Pages

Friday, September 30, 2011

Beza Syaitan Penggoda Orang Kafir dan Orang Mukmin

1. Kenapa syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik?

Sebab orang kafir tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh ikut minum. Ketika memakai minyak rambut dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan turut diminyakkan. Dan ketika memakai pakaian dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan ikut memakai pakaiannya.

2. Kenapa syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian?

Orang mukmin selalu berzikir dan membaca bismillah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum dia membaca Bismillah menyebut nama Allah, maka syaitan akan lapar dan haus. Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama Allah, maka syaitan itu kusut. Dan ketika memakai baju dia juga menyebut nama Allah menyebabkan syaitan itu tidak berpakaian."


Begitulah, betapa agungnya faedah membaca Bismillah. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca Bismillah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar mendapat keberkatan, tidak diganggu syaitan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

[rujukan]

SZ : Gemukkan diri anda dengan amalan untuk membantu syaitan berdiet.. =)

Thursday, September 29, 2011

Kes Hina Agong Lebih Sensitif Daripada Hina Islam?

Sudah sekian lama, baru pihak berkuasa nak ambil tindakan terhadap Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina Islam tu? Itupun sebab dia hina Yang Di-Pertuan Agong kat facebook dan twitter je? Gembira bila dapat tahu pihak Polis dan SKMM bakal mengambil tindakan terhadap Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau nama sebenarnya Adlin binti Abdul Jalil.

Tapi agak kecewa bila mana mereka hanya mengambil tindakan kerana dia menghina Agong. Bukan sebab menghina Islam, Allah dan Rasul. Lihat saja laporan berita dalam Utusan Malaysia. Langsung tidak menyebut kes Hina Islam.

sumber : Utusan Malaysia Online

Rupanya kes hina Agong lebih sensitif bagi mereka berbanding kes hina Islam?

Tabik Spring kepada KID CSI TEAM, GAYSEC, ANONYMOUS (yang Islam) serta semua pihak yang terlibat kerana hasil usaha kalian yang bertungkus lumus mendedahkan identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau nama sebenarnya Adlin binti Abdul Jalil. Walaupun pernah tersalah suspek iaitu Arlene Tan, usaha mereka patut diberi pujian kerana mereka telah membantu meringankan beban pihak Polis dan SKMM yang agak 'slow motion' mengambil tindakan.

Diharapkan pihak yang berkenaan lebih pantas buat kerja apabila membabitkan kes-kes sebegini yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Bukan hanya kes hina Agong. Apa-apa pun, tangkap tetap kena tangkap. Jatuhkan hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran.

*Rupa sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan bagaimana boleh kantoi : KLIK SINI!

SZ : Tapi, bila fikir balik, Utusan pun hina Islam.. Patut la dia fokus hina Agong ja..

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #10 : Realiti Kaki Facebook


Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Hahaha.. Btoi dak? Btoi dak? ;-p

Monday, September 26, 2011

Allah Suruh Laksana Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud


"Hukum Hudud" dan "Hukuman Hudud" sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza. Sehinggakan ramai yang keliru. Tambah malang sekali, bila ada umat Islam yang sanggup menyalahgunakan hadis di bawah untuk menolak hukum hudud.

"Tolaklah hudud daripada orang-orang Islam selagi boleh. Kalau masih ada jalan keluar, lepaskan mereka. Ini kerana, kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapannya dalam mengenakan hukuman." - Hadis riwayat al-Tarmizi.

Perkataan "Hudud" dalam hadis berkenaan merujuk kepada "hukuman", bukan "Sistem Hudud" itu sendiri. Hadis berkenaan membawa maksud, tolaklah sebarang hukuman Hudud (merujuk kepada sebat, potong tangan atau mana-mana hukuman khusus di dalam Hudud) selagi boleh (jika ada sebarang kekeliruan dalam fakta dan saksi kes) kerana dosa menjatuhkan hukuman yang salah adalah lebih besar dari dosa melepaskan manusia yang benar-benar bersalah.

Walaupun Allah SWT telah menetapkan hukum hudud, namun Dia sebenarnya mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Ini menunjukkan yang Allah menyuruh kita melaksanakan "Sistem Hudud", tapi tidak menggalakkan "Hukuman Hudud".

Kalau kita tengok syarat-syarat untuk melaksanakan sesuatu hukum hudud itu, ianya terlalu ketat hingga hampir mustahil untuk dilaksanakan hukuman tersebut ke atas pesalah. Malah, jika saksi tidak dapat memberi bukti kukuh dan memenuhi syarat-syarat kesaksian, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, malah dia dianggap pemfitnah dan pembuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya pula dengan hukuman rotan 80 kali. Jadi, siapa yang berani nak jadi saksi?

Begitu juga dengan hukum cerai. Adakah Allah tetapkan hukum cerai untuk menggalakkan kita bercerai-berai? Sudah tentu tidak.

Dari Umar, ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian” [H.R. Abu Daud dan Hakim]

Jadi, buat apa nak laksanakan hukum hudud kalau tak boleh jalankan hukumannya? Bagaimana nak hukum pesalah?

Allah mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Contoh. Apabila seseorang yang melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi si penzina terlepas dari hukuman hudud oleh kerana syarat-syarat untuk mensabitkan dia sebagai penzina oleh mahkamah tidak cukup kerana terlalu berat.

Maka pesalah sepatutnya merasakan yang Allah telah melepaskannya dari azab yang mengerikan itu dan sengaja memberi peluang untuk dia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Penyayang itu. Pesalah akan mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Hingga dia merasa patut dihukum sebab memang dia bersalah pun. Lantas dia pun bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Lihatlah betapa bijaksana Allah mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dengan melepaskan pesalah dari hukuman.  Tapi, hal ini mungkin hanya berlaku pada pesalah yang masih mempunyai iman di hatinya. Tetapi dalam masyarakat hari ini, ramai yang hati sudah hitam, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan jika terlepas dari hukuman, mungkin dia merasakan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Orang-orang ini adalah orang yang sangat rugi dan tidak tahu bersyukur dengan kasih sayang Allah padanya. Dia pasti akan mendapat azab yang lebih dahsyat di akhirat kelak.

Hukuman Hudud Zalim dan Kejam?

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Pesalah yang menerima hukuman, pasti akan menginsafi dan merasakan, “Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia ini.” Begitu juga dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Allah sudah sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan.

Kesimpulannya

Hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah. Di akhirat nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat Allah, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajaran-ajaran dan perlaksanaan hukum-hukum ALLAH. Tapi, tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih faham disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yang kita pertahankan.

Wallahu'alam...

Hasil rujukan : Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

Lihat juga : 1- Pengertian Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
                  2- Tujuan Hukum Hudud
                  3- Hukuman Hudud Boleh Ubati Aids
                     


Jika ada yang mempertikaikan tujuan Hukum Hudud dan menganggapnya tidak relevan, cuba tanya dia balik. "Apa tujuan Allah cipta kau? Adakah relevan mencipta orang yang mempertikai hukum-Nya?". Alahai.. Siapalah kita ni?

SZ : Orang yang takut hudud adalah orang yang suka buat dosa.

Sunday, September 25, 2011

Apa Jadi Jika 10 Blogger Ini Meninggal Dunia?

Salam A'laik.. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk bernafas. Siapa kat sini yang yakin dia akan hidup sampai tua? Siapa kat sini berani jamin yang dia masih boleh bernafas lepas baca entry aku ni? Tidak ada siapa pun tahu bila Malaikat Maut akan mengambil nyawa seseorang itu. Jadi, adakah kita semua sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian?

Apa akan jadi pada 10 jenis Blogger ini jika mereka meninggal dunia?

1. Blogger Lucah
Suka menggunakan ayat-ayat lucah di dalam blog. Selain sering memaparkan gambar yang tidak senonoh.

2. Blogger Tidak Menutup Aurat
Sidebar dan header blog dipenuhi gambarnya yang tidak menutup aurat. Begitu juga di setiap entry, pasti ada gambarnya dengan aksi konon comel.

3. Blogger Dunia Hiburan
Memaparkan gosip-gosip, aksi ghairah dan gambar-gambar seksi artis.

4. Blogger Kaki Mencarut
Penulisannya penuh dengan kebencian, carutan, dan maki hamun.

5. Blogger Penyebar Fitnah
Mencipta atau menyebarkan berita yang tidak benar dengan tujuan untuk memfitnah dan menjatuhkan seseorang.

6. Blogger Pembuka Aib
Membuka aib orang lain dengan mendedahkan identitinya sehingga membuatkan orang itu terpaksa menanggung malu yang besar. Daripada tiada siapa yang tahu, hingga satu dunia dapat tahu.

7. Blogger Couple
Blognya penuh dengan gambar kekasih hati yang bukan mahram berpegangan tangan, laga-laga pipi, dan peluk-peluk konon sweet couple.

8. Blogger Sosial
Ada gambar-gambarnya bersosial dengan pasangan bukan mahram tanpa menjaga adab dan batas pergaulan. Selain gambar dalam kelab malam, menari berpelukan dan minum arak.

9. Blogger Hina Islam
Menghina Allah dan Rasul. Memperlekeh agama Islam. Mempermainkan hukum Allah. Membuat statement yang memesongkan akidah dan boleh jatuh murtad.

10. Blogger Tak Kena Gaya
Blogger yang nak menegur, tapi tak kena gaya. Contoh, nak tegur pasal aurat tapi letak gambar perempuan buka aurat. Walaupun niat sebagai contoh, ia secara tak langsung mempromosi dosa untuk tatapan orang lain.

p/s : Ada lagi yang nak tambah? Idea aku setakat sepuluh saja.




Jika 10 jenis blogger di atas meninggal dunia, siapa yang nak uruskan blog mereka? Siapa yang tahu password blog mereka? Siapa yang nak delete blog yang penuh dengan kandungan dosa itu? Walaupun mereka sudah tiada, tetapi selagi mana blog-blog mereka dikunjungi, selagi mana isi-isi blog mereka menjadi tatapan pembaca, selama itulah mereka akan menanggung dosa. Nauzubillah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah segala amalannya kecuali TIGA perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Jadikan blog anda sebuah blog yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Bukannya blog yang memberi dosa kepada diri sendiri dan pembaca. Dapat tengok traffic blog naik mencanak memang seronok. Tapi, sedarkah kita yang dosa kita pun sedang naik mencanak pada waktu itu.

p/s : Ciri-ciri blogger di atas juga boleh diaplikasikan kepada pengguna Facebook.

SZ : Aku sendiri pun takut kalau-kalau ada penulisan aku di blog ini tergolong dalam salah satu ciri-ciri 10 blogger di atas. Kalau ada, tolong tegur. Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sama-sama kita muhasabah diri.

Friday, September 23, 2011

Lebih Baik Mengumpat Ibu Sendiri

Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci. Aku rasa ramai yang pernah mengumpat samada dengan niat atau 'termengumpat' tanpa disedari. Baik lelaki ataupun perempuan, kalau tengah lepak sembang kosong dengan kawan-kawan, mesti akan terselit cerita pasal orang lain. Tak puas hati kat orang tu, tak puas hati kat orang ni. Mendengarnya sahaja pun sudah dikira bersubahat.

Apa kata lepas ni, kita semua mengumpat ibu kita sendiri. Itu lebih baik daripada kita mengumpat orang yang kita benci atau orang yang kita tak suka. Yelaa.. Daripada segala amal dan pahala kita yang sedikit ni diberi percuma kepada orang yang kita tak suka, lebih baik kita sedekah kat ibu kita yang telah banyak berjasa tu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahali, di akhirat seseorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.."

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang berzina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

[rujukan Hadis]

Jadi, sudah jelas hukum mengumpat adalah haram. Jangan lurus bendul pulak nak umpat ibu sendiri lepas ni. Itu cuma perumpamaan. Jangan pulak nak berzina lepas ni. Itu cuma gambaran betapa dosa mengumpat sangat besar. Maka, jauhila acara umpat-mengumpat.

Walaubagaimanapun, ada 6 Jenis Mengumpat Yang Dibolehkan.. SILA KLIK SINI!

'mengumpat' macam ni dibenarkan ye.. hahaha...
SZ : Sapa pernah mengumpat aku? Cepat mintak maaf! Heheh...

Thursday, September 22, 2011

Iklan TM : Ramli Pemain Manchester United [Maksud Tersirat]

Tahun 1998
Ramli : Ayah! Ayah! Ramli score dua gol hari ni..
Ayah : Hey! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!
Ramli : Ayah, Ramli janji yang Ramli akan buat ayah bangga suatu hari nanti..

Tahun 2011
"Ramli!!! Ramli scored his first goal for Manchester United! Ramli from Malaysia..."

*Petikan dialog Iklan TM

Hebat! Nama Ramli sebaris dengan Rooney, Berbatov dan Nani tuuu...

Maksud Tersirat Iklan TM

1- Jangan perkecilkan kebolehan anak anda dan membandingkannya dengan anak orang lain.
2- Setiap orang dikurniakan kelebihan tersendiri dalam bidang yang berbeza.
3- Jangan paksa diri untuk jadi orang lain. Just be your self!
4- Tiada yang mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai tekad dan keazaman yang kuat.
5- Buktikan kepada ibubapa kita yang kita mampu berjaya buat mereka bangga hingga menitis air mata.
6- Manchester United adalah sebuah kelab yang hebat dan kuat sehingga menjadi impian setiap orang untuk bermain di sana. Ehhh.. Haha.. Glory-glory Man United!


p/s : Iklan ni memang terbaek lah.. Terima kasih kepada Nub Kaki Pukoi yang memperkenalkan video ini kepada aku. Dan juga kepada Cloud 9 kerana idea ini tercetus setelah membaca entry blog beliau.

SZ : Kenapa la TM tak guna nama SOLIHIN? Untungla sapa nama RAMLI.. Heheh..

Hantu Bonceng Hina Islam : Pandangan Ustaz Azhar Idrus


Isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng yang menghina Islam sememangnya kecoh. Jadi, dengan menggunakan 'private number', Zizan telah menelefon Ustaz Azhar Idrus untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang.. saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH". Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya pasal ia memberi fitnah."  -harakahdaily


Tahniah kepada Zizan kerana berani tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya itu. Sikap yang perlu dicontohi artis lain. Bila ada masalah, rujuk pada ulamak. Bukannya ego menegakkan benang yang basah.

Aku baru saja tengok Filem Hantu Bonceng kat YouTube semalam. Banyak lagi babak janggal dalam filem tu. Antaranya :

1. Dialog Jue Aziz cakap 'BABI'.
2. Abang imam surau, tapi adik dibiar tak tutup aurat, rambut kaler maler.
3. Pakai seksi, sebelum pergi clubbing, tapi pesan kat kawan jangan lupa solat.
4. Pakai seksi, tapi cakap "Saya kuat pegangan agama".

Bagi aku, keseluruhan yang terlibat dalam pembikinan Filem Hantu Bonceng patut tampil mohon maaf secara terbuka. Bukan Zizan seorang.

Tuesday, September 20, 2011

4 Sebab Perokok Mesra dan Mudah Dapat Kawan

Tahukah Anda? Perokok merupakan antara golongan yang baik hati, mesra dan mudah mendapat kawan. Bagaimana? Apa bukti dan sebabnya?


1. Zon Larangan Merokok
Biasanya boleh dilihat di Kem PLKN ataupun asrama kolej. Nak pulak masa orientasi. Walaupun belum kenal sepenuhnya, kaki rokok harus bersatu hati untuk hilangkan sangap. Diorang akan cari satu port khas untuk curi-curi hisap rokok. Salah sorang akan ushar line supaya tak kantoi. Bila kehabisan stok rokok, diorang akan cari jalan untuk seludup rokok bawa masuk ke kawasan larangan. Kalau ada spot check, masing-masing akan back-up. So, secara tak langsung akan merapatkan ukhuwah sesama mereka dengan sekelip mata.

2. Lighter dan Ashtray
Orang hisap rokok, dia pun nak isap rokok. Tapi lighter takdak. Dengan muka tak malu, terpaksa la pinjam brader meja sebelah. "Bang! Pinjam lighter". Mustahil brader tu cakap tak boleh. Mungkin juga sudah termaktub dalam undang-undang Persatuan Perokok Sedunia bahawa mereka tidak boleh kedekut lighter. Nak buang habuk rokok, ashtray ada satu ja. Terpaksa jugak berkongsi ashtray. Sambil-sambil tu, boleh la sembang merapu bila dah duduk semeja. Secara tak langsung dapat beramah mesra.

3. Kongsi Rokok
"Weyh.. Mintak rokok sebatang". Ayat yang biasa didengari bila member yang pokai tengah sangap rokok. Dengan baik hatinya, member yang tengah kaya sebab baru lepas cucuk duit kat mesin ATM tadi hulur sebatang kat dia. Kalau sama-sama pokai? Sanggup share duit beli rokok batang, lepas tu hisap bergilir-gilir. Tak kisahlah share partner kau tu tak gosok gigi setahun pun. Janji hilang sangap. Kan mesra dan romantik tu. Eurghhhh...

4. Pertubuhan
Rokok dan lighter juga boleh digunakan sebagai isyarat untuk mencari kawan dalam sesebuah pertubuhan. Pertubuhan apa? Yang tahu tu, tahu la kan. Kang kena pancung pulak aku.

Hahahaha.. Btoi dak? Ok, itu ja kot bukti yang aku dapat kemukakan berdasarkan pemerhatian aku. Aku bukan smoker, tapi kawan-kawan aku ramai yang hisap rokok. Jujurnya, aku pernah jugak 'merasa' hisap rokok dulu. Itupun 2, 3 batang sekadar nak lagak macho dan bajet gangster la konon. Tak sampai ketagih pun.

Sebenarnya, kawan yang mesra dan baik hati tidak akan mempengaruhi rakannya untuk menghisap rokok serta tidak menghisapnya di depan mereka. Sesungguhnya, hisap rokok itu busuk, membazir dan merosakkan  tubuh badan.

Tahukah anda, perokok tegar WAJIB pergi menunaikan Haji. Kenapa? Sifirnya mudah saja.. Jom kita belajar matematik sekejap.

Harga Rokok : RM10 (Sekotak) x Sehari
Jumlah Tahunan : RM10 x Setahun (365 hari) = RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka..  PEROKOK WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar. Katakan TAK NAK! Berhenti sebelum MATI! Sekian..

p/s : 10 Kesan Merokok Kepada Perokok.. KLIK SINI!

SZ : Susah nak cari lelaki tak hisap rokok.. Untung sapa dapat aku.. Errr... Hahaha...

Monday, September 19, 2011

Fakta Menarik EPL Super Sunday Semalam

Fakta menarik mengenai Super Sunday semalam (18 Sept 2011):

1) Terdapat 4 perlawanan berlangsung.
2) Terdapat 4 pasukan yang menang.
3) Jumlah gol bagi setiap perlawanan ialah sebanyak 4 gol :
- Tottenham 4 - 0 Liverpool
- Sunderland 4 - 0 Stoke City
- Fulham 2 - 2 Man City
- Man United 3 - 1 Chelsea

4. Tarikh perlawanan semalam adalah 18.9.2011 (1+8-9+2-0+1+1 = 4)

Woahhh.. Semua 4? Apa makna semua ni? Konspirasi freemason? illimunati? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Kah..Kah..Kah.. Lawak ja.. Semua nak kait dengan benda tu, mati la..

Dua aksi lawak dalam game Man United vs Chelsea semalam

1. Wayne Rooney tergelincir ketika mengambil sepakan penalti lalu tersasar. Sebenarnya Rooney sengaja nak ajuk Terry. Terry kan pernah tergelincir masa ambil penalti dalam Final Uefa lawan MU di Moscow 2008 dulu. Masa tu Terry menangis teresak-esak sebab dia punca Man United juara. Semalam Rooney rileks ja. Senyum sambil betulkan rumput tempat dia tergelincir. Memang nampak sangat dia sengaja perli Terry. Hahaha..

Rooney dengan bangganya pura-pura tergelincir nak nganjing Terry

2. Fernando Torres gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol sudah ternganga luas tanpa penjaga gol. Itu memang sangat kelakar. Sekaligus mendapat anugerah Flop Of The Match! Beli mahal-mahal 50 juta untuk buat lawak. Kah..Kah..Kah..

Fans MU dengan bangganya gelakkan Torres buat lawak

Fakta Segala Fakta

Game minggu ni, semua big team gagal mendapat mata penuh kecuali Man United yang kuat tu. Arsengal Kalah. Looserfool kalah. Makcik City seri. Chelsick kalah. Setakat ni, Man United satu-satunya team yang masih maintain kutip mata penuh.

Ok.. Cukuplah setakat ni aku berlagak... Nak tengok video Torres buat lawak, KLIK SINI! 


SZ : Tengah 'up' ni la nak berlagak pun kan.. Hehe..

Saturday, September 17, 2011

Jangan Berikan Cinta Sepenuh Hati Pada Kekasih

Pernah bercinta? Ada awek atau pakwe? Mesti korang sayang dia ketat-ketat kan? Mesti korang serah sepenuh jiwa korang kat dia hingga tiada satu pun ruang kosong dalam hati korang untuk orang lain. Andai Asyraff Muslim melutut nak jadikan korang bini nombor dua dia pun, korang lempang dia. Tiz Zaqyah lalu tepi telinga pun korang buat bodoh je. (Errr.. Kenapa mesti Tiz? Cis..) Facebook dan blog korang pun penuh gambar dengan dia. Pendek kata, 'I tak boleh hidup tanpa u".



Cer try tengok jalan cerita kartun bisu kat bawah ni. Fahami maksud tersirat yang ingin disampaikan..




Apa yang korang faham? Aku mula-mula tengok, natang mende ni. Tak faham langsung. Aku ingat dia bagi mentol torchlight kat awek dia. Dan aku ingat dari awal sampai akhir tu perempuan yang sama. Last-last baru aku perasan tu bukan perempuan yang sama sebab perbezaan gaya rambut. Jadi, aku faham la sikit-sikit apa yang ingin di sampaikan..

Maksud Tersirat Plot Cerita

1. Si lelaki jatuh cinta pada seorang gadis. Lalu dia memberi sepenuh hati dia kat gadis tersebut kerana terlalu mencintainya. Si gadis terima cintanya. Mereka pun kapel dan jadi pasangan romantik.

2. Suatu hari, diorang gaduh dan putus. Si gadis pergi meninggalkan si lelaki dengan membawa bersama hati yang diberi lelaki tersebut.

3. Si lelaki merasakan jiwanya kosong sebab telah memberikan seluruh cintanya pada gadis tersebut. Lalu dia berasa sangat frust dan kesunyian.

4. Di saat tekanan semakin memuncak, datang seorang gadis lain. Dia datang memberi harapan baru kepada lelaki tersebut. Dia cuba menyelami hatinya. Dan si gadis berkongsi hatinya dengan lelaki jiwa kosong tersebut. Cinta pun mula berputik.

Kesimpulannya : Berkongsilah hati dengan pasangan anda dan saling mencintai. Itu lebih baik daripada sebelah pihak sahaja yang mencintai sepenuh hati.

Err.. Betul ke? Haha.. Aku hentam kromo je. Ada tak Dr. Love yang dapat memberi konklusi yang lebih tepat tentang kartun bisu tu? Heheh..

Jangan berikan cinta kita pada seseorang dengan sepenuh hati. Kelak diri sendiri akan merana. Tapi, simpanlah sedikit ruang di hati kita untuk ibu bapa kita, family kita, kawan-kawan kita, dan yang paling penting cinta kepada Allah dan Rasul. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Siries!

Kalau ada kapel, jangan melampau sangat macam dah bernikah. Tiada istilah couple dalam Islam. Ber'couple'lah selepas kahwin. Nak buat apa pun tak ada yang larang. Kan lebih indah. Baru syiokkk.. Ada fight.. Eh..

SZ : Aku pernah frust menonggeng.. Itu pengajaran buat aku supaya tak terlalu obses pada cinta manusia.

Friday, September 16, 2011

Akta Zalim ISA Dimansuhkan Juga Akhirnya

maklumat lanjut : wikipedia

Alhamdulillah... Akhirnya rakyat dah menang dalam perjuangan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Zalim ISA. Semalam 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam perutusan khas Hari Malaysia bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan juga Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.

Diorang ni taknak buat bantahan ke ISA dimansuhkan? Heheh.. Kipas la lagi..

*Teks Penuh Perutusan Khas Perdana Menteri : KLIK SINI!

SZ : Tahniah Encik PM. Ke'hero'an Encik PM semakin menyerlah sejak akhir-akhir ini. 

Thursday, September 15, 2011

Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib?

Dalam ruangan komen entry bertajuk Beza Air Mani, Air Mazi dan Air Wadi , ada seorang Anonymous telah meninggalkan satu soalan tentang kemusykilannya terhadap air mani dan air mazi.

Soalan :  Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan? Tapi kenapa air mani dikatakan suci dan kalau terkena pakaian, solat masih sah. Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah. Boleh jelaskan?

Jawapan :

1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat. Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.

Wallahu'alam...

ini adalah  encik sperma.. kacak kan? heheh..

UPDATED !
Maaf sebab tersilap tajuk tadi.. Tajuk 'Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Pakaian Tak Sah Solat?' telah ditukar kepada yang sepatutnya iaitu 'Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib?'. Ayat berbelit. Sebab tu tak perasan tersilap tajuk. Terima kasih kepada saudari Eira dan Puteri Biru yang menegur kesilapan tak diduga tersebut. Hehe.. Inilah akibat update masa tengah rushing. Adeyhh.. Maaf..

Rujukan :

Wednesday, September 14, 2011

Pelancaran Blog Baru.. Blog Kedua SZ LiHiN..

Salam A'laik... Seperti yang dijanjikan dalam entry Revolusi Blog SZ : Identiti Baru Bakal Tercipta!, aku akan mengumumkan pelancaran blog baru aku, iaitu blog kedua selepas SolihinZubir.com. Tujuan aku buat dua blog kerana ingin mencipta dua identiti berbeza. Blog SolihinZubir.com bersandarkan kepada hasil penulisan aku sendiri. Manakala blog kedua yang baru diwujudkan tu pula bersandarkan kepada perkongsian pelbagai sumber yakni bukan hasil penulisan aku, kecuali dinyatakan. Selain untuk tujuan 'cari makan' (SEO).

Blog baru ini diberi nama SZ LiHiN. Menggunakan domain szlihin.blogspot. Mungkin akan bertukar ke domain 'dotcom' bila tiba masa yang sesuai nanti. Kenapa nama SZ LiHiN? Dan apa polisi blog tu? Nak tau, SILA KLIK Pengenalan Blog SZ LiHiN.. Blog Kedua Solihin Zubir.. 



Amacam template blog SZ LiHiN? Bertemakan i-Phone gitu.. Heheh.. Puas jugak aku meng'google' template yang sesuai. Terjumpa layout ni. Aku renovate, buang dan tambah apa yang patut, maka siaplah template tersebut.

Sekarang, komitmen aku terhadap 'life' semakin besar. Dah tak mampu hadap blog setegar dulu. Lepas ni, blog SolihinZubir.com hanya akan di-update bila aku ada masa terluang saja. Kalau aku sibuk, aku update kat blog SZ LiHiN ja. Sebab blog kedua tu tak perlu perah idea dan mengarang berjam-jam. Harap semua dapat faham apa yang aku maksudkan.

sila klik link di bawah :

SZ : Dengan rasminya aku melancarkan blog baru ni. *potong reben* Tepuk.. Tepuk..

Wordless Wednesday #9 : Godek-godek Ekor


Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Aku ibarat kucing itu... Apekah?

Sunday, September 11, 2011

Ciri-ciri Bentuk dan Warna Najis Yang Ideal

Tahukah Anda? Tahap kesihatan tubuh badan kita dapat ditentukan melalui bentuk dan warna najis yang dilaburkan di 'bank-bank' yang diiktiraf di tempat anda.  Bagaimana ingin mengetahui sama ada najis anda menepati ciri-ciri seorang yang sihat atau tidak?

Ciri-ciri najis yang ideal

1. Berwarna kuning keemasan.
2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
4. Air 80%
5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.

Lihat gambar rajah di bawah.


Lepas ni, sudah berak jangan terus 'flush'. Hayatilah terlebih dahulu najis anda dalam lubang jamban bagi memastikan najis anda itu ideal atau tidak. Jika najis anda tidak menepati ciri-ciri najis ideal, ini bermakna usus anda bermasalah dan dipenuhi toksin. Cegahlah dengan segera.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

SZ : Dengar macam kotor dan lawak. Tapi ini apa yang aku dapat masa ikut kursus Gamat Emas bulan lepas. So, gunalah Produk Gamat Emas. Eh.. Sempat lagi promot tu. Heheh...

Friday, September 9, 2011

Budak 10 Tahun Topup RM100.. Normal Tak?


Kat kiosk family aku, ada jual topap. Satu petang, ada sorang budak lelaki tembam Darjah Empat jalan terkedek-kedek nak beli topap. Budak tu jiran aku. Waktu tu kebetulan aku tolong jaga kiosk sebab dua orang staff cuti serentak.

Budak 10 Tahun : Abang Long hensem! Topap ada dak?
Aku : Ada.. Nak topap berapa adik tembam?
Budak 10 Tahun : Nak topap Selkom RM100..
Aku : Berapa nombot?
Budak 10 Tahun : 1300-88-2525
Aku : Nombot tipon ayah ka ni?
Budak 10 Tahun : Taklah... Pizza.. Nombot saya la..
Aku : Biaq betik nak topap RM100? Nak buat apa topap banyak-banyak ni? SMS awek ka?
Budak 10 Tahun : Taklah.. Main internet guna phone.
Aku : Ayahanda tak marah ka? Amek mana duit ni?
Budak 10 Tahun : Tak marah.. Lu Abg Long ka, lu Ayahanda ka, ini duit Bonda saya yang bagi.
Aku : Errr.. Ok, fine.. (Terkedu)

Hangpa semua kalau topup, selalunya maksimum berapa? Rekod paling tinggi yang pernah dicatatkan plak RM berapa? Aku biasanya topup RM10 seminggu. Rekod topap yang pernah dicatatkan aku hanyalah RM30 sepanjang aku pakai henset ni. Itupun rasanya cuma 2 kali kalau tak silap. Kalau silap, sekali ja. Kalau zaman student dulu, sekali topap RM3. Tahan 3 hari.

Aku kalau topap, kredit tu boleh tahan sampai aku tak sedar kredit tu dh expired. Baki expired tu sekurang-kurangnya RM5. Punyala jimat gila. Yela.. Takdak awek ni memang jimat. Zaman ada awek and skandal dulu, asyik SMS and bergayut ja 24 jam. Tu la aku cakap.. Ada awek ni membazir. Heheh.. So, lebih baik membazir kat pasangan yang dah halal bagi anda.

Jadi bagi aku, agak kurang normal seorang budak berumur 10 tahun topap RM100 sekaligus. Hebat budak-budak zaman sekarang. Kecik-kecik dah pakai henset mahal. Untungla ada mak ayah sporting. Siap bagi duit topap RM100 lagi. Nasihat aku kepada semua golongan mak ayah, jangan terlalu manjakan anak tu. Penggunaan henset yang meluas dikalangan kanak-kanak juga antara punca berlakunya maksiat di antara budak bawah umur.

Errr... Nak sentuh sikit pasal isu cukai topap 6% yang tengah hangat sekarang ni.


Cukai Sebulan RM 59 juta.. Cukai Setahun RM 716 juta.. Gilo untung!
(sila klik imej untuk tumbesaran)


Tadi aku tengok berita TV3, Encik PM cakap tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai 6% bagi setiap pembelian topup dan sim pack bermula 15 September ini adalah tidak wajar dan perlu dikaji semula. Encik PM juga cakap kerajaan tidak pernah meluluskannya. Lorhh.. Sandiwara apa pulak ni? Abis tu, syarikat telco dapat kelulusan daripada siapa untuk kenakan cukai tu? Tiba-tiba saja Encik PM tampil nak jadi hero bilamana ramai rakyat membuat bantahan terhadap isu cukai tersebut.

Setahu aku, sebelum ni memang kerajaan dah kenakan cukai terhadap syarikat telco tu. Cuma cukai tersebut ditanggung oleh syarikat telco tu sendiri. Tapi sekarang syarikat telco nak suruh pengguna pulak tanggung cukai tersebut untuk disalurkan kepada kerajaan. Syarikat pun dah tak mampu nak tanggung beban cukai agaknya kan. Inikan pula kita sebagai rakyat yang 'kaya giler'!


p/s : Jom.. Suarakan bantahan anda di SINI!

SZ : Lepas ni mesti aku rasa serba-salah nak bagi cas lebih kat customer aku yang mai topap.. Langkawi Pulau Bebas cukai kan? Jom pakat pindah dok Langkawi jom.. Haha..

Thursday, September 8, 2011

Tanda-Tanda Kritikal Anda Dah Wajib Kahwin

Salam... Ini adalah maklumat penting kepada semua umat manusia yang masih bujang. Jika anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom di bawah, anda sememangnya berada pada tahap kritikal wajib kahwin. Heheh... Tapi aku rasa, semua yang bercouple tu memang dah wajib kahwin pun!


1. Rasa sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai kawan
Walaupun korang ada ramai member keliling pinggang, hati korang tetap terasa sunyi dan pilu. Gelak tawa dan jenaka member-member pun tak dapat mengubat hati yang kosong. Member yang tengok pun rasa sedih.

2. Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan korang sudah mula tak terurus. Keadaan bilik bersepah dan tidak kemas. Makan minum tak teratur. Nak masak, malas. Nak beli, jemu. Makan sorang-sorang tak selera. Pakaian pun tak teratur. Dengan perkahwinan saja yang akan menjadikan korang lebih bertanggungjawab mengurus kehidupan dengan lebih sistematik.

3. Hilang fokus terhadap kerjaya
Hilang fokus atau lemah tumpuan sebab asyik memikirkan soal pasangan dan masa depan yang belum pasti. Akibatnya, korang mudah hilang tumpuan dan prestasi kerja merosot. Ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang.

4. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Rasa cemburu bila melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Jeles bila tengok ramai yang bertunang dan berkahwin. Perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu. Rasa tertekan melihat kebahagiaan orang lain adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan.

5. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Bila korang pegang budak atau baby, terasa berat untuk melepaskannya. Bila korang tengok kanak-kanak, naluri keibuan atau kebapaan tu seolah-olah mendorong korang untuk mendukung, bermain, mengusik dan membelai manja mereka. Itulah petanda sudah tiba masanya korang bergelar ibu bapa dan memiliki keluarga sendiri.

6. Jiwa bergelora bila berhadapan dengan lawan jantina
Bila berhadapan dan bertentangan mata dengan seseorang yang berlawanan jantina, terasa jantung berdegup kencang. Jiwa mula bergelora bila melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata. Terasa macam nak terkam je.

7. Jatuh cinta pada seseorang
Korang sudah mula jatuh cinta pada seseorang. Korang juga sudah tahu apa ertinya makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Sememangnya itu fitrah manusia untuk minat dan suka pada seseorang. Bagi mengelakkan berlakunya maksiat, perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

8. Desakan hawa nafsu
Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, korang akan cepat tergoda dan teruja. Bau perfume yang dipakai pun sudah cukup untuk merangsang nafsu korang. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar.

9. Beronani
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Yakni memuaskan nafsu dengan tangan sendiri. Beronani adalah satu perbuatan yang haram di sisi Islam. Hukumnya berdosa besar.

10. Asyik sebut pasal kahwin
Kat blog korang asyik cerita pasal kahwin ja. Update status kat facebook pun, asyik-asyik pasal kahwin. Nampak bebenor ke'desperate'an korang nak berbini atau berlaki.

Amacam? Korang ada tanda-tanda di atas? Kalau ada, cepat-cepat la kahwin. Err.. Yang nombot 10 tu aku tuju khas buat diri aku. Hahaha... Bukti?




Rujukan :  facebookaans

SZ : Aku target tahun depan!

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #8 : Cuti Panjang Sudah Habis Bro!




Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Raya sakan punya pasai... Blog pun dah seminggu cuti sakan... Cuti sudah habis bro!