Pages

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H.. Maaf Zahir & Batin..

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, aku ingin mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat sekalian atas segala kesilapan yang tidak disedari. Terutamanya kepada semua pembaca blog SolihinZubir.com jika ada hasil penulisan di blog ini yang tidak menyenangkan hati mana-mana pihak.

Kad Raya untuk hangpa! Heheh.. Gambaq aku masa kanak2 rebina..

Raya Kedua, jemput datang Open House!

SZ : Sempena hari raya, blog ni pun nak cuti jugak. =)

Sunday, August 28, 2011

Koleksi Baju Raya Terbaik 2008 hingga 2011

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, majoriti antara kita semua akan shopping sakan membeli baju raya baru untuk dipakai. Dan memang kita semua disunatkan memakai baju baru dan bersih ketika Hari Raya. Bagi yang tidak mampu beli baju baru, disunatkan memakai baju yang paling 'baru' dan masih cantik dalam almari kita.

Hangpa semua mesti shopping sakan raya ni kan? Syok la hangpa.. Aku? Di bawah ni koleksi baju raya aku dari tahun 2008 hingga 2010.


Ok. Dah 3 kali raya aku pakai baju melayu yang sama. Baju melayu kaler Turquoise. Cuma sampin ja tukar 2 kali. Sian tak? Sian tak? Hahaha... Tahun ni, aku ingat nak beli baju melayu baru macam kat bawah ni la.


Cun tak? Garang tak? Haha.. Amacam die hard fans Man United? Ada bran tak nak pakai baju melayu ni? Heheh.. Ok, gurau. Baju raya aku tahun ni, still sama dengan baju raya tiga tahun lepas. Sob..Sob..Sob.. Untungla.. Hangpa dapat tukar baju raya baru tiap tahun. Sian kan kat aku. Dah tu, tak reti nak bagi sumbangan duit raya kat aku?

Haha.. Juz kiding.. Saja aku tak nak membazir. Baju melayu aku tu still elok lagi. Tapi, tahun depan memang wajib aku beli baju raya baru. Nak kasi sedondon dengan isteri la kata kan. Cewahhh...

SZ : Tahun ni last raya sebagai jejaka bujang.. So, nak kutip duit raya banyak2. Haha..

Friday, August 26, 2011

Wish Besday Guna Short Form 'HB' = Annoying?


HB? Apa menatang tu? Hari Bulan? Hertha Berlin? Hang Busuk? Jenama Pensil? Errr... Owhh.. Short form 'Happy Birthday' rupanya.. Heheh.. Apa pendapat hangpa dengan orang yang wish birthday seseorang dengan hanya short form 'HB'? Terutamanya yang wish kat facebook atau SMS. Kalau macam kat dalam KAD di atas tu lain cerita la. Maksud aku, 'HB' sahaja semata-mata. Kalau "HB Solihin.. Semoga panjang umur..". Itu lain. Sila fahami betul-betul apa yang aku ingin sampaikan bagi mengelakkan salah faham. Faham!

Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan statement Abam Panda ni. Dan itu juga yang sering bermain di fikiran aku selama aku dok tengok gelagat orang wish besday dengan short form HB kat facebook.


Harus diingat, bukan semua orang berfikiran positif macam anda (yang ikhlas wish pakai short form HB). Ucapan HB boleh menimbulkan persepsi negatif si penerima.

1. Dia ni ikhlas tak wish besday aku?
2. Wish macam nak tak nak je.
3. Malasnya dia ni nak menaip.
4. Dia ni marah kat aku ke? Aku ada buat salah kat dia ke?

Antara alasan mereka yang guna shortform HB

1. Walaupun short form, tapi ikhlas.
Kalaulah keikhlasan tu boleh dilihat, pasti tidak akan wujud persepsi negatif. Contohnya, kita sapu sampah sambil duduk dan halai-balai, padahal kita ikhlas sapu sampah. Tapi, apa pandangan orang terhadap cara kita sapu sampah tu? Rasanya, lebih baik kita buat sesuatu biar nampak ikhlas daripada buat sesuatu yang nampak malas. Orang pun takkan bersangka buruk kalau kita tak cetuskannya.

2. Sibuk / Tiada masa
Walau sibuk macam mana sekalipun, better wish 'Hepi Besday' daripada 'HB'. Beza 1 saat je kot. Melainkan keyboard korang rosak, cuma huruf H dan B saja berfungsi. Heheh..

3. Tak kenal, tak rapat.
Kalau tak kenal, buat apa add kat FB? Sapa suruh main add rambang je? Kalau tak rapat, rapat-rapatkanlah. Takkan nak biar terus jadi tak rapat dengan short form HB yang annoying tu?

4. Lebih baik daripada tak wish langsung.
"Hek eleh.. Bagi betis nak paha. Macam bagus plak nak demand." Mesti ada yang cakap camtu kan. Hahaha.. Aku rasa, lebih baik tak wish langsung kalau kau nak cakap dia demand.

Aku bukan nak hentam sesiapa. Jauh sekali nak berlagak dan bajet bagus. Ini hanya cadangan dan saranan. Aku harap, apa kata kita ubah cara tu. Kan ada cara yang lebih baik. Elakkan daripada mengguna ringkasan yang boleh menyebabkan orang tersalah tafsir. Setahun sekali ja kot nak wish besday kat kawan kita tu. Salahkah kalau kita selitkan sedikit doa untuk dia sempena hari lahirnya? Terasala jugak dihargai sebagai seorang sahabat.


Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua yang wish besday aku semalam. Entry ni bukan nak pertikai cara korang wish besday aku semalam. Dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal ni. Bagi aku, aku tak kisah kalau sesiapa yang wish dengan shortform 'HB'. Tu hak dia. Dia punya pasal. Aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif walaupun kadang-kadang rasa negatif tu sering mengganggu. Siapa yang wish 'HB' tu, aku reply 'TQ' ja. Adil la kan. Heheh..

*Nak tengok pendapat orang ramai pasal ni, KLIK SINI!

SZ : SHR MZB.. Short form Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. Boleh? Heheh..

Thursday, August 25, 2011

Kenapa Celebrate Birthday Kena Baling Telur dan Tepung?

Kenapa Besday Boy sering dibaling telur dan tepung? Why? Kenapa tak baling batu ke, cekodok ke, duit ke. Asyik-asyik telur, telur dan TELOQ! Ada sesetengah tu yang kejam, disimbahnya cecair yang menjijikkan. Cabut tayar moto. Buat wakenabeb. Apakebenda semua ni? Bukankah sepatutnya Besday Boy dirai, dibelai manja dan ditatang bagai minyak yang penuh? KahKahKah...

Sebenarnya, motif kawan-kawan kita buat macam tu sekadar ingin mencipta kenangan dahsyat yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pasti tersenyum sendiri bila terkenang semua tu sekaligus mencetuskan rasa nostalgia. Bukan niat member-member nak bersikap kejam. Ala.. Telur dengan tepung je pun. Bukan najis. Hahaha.. Aku sendiri pernah terkena.

Dua tahun yang lepas. Aku punya housemate dajalkan aku. Selalunya orang buat waktu tengah malam. Tapi diorang buat masa pukul 3.00 petang. Dahla masa tu bulan puasa. Panas terik pulak. Berkejar-kejaran kitorang keliling taman dengan hanya ber'boxer'. Penduduk taman dah pandang serong. Dengan badan berlumuran warna merah macam darah. Resepi yang digunakan adalah telur, tepung, sirap dan kunyit. Memang colourful badan aku hari tu. Tapi berbaloi la sebab hari tu buka puasa member-member belanja. Lepas tarawikh 8 rakaat, layan karaoke pulak kat GreenBox. Heheh..

Birthdays Victim..
Aku pemalu.. Terpaksa la blur and censored pic aku ni.. Haha..

Itu kalau member yang kamcing. Kalau dengan member yang kitorang tak puas hati, bukan setakat telur dan tepung. Ada resepi tambahan yang lebih lazat. Antaranya, makanan dan minuman basi diperam selama seminggu sebelum tarikh kejadian. Air rendaman baju yang busuk giler, puntung dan habuk rokok serta sedikit air longkang digaul bersama. Tengah gaul tu, termuntah pulak dalam baldi tu. Punyala 'kaw' tahap kebusukannya. Nak lagi dahsyat, ada yang siap simbah air kenc*ng kat muka. Punyala tak puas hati kat budak tu. Eurghhh... Lepas tu, mandi sejam pun berbau lagi. Jahat gila!

Itu semua kenangan zaman belajar. Yang penting hari ini, 25 Ogos merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke? Errr.. Lagi setahun nak genap Jubli Perak. Heheh.. Uniknya, aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan adik lelaki aku yang nombor tiga walaupun kami bukan kembar. Terer kan mak ayah aku timing. Hahaha.. Jadi, selamat hari lahir diucapkan buat diriku sendiri dan juga adik aku. Juga tidak lupa buat kawan-kawan yang berkongsi tarikh lahir dengan aku pada hari ini. Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk bernafas.

Thanks for all the Birthday Wishes!
A big thank you to all of you..

Tuesday, August 23, 2011

Moreh Yang Pelik.. Dapat Ubat Gigi Colgate..

Salam A'laik.. Aku rasa kebanyakan surau atau masjid, lepas solat tarawikh mesti ada moreh kan? Moreh yang tipikal sudah tentunya nasik atau bihun yang diorang bungkus dalam polistren tu. Setengah tempat dia hidang terus kat bawah khemah, hadap ramai-ramai. Ada jugak yang bagi roti canai, murtabak atau air kotak kecil.

Tapi, tahun ni surau dekat dengan rumah aku macam pelik sikit. Diorang bagi moreh yang lain daripada yang lain. Nak tau apa?

1. Air Berkarbonat/Air Kotak Besar
Mungkin ini taklah pelik sangat. Start tahun lepas lagi diorang buat moreh macam ni. Tiap-tiap malam. Bukannya botol atau kotak kecik. Tapi besor punya. Dia bagi sorang satu. Bayangkan family aku ada 9 orang. Kalau setiap malam dapat, 9 x 30 =  270 botol/kotak. Pergh! Raya ni dah tak payah beli kordial dah.

2. Gula
Biasanya minggu terakhir ni, diorang akan bagi gula sorang sekilo. Motif, mungkin nak meringankan beban siapa yang buat kuih raya. Lepas tu mungkin bagi butter and tepung pulak kot. Heheh..

3. Ubat Gigi
Harr.. Ini yang paling pelik dan luar biasa sekali. Baru semalam dapat. Pertama kali dalam sejarah aku dapat moreh ubat gigi. Ubat gigi jenama Colgate. Hahaha.. Tergelak pulak aku masa keluar pintu surau tu. Macam-macam style la diorang ni punya moreh. Terbaeeekkkk..



Itu jela antara moreh yang unik aku biasa dapat setakat ni. Ntahla.. Bagi aku, moreh ubat gigi memang pelik dan unik. Yang ke depan ni, tak tahu la apakebenda plak moreh diorang nak bagi. Kereta seorang sebijik mungkin. Haha...

Solat tarawikh sampai lebam biarlah ikhlas. Bukan kerana moreh.  Moreh hanyalah sebagai sumbangan ikhlas mengikut giliran di kalangan penduduk kampung. Tujuannya bagi menggalakkan amalan bersedekah di bulan yang mulia ni. Apa pun jenis moreh yang kita dapat, bersyukurlah kerana itu rezeki. Walau hanya sekotak COLGATE. =)

SZ : Kat tempat hangpa amacam? Ntah-ntah lagi pelik morehnya.. Hehe..

Monday, August 22, 2011

Punca Utama Budaya Hantar Kad Raya Diancam Kepupusan

Punca Utama Budaya Hantar Kad Raya Diancam Kepupusan. Amboihh.. Dah macam Discovery Channel la pulak. Haha.. Teringat masa kecik-kecik dulu. Aku dan adik-adikku pasti akan berlumba siapa yang paling banyak dapat kad raya. Dan semestinya adik perempuan aku yang menang. Tapi kini, semakin hari budaya menghantar kad raya kian berada di ambang kepupusan. Kenapa? Apa punca utamanya?

Sekarang, dunia semakin canggih. Dengan perkembangan teknologi, maka wujudnya sistem pesanan ringkas SMS, internet serta laman-laman sosial sebagai medium orang ramai berinteraksi dengan mudah. Itulah punca utama kad raya sudah dianggap kurang relevan pada zaman ini. Orang lebih gemar menggunakan teknologi yang lebih mudah dan pantas.

Manusia juga semakin kedekut. Nak tak nak, memang kena kedekut disebabkan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Kalau kad raya, memerlukan kos yang tinggi. Nak kena beli, lepas tu nak kena pos. Setem dah la makin mahal. Kalau guna SMS, jimat! Taip sikit pantun dua tiga kerat, send to many. Kalau guna facebook, upload gambar ucapan raya, tag ramai-ramai. Paling senang, update je status. Dah tu, tak payah susah-susah nak menulis. Taip je.. Tak la kantoi tulisan buruk. Heheh..

Kalau guna teknologi, hanya memerlukan tempoh yang singkat. Kalau guna kad raya, sekurang-kurangnya kena pos dua minggu sebelum raya. Kalau tak, alamatnya kad tu lepas raya baru sampai. Serdak kuih raya pun dah habis masa tu. Pos ekspress, tulis je dijamin sampai esok. Tapi hampeh. Lagipun nak ke hantar kad raya pakai pos laju? Guna SMS atau internet, nak wish pagi raya tu pun tak ada masalah. Cuma mungkin line busy jela kot. Ntah-ntah nanti, posmen pun pupus.

Kad raya memang boleh didapati dengan pelbagai corak dan reka bentuk. Yang ada lagu pun ada. Tapi, kalau kad raya digital, bukan setakat lagu. Siap animasi dan suara sekali. Nak rakam video ucapan selamat hari raya muka sendiri macam Lisa Surihani buat tu pun boleh kalau korang jenis muka tak malu. Haha..

Walaubagaimanapun, kad raya memang ada nilai sentimentalnya yang tersendiri. Aku sendiri masih menyimpan beberapa kad raya yang aku pernah dapat. Nostalgia tu beb. Tapi banyak jugak yang dah rosak dan koyak dek kerana kerakusan adik-adik aku yang pantang nampak kad gambar kartun masa diorang belum mumaiyiz dulu. Kalau tak, mahu seguni jugak aku kumpul. Sekarang? Haha.. Last aku dapat kad raya, dua tahun lepas. :-(

himpunan kad raya aku yang masih tersimpan rapi hingga kini..

*Diadaptasi daripada entry tahun lepas, Kad Raya Di Ambang Kepupusan.

SZ : Pecah kaca, pecah gelas.. Sudah baca harap balas.. Teringat pulak pantun wajib kalau tulis kad raya masa kecik-kecik dulu.. Heheh..

Saturday, August 20, 2011

Berkawan Dengan Member Kaki Ponteng Puasa

Salam... Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila teringat kenangan kat kolej dulu. Memang nostalgia. Antaranya, pengalaman berkawan dengan member-member yang malas nak puasa. Hahaha..

****************************

Situasi masa aku belajar kat Melaka

1. Aku dulu tinggal kat rumah sewa. Hari first puasa tu, aku saja pergi lepak hostel nak guna wireless. Tiba-tiba aku terpandang gelagat mencurigakan seorang member aku. Aku tengok dia pasang selimut kat katil jadi macam kelambu. Aku pergi la jenguk. Nah! Tengah melantak maggi. Haha.. Dia ni masa orientasi, imam beb. Rupanya hampeh jugak.. Adeyh.. Alasan, tak sahur.

2. Budak-budak rumah sewa aku, semua aku dah warning suruh diorang puasa. Warning sebagai member la. Yang tak pernah puasa sebelum ni pun, aku paksa jugak. Satu hari dalam pukul 3petang, ada 4,5 orang member yang stay hostel datang bawak bungkusan. Aku tanya dari mana? Diorang cakap dari bazar. Nah! Bazar jadah mende awal gila ni. Lepas tu diorang ke dapur, tutup pintu. 'Berbuka' lah diorang kat dapur tu pukul 3 petang. Cis!

Situasi masa aku belajar kat Seremban

1. Tengah sedap me'landing' atas katil, aku ada dengar member aku call pizza delievery.  Member aku yang paling kamcing sekali. Aku tanya, dia cakap untuk berbuka. Huh! Tak percaya langsung aku. Baru pukul 12 tgh hari. Tak lama kemudian, maka pizza pun sampai. Dia makan menayang depan aku. Terliur la jugak sebab pizza tu feveret aku. Aku suruh dia simpan untuk aku sepotong dua untuk berbuka maghrib nanti.

2. Member-member aku ajak pergi karaoke kat GreenBox Jusco lepas Zohor untuk hilangkan boring. Bulan puasa pun boleh karok kan. Heheh.. Aku pun follow je dah orang nak belanja. Tengok-tengok dia melencong masuk McD dulu. Orang dah mula pandang serong kat dia. Aku dengan member lain terus menonong jalan buat-buat tak kenal. Hampeh btoi! Slamber nak mampos.

3. Hari jumaat, geng tak puasa keluar pergi kedai mamak nak beli nasik. Balik tu, diorang cerita kantoi dengan polis. Polis masuk dalam kedai mamak tu. Diorang lari ikut pintu belakang. Alih-alih, polis pun beli nasik. Hahaha.. Hadoi la.. Polis pun tak puasa..

****************************

Itulah serba sedikit pengalaman aku berkawan dengan member yang malas puasa. Tujuan bercerita sekadar berkongsi dan mengimbau kenangan. Kalau aku nak aibkan diorang, aku dah taruk nama dengan gambar sekali bagi korang semua tengok. Hahaha..

Yang aku pelik dengan diorang ni, waktu bulan tak puasa boleh pulak ikat perut sebab nak berjimat dan sengkek katanya. Bila bulan puasa yang sepatutnya berjimat, diorang taknak ambik peluang nak puasa plak. Hadoi.. Cari pasal betul. Nak report kang, sian sebab member. Dan yang tak puasa tu semua adalah perokok tegar. Itu fakta!

Aku cuma boleh paksa dan ajak suruh puasa jela. Walaupun aku bukannya baik sangat, tapi aku rasa sangat bersalah kalau makan waktu siang Ramadhan. Sebab dari kecik aku tak pernah tinggal puasa. Kawan-kawan sekalian. Jangan marah nowh kalau terasa baca blog aku ni. Aku harap tahun ni hangpa semua posa penuh. Kah..Kah..Kah.. Rindu gilaaa kat hangpa semua!

SZ : Hangpa? Ada pengalaman berkawan dengan member yang malas puasa tak? Heheh..

Friday, August 19, 2011

David Villa Hina Islam - Mesut Ozil

Sebelum solat jumaat tadi, aku buka facebook sekejap. Then aku ternampak ada friend aku like page '1,000,000 football fans hate David Villa because he insulted Islam'. Aku terkejut. Isu barukah ini? Then, aku pun google untuk mendapatkan kepastian.

Segala-galanya bermula setelah pertahanan Real melakukan terjahan keras terhadap pemain baru Barca, Fabregas pada minit terakhir perlawanan 2nd leg Piala Super Sepanyol antara Barcelona vs Real Madrid. Keadaan menjadi tegang apabila pemain lain mula campur tangan. Marcelo dikenakan kad merah.


Kemudian, dalam video kelihatan Mesut Ozil ditampar oleh David Villa. Ozil juga nampak sangat marah terhadap David Villa ketika itu. Akibatnya, Ozil dan Villa juga dibuang padang. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang menyebabkan Ozil sangat berang terhadap David Villa?

Di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ozil bagi menjelaskan punca tercetusnya pergaduhan antara beliau dan Villa.

sumber : allvoices



sumber : allvoices

Perkara ini masih dalam siasatan. Jika benar David Villa hina Islam seperti didakwa Ozil, dia patut dikecam dan mesti meminta maaf. Aku tersangatlah kecewa dengan sikap tidak profesional Villa tu. Villa adalah salah seorang feveret player aku. Sepanyol pula adalah team yang aku sokong masa World Cup 2010 yang lepas. Aku beli jersi Spain dan hampir-hampir nak letak nama Villa kat belakang jersi tu. Mujur habis. Kalau tak, memang aku dah bakar dah baju Spain aku sekarang ni. Euro 2012 tahun depan, aku nak sokong Jerman pulak. Nak pakai jersi nama Ozil!

mesut ozil berdoa sebelum perlawanan

UPDATED!
           Mesut Ozil Never Made a Statement About David Villa, Says Khedira

SZ : Nasib baik David Villa bukan player MU.. :D

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #7 : Bring It Everywhere!



Sila klik NUZUL AL-QURAN

SZ : No Wordless For Al-Quran..

Tuesday, August 16, 2011

Revolusi Blog SZ : Identiti Baru Bakal Tercipta!

Salam A'laik..

Setelah berfikir panjang, aku dengan ini membuat keputusan untuk menutup blog ini. Eh.. Haha.. Takla.. Sebenarnya aku dah buat keputusan untuk melakukan satu revolusi terhadap blog SolihinZubir.com ni bagi mencipta satu identiti dan gaya baru dalam menghasilkan entry yang lebih mantap. Beberapa perubahan akan dibuat.

Antaranya....

1. Tiada lagi entry politik
Politik merupakan isu yang paling sensitif jika hendak dikupas. Perbezaan ideologi politik juga  boleh mengundang amarah, perang mulut, cacian serta maki hamun. Sekaligus mengakibatkan segelintir antara kita bermasam muka. Dan, jika tidak kena gaya ada kemungkinan kita boleh dipenjara walaupun kita di pihak yang benar. Lain la kalau aku tidak mendedahkan identiti seperti bloggers politik yang lain.

2. Tiada lagi entry SEO
SEO yang aku maksudkan di sini adalah, mengenai isu yang sama saja dari segi isi dan tajuk dengan blogger-blogger lain. Contoh, entry bertajuk 'Keputusan Perlawanan Piala Malaysia'. Kalau aku nak buat pun, aku tidak hanya memaparkan jumlah jaringan dan penjaring sahaja. Tetapi aku akan ulas dengan menarik kenapa Kedah boleh belasah Selangor 11-0.. Contohhh....

3. Semua entry adalah hak cipta aku sendiri.
Dalam blog aku, ada entry 100% idea aku. Ada yang aku curi idea dan persembahkan dengan cara aku tersendiri. Ada juga yang aku copy-paste berserta credit untuk dikongsi bersama pembaca. Tapi kali ni, tiada lagi entry perkongsian yang di'copy-paste' sepenuhnya. Ini bermakna, aku akan mengolahnya dengan style aku tersendiri agar lebih menarik dan mudah difahami jika aku rasakan artikel asal tersebut agak berat dan panjang lebar.

4. Tiada lagi Manchester United.
OMG! Aku dan tukar kelab ke? Haha.. Taklah.. Tengok keadaan la. Tapi kalau dah setiap kali MU menang aku nak update, korang pun menyampah. Tambah-tambah fans rival. Heheh..

p/s : Walaubagaimanapun, bergantung juga kepada keadaan dan kehendak aku. Mengikut kesesuaian la..

JANGAN RISAU!

Bagi yang masih berminat untuk membaca ulasan aku tentang isu-isu politik, artikel-artikel perkongsian, isu semasa, isu panas, entry SEO, sukan, Manchester United dan info-info menarik seluruh dunia, korang boleh cari kat blog aku yang satu lagi. Yaa.. Aku buat blog lagi satu.. Kat situ, semua aku sumbat. Yang panas, yang sejuk.

Apa tujuan revolusi? Kenapa buat blog lagi satu?

1. Aku suka berkongsi info-info yang menarik. Untuk tatapan rakan-rakan dan rujukan aku sendiri. Pada masa yang sama, aku taknak semakkan blog utama aku ni dengan entry-entry yang bukan hak milik asal aku.

2. Aku nak orang kenal SolihinZubir.com dengan gaya penulisan aku sendiri. Kalau entry dakwah, dakwah santai. Bukan sekadar perkongsian copy paste semata-mata.

3. Blog aku ada memaparkan kisah peribadi dan pengalaman hidup. Blog aku juga pernah mencetuskan isu politik yang sensasi dan kontroversi. So, aku rasa janggal bila ianya bercampur aduk.

4. Sekarang ini aku sedang menempuh fasa-fasa baru dalam kehidupan aku. Aku harus memberi komitmen yang lebih serius terhadap kerjaya aku. Jadi, aku terpaksa mengehadkan masa aku menghadap blog dan tidak dapat update setegar dahulu. Blog SolihinZubir.com akan terabai jika aku sibuk.

5. Dengan wujudnya blog kedua, blog tu memang khas untuk perkongsian saja (disamping menjana pendapatan). Maknanya, walau sesibuk mana pun, aku masih mampu update di blog yang kedua dengan perkongsian menarik tanpa perlu mengambil masa untuk berfikir panjang.

6. Entry-entry lama yang dirasakan tidak sesuai berada di blog ini, juga akan di'transfer ke blog baru. Bagi meredakan ketegangan di blog ini. Yelaaa.. Haters aku ramai jugak ni.. Heheh..

Nantikan entry-entry yang lebih original daripada aku lepas ni. Ada sebarang cadangan or bantahan?

p/s : Pelancaran blog baru akan diumumkan bila tiba masa yang sesuai. Masih dalam pembikinan..

SZ : Kurangkan kontroversi... Tingkatkan prestasi...

Friday, August 12, 2011

Adegan Yang Biasa Kita Lihat Ketika Solat Tarawikh

Apakah adegan yang biasa kita lihat ketika Solat Tarawikh di masjid atau surau?

1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.

2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.

3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar di kalangan budak-budak. Orang tua, sibuk berasap.

4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak habis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Akal taknak berdiri lama. Tok Imam tak lenguh?

5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.

sumber gambar : lakaran hidupku

Itulah adegan yang biasa aku tengok kat mana-mana masjid yang aku pernah pergi. Dan aku sendiri pernah terlibat menjayakan adegan tersebut. Heheh..

Tahukah anda?

1. Solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.

2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat tarawikh itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.

3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah. Jangan sibuk nak online depan PC sedangkan nak 'online' dengan Allah pun susah.

Sekadar nasihat untuk diri sendiri...





SZ : Dah setengah Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu..

Thursday, August 11, 2011

Fantasy Premier League 2011/12 : Let's Join SZ League

Saingan Liga Perdana Inggeris bakal bermula 13 Ogos ini. Aku seperti biasa. Masih setia menyarung jersi Manchester United sejak 14 tahun yang lalu. Aku juga telah ditawarkan kontrak seumur hidup oleh Sir Dr Alex Ferguson dan sudah pun selesai menandatanganinya. Forever United.

Kat sini ada sesiapa yang layan Fantasy Premier League? Golongan cewek-cewek confirm tak layan kan. So, aku tanya kepada golongan cowok-cowok. Ado? Fuh.. Dah lama rasanya aku tak main benda alah ni sejak kali pertama 5 tahun lepas. Season ni saja la try giat balik main benda alah ni sebab membe-membe aku ramai yang layan.

Benda ni senang ja nak main. Korang juz kena beli player feveret korang dengan bajet 100 point yang diberi. Dan markah akan dikira berdasarkan prestasi semasa player setiap minggu sampai akhir season. Ni contoh feveret player aku.



Hahaha.. Dream team tuuu.... Memang tak dapat la. Tu hanya angan-angan. Mana cukup bajet nak beli all star. Dah la tak boleh pilih lebih daripada 3 orang player daripada team yang sama. So, kena pandai pilih pemain mana yang korang rasa boleh bagi impak kat team korang. Dengan bajet yang ciput. =_="

So, siapa player-player pilihan aku? Haha.. Rahsia. Nama team aku, SZ United. Sesiapa saja yang layan menda alah ni, boleh join aku punya league. Head to head. Baru syiokk.. Champion dapat hadiah. Heheh.. Duit Nuffnang juta-juta bukan boleh bawak masuk kubur pun kan. KehKehKeh.. Tarikh tutup penyertaan, setelah sepak mula game pertama EPL berlangsung, Sabtu ini.

Let's Join SZ League
Code : 1227814-326906

klik link di bawah untuk mendaftar :

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6 : Siksanya Touch Screen


Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Gua baru 2 minggu pakai android.. Siksanya nak SMS pakai touch screen..

Pencerahan Terhadap Kekeliruan Identiti Arlene Tan dan Sitt Wuzara

*Sambungan daripada entry Gambar dan Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar

Isu Arlene Tan dan Sitt Wuzara semakin hangat diperdebatkan bilamana wujudnya percanggahan pendapat dan kekeliruan identiti sebenar Sitt Wuzara. Pelbagai teori cuba diketengahkan.

Segalanya bermula apabila team hackers GaySec membuat pendedahan yang mereka telah berjaya membongkar identiti sebenar pemilik blog yang menghina Islam tersebut. GaySec mendakwa yang Arlene Tan adalah pemiliknya. Sememangnya berita tersebut tersebar meluas dengan begitu pantas sekali. Mungkin kerana ramai yang sudah lama berharap untuk menatap wajah sebenarnya serta menanti saat kejatuhan pemilik blog laknatullah yang bongkak tersebut. Yang mencabar semua orang mendedahkan identitinya jika mampu.

Akan tetapi, kecelaruan mula tercetus apabila ada pihak yang mendakwa Arlene Tan itu kenalan rapat mereka dan menafikan Sitt Wuzara itu adalah Arlene Tan. Dakwa kenalan mereka, Arlene Tan juga biasanya menggunakan English dalam pertuturan dan juga penulisan. Sangat berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam blog makcik tersebut. Keluar pula dakwaan bahawa Arlene Tan telah membuat laporan polis terhadap group GaySec kerana memfitnahnya serta mendedahkan maklumat peribadinya termasuk no phone kepada umum hingga tersebar luas di alam maya.

Jadi, siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara? Siapa pula Arlene Tan? Dan adakah benar group GaySec yang dikatakan terdiri daripada 2 org pelajar SPM hanya stalkers, bukannya hackers?

Dalam gambar di bawah menunjukkan mamat bernama Azwan Ismail ada menyebut nama Sitt Wuzara bagi membalas komen kepada individu di atasnya, iaitu merujuk kepada Arlene Tan. Tapi ada dakwaan menyatakan Azwan Ismail memang membalas komen tersebut terhadap Sitt, bukan Arlene. Tetapi komen tersebut telah dipadam. Tetapi jika dilihat komen di antara Arlene Tan dan Azwan Ismail tu, tiada bukti yang menunjukkan ada komen telah di padam. Melainkan komen-komen di atas Arlene dan di bawah Azwan itu sendiri. Nampaknya masih ada kesamaran di situ untuk membuktikan Arlene adalah Sitt Wuzara. Sekarang, komen Azwan itu juga sudah hilang. [rujuk sini]

klik imej utk kelihatan lebih jelas

Tetapi, berdasarkan gambar di atas, ini menunjukkan bukti Arlene Tan gemar melepak di group MAFA, iaitu Malaysian Atheists, Freethinkers, Agnostics. Tulisan Arlene di wall group tersebut juga seperti menunjukkan Arlene Tan menyokong Atheist iaitu golongan yang tidak percayakan kewujudan Tuhan dan hanya bersandarkan kepada logik akal semata-mata. Dan penglibatannya dalam group tersebut adalah sejak setahun yang lalu? Maknanya dah lama. Lagipun, untuk mendakwa itu fake profile, kenapa selepas membuat laporan polis dia kembali mengadu hal di group MAFA tu? [rujuk sini]

klik imej utk kelihatan lebih jelas

Dalam satu kenyataan balas lain mengenai isu ini, Sitt Wuzara juga membuat pengakuan yang dia tidak pernah mengenali Arlene Tan di alam realiti. Cuma Sitt Wuzara mendakwa mereka mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu ketika perbincangan dalam group MAFA. Sitt Wuzara juga membela Arlene Tan bahawa dia tidak murtad . Sitt Wuzara juga menafi sekeras-kerasnya yang Arlene bukan dirinya . SILA RUJUK SINI!

Kenapa Sitt Wuzara tu pulak yang menggelabah kelam-kabut back-up Arlene? Agak janggal di situ.

Jika Arlene Tan bukan Sitt Wuzara sekali pun, dia tetap bersalah kerana berfahaman Atheist. Mungkin juga ada salah faham yang mengaitkan Arlene Tan dengan Atheist. Namun, jika benar Arlene Tan masih Islam, diminta beliau tampil membuat penjelasan sebenar bagi meleraikan kekeliruan ini. Mungkin juga blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara bukan dikendalikan oleh seorang individu, tetapi secara berkumpulan?

Kesimpulannya, banyak teori yang boleh disabitkan dengan isu Arlene Tan dan Sitt Wuzara ni. Sebaiknya, kita ambil jalan tengah. Jangan percaya sesuatu berita itu jika belum pasti kesahihannya. Bimbang berlakunya fitnah. Elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Jika tidak, apa bezanya anda dengan Sitt Wuzara?

Kepada Arlene Tan, jika anda tidak bersalah kami doakan agar dipermudahkan segala urusan jika anda bukan berfahaman Atheist. Kepada GaySec yang khabarnya bakal meneruskan Ops Ramadhan dan melakukan pendedahan siri ke-3, teruskan niat murni anda. Buktikan kewibawaan yang anda bukan hanya remaja nakal yang sekadar mempermainkan orang lain. Ini kes serius.

sila ke page GaySec utk melihat bukti printscreen yg lain.. KLIK SINI!

SZ : Ni last aku ulas isu ni. Melainkan sudah ada bukti kukuh untuk mendakwa individu terlibat. Bukan apa. Nak siasat, kena masuk blog laknatullah tu. Seram aku baca penulisan Makcik tu. Menggigil beb! Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Dijauhi daripada fitnah. Amin..

Monday, August 8, 2011

Gambar dan Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar?

Panas! Masih ingat dengan blog kontroversi yang menghina Islam beberapa bulan lepas? Yaa.. Blog MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kata-kata serta gambar-gambar dalam blog makcik jahanam tu sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Ketika itu, pasti ramai yang sangat berharap ingin melihat wajah dan identiti sebenar pemilik blog jahanam tersebut.

Kini, wajah dan identiti 'makcik' tersebut sudah hampir terbongkar dan didedahkan hasil usaha team hackers gaysec. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati website mereka,  iaitu http://www.gaysec.org

Ini adalah suspek pertama. Nor Arlene Tan binti Khalid.
Pihak Gaysec telah tersalah target dan telah pun memohon maaf secara terbuka.
Arlene Tan bukannya  Sitt Al-Wuzara


INI ADALAH SUSPEK TERBARU! lAPORAN POLIS TELAH PUN DIBUAT!



AKHIRNYA KANTOI JUGA......



Bagaimana boleh kantoi? Ikuti pendedahan demi pendedahan..

klik link di bawah..

* Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Ditangkap.. KLIK SINI!

p/s : Ada yang tidak tahu menahu pasal isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni? Kesiannya.. Siries sgt kasihan. Isu panas kot..

Sunday, August 7, 2011

FA Community Shield : Man United Tewaskan Man City 3-2


Wow! Dah lama aku tak update pasal MU ni.. Dah lama bulu roma aku tak meremang melihat aksi MU macam tadi. Gilalah! Sapa cakap setan kena ikat bulan puasa, MU tak boleh menang? Silap besar la. Bukti MU kuat bukan sebab setan. KahKahKah..


Balik tarawikh, kecewa gila aku tengok 1st half MU dah kena 0-2.  Masuk 2nd half, Sir Alex bawa masuk pemain muda. Hasilnya, 2 gol berjaya dijaringkan dalam masa hanya 6minit. Perlawanan semakin sengit dan mendebarkan. Game dah macam nak ke penentuan penalti. Tapi Nani berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir masa kecederaan untuk memastikan kemenangan mutlak MU! Memang dramatik la.

Nani said: "This is United, we all believe until the last minute"


Congrats MU! Thropy pertama sudah dijulang. Next week, misi mempertahankan gelaran EPL pulak. Glory-Glory Man United!

SZ : Money can buy everything... But money can't buy victory...

Saturday, August 6, 2011

Aman Wan : Vlogger Yang Meletup Kerana Iklan Gangster di YouTube

Aman Wan.. Tiba-tiba sahaja namanya meletup. Gara-gara sebuah parodi pendek yang berjudul 'Iklan Gangster' yang sudah pun mencapai 122,000++ views di YouTube ketika ini, sejak di'uploaded' 2 Ogos 2011 yang lepas. Hebat bukan? Video pendek yang diinspirasi daripada filem box office RM11juta, KL Gangster arahan Syamsul Yusof. Menggunakan dialog-dialog popular dalam KL Gangster dengan diselitkan bersama iklan-iklan Vitagen, Nivea, Choki-Choki, Tam-Tam serta aksi-aksi kelakar dan mimik muka yang melucukan. Lawak gila weyh!

Dari kiri : Jai (Choki2), Shark (Vitagen), Malik (Tam2), Ajib (Nivea)
-Aman Wan sebagai Malik-

Siapa tahu biodata Aman Wan? Disebabkan aku rasa sangat kagum dengan bakat Aman Wan ni, aku pun cuba kaji selidik siapa sebenarnya mamat berbakat ni. Aku stalk dia punya facebook. Dia berasal dari Nilai, dilahirkan pada 1 Julai 1988. Merupakan seorang lelaki. Haha. Memang la..

Siapa sebenarnya Aman Wan?

1- Semestinya Aman Wan seorang Vlogger. Vlog pertama beliau dihasilkan 7 bulan yang lalu. Sudah 23 video yang Aman dah uploaded kat Channel beliau di YouTube. Yang terbaru, Iklan Gangster. Vlog-vlog Aman Wan juga sangat berkualiti setanding Mat Luthfi dan Anwar Hadi. Antara vlog Aman Wan yang menarik perhatian aku ialah Potong Stim, Nivea For Men (Parody), Pandang Serong, dan aku rasa semua video dia memang layan la weyh! Tak rugi tengok. Siyes!

2- Aman Wan seorang Pelukis Komik Amatur. Dia sangat minat melukis. Pantang jumpa pen dan kertas. Mula minat melukis sejak Darjah 3. Dan Aman bercita-cita ingin menghasilkan komik sendiri dan menerbitkannya di pasaran. Hasil karya dia memang terbaek.

Tart Nenas Mama - Karya AmanWan.. (sila klik imej)

3- Aman Wan juga seorang Blogger. Yupp.. Dia ada BLOG! Lepas ni mesti ramai yang serbu blog dia. Setakat ni aku tengok followers beliau baru sahaja mencecah 365 orang termasuk aku. Mula start blogging sejak November 2008. Perghh.. Orang lama jugak la dia ni dalam dunia blog. Lebih senior daripada aku. Aman memuatkan hasil karya lukisan dan komik beliau di blognya. Entry dia pun best.



Amacam? Cukuplah setakat ni aku review pasal Aman Wan.Rasanya ramai yang dah kenal kot dengan Aman Wan ni. Bagi yang belum kenal ataupun yang mahu berkenalan dengan beliau secara lebih dekat serta yang ingin melihat kesemua koleksi video dan hasil karya komik Aman, boleh klik link di bawah...




SZ : Kenapalah dia bukan orang Kedah macam Mat Luthfi, Anwar Hadi and Solihin Zubir... Heheh..

Friday, August 5, 2011

Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains dan Kesihatan

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya dapat berjalan lancar dan tanpa gangguan. Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta di mana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan, malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.

[sumber]

SZ : Subhanallah... Malangnya bagi orang yang degil tak nak puasa..

Thursday, August 4, 2011

5 Jenis Racun dan Penawarnya

Dalam hidup kita ini ada 5 jenis racun yang boleh merosakkan kehidupan manusia di dunia dan juga hari akhirat. 5 jenis racun ini perlu diubati dengan 5 jenis penawar juga. Sama-samalah kita mengubati 5 racun yang ada dalam diri kita yang bernama manusia.

Pertama

Dunia ini adalah racun.
Kenapa dunia ini adalah racun? Ini kerana dunia ini mampu membawa banyak kerosakan kepada umat manusia. Manusia telah lalai dengan kenikmatan yang ada di dunia ini. Manusia telah menjadi hamba dunia dan lupa kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang sebenarnya berlaku kepada manusia sejak dahulu lagi.

Zuhud itu penawarnya.
Zuhud bermaksud kita menguasai kehidupan dunia tapi dunia tidak mengusai kehidupan kita. Kita tidak salah untuk hidup memiliki kekayaan dan kejayaan dunia kerana umat Islam juga perlu memajukan diri, bangsa dan agama tanpa melupakan hari akhirat.

Kedua


Harta itu racun.
Harta kekayaan telah menyebabkan ramai manusia hanyut dengannya. Memiliki harta yang banyak telah menyebabkan seorang manusia lupa untuk beribadat kepada Allah. Harta juga menyebabkan seorang manusia itu sombong dengan orang lain. Bukan semua orang begitu tapi hanya berlaku kepada segelintir mereka yang tidak bersyukur.

Zakat itu adalah penawarnya.
Perintah mengeluarkan zakat adalah termasuk dalam rukun Islam yang lima.

Firman Allah maksudnya:
“Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)”
(Surah At-Taubah: Ayat 103)

Ketiga


Perkataan yang sia-sia itu racun.
Apabila seseorang itu banyak bercakap, jika tidak dikawal percakapannya itu maka akan banyaklah keluar perkataan yang sia-sia dari mulutnya. Dengan itu banyaklah dosa yang keluar dari mulutnya itu. Sebab itu diam adalah lebih baik dari banyak berkata-kata yang sia-sia.

Zikir itu penawarnya.
Jika lidah sentiasa dibasahi dengan zikir, ia dapat membersihkan hati manusia supaya sentiasa mengingati Allah. Zikir juga dapat memberi ketenangan kepada orang yang banyak menyebutnya. Orang yang banyak berzikir juga akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Keempat


Seluruh umur itu racun.
Umur seorang manusia hanya sekejap saja tidak lama mana pun. Jika semasa umur seseorang itu hidup di dunia ini banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia maka akan rugilah dia. Janganlah umur dihabiskan dengan melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Taat itu adalah ubatnya.
Umur manusia yang ada hendaklah dihabiskan dengan banyak melakukan amal ibadat kepada Allah. Sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu taat kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Kelima


Seluruh tahun itu racun.
Sepanjang tahun banyak perkara yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian. Sama ada baik dan buruk hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya.

Ramadhan itu penawarnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan keampunan. Pada bulan ini segala dosa-dosa akan diampunkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini untuk membersihkan diri kita dari segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Tuesday, August 2, 2011

Doa Harian Bulan Ramadhan

Ramadhan bulan Munajat dan bulan Doa, manfaatkan untuk meminta kepada Allah SWT selama sebulan, dari hari pertama hingga hari terakhir. Dan berikut adalah doa yang boleh anda baca setiap hari secara berurutan.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra dari Rasulullah Saw, bahawa dalam setiap hari selama Ramadhan, masing-masing hari mempunyai kekhususan dan keistimewaan, maka berdoalah setiap hari sebagaimana tersebut di bawah ini..


Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua

اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari Rahmat-Mu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas

اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas

َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas

اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas

اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu yang luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga

اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, amal perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, Dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, Dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.