Pages

Friday, October 28, 2011

Kau Bersalam Denganku Bagai Mahu Tak Mahu

Tapak tanganmu umpama kulit ikan yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam denganmu. Tangan kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang kamu ingin berikan padaku melalui jabatan tanganmu. Cuba kamu fikirkan.

Wajahmu umpama keldai yang tidak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya kamu bersusah-payah menyambut salamku. Dan mengapa aku bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldaimu.

Pandangan matamu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang kamu hanya menghulur tangan sedang mata dan wajahmu melilau ke arah lain. Sedarkah kamu bahawa aku sedang menggenggam erat tanganmu dengan renungan menjalin ukhwah.

Bukankah kita ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Sedangkan baru tadi kita sama-sama solat berjemaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa dalam mengakhiri detik kita berada di masjid ini, kita burukkan salam perpisahan kita sebagai saudara seagama, saudara sejemaah?

Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya kamu menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa kamu menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu bermaksud kamu tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar kamu cara bersalam menurut Islam.

credit : dakwahkemaman


Adakah bersalaman itu perbuatan yang keji? Apabila berjabat tangan hendaklah bertentangan mata. Genggamlah tangan erat-erat sebagai tanda kemesraan. Namun janganlah pula sampai menyakitkan. Sangat tidak beradab sekiranya kita bersalaman dengan hanya hujung jari dan tidak memandang wajah seseorang itu.

SZ : Aku share ni sebab aku memang tak puas hati dengan orang yang bersalam macam nak tak nak ni. Lepas ni, bleh print n tampal kat board masjid.

Thursday, October 27, 2011

Kenapa Nak Samakan Mereka Dengan Anjing dan Babi?

Assalamualaikum... Semalam aku ada updated satu status di page blog aku kat facebook. Status tersebut ternyata menimbulkan sedikit ketegangan disebabkan ketidaktelitian mereka membaca status tersebut, membaca dengan nada emosi, dan terus menyerang membuta tuli.


SILA BACA SAMPAI HABIS! JANGAN TERUS KOMEN! Baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan ni bagi mengelakkan terus berlakunya salah faham.  Baca dengan nada fikiran positif, bukannya dengan emosi. Tidak ada niat nak condemn atau troll sesiapa. Sekadar memberi penjelasan.

Antara komen-komen yang diperolehi.

1. Status ni seolah-olah menghina perempuan.

Ini mesti nak cakap aku anti perempuan la ni kan. Dah tu siap kaitkan mak dan saudara perempuan aku apahal? Heheh.. Chill~~ Cuba tengok balik baris ayat ni.


Kalau baca betul-betul, status tu sebenarnya dituju kepada lelaki. Lelaki yang tidak menjaga pandangan mata dan memegang tangan pasangan bukan mahramnya. Pada masa yang sama, secara tidak langsung menegur perempuan yang tidak menutup aurat sebagai punca mata lelaki dinodai. Nak cakap aku anti lelaki pulak?

Ini menggambarkan pemikiran sempit orang kita. Bila sebut pasal aurat ja, dituduh tuju kat perempuan. Abis tu, lelaki tak wajib tutup aurat kah? Lelaki dan perempuan tak perlu jaga pandangan melihat aurat pasangan bukan mahram kah? Status tu 'win-win situation la'. Tidak berat sebelah. Cuma apabila di'judge' dengan emosi, ia akan kelihatan berat sebelah. Lepas ni, cuba belajar berfikir di luar kotak ye.

2. Kenapa nak samakan dengan anjing dan babi? Tak boleh nak samakan hukum sesuatu dengan sesuatu.

Cuba tengok balik baris ayat di bawah. Ada aku cakap sama? Aku cakap lebih teruk. Malah, itu juga merupakan pertanyaan. Nampak kata tanya 'adakah' dengan tanda soal tu? Ini bermaksud aku inginkan pendapat kalian. Tapi, aku di'serang'. Hehe..



Status tu sekadar ingin menggambarkan betapa melihat aurat perempuan itu berdosa. Malah lebih teruk daripada melihat babi dan anjing walaupun haiwan itu najis. Melihat saja sudah berdosa, apatah lagi memegang.

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, adakah maksud hadis tu nak samakan perempuan dengan vavi? Adakah hadis tu menggalakkan lelaki pergi bergomol dengan vavi daripada sentuh wanita bukan mahram? Sudah tentu tidak. Fikir-fikirkanlah..

3. Pegang anjing dan babi mana ada dosa. Kena samak je. Cuma berdosa bila makan binatang tu.

Err.. Bila masa aku cakap dosa pegang anjing dan babi? Cuba tengok balik status tu. Ada aku cakap dosa? Aku cakap tak boleh.


Maksud tak boleh di sini, perkara itu dilarang. Contoh, korang tengah main taik. Mesti mak korang marah kan. Mesti mak korang akan sound, "Hey! Jangan main taik! Kotor!". Maksudnya, tak bolehla kan main taik. Padahal taik bukannya haram. Pergilah pegang taik! ;-p

4. Pegang anjing tak salah. Kena sertu ja.

Wahh.. Jom ramai-ramai bela anjing lepas ni. Pegang anjing, lepas tu ambil gambar, upload masuk facebook, set as default pic. Agak-agak, apa orang nak cakap? Heh!

Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa. Tapi, apa motif korang sengaja nak sentuh anjing dan babi tu tanpa sebab? Sekiranya korang ni doktor haiwan sekalipun, korang perlu pakai sarung tangan. Jika tidak boleh merawat guna sarung tangan ataupun darurat untuk tolong anjing yang memerlukan bantuan segera, korang wajib sertu dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah

Jadi, tidak ada sebabnya korang boleh pegang najis mughalazzah dengan sewenang-wenangnya.

Apa hukum memelihara anjing?

Mengikut Mazhab Shafie, diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi, hukum memelihara anjing sebagai hobi dan suka-suka adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata, "Malaikat rahmat tidak menyertai jemaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng." (Riwayat Abu Isa al-Tirmizi)

So, nak lagi pegang anjing dan babi secara sengaja tanpa alasan yang munasabah?

5. Statement ni bahaya. Nak tulis, biar terang dan jelas maksudnya.

Statement tu kelihatan bahaya bila korang berfikir secara bahaya. Dan status tersebut juga sudah jelas dan terang, tapi korang tak teliti dan memahaminya. Dan semuanya sudah dijelaskan di atas.

*****************************************

SZ : Amboih depa. Nak kena terjemah satu-satu?  Heheh.. Salah silap harap dimaafi. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Sekian saja penjelasan daripada hamba. Wassalam..

Wednesday, October 26, 2011

Sivaji The Boss Mengucapkan Happy Deepavali






p/s : Entry khas sempena Deepavali ini ditaja oleh Yayasan Sivaji, Mumbai, India. Sekadar hiburan... Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah jadi mayat.. Heh!

SZ : Amacam? Meriah tak Deepavali kat area rumah hangpa? Heheh...

Tuesday, October 25, 2011

Konsert Artis Gay di Genting Highlands

Ini adalah berita baik buat semua warga-warga gay di Malaysia. Seorang artis gay Hollywood akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini bertempat di pusat perjudian terbesar Asia Tenggara, Genting Highlands. Mamat gay tersebut adalah Elton John!

pasangan romantik, David Furnish dan Elton John..
Eurghhhhhh~~

Elton John telah ‘berkahwin' dengan pasangan 'homoseksual'nya, David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu.

Artis sampah macam tu pun nak jemput ke Malaysia? Di mana pemimpinnya beragama Islam, agama rasminya Islam dan majoriti rakyatnya beragama Islam. Itulah akibatnya jika Islam hanya pada nama dan i/c. Orang yang memberi kuliah agama ditangkap. Ceramah agama diserbu. Tapi, artis barat diagung-agungkan, dijemput dan diberi layanan baik? Tahniah!

Kepada pihak yang terlibat. Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Islam di Malaysia ni yang sememangnya sudah hancur!

sumber berita : mstar

SZ : Gua benci gay. Apa yang best dengan gay? Muntah!

Sunday, October 23, 2011

Kempen ‘Trash Your Tevez Shirt’ Satukan Fans Man United dan Man City

Menjelang pertembungan hangat dua pasukan teratas liga pada malam ini, satu-satunya perkara yang akan menyatukan kedua-dua penyokong Manchester United dan Manchester City adalah kempen 'Trash Your Tevez Shirt'.


CARLOS TEVEZ tiba-tiba menjadi musuh nombor satu di Manchester. Penyerang Argentina itu yang meninggalkan Manchester United untuk bersama pasukan jiran, Manchester City pada 2009 kini mula dibenci penyokong City pula selepas didakwa enggan bermain menentang Bayern Munich bulan lalu hingga dipinggirkan pengurus, Roberto Mancini. Sejak itu, penyokong City mula melupakan bekas kapten mereka dan Manchester kini nampaknya sepakat untuk menyingkirkan bekas bintang West Ham itu.



Satu trak sampah besar dengan tulisan ‘Trash Your Tevez Shirt’ akan diletakkan di luar Old Trafford, dengan cat separuh merah dan biru bagi membolehkan penyokong membuang replika jersi yang tertera nama Tevez untuk ditukarkan dengan yang baru. Jersi-jersi Tevez yang dibuang tersebut akan dihantar ke Argentina dan diserahkan kepada badan kebajikan negara itu. Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya. Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersinya.

*maklumat lanjut dan lebih lagi gambar, sila klik oldtraffords.com


My Prediction
Manchester United 2 vs 1 Manchester City


RESULT
Manchester United 1 vs 6 Manchester City


SZ : Anti Man United? Silalah sokong Makcik City.. Heheh... GGMU!

Saturday, October 22, 2011

Watak Jack Sparrow Sebenarnya Seorang Muslim?

Siapa yang pernah tengok filem Pirate of the Caribbean, pasti mengenali watak Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Tetapi, tahukah anda, watak Captain Jack Sparrow tersebut sebenarnya memang wujud. Beliau adalah seorang Muslim? Benarkah?


Captain Jack Sparrow berasal dari England. Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmani.



Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb.

p/s : Artikel ini dipetik drp blog Imam Suhaib Webb.. KLIK SINI!

In the late 16th century a young boy collecting scraps of wreckage from the docks wondered if he’d ever leave Faversham in the borough of Kent, the hottest place in the entire United Kingdom. It was a marshy place of little importance to anyone but the brigand. Its docks were a haven for smugglers and pirates and other such unsavory folk. That boy was John Ward, whose dreams would one day come true, though perhaps not in the way he had wanted; he would become Jack Birdy, the most fearsome pirate in the world, and towards the end of his life, Yusuf Reis, penitent Muslim, wealthy beyond any man’s dreams, spending the remainder of his life in his Tunisian palace.

The legendary Captain Jack Birdy, once sung about by every balladeer in England, might have all but been forgotten, yet his memory remains as the spirit behind the fictional character Captain Jack Sparrow played by Johnny Depp in the “Pirates of the Caribbean” film franchise. Who was Johnny Ward, the child rummaging through the fishing docks of Faversham? Who was John Ward, the British Naval officer? Who was Captain John Ward, the privateer endorsed by the Crown of England? Who was Captain Jack Birdy, the privateer turned pirate betrayed by that same Crown? And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man. With so many characters wrapped in one, the stories of his adventures are exponentially more exciting than anything a Hollywood film could capture.

What follows is a historical dramatization of William Lithgow’s second visit to Tunis as a guest of Captain Jack Ward, five years before his death. Some of the dialogue is interpolated but strongly based on historical fact. Some of the dialogue is verbatim from historical account. Every detail has been painstakingly researched for an accurate portrayal. It is a dramatization, but a historically founded one, no less. Though this begins towards the end of Captain Jack’s life, it is hopefully the beginning of your interest in this legendary man, fictionalized in Hollywood, demonized in Christendom, largely forgotten in the Muslim world. This is but one of many stories about him calling out from history yearning to be told…

“You see, mate. I’ve grown fond of a tiny little birdy, savvy?”
“Oh dear me. What’s her name and should I warn her?”
“No, you dinghy rat! A wee little birdy.”
“Little birdy? Captain Jack, do you mean a SPARROW?”

The old man chuckled, not having heard himself addressed as Captain Jack in what seemed to be many a lifetime spent. For now, he was simply Yusuf Reis1, a nobleman of Tunis wealthy beyond any Englishman’s dreams, and husband to Jessimina the Sicilian who was, like him, a renegade from Christendom.2

“No…ummm…chicks.”
“Chicks?!”
“Yes. Chicks!”

The zany old man, once a great pirate and commander at seas3—albeit, no less the zany one back then —was now just a tired silhouette of what he once was. He seemed happy though, as he lavishly entertained his guest, none other than myself, William Lithgow son of James4, not a pirate, nor a privateer, most definitely not a Turk5, but a Scotsman and a vagabond yearning to sojourn an endless trajectory. I have rummaged my way, by land and sea, from Scotland to the Levant, and now to Africa. Here in Tunis I would enter yet another chapter into my soon legendary journal, The Totall Discourse of the Rare Adventures and Painefull Peregrinations of long Nineteene Years Travayles from Scotland.6 This chapter would be about the eccentric old man before me, once the most feared Barbary Corsair in the world, John Ward – also known as Captain Jack Birdy.7 I had no idea what in Hades all this gobbledygook about “little birdies” was about, but I was eager to learn of his obsession with, for God’s sake of all things, chicks.

“Where are you leading me, Captain Jack? Am I following your drunken stupor?”
“Have you seen me sip gin or rum in the twice you’ve come? Since I traded captain’s hat for turban, I ne’er drank a drop ‘o bourbon.”
“Captain Jack is sober, and a poet no less. Has Christ returned?”

The old man smiled, and in an abstemious, yet telling, mockery of himself he coined something I shall merrily jot in my journal.

I drink water like an ass,
I am shoed like a horse,
I have a coat like a fool,
And a head like an owl!8

Captain Jack was a notorious drunkard, cunning and cruel, and taken to tomfoolery. Yet now, water and unfermented nectar were all Captain Jack would drink. The faithful Turk drinks neither ale, nor porter, nor wine, nor ardent spirits of any kind. Yet, he did not need strong drink to be just as mad. “Shoed like a horse” was in reference to the Turk’s shoes which are studded with iron. It is a fearful sight, I must say, lest you find yourself under one. His coat, and Captain Jack always wore an Englishman’s coat, was now the coat of a Turk. This silly, opulent and vain coat made him appear to me a fool, but he seemed to revel and bemuse himself in my outrage. I will not shy from saying that his turbaned head did look like an owl’s.

We first received news of Captain Jack’s and Sir Francis Verney’s apostasies in 1610 when the Venetian Ambassador to England, Marcantonio Correr, wrote the following invective to the Doge and Senate on December 23:

“There is confirmation of the news that the pirate Ward and Sir Francis Verney, also an Englishman [but] of the noblest blood, have become Turks, to the great indignation of the whole nation.”9

Nevertheless, I always thought Captain Jack turned Turk to jeer King James I, who would not pardon him10 and to gain quarter with the King of Tunis, Uthman Dey. Yet, now I see a man adherent to these ways and finding comfort in them. He is refined and lazy in his old age and married to a noblewoman of Palermo to the shock of every sea dog who ever heard his name. Captain Jack married? The Kraken be tamed! Yet, it was true. Captain Jack was a Lord of Tunis living in a palace of the finest varieties of marble and alabaster, and no longer a scourge of the sea. He was what the most madcap of jesters could not concoct: a freebooter and a saint.

We entered a dank barn-like structure that was quite sweltering for this pleasant September day in the year 1615. Ten of Captain Jack’s servants rushed in to help us view what had to have been the most uncanny sight I ever witnessed. Before us were nearly 500 eggs hatching before my eyes within dozens upon dozens of incubators crafted with the unhallowed science of the Turk. The heat from each oven was answerable to the natural warmness of the hen’s belly; upon which moderation, within twenty days they come to natural perfection.11 Captain Jack, the greatest scoundrel to ever dominate the seas, was now raising chicks. For all the Turks’ barbarism, of which I have heard plenty, I have seen nothing in Barbary but mercantilism, incessant praying–it seems they never stop–and, quite frankly, ordinariness. The stories we hear in England of the Turks’ devilry and excesses are nowhere to be found and my eyes grow tired searching for them. I had hoped to write a tantalizing chapter or two about these provocative oddities but, alas, my inkwell is still full.

It is no mystery to me now why so many from Christendom found succor in the realm of the Turk. Captain Jack, his mate Sir Francis Verney, not to mention Captain Jack’s entire crew, the Dutchmen Meinart Dircxssen now Hasan Reis, and Jan Marinus of Sommelsdijk now known as Assam Reis, the Belgian Murad Flamenco of Antwerp12, as well as the scores of other Christians, all turned renegade from the faith and boasting the Kilij13 of the Corsair and following the religion of Mahomet. The tumult we have seen between Catholic and Protestant, and the flipping between the two as our Kings and Queens pass, are things they will not miss. Though I esteem the Turk to be a marauder who will slay for pittance, they all clamor to pray in their domed Djemats, the courtyards of which, dare I say, are places wherein I could get lost in reflection. They molest neither Protestant nor Catholic here, and Tunis has, this year, become a haven for Conversos, Jews forced to become Catholic or leave Spain under pain of death. Whether it be tolerance or indifference, man is not branded by his God here. Tunis is a bizarre place, yet it is nothing I was told of by my countrymen and brethren in faith. Today, this has further been confirmed to me by the legendary Barbary Corsair who is my host, Captain Jack Birdy, also known as John Ward, privateer then pirate, now Christian turn’d Turk.

As we left that strange aviary and walked through the floral pathway with fountains and rivulets on either side, I looked in the distance and saw Captain Jack’s palace that would turn the Kings and Queens of Christendom green with envy. I had so much to ask Captain Jack, yet such little time it seemed. The sun was now setting. As we approached the grandiose Casbah, Captain Jack stepped off the path towards a fountain, slipped off his iron studded Turkish boots, and handed me his coat. The blasted thing was heavier than it looked.

“I beg your pardon, but we have to make a stop.”
“I follow your lead, Captain Jack.”
“I must pray.”

I marveled at what little was left of the great Captain Jack Birdy in this penitent man. He began washing himself in the way Turks do before prayer. As we entered the citadel Captain Jack looked up to its spiraling minarets and squinted.

“You know, Will. Five years ago to this day I became Muslim in this very citadel, in the Djemat El-Kabir you see over there.”
“That was your choice, Captain Jack, and I will not say it does not vex me. For Christ be the Savior of the world and I feel your heart knows this, as does every gentleman in his core.”
“Mate, the innards of a man are known only to God and the fish who eat them. What I have seen on the high seas, the wars between Pope and Crown, and how they could give each other quarter but could afford me no pardon. I want none from them.”

It is the greatest irony that Captain Jack was seen as the most notorious renegade and traitor of England, yet he believed himself grassed by his country. His scowl of disgust quickly turned to a devilish smirk.

“William, will you join me? Here is where all journeymen such as yourself and I find themselves peace.”
“Pray to Whom you pray, Captain Jack. I will pray to Whom I pray for your salvation.”
“And I for yours. Very well.”

I waited for Captain Jack as he repeatedly bowed and prostrated like a Turk. Looking around at the splendor of the Sultans I marveled at how they had not yet taken the world from end to end. The thought of supping with the nobles and elite of Tunis made me pang with hunger. They were to have yet another lavish party for me as they did thrice before. I could not tire from their scrumptious wheat middling, succulent roasts and glistening fruits, the likes of which I have never seen. As my mind immersed in a leg of lamb, Captain Jack emerged with a grin and a strange glow.

“Come, Will. Supper will be served shortly.”
“This isn’t going to be like the party Yusuf Dey had for Simon the Dancer last year is it?”14
“That is not something to be a rib-ticklin’ about, mate. What happened to Simon Danseker is of no coziness to me or my men, but it was a debt paid. Simon would have had us all hangin’ from the yardarm and feedin’ the fish. He chose his way, savvy?”
“Aye, Captain. Pardon the jest.”

I had to quickly change the subject for it appeared that I had incensed the Captain. There was something about which I dearly wanted to hear: The little known and undocumented journeys of Captain Jack in the unchartered waters of the Western seas.

“Tell me of this proclamation for your capture that mentions ‘piratical activity in the West Indies.’15 I have a copy of it with me.”
“I have no need to see it. I lived it. The Caribbean. Knowing of Sir Francis Drake’s fortunes therewithal, the young scallywag that I was, I wanted to plunder those seas…and I did…quite well.”

As intriguing as this was, and as I was possibly the first person to get true details regarding his journeys in the Caribbean, for some reason I couldn’t get over his obsession with the little birds I had witnessed in the aviary only a few hours before.

“At least now I know why they call you ‘Birdy’.”
“William, do you know what they translate ‘Birdy’ to here? `Asfur. Some locals jokingly call me Jack `Asfur. Jack Sparrow. What an utterly stupid name. I guess that’s what I’ll be remembered as, eh?”
“I think not, Captain Jack. If they tell stories about you, they will most definitely not call you Captain Jack Sparrow.”

We approached the gate and as Captain Jack’s companions, all once Christian, all renegades turned Turk, drew the bridge for us to enter and greeted us with much merriment, the Captain turned to me with the smirk of that fiend whom I thought was all but forgotten.

“Shall I tell you about the Pirates of the Caribbean?”


Rujukan :
1. waghih.blogspot
2. sutera blogger
3. wikipedia
4. kaskus

SZ : Isu ini dah lama. Sejak Jun 2011. Aku baru tahu hari ni. Ketinggalan keretapilah katakan. Aku tahu ada yang senasib dengan aku. Heheh.. So, aku buatlah research nak pastikan maklumat ni sahih atau tidak. Kebetulan tadi tengah tayang mega movie The Pirate of the Caribbean kat TV3. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam...

Friday, October 21, 2011

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang TIDAK BOLEH kita ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.

2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap  kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.

3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.

5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.

6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. (Ok, aku terasa..)

7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di'cop' sebagai pemalas,   berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Rujukan : Harian Metro, Tazkirah Remaja.


SZ : Perangai boleh diubah... Jom ubah perangai... Heheh...

Thursday, October 20, 2011

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

Rasanya ramai yang dah tengok video budak 2 tahun digilis van dan lori di China. Yang hangat dan pantas tersebar. Sedih tengok video tu. Dan aku pelik. Diorang ni takkan tak perasan budak tu? Takkan tak nampak? Yang van tu pulak seolah-olah macam sengaja langgar budak tu. Gila apa ni? Sangat kejam bila orang ramai yang lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. Hanya tengok dan terus berambus tanpa ada rasa belas ihsan ingin menolong budak yang terkulai layu berlumuran darah di tengah jalan tu. Lebih menyakitkan hati bila ada yang seolah-olah berpura-pura tidak nampak budak tu.

Adik Yueyue dikhabarkan koma teruk dan sudah meninggal dunia..
Gambar dan berita lanjut, sila klik shanghaiist.com

Lepas tu, baru ada seorang amoi tua yang sudi angkat budak tu ke tepi jalan. Itupun dia macam takut-takut dan menjauhkan diri selepas mengalihkan budak tu ke tepi jalan hinggalah mak budak tu datang. Rupanya semua itu bersebab. Ia berkait rapat dengan undang-undang dan budaya di China.

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong!

2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya.

3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh.

4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja.

5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu.

6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya.

Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya?

1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang.

2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua.

3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi.

4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati.

p/s : Maklumat ini diperolehi daripada sebuah akhbar Cina. Dicerita oleh ofismate saudari Anne Raini yang berbangsa Cina. Maklumat lanjut, sila ke blog beliau. SILA KLIK anneraini.blogspot.com


SZ : Berbeza dengan Malaysia. Kalau ada eksiden, penuh orang berhenti tolong. Tolong tengok pun ramai.

Wednesday, October 19, 2011

Hukum Menegur Kemungkaran Orang Terkenal Secara Terbuka

Islam menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Tapi, jikalau pemimpin kita atau orang kenamaan seperti artis melakukan kemungkaran, apakah cara yang terbaik untuk mencegahnya? Adakah dengan cara kita membantah secara terbuka ataupun dengan cara tersembunyi?

Memang kita tidak dibenarkan mendedahkan aib seseorang kepada khalayak umum serta digalakkan menasihatinya secara bersendirian tanpa diketahui oleh orang lain. Walaupun begitu, perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan.

Berlainan bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran di khalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu. Menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mencontohinya.

Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.

Imam Ahmad Radiallahu Anhu telah berkata :

“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah

Imam Nawawi Radiallahu Anhu berkata :

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya..”

Perkara ini juga antara perkara yang mengharuskan mengumpat (menceritakan keburukan orang lain kepada masyarakat awam). Perkara ini telah ditegaskan oleh ramai ulama seperti Imam Nawawi dalam kitab beliau Riadhussolihin dalam bab keharusan mengumpat (ibahatul Ghibah).

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali Radiallahu Anhu berkata :

Ketahuilah bahawa manusia ada dua golongan :

Pertama : Orang yang tidak dikenali serta tidak masyhur dengan perkara maksiat, maka sekiranya terjadi kepadanya kesilapan kecil dan kekurangan maka tidaklah boleh mendedahkannya dan merosakkan maruahnya serta tidak boleh diceritakan..

Kedua : Orang yang masyhur dengan perbuatan maksiat serta secara terang-terangan dan tidak segan silu melakukannya serta tidak hiraukan nasihat yang diberikan kepadanya maka ini adalah orang jahat yang menzahirkan dosanya. Tidak berdosa mengumpat dirinya sebagaimana yang telah dinaskan oleh Hassan Basri serta selainnya.” (Jaamiul Uluum Wal Hikam)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata :

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata : Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih :

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis tersebut adalah merupakan perkara asal dalam kita mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan menggunakan uslub lemah lembut dan kesopanan. Itulah cara untuk berhadapan dengan pemimpin yang adil dan saksama serta tidak masyhur dengan kezaliman dalam pemerintahannya.

Namun, sekiranya pemimpin tersebut merupakan pemimpin yang menzahirkan perbuatan maksiat dihadapan rakyat dan tidak menghiraukan nasihat orang lain terhadapnya maka dibenarkan untuk didedahkan perbuatannya itu serta dinasihatkan di khalayak ramai agar seluruh manusia mengetahui keburukan perbuatannya itu lalu tidak mengikutinya.

Kesimpulannya, kita tidak diharuskan mendedahkan kemungkaran pemimpin kepada rakyat dan membuat teguran terbuka sekiranya terdapat 4 perkara kepada mereka iaitu :

1. Mereka adalah pemimpin dan orang kenamaan.
2. Dikenali dengan kebaikan kepada rakyat dan adil serta tidak zalim.
3. Tidak melakukan kemungkaran secara terang-terangan.
4. Dosa mereka tidak melibatkan persoalan hudud Allah s.w.t.

Oleh itu sekiranya mereka melakukan kezaliman secara terang-terangan maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menegurnya dan diharuskan untuk dilakukan secara terbuka bahkan menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim dikira sebagai jihad yang paling afdal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar di hadapan pemimpin yang zalim”

Wallahu A’alam

Rujukan : Ibnu Barqi


SZ : aku bukan retis... i tak popular...

Tuesday, October 18, 2011

Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati

Pada pukul 7.00 pagi bertarikh 17 Oktober 2011, seluruh dunia kucing gempar mendengar berita kematian Bobob. Mayat Bobob sudah terbujur kaku ketika ditemui. Punca kematian Bobob dipercayai akibat bergelut dengan seekor ular kapak berdasarkan kesan patukan di bahagian kepala dan bangkai ular di sebelah mayat beliau. Bobob mati di tempat kejadian.

mayat Bobob

Bobob merupakan seekor kucing jantan berwarna oren peliharaan keluarga aku. Bagi aku, Bobob adalah kucing yang istimewa. Bobob pandai mengurut. Bakat Bobob dalam bidang mengurut telah dikesan dan dicungkil oleh ayah aku. Jika mahu Bobob mengurut, baring saja di atas sofa. Kemudian seru nama Bobob sambil menepuk-nepuk paha, Bobob akan melompat naik ke atas badan. Bobob akan mula mengurut manja. Sayangnya aku tidak sempat merakam aksinya mengurut sebelum beliau menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

Bobob juga sangat hiperaktif. Aksi lincahnya yang comel itu amat menghiburkan dan menggelikan hati. Bobob juga bijak dan tangkas memburu. Berpuluh ekor cicak dan burung sudah tumpas menjadi mangsanya andai aku terlewat menghidang friskies sebagai santapan beliau. Walaupun begitu, Bobob sangat takut dengan seekor lagi kucing jantan peliharaan kami, Nomey. Nomey pernah membaham leher Bobob hingga kelihatan seperti hilang separuh bahagian lehernya. Tapi Bobob sangat tabah dan kuat. Beliau melawan sakitnya itu dan kembali sihat seperti sediakala.

Nomey... Turut bersedih di atas kematian Bobob..

Kebiasaannya aku akan mengurung Bobob di dalam sangkar setiap kali sebelum aku tidur bagi mengelakkannya bergaduh dengan kucing jantan yang lain. Kadang-kadang aku memang sengaja ingin memberi kebebasan kepadanya kerana tidak ada makhluk yang suka dikurung. Tidak sangka kebebasan yang aku berikan semalam berakhir dengan tragedi. Aku menyesal. Tapi, apakan daya. Semuanya sudah tertulis sejak azali yang nyawa Bobob akan diragut oleh seekor ular. Aku redha.

Selepas ini, pasti aku akan merindui Bobob. Rindu melihat telatahnya. Rindu mengusap bulunya. Rindu memandikannya. Rindu merasakan tapak kakinya memijak-mijak mengurut dadaku. Sebentar tadi pun ketika aku mahu memberi Nomey makan, aku terbayang kelibat Bobob bergesel dan memanjat kaki aku sambil mengiau. Pemergian Bobob sangat dirasai. Tidak pernah aku merasa begitu sedih di atas kematian seekor kucing. Serius. Sangat sedih!

R.I.P Bobob! I LOVE U!

p/s : Maaf di atas penyalahgunaan tatabahasa yang tidak betul. Entry ini adalah hasil terjemahan bahasa kucing.

SZ : Botak Juvana pun nangis la weyh kucing dia mati..

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Baru Buat Kali Kedua


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. -MStar

YDPA dan Timbalan YDPA...
Gandingan mantap... Menuju Malaysia sejahtera!

Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik meluahkan rasa bangga kerana Tuanku adalah Sultan pertama dalam sejarah Malaysia yang diisytihar menjadi Yang Di-Pertuan Agong buat kali KEDUA.


Senarai Raja-raja yang  pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini :

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

sumber : wikipedia


Tahniah Tuanku. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus memimpin Negeri Kedah Darul Aman dan negara tercinta, Malaysia. Daulat Tuanku! Allahu Akbar!

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
Bakal Yang Di-Pertuan Agong ke-15.. =)

SZ : Sultan negeri lain ada yang jadi YDPA 2 kali? Takdak an? Tak dak an? Kawe banggo jadi anok Kedoh.. :D

Thursday, October 13, 2011

Kucing Buat Silap Mata

Salam A'laik... Boring? Tekanan? Stress? Mai sini kita rileks bersantai sambil makan popcorn tengok kucing buat silap mata.

1. Pilih salah satu kad di bawah. Tak payah klik. Cuma ingat dan simpan dalam otak korang saja.




2. Dah pilih? Ok, sekarang tengok kucing kat bawah ni selama 3 saat.




3. Yeah! Kucing tu dah ambik kad yang korang pilih. Hahaha...



Blur? Seram tak? Atau bertambah stress? Haha.. Macam mana kucing tu boleh pilih kad korang eh? Kalau nak tau, scroll balik ke atas. Pasti anda akan jumpa jawapannya. Itupun kalau anda seorang yang PEKA. Heheh...

p/s : idea asal Mat Salleh. Tapi diorang guna gambar anjing. Jadi, aku tukar gambar yang halal. Heheh..

SZ : Tengah pening.. Bertambah pening tengok mata kucing tu..

Wednesday, October 12, 2011

Lelaki Cemburu vs Perempuan Cemburu


SZ : It's fact rite? Hahaha... So, perempuan jangan kuat cemburu sangat ok. Tak cute! ;-p

Tuesday, October 11, 2011

Tempat Yang Paling Menyeramkan

Tahukah anda di mana tempat yang paling angker, menakutkan dan sangat menyeramkan? Yang bakal membaham jutaan manusia. Adakah di Segi Tiga Bermuda? Ataupun rumah hantu Sunway Lagoon? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya. Ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Ini belum cukup seram lagi..

Tempat itu adalah NERAKA! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan kematian, azab semasa sakaratul maut, siksa kubur, bencana kiamat, hisab di padang mahsyar, meniti titian siratul mustaqim dan lain-lain, itupun sudah dikira amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.

Antara sifat-sifat Neraka yang maha dahsyat ini adalah :

1. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah. Kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih. Kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka warnanya hitam gelap.

2. Tidak pernah padam nyala dan baranya.

3. Andai terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya.

4. Andai sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

5. Andai satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

6. Andai seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

7. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Nabi SAW pun jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Neraka yang sebenar adalah jauh lebih menyeramkan daripada yang dibayangkan oleh manusia. Sedangkan panas matahari pun kita tidak mampu tahan. Apatah lagi panas neraka yang maha dahsyat tu?

Ya Allah.. Kami tidak layak ke syurga-Mu. Namun kami tidak pula sanggup ke neraka-Mu. Ampunkan dosa kami. Terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Dosa-dosa kami bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmat-Mu, ampunkan kami Ya Allah. Selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan. Kami takut dan kami harap kepada Mu, suburkanlah cinta kami kepada Mu Ya Allah... Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu.. Aminn...

Monday, October 10, 2011

Halo Bulan Hanya Fenomena Biasa

Kebanyakan umat di facebook telah menge'post' dan menge'share' gambar-gambar bulan yang dikatakan luar biasa kerana dikelilingi lingkaran cahaya seperti cincin. Hingga ada yang berkata itu petanda buruk bahawa Bumi akan ditimpa malapetaka. Heheh... Itu mungkin kata-kata seorang hamba Allah yang kali pertama melihat fenomena tersebut dan terus jadi paranoid.

Fenomena 'Moon Halo'

Beberapa tahun lepas, aku pun pelik bila kali pertama aku tengok bulan macam tu. Aku tertanya-tanya, fenomena apakah ini? Sebenarnya, fenomena seperti itu berlaku setiap lima atau enam bulan sekali. Ini bermakna, semalam bukannya kali pertama aku tengok keadaan bulan sebegitu. Rasanya dah banyak kali aku tengok. So, aku merasa hairan bila ramai yang kecoh dan memberi reaksi karut.

Errr.. Bunyi macam berlagak kan. Haha.. Gurau saja. Tak salah nak sebar gambar fenomena yang jarang berlaku tu. Tapi, memberi reaksi negatif yang tidak masuk akal itu yang jadi tak betulnya. Cakaplah, Subhanallah...

Ada yang cakap nampak kalimah Allah. Ada yang cakap nampak tangan nak pegang bulan. Wallahu'alam..
credit : Khai Artzfar

Apa itu Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan?

Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu. Fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri  (kerana bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari), maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan.

Fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais. Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais. Ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah.

*maklumat lanjut : wikipedia

Fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo".

Ini adalah Fenomena 'Sun Halo'.

SZ : Ada yang cakap Raja Naga nak keluar yang tak tahan tu. Taksub betul dengan DragonBall. Heheh...

Sunday, October 9, 2011

50 Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh

Salam A'laik..

Hari ini, aku nak tolong promot satu Page di Facebook yang diwujudkan oleh Makmal Kajian Politik As-Soff (MKPA) untuk meninjau pandangan umum mengenai ahli-ahli politik Malaysia paling berpengaruh. Hasil survey ini akan dirumus untuk dibincangkan bersama dengan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang sejarah, pengajian sosial, sains politik dan beberapa bidang berkaitan untuk menentukan ranking sebenar.

Syarat-syarat dan Cara Mengundi

1. Undi 10 tokoh teratas paling berpengaruh bagi anda dengan cara klik 'LIKE' pada gambar di dalam Album page tersebut.

2. Anda boleh 'LIKE' mana-mana ahli politik yang anda fikirkan paling berpengaruh. Namun disarankan tidak melebihi 10 orang bagi memastikan kualiti survey ini lebih terpelihara.

3. Anda juga boleh mencadangkan nama baru dan jika terdapat 5 'LIKE' pada cadangan itu, ia akan disenaraikan sebagai calon.

4. Bagi ahli politik yang tidak mendapat 'LIKE' sekurang-kurangnya 10, cadangan untuk mengeluarkan ahli politik tersebut boleh dibuat dan jika 10 'LIKE' pada cadangan tersebut, ia akan dikeluarkan. (Rosmah Mansor adalah antara calon yang telah disingkirkan) :D

Jadual kerja kajian MKPA ini adalah sebagaimana berikut :

01 - 16 Oktober 2011 : Pencalonan dibuka sehingga 100 calon.
17 - 23 Oktober 2011 : Penyingkiran 40 calon yang mendapat undian terendah.
23 - 31 Oktober 2011 : Penyingkiran 10 calon yang mendapat undian terendah.
01 - 30 November 2011 : Undian untuk 50 orang calon tertinggi.

*Tertakluk kepada perubahan

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK KE PAGE TERSEBUT


SZ : Siapakah Tokoh pilihan anda? Nak tahu siapa calon utama pilihan aku? KLIK SINI!

Friday, October 7, 2011

Blogger Berlagak Alim Tegur Artis?

Best kan jadi artis? Untungla korang artis. Glamour, dipuja dan disanjung. Buat apa pun ada orang sokong. Buat salah pun ada orang back-up. Maklumlah.. Kaki kipas susah nak mati artis ni banyak.

Lepas aku condemn artis yang bagi komen pasal hudud tu [KLIK SINI!] , ada jugak yang tampil dengan gagah beraninya nak back-up artis tu. Aku jugak yang kena condem balik? Situasi sama macam aku teruk di condemn pasal kes Tis Zaqyah dulu. Tapi, Kes Gambit tak ada pulak yang condemn aku. Mungkin sebab beliau lelaki. Heheh... So, kali ni aku dah lali dengan kaki kipas artis ni.

ANTARA KRITIKAN YANG AKU TERIMA

1. Kenapa nak bodoh kan mereka yang jahil tu?

Aikk.. Bila masa aku hina dan bodohkan diorang? Aku cuma mempersoalkan kejahilan artis-artis yang persoal hukum Allah tu. Dan aku pinjam ayat BODOH tu daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. "Sepatutnya bagi orang yang jahil itu duduk diam sahaja. Jangan bercakap-cakap." Itu dalil Al-Quran beb. Tak percaya, tengok video ni. [Video Ustaz Azhar]

2. Kau ni meng'aib'kan diorang.

Bro.. Artis-artis ni buat statement dalam paper beb.. Bukan dalam buku diari diorang. Dalam paper! Berjuta orang yang baca. Secara tidak langsung peminat fanatik diorang akan turut menyokong kata-kata mereka yang mempersenda dan menolak hukum Allah. Jadi, aku rasa wajib bagi aku buat teguran dengan mendedahkan kejahilan mereka supaya orang lain tidak terpengaruh dengan kata-kata mereka. Dan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda yang gila glamour tu, hentikan niat 'suci' diorang nak jadi artis. Jadi artis ni dilabel buta agama. Artis kat Malaysia ni dah ramai sangat la. Semak beb. Kau juga kena tahu. Ada jenis-jenis mengumpat yang dibolehkan.

5. Guna perkataan indah sikit tak boleh?

Nak ke orang baca ayat-ayat skema? Dalam blog aku ada ja ayat dakwah skema. Tapi berapa kerat saja yang baca? Kadang-kadang tak baca pun, terus komen ja. Sebab tu aku ubah stail. Aku olah supaya cara dakwah tu lebih santai dan mudah difahami. Selit dengan sedikit unsur humor dan ayat-ayat pedas. Dan aku masih jaga batas. Aku tak mencarut dan maki hamun. Sekadar guna ayat 'makan dalam'. Pandai-pandailah korang nak 'sentap' dan 'emo' bila baca. Aku sendiri pun tak suka kalau ada yang mencarut dan maki hamun artis-artis tu dengan kata-kata kesat. Dan sangat tak setuju sekeras-kerasnya.

3. Nak tunjuk pandai pulak kau ni. Macam kau bagus sangat.

Ehh.. Bila aku buat entry teguran macam tu, cakap aku tunjuk pandai pulak? Konon aku hero penyelamat umat Islam? Habis tu, sapa yang nak tunjuk pandai nak tegur puak-puak jahil ni? Kau? Aku tahu aku juga insan jahil yang tidak layak memberi teguran dan berdakwah. Tapi aku ada kesedaran untuk menentang orang yang menolak hukum Allah. Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan kepada undang-undang Islam dari tertegak. Jika sampai tahap tu, munafik duduk dalam neraka yang paling bawah. Mandatori! Bukan Ustaz Azhar kata. Al-Quran kata.

3. Kalau dah pandai sangat, pergilah dekati diorang dan nasihat elok-elok. Bukan dalam blog.

Ini lawak! Nak suruh aku call or sms diorang ajak bersemuka? Aku ada pulak no phone diorang. Nak pulak golongan bajet diva ni nak jumpa aku? Haha.. Hantar mesej kat facebook or tweet diorang? Nak pulak diorang reply? Jadi, jika ini medium terbaik untuk kita bagi nasihat dan ilmu, why not? Dan jika entry tu ramai yang share, kenapa kau nak sakit hati pulak? Tak mustahil kalau entry tu panas, akan sampai pada artis-artis tu. Dalam entry panas tu aku ada letak link tentang ilmu hudud. Nak cakap aku gila traffic? Kalau gila traffic, blog aku ni dah penuh dengan entry SEO la derr.. Sehari aku update lebih 100 entry la beb.


لا يستر عبد عبدا في الدنيا الإ ستره الله يوم القيامة

“Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun begitu perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan yang digelar sebagai Al-Mujaahir. Maka bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka dikhalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu, menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan ancaman kepada oarng lain supaya tidak mencontohinya. Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.


Terima kasih aku ucapkan pada yang sudi memberi kritikan dan melontarkan pandangan. Aku tuju entry ni secara umum kepada individu yang condemn cara aku tu dan kaki kipas ARTIS yang nak bagi 'syafaat' kat diorang ni. Harap dapat terima penjelasan aku ni. Aku harap, walau kita berbeza pendapat sekalipun, jangan jadikan ini sebab untuk kita bermusuhan dan bermasam muka. Tak payah nak 'emo' and 'butthurt' sangat. Biasalah kan. Setiap orang ada pendapat masing-masing. =)

Semoga kita semua dan artis-artis disebut diberi hidayah dan  sedar atas kesilapan mereka. Hidayah Allah. Siapa tahu? Malah jika mereka diberi hidayah, mungkin mereka lebih bagus daripada kita semua yang  maki hamun dan mencarut kat diorang tu.

Salah silap harap dimaafi.. Salam A'laik... =)

Thursday, October 6, 2011

Artis Jahil Komen Hudud (Ini Jawapan Buat Mereka)

Panas betul bila baca komen-komen artis berkenaan hudud dalam akhbar Sinar Harian hari ni. Tersangatlah menyerlahkan kejahilan mereka tentang hukum hudud. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Percakapan yang tidak ada akidah. Tidak ada sandaran. Tak ada Tuhan cakap macam tu. Cakap bodoh. Kalau bodoh, lebih baik duduk diam daripada berkata-kata."


Ini aku nak bidas komen Enot dengan Heliza. Nak komen yang lain-lain tu, rasanya point tetap sama. So, aku pilih dua artis yang bertuah ini sahaja untuk menghiasi entry aku ni.


Komen ENOT
"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."

Inilah komen yang paling jahil sekali. Benar-benar menyerlahkan kejahilan Enot tentang hudud. Weyh! Mana ada sula dalam hudud. Ni mesti banyak tengok cerita Melayu Klasik ni. Dah tu, kaki tangan kudung, takkan tak insaf lagi kot? Kalau setakat kena bayar denda dengan penjara, lagi lah tidak menjamin keinsafan. Lagipun, hukum hudud bukannya bertujuan untuk menghukum. Bukan senang nak jatuhkan hukuman hudud dekat pesalah. Enot oii.. Tolonglah klik entry saya yang ni ye untuk memahaminya dengan lebih jelas.  SILA KLIK Allah Suruh Laksana Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud!


Komen HELIZA
"Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanannya hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malysia, mungkin di Arab Saudi ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini".

Komen Heliza mungkin juga agak berlapik berbanding Enot. Tapi tetap ada unsur tidak menyokong hudud. Owhh.. Kamon lah Heliza yang cantik manis bermata bulat. Perbezaan zaman? Adakah zaman dulu manusia bertangan empat dan berkaki lapan? Adakah Heliza percaya dengan teori Darwin yang manusia berasal daripada beruk? Manusia di Arab Saudi tu Tuhan mana yang buat? Adakah Tuhan mereka tidak sama dengan Tuhan kita? Hukum Allah yang sudah termaktub dalam Al-Quran, wajib dilaksanakan dan sememangnya sesuai dilaksanakan sepanjang zaman. Kenapa nak pertikai keberkesanan hukum Allah? Nak tahu berkesan atau tak, laksanakan dulu. Baru tahu.

Wartawan pun satu. Apa punya sengal la yang pergi tanya pendapat artis tu buat apa. Tanyalah pendapat alim ulama yang memberi hujah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tanya artis, memang la. Bak kata Ustaz Azhar Idrus lagi, nak salahkan artis 100% pun tak boleh sebab diorang ni tak belajar agama. Kita sepatutnya kasihan pada golongan artis ni.

Apa pun, sorang artis ni jugak yang bagus. Menegur rakannya yang terlajak kata.


Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!


*SILA KLIK : Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (Siri Pertama)

UPDATED! KLIK Blogger Berlagak Alim Tegur Artis

SZ : Anak-anak muda. Tak payah la ghairah sangat nak jadi Artis. Tak ke mana pun kalau gila glamour.

Wednesday, October 5, 2011

Betapa Kerdilnya Manusia Berbanding Planet dan Bintang

Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar diri dengan kejayaan dan kehebatan kita di dunia ini. Hingga kita terlalu leka dan tidak sedar yang kita ini sebenarnya terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini. Mari kita renung seketika hakikat yang manusia ini tersangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT yang lain.

Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah :

Saiz bumi yang dibandingkan dengan beberapa planet lain.

Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian lihat perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi.

Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi

Amacam? Alangkah kecilnya bumi kita ni jika hendak dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula..

Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari

Eh.. Mana bumi? Harap-harap anda masih nampak di mana Bumi. Tetapi, matahari bukanlah bintang yang paling besar.

Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus

Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…

Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares

Pergh! Giler gedabak besar bintang Betelgeuse dan Antares ni. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk lain yang mungkin lebih besar daripada ini.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57

Itu baru ciptaan Allah SWT. Kalau kita sudah mendapat gambaran betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, mengapa kita tidak boleh merasai kebesaran Yang Maha Penciptanya pula? Kenapa kita terlalu degil dan suka berdalih mencipta sejuta alasan bagi menghalalkan maksiat? Masih lagi hendak bongkak, besar diri dan loyar buruk dengan Allah SWT? Sedarlah! Kita hanya makhluk yang sangat sangat sangat kerdil!

Wordless Wednesday #11 : Ikut Akal atau Hati?


Koleksi Wordless Wednesday yang lepas.. KLIK SINI!

SZ : Ikut hati, MATI!

Tuesday, October 4, 2011

Buku Ustaz Azhar Idrus Hangat Di Pasaran

Alhamdulillah... Di celah-celah kesibukan harian dan kecemburuan masa, akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri singgah di kedai buku Popular, Tesco Mergong pukul 6petang semalam untuk membeli sebuah buku yang amat aku idam-idamkan iaitu buku Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa".


Buku ini sememangnya buku yang paling hangat di pasaran ketika ini sejak ia mula dilancarkan 24 September 2011 yang lepas. Telah diulang cetak sebanyak 3 kali dalam tempoh tidak sampai sebulan kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca dan pekedai buku. Bayangkan, belum pun cetakan pertama berjumlah 5000 buah masuk ke dalam stor, permintaan cetakan kedua dan ketiga sudah diterima. Sejarah penerbitan PTS dalam masa seminggu diulang cetak lebih 10 ribu naskhah!

Buku ini menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran. Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.

Tak rugi beli! Bukan mahal sangat pun. RM15 sahaja sebuah. Kalau majalah hiburan dan novel cinta tebal-tebal harga puluhan ringgit tu hangpa mampu beli, takkan nak beli buku agama pun kedekut? Kannn... Terima kasih kepada Amani sebab sudi offer nak tolong beli dan pos buku ni. Tapi aku tak nak, sebab aku nak rasa 'feel' beli sendiri buku idaman aku ni. Hehehe...

p/s : Beli secara online di bookcafe.com.my

SZ : Mudah-mudahan apa yang terkandung dalam buku tu dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian aku yang masih jahil ini.

Saturday, October 1, 2011

Cara Nak Bunuh Walrus


Walrus adalah sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara. Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan.
[-maklumat lanjut : wikipedia]

Ok.. Aku bukan nak buat segmen Discovery Channel kat sini. Aku cuma nak ajar hangpa semua cara nak bunuh Walrus. Cara ini hanya boleh digunakan jika anda diserang Walrus ketika memancing di Kutub Utara. Tidak dibenarkan sama sekali membunuh dengan sengaja mahupun untuk tujuan perdagangan Walrus.


Ok.. Dah faham ye adik-adik.. Haha.. Gurau ja.. Aku tak rasa Walrus ni haiwan yang ganas. Dia takkan ganas kalau tak diganggu. Aku rasa Walrus seekor haiwan yang comel. Tengok gambar di bawah. Hehehe...

malu-malu plak dia...

SZ : Santai di hujung minggu yang sibuk...