Pages

Monday, November 28, 2011

Surat Cinta Kekasih Nazmi Faiz Mansor

Kehadapan kekandaku Nazmi Faiz Mansor yang dirindui selalu...

Ku kirimkan semadah warkah, setulus ikhlas nun jauh di sudut hati kudusku agar dirimu di sana hilanglah segala duka dan lara. Dan janganlah dikau bermuram durja dek kerana kekalahan Harimau Muda kepada Bahrain semalam.

Awak.. Apa yang saya lihat, Malaysia berjaya leading 2-0 semalam pun disebabkan adanya awak. Lepas awak dikeluarkan je, game terus jadi kacau-bilau. Bahrain yang main 10 orang pun dapat score 3 biji gol dalam masa 6 minit je. Kekalahan sebegitu sememangnya satu kepedihan yang pahit untuk ditelan. Tetapi kekecewaan rakyat Malaysia sedikit terubat dengan penyebaran video gol cantik yang awak score tu. Saya bangga jadi awek awak.

Cinta saya terhadap awak bertambah kuat bilamana awak berjaya menjaringkan gol tersebut. Shoot jauh pun masuk kan. Macam Cristiano Ronaldo la (walaupun awak pendek macam Messi). Tak macam abang Thamil Arasu tu. Depan gol pun tak masuk. Mesti ayah awak bangga. Walaupun awak sanggup tak ambil SPM tahun ni, tapi awak berjaya mencipta sejarah tersendiri. Anak jiran sebelah yang score SPM 11A tu pun tak feymes macam awak. Berbaloi pengorbanan awak.

Awak.. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang meminati sukan bola sepak. Sebelum ni saya tengok bola sekadar untuk mencuci mata melihat mamat-mamat hensem di atas padang. Tetapi, sejak kali pertama saya melihat awak beraksi di Gelora Bung Karno, saya rasa awak lain daripada yang lain. Walaupun fizikal awak kecil, tetapi skill permainan awak lebih bagus daripada Abang Fakri Shaarani. Awak kelihatan sangat cool ketika mengawal bola dan membuat hantaran. Saya suka tengok awak berlari-lari. Nampak cute sangat. Takpe. Peluh-peluh pun saya suka.

comelnyew awark niew..

Sejak awak dah mula dikenali, ramai gadis yang mula menggilai awak. Mentang-mentang awak comel, diorang cakap muka awak macam Kaka. Kalau dulu, Khairul Fahmi. Sekarang nama awak pula kian menjadi sebutan. Penuh status menggedik nama Nazmi Faiz. Dah tu, ada yang perasan, mengaku awak ni pakwe diorang. Yang lelaki pulak, ramai cakap nak jadikan awak adik angkat. Lepas tu ada yang guna gambar awak sebagai default picture. Blogger pulak ramai yang up entry pasal awak. Kenapa eh dengan diorang ni? Mencik taw!

Disebabkan itu, terpaksalah saya tampil buat pengakuan yang saya ni teman wanita awak. Semalam saya dah tweet di Twitter dan update status facebook. Biar semua orang tahu saya ni girlpren awak. Kemudian ramai yang cakap saya ni cun. Awak patut bangga. Oh ya.. Saya juga dah created facebook fanpage Nazmi Faiz Mansor. Cuma saya belum ada blog je lagi. Awak jangan salah sangka pulak ye. Saya bukan nak cari publisiti murahan atau nak tumpang populariti awak. Saya cuma taknak orang lain rampas awak daripada saya.

Akhir kata, saya nak pesan kat awak. Bila dah popular macam retis tu jangan sombong dan lupa diri ye sayang. Jangan curang dengan saya taw! Jangan pergi clubbing, parti dan minum arak dengan pompuan-pompuan yang seksi-seksi tu. Awak kena tahu. Walaupun kita baru je kenal dan kapel 3 hari yang lepas, cinta saya pada awak setinggi tiang lampu stadium seluas padang Bukit Jalil.

Sekian. Sayang awak ketat-ketat. Muah!

Awekmu,
Pelajar Tingkatan 4.
Kelas 4 Tekun (Kelas pandai)

p/s : Surat ini hanyalah rekaan semata-mata. Sekadar menghiburkan hati yang lara dengan kekalahan semalam. Heheh..


Gol Nazmi Faiz semalam memang terbaik. Salute! Beliau boleh pergi jauh. Tahniah! (Tak jeles pun) ;-p

SZ : Rasa macam nak tukar profession jadi pemain bola sepak la pulak. lol.

Saturday, November 26, 2011

Salah Faham Maal Hijrah : Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

Salam A'laik.. Rasanya ramai yang tidak tahu dan keliru dengan Sambutan Maal Hijrah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Cumanya tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam yakni sebagai tahun pertama kalendar Islam. Manakala bulan Muharram pula dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ini bermakna, bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.


Sila baca fakta-fakta di bawah untuk memahami dengan lebih jelas asal-usul bagaimana bermulanya perkiraan kalendar Hijrah.

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina Umar membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun Masihi. Maka, telah berlaku salah faham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

3. Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalendar umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam. Namun ditolak oleh Saidina Umar. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

4. Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Saidina Umar r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

5. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin : Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

6. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam.

7. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

8. Jelas bulan Muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya, baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

9. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan doa khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

rujukan : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin




SZ : Salam Maal Hijrah 1433H

Thursday, November 24, 2011

Jom Kita Langgar Lampu Isyarat

Semua orang tahu apa tujuan lampu isyarat dicipta. Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Dengan berjuta kenderaan di jalanraya, pasti jalan raya akan kucar-kacir. Para pemandu akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur untuk memberi laluan kepada pengguna lain. Masing-masing berebut dan saling memotong. Risiko berlakunya kemalangan juga meningkat. Sedangkan dengan adanya lampu isyarat pun masih berlaku kemalangan. Juga masih ada pemandu yang ingkar tidak mahu mematuhinya.

Tahukah anda? Dengan menggunakan analogi lampu isyarat juga dapat mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Bagaimana?

1.Orang yang selalu langgar lampu merah tidak kira masa dan waktu.
Ini ibarat orang yang lemah imannya serta tidak bertakwa. Dia mengaku kewujudan lampu isyarat tersebut tapi tidak mahu mematuhinya.

2. Orang yang kadang-kadang sahaja melanggar lampu merah terutama jika tiada orang.
Ini diibaratkan sebagai orang beriman dan bertakwa. Tapi takwanya itu bukannya benar-benar kukuh. Adakalanya dia masih terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk melanggar undang-undang tersebut.

3. Orang yang tidak pernah langsung melanggar lampu merah walau di malam hari di jalan yang sunyi.
Ini ibarat orang yang betul-betul beriman dan bertakwa. Mereka inilah yang cerdik akalnya, yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang akan berlaku. Jadi mereka tetap patuh tidak akan melanggarnya walaupun tiada orang lain yang nampak.

Setiap undang-undang yang dicipta pasti ada tujuan, samada untuk mencegah, mengatur ataupun menghukum si pelaku demi kebaikan bersama. Jika semua pemandu dapat mematuhi lampu isyarat, jalan raya yang kucar-kacir serta sesak dapat dikawal. Kadar kemalangan yang tinggi juga dapat dikurangkan. Selain dapat memupuk sifat tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.

Lampu isyarat adalah sistem ciptaan manusia. Undang-undang Islam yang termaktub dalam Al-Quran itu pula adalah ciptaan Allah. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja. Tetapi undang-undang Islam merangkumi setiap aspek kehidupan. Jika anda percaya bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas. Anda wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing ketika ini.

Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?


Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.

Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!

SZ : Mohon jangan lurus bendul ye... =)

Wednesday, November 23, 2011

Dia Selalu Ada Bersama Kita



*gambar asal daripada Fathiah Raihana

Kita mahu Allah tunaikan segala permintaan kita. Tapi, kita selalu ingkar dengan perintah-Nya. Allah sentiasa sabar dengan karenah kita. Tetapi kita sentiasa mengeluh apabila diuji. Allah sentiasa bersama dengan kita dalam apa jua keadaan. Tetapi, adakah kita sentiasa bersama dengan Allah setiap masa? Kita hanya ingat Allah masa kita susah. Bila kita senang, kita lupa Allah. Hamba jenis apa kita ni?

Tuesday, November 22, 2011

Apa Makan Harimau Muda? What The Fakri!


Apa makan Harimau Muda? Tahniah skuad Harimau Muda kerana berjaya membaham Sang Garuda di Gelora Bung Karno sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.


"Saya sebenarnya memang sengaja melakukan sepakan lemah ketika mengambil sepakan penalti bagi mencetuskan rasa debar rakyat Malaysia. Saya juga sengaja mahu penjaga gol dan kapten kelihatan seperti hero. Segalanya telah dirancang."
- Ahmad Fakri Saarani, 22.

Pesanan penaja : Jangan kutuk muka Fakri tak hensem. Jangan guna nama beliau untuk mencarut. Kerana semua itu tiada kaitan dengan skill bola sepak. Cukuplah sekadar mengkritik aksi beliau. Jangan pemurah sangat nak sedekahkan pahala anda yang seciput tu dekat dia. (Mujur Malaysia menang. Kalau tak, lagi teruk Fakri kena bahan.)

p/s : Komen Fakri di atas hanyalah rekaan semata-mata.

Kepada yang kalah, mohon jangan buat Doping Test selepas perlawanan. Mohon jangan lancarkan perang cyber. Mohon belajar terima kekalahan dengan hati terbuka. Mohon lebih menghormati rakyat negara lain. Mohon contohi mereka di bawah.


Takziah juga diucapkan buat penyokong Indonesia yang meninggal dunia disebabkan kesesakan di dalam stadium. AL-FATIHAH~~


Kepada rakyat Malaysia, jangan terlalu emosional melayan provokasi daripada rakyat Indon. Rileks sudah. Jika anda turut membalas dengan makian, apa beza anda dengan mereka?

Soalan cepuk emas : Jika pingat emas bola sepak adalah ibu segala pingat. Apa pulak bapak segala pingat? LOL

SZ : Entry pembakar semangat setelah seminggu tak update blog. Tunggu ngauman dari aku pulak. Auummmm..

Tuesday, November 15, 2011

Rahsiakan Pertunangan.. Hebahkan Perkahwinan..

Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Ni bertunang ke apa ni?

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.

Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.


Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?

Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.

Yang patut dihebahkan ialah Majlis Perkahwinan.

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Alaaaa.... Saya tak tahu..". Tak tahu nak buat macam mana. Benda dah lepas. Bagi yang belum bertunang tu, lepas ni tak payah kecoh sangat kalau bertunang. Termasuk aku! Biar setakat keluarga kedua belah pihak saja yang tahu. Tapi, yang jadi masalahnya sekarang ni, baru couple pun dah kecoh. Haishh...

rujukan : saifulislam, halaqah, hanyasitikhadijah.

SZ : Dia nak terasa? Biaq pi..

Sunday, November 13, 2011

Fesyen Tudung Chipsmore

Anda gemar berfesyen? Pelbagai jenis fesyen tudung boleh didapati di pasaran sekarang. Antara jenis-jenis fesyen tudung yang popular ialah fesyen tudung Ariani, tudung bawal, tudung Hana Tajima, tudung Yuna, tudung Mawi dan pelbagai jenis lagi tudung yang bermacam-macam gaya dan jenama sehinggakan namanya hampir tidak masuk akal dan tidak ada kena mengena dengan tudung tersebut.

Tidak terkecuali antara fesyen yang mendapat sambutan hangat adalah fesyen Tudung Chipsmore.

Fesyen Tudung Chipsmore

Kenapa ia digelar Tudung Chipsmore? Sila lihat gambarajah di bawah..


Fesyen Tudung Chipsmore sememangnya mendapat sambutan hangat. Hangat di NERAKA!

Contoh penggemar tudung Chipsmore adalah :

1. Pakai tudung ketika berada di Tanah Suci Makkah saja.
2. Pakai tudung ketika ziarah kubur saja.
3. Pakai tudung dalam filem saja.
4. Pakai tudung pergi sekolah atau kolej saja.
5. Pakai tudung masa bulan puasa saja.
6. Pakai tudung ketika akad nikah sahaja.
7. Pakai tudung sebab nak ambil gambar saja.
8. Dan lain-lain lagi yang anda boleh lihat sendiri di sekeliling anda.

Adakah bagi mereka Allah hanya ada di tempat-tempat tertentu sahaja?

Kepada yang sukahati kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung tu.. Cuba bayangkan..

Kalaulah korang boleh kejap mati, kejap hidup.. Kan bagus. Bolehlah lepas korang mati tu, then korang bangun balik dari kubur. Then korang bolehlah cerita kat kitorang semua macam mana siksa kubur orang yang tidak menutup aurat. Kalau boleh rakam sekali dalam kubur tu, lagi bagus. Betul ke kena siksa yang macam dalam Al-Quran dan hadis cerita tu? Teringin nak tahu ni.. Heh!

SZ : Ntah berapa banyak entry blog aku sentuh pasal aurat.. Awat hangpa ketegaq sangat?

Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Ramai Manusia Gelabah Dengan Tarikh Ini

Pada tanggal 11 November 2011, kelihatan sebahagian besar penduduk bumi menggelabah. Meroyan dengan tarikh 11.11.11. Perkara yang sama berlaku pada tahun lepas, yakni pada tanggal 10.10.10. Ada apa dengan tarikh?


Ramai yang menggelabah nak declare as couple, bertunang, akad nikah dan berkahwin pada tarikh ini. Ramai yang menggelabah nak abadikan tarikh ini dengan sesuatu peristiwa yang dianggap penting dalam hidup mereka. Dan paling menggelabah bilamana ada para ibu yang sanggup mahu melahirkan anak mereka melalui kaedah pembedahan semata-mata ingin melihat kad pengenalan anak mereka tertera nombor 11.11.11.

Laman sosial juga bagai dilanda manusia mabuk nombor. Masing-masing berlumba nak update status berkenaan tarikh cantik 11.11.11. Begitu juga dengan para blogger. Sibuk mahu update entry berkenaan tarikh ini. Malah ada yang sanggup buat entry auto-published semata-mata mahu melihat entry mereka dipamerkan tepat jam 11:11. (Sila scroll entry ni ke bawah untuk melihat buktinya.. Heheh..)

Dan jika ditanya, "Tarikh 11.11.11 bersamaan dengan berapa Hijrah?". Agak-agak berapa orang sahaja yang mampu berikan jawapan dengan spontan? Pasti semua menggelabah menyelak kalendar kuda untuk melihat tarikh dalam bulan Islam yang terpapar kecil di hujung kotak itu. Yang menghadap internet, terus menggunakan khidmat Lebai Google. Mungkin juga ada yang terpaksa mengira menggunakan jari berdasarkan kiraan Hari Raya Korban yang kelima?

What's going on people's? Tell me why! Kenapa menggelabah sangat?


Bagi aku, perkara yang paling best aku dah buat pada hari ini ialah tulis cek. Tiga cek sekaligus aku tulis. Heheh.. Tapi yang tak best, duit keluar. Huh!


SZ : Yelaa.. Yelaaa.. Aku pun menggelabah jugak sikit-sikit..

Thursday, November 10, 2011

Terlalu Taksub Dengan Cinta

CINTA.. Hari-hari dengar dan lihat perkara berkaitan dengan cinta. Buka radio, lagu cinta berkumandang. Buka tv, drama cinta dihidangkan. Tengok filem, adegan cinta diselitkan. Log in facebook, terbaca status cinta. Buka blog, baca entry pasal cinta. Sana sini cinta. Semua nak berjiwang karat.

Jiwa kita telah dijajah dengan semangat cinta yang tinggi. Lagu yang berada di top chart, lagu cinta. Drama yang dapat rating tinggi, drama cinta. Status facebook yang paling banyak dapat like, status cinta. Blog yang paling dapat sambutan, blog cinta. Kartun atau lukisan yang paling ramai share pun, pasal cinta jugak. Dunia ini penuh dengan manusia yang taksub dengan cinta. Sweet la konon.


Rasa cinta tak salah kerana cinta itu fitrah. Yang salah jika terlalu obses dengan cinta. Perasaan cinta yang mendalam menyebabkan seseorang itu menjadi taksub. Yang membuatkan seseorang itu hanyut dalam fikiran dan perasaan. Taksub dengan seseorang kerana cinta akan menyebabkan hatinya mati. Membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran.

Cinta buat kau jadi gila. Tergila-gilakannya. Gila bayang, gila talak, gila seks, gila babi. Bila dah jadi gila sebab cinta, ramai gadis hilang dara, janin digugurkan, bayi lahir tanpa bapa. Banyak kes bunuh diri kerana putus cinta. Mangsa pukul sebab cinta. Jeling awek kau pun sampai kena belasah. Semua itu kerana terlalu taksub dengan cinta hingga sanggup menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Lautan api sanggup direnangi konon. Berenanglah kau nanti di lautan neraka.

Nasi lemak buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Tinggal emak tinggal saudara. Kerana kasih hamba turutkan? Pantun pun dah jadi gila. Kerana cinta, ibu bapa jatuh nombor dua. Sanak saudara dan keluarga terabai. Kau sanggup kahwin lari. Kau sanggup kahwin tanpa restu ibu bapa. Rela menconteng arang di muka insan yang menjaga kau sejak kecil bagai menatang minyak yang penuh. Natang sungguh!

Kerana cinta, wujudnya pengorbanan tak masuk akal. Menabur janji kosong nak sehidup semati. Jika dengan mu kabur, ku tak mahu yang jelas? Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas? Betul cakap Mat Luthfi. Memang ada beza pengorbanan dan kebodohan. Kau sanggup buat benda bodoh sebab nak mengejar cinta teragung? Teragung la sangat. Adalah lebih bagus kau berkorban demi cinta kau terhadap agama demi mengejar cinta hakiki terhadap Yang Maha Agung. Tak payah nak Romeo & Juliet sangat.

Cinta bukanlah sesuatu yang keji. Kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata–mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Rasa cinta itu indah. Tetapi lebih indah dengan ikatan pernikahan.


Cinta sesama manusia tidak akan kekal. Cinta sejati hanya untuk Allah. Terlalu obses kepada cinta manusia akan membuatkan kita lupa padaNya. Lupa pada perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan. Malahan bukan setakat lupa pada Allah. Dengan rakan-rakan pun kita lupa.

SZ : Sekadar nak motivasi diri sendiri yang pernah frust gila suatu ketika. Kah3.. Itulah.. Dulu taksub sangat dengan cinta. Padan muka aku.

Wednesday, November 9, 2011

Blogger Datang Beraya : Telatah Maisara Menghiburkan

Tetamu istimewa aku Hari Raya Kedua yang lepas adalah seorang blogger. Seorang insan yang aku tak pernah langsung bersua muka. Hanya kenal melalui blog. Tiba-tiba sebelum raya, beliau inbox aku di facebook, mintak no phone. Dia cakap nak datang beraya rumah aku. Wah. Biar betul. Teruja la jugak. Siapakah dia?

Beliau antara blogger terawal follow blog aku ni. Waktu tu blog aku baru ada belasan followers kalau tak silap. Dia merupakan pengunjung dan pengomen tetap blog aku dari dulu sampai sekarang. Thats why aku sayang dia. Err.. Maksud aku sayang sebagai seorang kakak je ok. Beliau dah berkahwin dan ada seorang anak. Anak dia popular beb. Nama anak dia, Maisara. Heheh.. Mesti dah boleh agak siapa kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Diana.

Terima kasih kepada Kak Diana, Abg Lan (suami beliau) dan Maisara sebab sudi datang beraya ke rumah saya sekaligus menjadi blogger pertama yang datang ke rumah aku. Rumah Kak Diana kat P.Pinang. Raya ni diorang balik beraya kat kampung suaminya di Pendang. Pendang dengan Pokok Sena tak lah jauh sangat. Dah tau rumah saya, kenduri kahwin nanti wajib datang lah ye. Hahaha.. Doa-doalah bagi cepat jumpa jodoh.

Pertama kali bertentang mata dengan Kak Diana dan Abang Lan, rasa segan pulak aku. Diorang pun nampak sopan and malu-malu pun ada. Makan pun penuh adab dan tatasusila bagai pengantin baru. Walaupun Kak Diana kadang-kadang agak lantang di blog. Hehe.. Suara Maisara pun tidak kedengaran pada mulanya walaupun kononnya agak banyak cakap seperti yang sering diceritakan dalam blog Kak Diana. Aku memang teringin sangat nak tengok gelagat Maisara secara live.

Tapi, lepas Maisara dah mula dapat rentak, ternyata memang sebijik perangai Maisara macam yang Kak Diana selalu story tu. Memang kelakar sangat-sangat melihat telatah dia. Dia jenis yang mudah berkawan dan cepat mesra bila jumpa dengan rakan sebaya dia. Rumah aku bising dengan suara Maisara je hari tu. Dengan aksi-aksi selamba dan tutur kata yang memang kelakar lah kalau kita dengar ayat dia. Hehe.. Seronok sangat dapat ketawa tengok karenah dia. Comel je dengan dahi luas dia tu. Rasa macam nak pinjam buat anak angkat je. Untung Kak Diana. Mesti tak pernah kesunyian bila kat rumah.

Maisara main bola kat dalam rumah aku..

Rasanya tak banyak aku nak tulis sebab semua Kak Diana dah story dalam entry dia. Hangpa semua boleh terjah la blog dia japgi. Terutamanya kalau nak tau menu special turun temurun family aku yang mungkin jarang didapati di mana-mana sekarang. Google pun takkan jumpa. Hehe.. Boleh klik link di bawah :

-Untung Sapa Jadi Bini Solihin (Abg Lan Cakap)
-Maisara Cakap Solihin Hensem
-Resepi Rahsia Turun Temurun

Ceh! Tajuk entry bukan main kan. Kembang semangkuk aku dibuatnya. Haha.. Aku saja ubah. Gurau-gurau saja. Aku bukannya jenis perasan sangat. Heheh.. Kak Diana, sikit-sikit dahla puji saya ok. Kang makin bertambah pulak haters saya. ;-p

SZ : Gambar intim aku bersama Maisara tidak dapat dipamerkan atas sebab-sebab keselamatan. Haha.. Padahal aku segan. Pemalu la katakan. LOL

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H / 2011M

Salam A'laik... Memandangkan semua sibuk nak beraya, beta malas nak taip panjang-panjang. Blog ni pun nak cuti raya katanya.

Tanpa melengahkan masa, beta ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah korban dan bersedekah. Hati-hati di jalan raya dan hati-hati ketika berkorban. Dikhuatiri anda ditanduk mahupun diterajang haiwan yang bakal disembelih. Jangan anda pula yang terkorban.

Selamat makan daging banyak-banyak. Sapa vegetarian, memang rugi ya amat! Serius..



*Fadhilat Aidiladha dan Ibadah Korban.. KLIK SINI!

SZ : Dengan rendah dirinya, beta ingin menjemput semua rakyat jelata datang ke istana beta pada hari Raya Kedua nanti. Salah silap harap dimaafi.Wassalam...

Thursday, November 3, 2011

Doaku Buat Haji Najib dan Hajjah Rosmah

Salam A'laik... Sepertimana yang kita semua sedia maklong, berita hangat di dada-dada akhbar dan kaca tv sekarang ini ialah berita tentang Perdana Menteri kita yang disayangi iaitu Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri beliau Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.

Najib dan Rosmah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Doaku, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka, dikuatkan iman mereka, dan beroleh haji yang mabrur. Semoga apabila pulang nanti, hukum Islam dapat dilaksanakan dan syariat Islam dapat dimartabatkan di bumi Malaysia ini.

Harapanku juga agar Allah memberi kekuatan kepada Dato' Sri Haji Najib untuk menasihati isterinya. Semoga Allah memberi hidayah kepada Datin Seri Hajjah Rosmah agar menutup aurat sepertimana dia boleh bertudung dengan comel di tanah haram. Aminnnn...

Najib dan Rosmah diberi kawalan ketat tentera Arab Saudi ketika melaksanakan ibadah haji.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Menurut Imam al-Barbahari Rahimahullah : Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Kita diperintah untuk mendoakan pemimpin kita dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun jika pemimpin kita zalim. Itu lebih baik daripada memaki hamun. Kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri. Dan bila pemimpin menjadi baik, maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.

Bayangkan, jika mereka pulang ke tanah air nanti, penampilan mereka seperti ini. Alhamdulillah....

Haji Najib dan Hajjah Rosmah

SZ : Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal dan diberikan kekuatan kudrat yang berpanjangan agar kita dapat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna sebelum menutup mata buat selamanya.. Aminnn..

Tuesday, November 1, 2011

Apa itu Troll? Trolling Bikin Manusia Butthurt!

Anda pernah troll orang ataupun pernah jadi mangsa troll? Aktiviti trolling ni dah macam jadi satu fenomena kat dunia internet sekarang ni. Tapi, tahukah anda maksud sebenar troll?

Apa itu TROLL?

'Troll' membawa maksud memberi pendapat yang berlawanan daripada orang lain, memberi statement menyerang, membuat provokasi, gurauan kasar, parody, kata perli, membuat sindiran sinis, makan dalam, membahan atau menganjing, memancing dan lain-lain yang berkaitan. Pendek kata, Troll akan membuatkan seseorang itu terasa, marah dan bengang. Yang mana sporting, dia hanya akan tersenyum sendiri. You've been trolled! Trolololo...

troll face yg feymes!

Bagaimana Cara Nak Troll?

Anda mesti berani dan mempunyai pendapat tersendiri dalam mencipta sesuatu isu. Menulis dengan nada sarkastik dan sindiran kasar. Bersiap sedia dengan fakta yang kukuh untuk mempertahankan pendirian anda. Nak troll kena ada point. Bukannya boleh troll secara memvavi buta.

Jangan guna kata kesat ataupun mencarut. Sila troll dengan berhemah. Troll amende sampai maki mak bapak.  Di akhir ayat, tak perlu nak cakap 'Are You Mad?'. Biar dia terasa sendiri. Biar pihak kena trolled saja yang emo.

Akibat Daripada Entry Troll

Akan muncul golongan manusia yang tak senang duduk disebabkan kepanasan montot ataupun bahasa saintifiknya, 'butthurt'. Ruangan kotak komen akan dipenuhi Anon yang pengecut membela diri ataupun membela pihak kena trolled. Mereka cuba menegakkan benang yang basah dengan kata-kata makian. Biarkan saja mereka meng'emo' di ruangan komen. Anda hanya perlu tenang dan senyum membaca komen-komen 'butthurt' tersebut. Tidak perlu melayan provokasi mereka. Balas hanya jika anda rasa perlu.

Orang akan kutuk belakang. Antaranya, mereka akan cop anda sebagai seorang yang bajet bagus, kau semuanya betul, nak menang kau aje, dan lain-lain lagi.  Jika anda seorang kaki bodek dan inginkan ramai peminat, jangan mimpi nak troll. Impak daripada trolling ini hanya akan membuatkan anda dibenci dan dikelilingi ramai haters. Anda mungkin juga berisiko kena pukul. Heh!

Para haters akan senantiasa mencari kesalahan anda dan mencari jalan untuk kenakan anda kembali. Sesungguhnya, mereka tidak sabar untuk bertepuk tangan melihat saat kejatuhan anda. Mental anda kena kuat dan haruslah kalis provokasi. Anda hanya perlu rileks dan tabah. Hati kering. Berani buat, berani tanggung la. Yang penting, anda yakin dan tegas dengan pendirian anda. Tapi jangan benda yang terang-terang salah pun anda mahu ego pertahankannya.

Kebaikan Troll

Tujuan sebenar troll bukanlah untuk melaga-lagakan. Ia bertujuan untuk membuka minda dan menarik minat pembaca berfikir dengan lebih mendalam. Bayangkan, zaman sekarang berapa ramai yang nak dengar nasihat secara lembut dan skema? Bila dah kena sindiran tajam, baru nak melenting. Bila terkena batang hidung, baru nak sedar diri. Kalau yang bijak, dia akan berfikir panjang dan mengambilnya secara positif. Kalau yang butthurt tu, mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa diri mereka seteruk itu. Mungkin juga dia tidak biasa dengan teguran berbentuk sarcasm.

Aku juga pernah rasa terkena headshot bila baca entry trolling. Aku cuma tersenyum. Cis! Ada benarnya jugak kata blogger tersebut. Aku ambil secara positif sebagai pedoman hidup. Haha...

p/s : Troll bukan saja di dalam bentuk penulisan. Dalam bentuk video, lukisan dan juga dunia realiti pun boleh.

You've been trolled!

p/s : Kalau ada pakar dalam bidang trolling nak bagi pendapat lain, silakan.. Aku ikut pemahaman aku ja. Heheh.. Nak baca satu contoh entry trolling? KLIK SINI!

SZ : Why so serius? Ada masa kita melawak, ada masa kita serius.. LOL!