serbu tak bagi salam.

Farid Kamal : Err.. Sory2.. Assalamualaikum..

Aku : Wa'alaikumsalam wbt.. Har.. Apadia? Awat yang kalut sangat ni?

Farid Kamal : Kau tak baca paper Harian Metroseksual muka depan ke? Panas! Panas!

Aku : Tak. Kenapa? Apa isu semasa yang tengah hot sekarang ni? US kena tsunami ke? Netanyahu mati kena pijak unta ke? Toyol curi duit juta-juta kena penjara setahun ke?

Farid Kamal : Bukanla.. Ni har.. Lisa Surihana nak kahwin dengan Yasri KRYU bulan Februari tahun depan.

Aku : Ceh! Itu kau cakap berita hangat? Camnelah berita macam tu diorang boleh taruk kat frontpage.

Farid Kamal : Yela.. Ramai lelaki yang frust menonggeng bila dengar berita ni.

Aku : Dah tu, apa kena mengena dengan aku?

Farid Kamal : Kau tak frust ke?

Aku : Weyh! Aku bukannya jenis meroyan syok sendiri la beb. Ada Lisa Surihana tu kisah pulak aku nak frust segala?

Farid Kamal : Tapi, ada yang sampai nak terjun KB Mall pun ada bila dengar berita ni.

Aku : Beb! Kau bunuh diri sebab dia sekalipun, bukannya Lisa tu nak ziarah mayat kau. Apatah lagi nak bacakan tahlil untuk kau. Kenal pun tak.

Farid Kamal : Tapi... Lisa Surihana kot.. Lisa Surihana beb..

Aku : Kau ni kenapa menggelabah sangat? Artis je pun. Apa yang nak diambil kisah sangat dengan artis? Kenapa semua orang sibuk sangat nak tahu apa artis tu buat, apa artis ni buat?

Farid Kamal : Pelakon popular tu beb. Peminat berjuta tu beb. Cun beb. Lakonan mantap tu beb. Mestilah ramai orang nak ambil tahu kisah hidup diorang.

Aku : Berapa banyak 'beb' daa~~ Apa sumbangan dia sampai kau nak obses sangat dengan dia ni?

Farid Kamal : Mengharumkan nama negara di dalam bidang seni. Kau patut tumpang bangga dengan kejayaan dia dalam bidang lakonan. Dah banyak anugerah dia sapu.

Aku : Owhh.. Itu rupanya sumbangan beliau kepada masyarakat. Agak-agak dia boleh popular tak kat akhirat nanti macam sekarang ni? Agak-agak anugerah yang dia dapat kat dunia ni boleh tampung berat timbangan amalan dia tak?

Farid Kamal : Kenapa tanya macam tu?

Aku : Yelah.. Dah kau taksub sangat dengan dia. Dia boleh bagi syafaat kat kau masuk syurga ke?

Farid Kamal : Memanglah tak.

Aku : Dah tu, yang kau nak ambik tahu sangat pasal kehidupan artis tu kenapa? Kisah hidup Nabi SAW ada kau ambik tahu?

Farid Kamal : Eleh.. Cakap macam kau tak pernah tengok dia berlakon pulak kan.

Aku : Memanglah aku ada tengok filem dan drama dia jugak. Sekadar hilangkan bosan je. Tapi, tak ada la sampai obses sangat nak ambil tahu pasal kisah hidup diorang.

Farid Kamal : Tapi, kalau aku minat sebab suka tengok kecantikkan dia je boleh kan?

Aku : Err.. Cantikkah? Not my taste ok.. Juliano Evon lagi cun la.

Farid Kamal : Ceh!

p/s : Watak Lisa Surihana, Yasri dan Farid Kamal tiada kena mengena dalam hidup mati aku.

Lisa Surihana.. Muka Paksa Rela.. (sekadar gambar hiasan)

SZ : Semoga semua golongan artis diberi hidayah. Termasuklah kita-kita yang terlalu taksub dengan dunia hiburan ni. Tidak lupa juga, semoga mereka-mereka yang ingin mendirikan rumahtangga itu beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Aminnnn~~~

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Kau Sibuk Sangat Nak Tahu Halal Haram? Padahal...

Aku tak faham dengan spesies manusia macam ni. Kenapa korang sibuk sangat nak tahu hukum haram sesuatu perkara yang tidak jelas dan menjadi perdebatan ramai, SEDANGKAN hukum yang terang-terangan sudah jelas haram langsung korang tak ambil peduli pun?


Contohnya seperti isu sempena Hari Natal yang tengah kecoh sekarang ni..

"Boleh tak nak buat ucapan kepada orang bukan Islam?"

"Memang haram kalau kita ucap Merry Christmas kepada orang Kristian, tapi boleh tak beri ucapan dengan niat hanya untuk menjaga hati mereka?"

"Apa hukum pakai topi Santa Claus?"

Kenapa sibuk sangat nak ambil tahu pasal tu sedangkan ucapan dan doa yang diperintahkan dalam Islam, kau tak ambik berat pun. Yang sibuk sangat nak doakan orang kafir tu kenapa? Korang masuk tandas, pakai baju, naik kenderaan, keluar rumah, ada korang baca doa? Kau selawat tak bila dengar nama Rasulullah SAW? Hati orang kafir kau nak jaga sangat. Hati Rasulullah kau jaga tak? Sibuk sangat nak tahu hukum  pakai topi Santa Claus, padahal kau pakai tudung pun tak.

Contoh lain, berkaitan isu rantai burung hantu haram yang kecoh baru-baru ni..

"Alamak.. Rantai burung hantu haram? Aku baru je beli.. Ruginya nak kena buang.."

"Eh.. Ustaz itu cakap haram. Ustaz ini cakap makruh pulak. Mana satu ni?"

"Alaa... Makruh je pun.. Lega... Still boleh pakai.."

Padahal, dia tak sedar ke yang dia tu tak tutup aurat? Tak tahu ke buka aurat itu sudah jelas haram dan termaktub dalam Al-Quran dan Hadis?

Aku tengok ada blogger yang copy paste artikel Burung Hantu Haram Bukan Sebab Freemason ni. Kononnya nak share ilmu la. Tapi bila aku tengok dekat sidebar blog dia, ada gambar dia tak tutup aurat dengan muka gaya muncung itik. Siap berkepit dengan pakwe beliau yang bukan mahram. Apakah? Berlambak entry dalam blog aku tegur pasal aurat, kau buat donno je kan.

Memanglah tak salah bertanya hukum yang tidak jelas. Yang jadi jeliknya, bila kau lebih menitikberatkan hukum yang tidak jelas sedangkan hukum yang sudah jelas kau langgar tanpa segan silu. Perkara yang jelas haram kau buat bodoh je kan. Yang diragui hukumnya, kau sibuk buat kajian, tanya ustaz itu, tanya ustaz ini.

Serius aku sangat pelik dengan makhluk-makhluk tak sedar diri macam ni? Korang makan apa eh sampai buta perut sampai macam tu sekali? Cuba bagitau sikit, apa makan?

p/s: Apa Hukum Ucap Selamat Hari Natal dan Pakai Baju Santa Claus? KLIK SINI!

SZ : Kasi makan penampor kang, makan hati pulak.. Eh.. Bukan garang, tapi sayang...

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas dan Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada 16 Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Wang Kertas RM10 – Flora

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional

Duit Syiling 50sen, 20sen, 10sen, dan 5sen



*Lihat fakta dan maklumat terperinci mengenai duit baru ini di web Bank Negara Malaysia

p/s : Cantik kan? Tapi... Tak ada gunanya cantik macam mana sekalipun sebab......

Sabda Rasulullah saw : "Akan tiba di satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

"Penggunaan dinar dan dirham sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan mata wang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa." - Tun Dr Mahathir Mohamad

SZ : Agak-agak sempat tak nak guna duit baru tu buat hantaran eh? Hahaha... Duit mana paling lawa?

Wednesday, December 21, 2011

Cara Menangani Serangan Haters

Selagi mana anda bernama manusia, anda berpotensi untuk dibenci. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Anda jahat atau baik, tetap akan ada orang benci. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum pun dibenci, apatah lagi manusia biasa macam kita ni. Dibenci adalah normal bagi seorang manusia. Jika anda dikelilingi HATERS, anggaplah ia hanya perkara biasa.

Rasa benci seorang haters lahir daripada sifat keji, cemburu, iri hati dan perasaan hasad dengki. Golongan haters sangat benci melihat kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Pantang melihat orang lain berada di atas, pasti mereka akan berusaha sedaya upaya menghidu peluang menjatuhkan kita. Sentiasa mencari kesalahan kita sebagai point penting untuk menyerang. Setia menunggu untuk bertepuk tangan menanti saat kejatuhan kita. Pelbagai prokosi dilancarkan untuk melemahkan mental manusia yang dibenci.


Cara paling berkesan ketika berhadapan dengan serangan haters ialah BUAT BODOH. Itu lebih baik daripada nampak bodoh melayan karenah haters. Haters memang mengharapkan kita membalas provokasi mereka. Ini kerana haters adalah sejenis makhluk yang kesunyian dan tidak ada kerja lain hendak dibuat. Haters adalah hamba abdi syaitan. Jika anda turut membalas caci maki mereka dengan carutan atau kata kesat, apa beza anda dengan hamba abdi syaitan tersebut? Kedua-duanya tewas dengan hasutan syaitan. Bersabarkan lebih baik daripada melenting.

Anda hanya perlu cool dan rileks. Apa yang hendak diambil kisah sangat dengan haters? Haters hanyalah makhluk pengecut di alam maya. Hanya lantang bersuara di sebalik nama anonymous mahupun fake identity. Seorang fighter sejati tidak akan memilih lawan yang tidak setanding dengannya. Seorang lelaki yang gentleman juga tidak akan menggunakan kekerasan terhadap insan lemah bernama wanita. Jadi, kenapa nak bergaduh dengan haters pengecut yang lembik macam tu? Ucaplah terima kasih di atas perhatian dan kesudian mereka mengambil berat tentang kita. Mereka perlukan kasih sayang.

Peduli apa dengan haters? Yang anda perlu ambil peduli, jangan buat perkara yang Allah benci.  Ikutlah cara Nabi SAW tatkala dibenci kaum sendiri iaitu bersabar, berdoa dan pertahankan diri. Pertahankan diri dengan cara berhemah serta hujah yang bernas. Bukannya dengan carutan penambah dosa. Elakkan diri daripada dipengaruhi emosi dan hasutan syaitan. So, tidak perlu merungut mahupun mental down jika ada manusia yang bencikan anda. Biarlah kita dibenci di dunia daripada kita dibenci di akhirat.

Bencikan kejahatan tidak mengapa. Janganlah bencikan kebaikan.



SZ : Tak suka aku? Ado aku kesah? =)

Tuesday, December 20, 2011

Panglima Nak Ludah Muka [Parody]

Segalanya bermula apabila seorang mahasiswa bertindak menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai tanda protes ketika mengadakan demonstrasi aman bagi menyerahkan memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. [berita selanjutnya...]


Maka, video Panglima Perang Melayu Gagah Perkasa ingin meludah muka mahasiswa seperti di bawah pun terhasil sebagai tanda tidak puas hati terhadap tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera yang tertera wajah idola kesayangannya itu.


Video tersebut mengundang rasa gentar mahasiswa seluruh dunia. Ramai mahasiswa yang mula mengalami sindrom lutut goyang dek kerana teramat gerun dengan ugutan para panglima yang gagah perkasa tersebut. Mereka jadi tidak tentu arah. Maka, muncul sekumpulan mahasiswa bertindak menghasilkan video parody ini demi menjernihkan keadaan dan mengembalikan keamanan dunia sejagat.


Kah..Kah..Kah.. Epic parody! Mohon jangan ludah muka mahasiswa Nabil Ifwat a.k.a Kyo Propaganda pulak nowh. Jangan cari pasai dengan Panglima Perang Kodiang!



p/s : Penjelasan mengenai video parody.. KLIK SINI!

SZ : Lebih baik ludah muka sendiri yang tak taat pada Allah dan Rasul.

Sunday, December 18, 2011

Pengalaman Melihat Najib Razak Dari Jarak 200m di UiTM Merbok

Hari Kejadian : Sabtu
Tarikh Kejadian : 17 Disember 2011
Lokasi Kejadian : UiTM Merbok, Kedah.

Ayah aku telah mendapat dua surat jemputan untuk menghadiri dua majlis. Jemputan pertama dihadiri tetamu kehormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok. Kehadiran PM adalah untuk merasmikan Perhimpunan 10,000 Usahawan Belia dan Siswazah serta melancar Kelab MYAGROSIS. Jemputan kedua pula, majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak bertempat di Guar Chempedak. Disebabkan ayah aku memilih untuk ke majlis Ustaz Azizan, jadi aku telah dipaksa mewakili ayah aku untuk menghadiri majlis Najib. Arghhh... Why Always Me?

Apa yang aku buat di sana? Adakah aku duduk di kerusi depan untuk khusyuk mendengar Najib mengucap? (Err.. Maksud aku, berucap..) Sudah tentulah tidak. Aku memanfaatkan masa aku di sana dengan berjalan mengelilingi tapak ekspo asas tani. Tujuh kali aku tawaf. Aktiviti aku ialah mencuci mata dan mencuba makanan di setiap gerai. Test makanan sampai kenyang. Belinya tidak pun. Heheh...

Maka, Biar gambar pula bercerita..


Puluhan ribu umat manusia yang berhimpun nak dengar Najib mengucap.. eh.. berucap..
Itu baru bahagian tengah.. Kiri kanan pun ada dewan lagi..

Bila tiba giliran Najib nak berucap, semua orang bangun dan blah dari situ..
Ok.. Gurau.. Sebenarnya dah habis.. Masa untuk melantak nasik bungkus free..

Memasuki tapak ekspo asas tani... Masa untuk test makanan tanpa beli..
Beli yang rasa best je..

Kejam! Kambing yang disula dan dipanggang...

Pameran buah... Aku beli jambu dan pelam je..

Pameran dalam dewan pulak...
Aku pun tak ingat berapa kali aku ulang masuk sini..

Awek ni pandai mewarna... Dahla hensem...

Awek yang jaga sini pun hensem.. Dia ngorat aku, aku cakap aku dah ada cucu..

Transformers yang sedang tidur..


Ok, itu ja gambar.. Nak letak banyak-banyak, berat pulak blog ni. Eh.. Mana gambar Najib? Haha.. Aku dapat tengok Najib dari jarak 200m je. Malas nak patah balik tengok dekat-dekat sebab buah tangan penuh di kiri kanan tangan aku. Rosmah Mansor tak tahula dia datang ke tak. Aku tak perasan la pulak. Mungkin terlindung sebab dia rendah kot. Apa-apapun itulah pertama kali aku melihat Najib secara live walaupun pada jarak 200m.. Heheh... Ini kalau dapat salam, taknak basuh tangan seminggu. (Ceh!)

Apa yang Najib berucap? Apa lagi. Cerita bahawa ayah beliau pengasas Institut Teknolgi Mara la. Sebelum ditukar oleh Najib sendiri kepada UiTM. Kemudian, cerita dana itu, dana ini puluhan juta. Faham-faham jelah.. Dekat-dekat PRU ni..

SZ : Ada pembaca yang pi jugak tak? Awek-awek UiTM cun nowh.. :D

Thursday, December 15, 2011

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.

"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."

Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.


Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.

"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~


Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke? Ke aku sorang je? :O

Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Lebih baik bertopengkan niqab drp bertopengkan mekap tebal...

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!

** Hukum Wanita Bersolek atau Tabarruj...KLIK SINI!

SZ : Kepada calon-calon isteriku, tolong jangan mekap tebal-tebal sangat ok.. Mencik!

Tuesday, December 13, 2011

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

DAULAT TUANKU



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

Kepada

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (KELANTAN), D.K. (SELANGOR), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (JOHOR), D.K. (TERENGGANU), D.K. (PERAK), D.K. (BRUNEI), D.P. (SARAWAK), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S, S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., GRAND GORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN, BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA (INDONESIA), ORDER OF THE RAMMATA THAILAND, HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST.JOHN., HON. PH.D (UUM).

Dan

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH
D.K., D.K.H.,

Sempena
ISTIADAT MELAFAZ SUMPAH JAWATAN DAN MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN DAN ISTIADAT MENANDATANGANI SURAT PENGISYTIHARAN MEMEGANG JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV

Pada
13 Disember 2011 bersamaan 17 Muharram 1433
Semoga Allah S.W.T Memberkati Pemerintahan Tuanku

Sultan Kedah ketika memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-5 pada tahun 1970-75



SZ : Sebagai anak jati Negeri Kedah Darul Aman, kenalah buat entry khas ni.. Heheh..

Sunday, December 11, 2011

Rantai Burung Hantu Haram BUKAN Sebab Freemason

Aku suka burung hantu. Sebab aku rasa burung hantu seekor burung yang comel dan cool. Tetapi, tiba-tiba muncul segelintir manusia yang mengatakan rantai burung hantu haram dipakai disebabkan adanya unsur-unsur Freemason. Secara tidak langsung, ini bermakna burung hantu menjadi penyebab rantai tersebut haram dipakai. Jadi, adakah burung hantu haram di sisi Islam? Selepas ini, kita sebagai umat Islam wajib menyekat pembiakan burung hantu diseluruh dunia kerana burung hantu ada unsur-unsur freemason. Begitu?

burung hantu dalam freemason

Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason

Tidak dinafikan, pergerakan Freemason ini memang wujud. Hukum memakai pakaian atau perhiasan yang memaparkan lambang persatuan dan simbol agama lain adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan rantai burung hantu itu haram disebabkan Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga, cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar kepada Itikmas?

Haram dipakai sebab dilarang dalam Islam

Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.

Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.


Apa tujuan pakai hiasan macam tu?

Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.

Ini aku tengok, yang tak tutup aurat pun sibuk sebarkan artikel 'haram pakai rantai burung hantu sebab ada unsur Freemason' tu. Artikel suruh tutup aurat taknak ambil peduli pulak? Tidak menutup aurat  dan memakai perhiasan secara berlebihan itu bukan setakat ada unsur Freemason. Malah SAMA dengan orang kafir. Itu fakta! Yang sudah jelas haram pun orang tak ambil kisah. Inikan pula nak dikaji semua benda dan kaitkan dengan unsur Freemason. Bakteria seberang laut kau nampak. Dinosaur depan hidung kau buat tak tahu.

Apa salah burung comel ni? :-(

p/s : Sekali lagi diingatkan. Rantai burung hantu haram dipakai bukan sebab ada unsur Freemason. Tetapi haram sebab Islam melarang segala jenis perhiasan yang berunsurkan makhluk bernyawa. Ngerti lo?

Rujukan :
- feryco.com
- en.netlog.com

SZ : Blog aku warna hitam putih. Alamak.. Ada unsur Freemason. Maka, blog aku haram dibaca? LOL

Tuesday, December 6, 2011

Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?

Apabila ditegur bab aurat, ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kenapa semua orang asyik menegur aurat kaum mereka sahaja? Kenapa tidak menegur aurat lelaki? Mereka merasakan itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat. Sedangkan lelaki ada juga yang tidak menutup aurat. Malah aku pernah dituduh anti perempuan kerana asyik menempelak kaum mereka terutama dalam bab aurat.

Amboii.. Signboard ni pun main kasar nampak.. Simbol wanita je? ;-p

***************************

Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hanbali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.

Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

Fesyen seluar londeh nampak boxer yang cute.. Wekkk..

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!) Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

***************************

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.


SZ : Biarlah orang mengutuk fesyen kita ketinggalan zaman.. Asalkan kita tidak dikutuk di akhirat kelak kerana memakai fesyen akhir zaman..

Sunday, December 4, 2011

Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa Besar

Budaya SHARE dan COPY PASTE sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menanggung dosa yang amat besar. Sebelum kalian menuduh aku membawa ajaran sesat dan berlagak ulama besar menjatuhkan hukum, alangkah baiknya anda buang sifat malas dalam diri untuk membaca entry ini sehingga habis.


1. Undang-undang hak cipta
Mengikut undang-undang hak cipta, adalah menjadi satu  kesalahan apabila seseorang itu mengambil artikel atau penulisan orang lain dan tidak meletakkan nama penulis asal. Dengan kata lain, copy paste atau plagiat. Malah lebih teruk jika ada yang terus mengaku itu tulisannya. Itu dikira mencuri hasil karya orang lain. Sama seperti cetak rompak. Mencuri hukumnya berdosa.

2. Adab berkongsi artikel
Jika kita ingin berkongsi sesuatu artikel yang dirasakan menarik dan bermanfaat, ada syaratnya. Di bawah artikel tersebut, kita perlu meletak nama penulis sebenar dan kreditkan ke link asal. Begitu juga jika artikel itu jadikan sebagai rujukan. Jika anda ambil sebahagian daripadanya, hendaklah diletakkan sumber rujukannya.

3. Tujuan kredit ke sumber asal
Supaya pembaca dapat membuat rujukan semula kepada penulis asal samada ingin mengesahkan kesahihan berita tersebut ataupun meminta penjelasan jika ada kekeliruan terhadap satu dua perkara dalam artikel itu. Jika penjelasan diminta daripada kaki plagiat, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerangkannya dengan baik dan jelas kerana mereka hanya copy paste idea orang lain. Selain itu, copy paste tanpa credit boleh menyebabkan fitnah!

4. Copy paste tanpa credit boleh menyebabkan penulis asal difitnah
Aku akui, di awal aku ber'blogging' dulu, aku juga ada mengamalkan budaya copy paste kerana aku suka berkongsi. Ilmu aku tentang selok-belok dunia blogging masih cetek ketika itu. Hingga menyebabkan seseorang itu difitnah mencuri penulisan aku. Padahal aku yang plagiat artikel dia. Ini semua gara-gara aku copy paste artikel yang aku perolehi daripada facebook ke blog aku. Aku tidak memberi kredit kepada sumber asal kerana aku tidak tahu siapa penulisnya. Ianya berpunca daripada pengguna facebook yang suka copy-paste artikel dari blog lain ke dalam note mereka tanpa credit ke sumber asal. Nampak? Selepas peristiwa tu, aku tidak lagi copy-paste membuta tuli.

5. Aku juga pernah difitnah
Artikel 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat adalah penulisan aku. Aku juga tidak menyangka yang artikel tu akan tersebar dengan meluas di alam maya. Tapi sayangnya ia tersebar dengan cara copy paste tanpa credit ke blog aku. Pada mulanya, aku tidak kisah kerana kononnya aku tidak mahu berkira dengan ilmu Allah. Tapi, lain pula jadinya. Aku dituduh mencuri hasil karya orang lain dan mengaku hasil karya sendiri. Aku dituduh mencuri hasil karya seorang Ustaz di facebook. Walhal, itu tulisan aku. Tetapi, aku redha. Mungkin itu balasan atas kesilapan aku sebelum ni.

6. Penyebaran Info Palsu
Sebelum ini heboh dengan penyebaran info-info yang diragui kesahihannya. Antaranya, artikel 'dalam milo ada cacing', 'sardin ada katak', 'perbezaan ikan keli halal dan haram', dan lain-lain lagi artikel yang terbukti adalah bohong belaka. Artikel palsu yang tengah hangat sekarang ini pula ialah 'Pepsi dan Coca-cola ada HIV'. Selain itu, artikel-artikel yang mengandungi hadis palsu juga pernah tersebar seperti 'hadis tentang pengharaman tembakau rokok' yang terbukti adalah hadis dhaif. Info dari internet bukan semuanya boleh dipercayai.



Pengajaran
Orang kita memang suka share info-info pelik tanpa diselidiki terlebih dahulu dari mana datangnya sumber asal berita tersebut samada benar atau cuma khabar angin. Jadi, sebelum ghairah untuk mohon share, selidiklah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penyebaran fitnah dan berita palsu yang kita sendiri tidak mahu ia berlaku. Sepertimana yang anda semua tahu, dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh.

Nampak? Terbukti perbuatan share dan copy-paste tanpa credit sememangnya boleh menyebabkan dosa besar. Apatah lagi jika share benda lucah.

Memang benar hak cipta terpelihara hanya milik Allah swt. Tidak salah jika kita hendak berkongsi ilmu Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Memang ada yang tidak kisah kerana dia ikhlas menyebarkan ilmu. Tetapi, Islam juga tidak mengajar kita mencuri. Sebaiknya, maklumkan daripada mana sumber asal ilmu tersebut. Bagi menghargai susah payah seseorang itu memerah otak berfikir serta masanya yang terbuang ketika menghasilkan penulisan tersebut. Jangan kita hanya senang-lenang plagiat. Letak credit bukan kena bayar pun.


SZ : Sekarang ni, aku rasa lebih puas bila aku dapat berkarya di blog dengan gaya penulisan aku sendiri.

Saturday, December 3, 2011

Mohon Share atau Mohon Copy Paste?


Mohon Share adalah satu perkataan yang agak sinonim di kalangan pengguna facebook yang ingin menge'share' status facebook atau post yang dirasakannya menarik untuk dikongsi dbersama rakan-rakan. Sehingga kadang-kadang menimbulkan rasa 'anoyying' bagi sesetengah pihak akibat terlalu banyak perkataan mohon share di serata pelosok facebook.

Tetapi, timbul sedikit kekeliruan. Yang sebenarnya, mereka ingin 'mohon share' atau 'mohon copy paste'? Ada beza sebenarnya tu.

MOHON SHARE
Anda cuma perlu klik button SHARE yang sememangnya sudah disediakan oleh Mark Zuckenberg di facebook tanpa perlu meminta izin. Dan apabila anda share, secara automatik, link owner tersebut akan terpapar. Jadi, bagi aku, tak perlu nak mohon share. Just SHARE it!


COPY PASTE
Anda copy kemudian anda paste. Anda bagi credit atau tidak, itu tetap dinamakan copy paste. Bukannya share. Tapi, aku tengok ada yang mohon share, tapi sebenarnya dia copy paste. Tulis jela mohon copy paste. Heheh..

**********************

Budak Tak Puas Hati : Eleh.. Itu pun nak jadi isu? Kedekut betul la. Berkira nak mampus. Kau ingat kau siapa? Macam bagus sangat!

Err.. Rilek. Jangan cepat sangka buruk. Aku bukannya nak marah. Aku ada reason lain. Ini cuma intro. Nanti aku kupas dalam entry akan datang. InsyaAllah.

p/s : Lain orang, lain pendapat. Luahkan pendapat anda di ruangan komen.

SZ : Mohon Share sebenarnya dah jadi ayat gurauan sekarang ni.

Thursday, December 1, 2011

Dialog Aku Benci Semua Lelaki dan Perempuan

Lelaki emo : Aku benci perempuan.. Perempuan semua sama! Mencik!
Perempuan emo : Aku benci lelaki.. Lelaki semua sama! Mencik! Mencik! Mencik!
Statement emo : Disebabkan oleh seorang lelaki, perempuan boleh benci dan tak percaya pada lelaki lagi.
Statement hilang akal : #@%$!&*(+@#$%%! (Mencarut memaki hamun bahawa semua lelaki/wanita adalah durjana)
Itulah luahan yang biasa kita dengar apabila seseorang itu frust bercinta. Kebiasaannya jika aku terbaca atau dengar ayat orang hilang akal tersebut, aku akan balas macam kat bawah ni. Ini adalah contoh dialog. Aku ambil contoh, perempuan lah ye. Sebab perempuan yang selalu buat statement ni. Yela.. Lelaki kan semua sama je. ;-p Kalau nak tuju kat lelaki, pandai-pandailah buat olahan sendiri tukar mana yang patut. Jangan risau. Aku bukan seorang yang mengamalkan sikap perkauman antara lelaki dan wanita.

*********************************

Gadis : Aku benci lelaki. Lelaki semua sama ja! Syaitan! Durjana!

Aku : Ayah, abang dan atuk kau tu perempuan ke?

Gadis : Mestilah diorang lelaki. Kenapa tanya macam tu?

Aku : Abis tu tadi, cakap benci semua lelaki?

Gadis : Ok, tukar. Aku benci semua lelaki kecuali family aku!

Aku : Rasulullah saw, para rasul dan nabi-nabi, para sahabat, para tabi'in, para salafussololeh, ulama' dan imam besar tu bukan lelaki?

Gadis : Kenapa nak kaitkan dengan mereka pulak!

Aku : Dah cakap semua lelaki?

Gadis kecewa : Ok, tukar lagi. Semua lelaki yang aku jumpa sama je! Semua lelaki yang aku kenal sama je!

Aku : Lebih kurang je pun. Tak pernah jumpa mak ayah?

Gadis : Mana sama. Cuba faham betul-betul. Mak Ayah tu kita jumpa ke? Kita cuba mengenali ke? Jawapannya tak. Sebab mak ayah tu memang sentiasa ada dengan kita sejak lahir lagi. So, tak ada kena mengena dengan mak ayah.

Aku : Ni nak cuba putar belit ayat ke? Still nak menghalalkan statement tersebut?

Gadis : Statement pun ada halal haram?

Aku : Dah tu, ingat minum arak dan zina saja haram? Kalau dah statement tersebut boleh mengundang fitnah dan kebencian terhadap makhluk Allah lain yang tidak bersalah dan tidak ada kena mengena dengan hal tersebut.

Gadis : Tapi, kalau selama aku menjalinkan hubungan dan semua pasangan aku bermasalah, tak salah kalau aku cakap semua lelaki yang aku kenal tu sama.

Aku : Kau cakap tadi, semua lelaki yang kau kenal sama je. Dalam hidup kau, kau pernah kenal berapa ramai lelaki? Takkan semua lelaki yang kau kenal, kau pernah bercinta dengan dia? Statement 'SEMUA LELAKI' adalah terlalu umum. Susah sangatkah kau nak mention nama dia seorang saja? Kalau dah benci sangat macam nak mati tu, cakap kau benci pakwe kau tu dah la. Kenapa mesti nak babitkan orang lain?

Gadis : Yelah.. menang kat kau. Bajet bagus pulak mamat ni.

Aku : Ini bukan soal kalah menang atau bajet bagus. Kau kena terima hakikat. Jangan terlalu mengikut perasaan. Hentikanlah buat statement macam orang hilang akal tu. Bawaklah mengucap sama. Ingat Allah. Dia yang mengaturkan semua ini.

Gadis : Tak kira! Aku nak cakap jugak. Lelaki semua sama! Aku benci semua lelaki kat dunia ni.

Aku : Ok. Kalau macam tu, aku tak boleh nak cakap apa dah. Hati kau terlalu keras. Ego kau terlalu tinggi. Nanti kalau kau dah kemaruk nak kahwin nanti, silalah jilat ludah kau balik dengan penuh berselera ye. Bye.

*********************************

Tahukah anda? Statement terlalu mengikut perasaan mencerminkan kebodohan diri. Inilah akibat terlalu taksub dengan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah. Apabila dikecewakan oleh cuma seorang insan, habis kesemua makhluk Allah lain yang tiada kaitan dipersalahkannya. Seolah-olah dia tidak redha dengan qada-qadar Allah. Dia tidak dapat terima yang jodoh pertemuan dan perpisahan itu adalah hak Allah. Jika kau tidak redha dengan ketentuan-Nya, kau adalah hamba Allah yang derhaka. Cintailah Yang Maha Mencintai. Pasti anda tidak akan pernah kecewa.

p/s : Awal tahun dulu, aku pernah jugak up pasal ni dalam blog. Lain sikit versi dia. Kalau belum baca, boleh klik entry Lelaki Semua Sama! Aku Benci Lelaki!

status facebook yang aku update semalam

SZ : Aku pun pernah 'hilang akal' bila frust. Tapi janganlah nak salahkan SEMUA orang. Cuba salahkan diri sendiri. Tak paham, tanya Cikgu BM.