Pages

Sunday, July 31, 2011

4 Alasan Basi Orang Yang Ponteng Puasa

Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Tetapi, ada jugak makhluk-makhluk yang malas berpuasa. Mereka menipu dengan memberi pelbagai alasan.

Apa alasan yang biasa digunakan oleh makhluk-makhluk yang malas puasa ni?

1. Gastrik
-Penyakit yang paling popular apabila Ramadhan menjelma. Asal masuk bulan puasa ja, gastrik. Asal gastrik ja, masuk bulan puasa. Kalau benar-benar sakit, takpela. Ini yang pura-pura sakit.

2. Datang Bulan
-Ini pulak golongan wanita atau pengkid yang malas puasa selalu guna. Kalau betul datang bulan, memang la haram puasa. Ini sampai sebulan haid, apa cita? Jangan ada lelaki yang menyamar jadi nyah semata-mata nak pakai alasan ni dahla. Heheh..

3. Tak Sengaja / Terlupa
-Tengah sedap melantak sampai separuh kenyang, kantoi orang nampak. Maka alasan terlupa digunapakai. Kalau hari pertama puasa, mungkin boleh diterima. Tapi kalau hari-hari terlupa, memang nak kena operate saraf otak tu.

4. Lupa niat
-Kalau terlupa niat tanpa sengaja, wajib niat dengan serta merta apabila teringat dan teruskan berpuasa. Bukannya terus mentekedarah. Kalau hari-hari lupa, kepala anda ingat apa sepanjang bulan Ramadhan ni? Biasakan diri sebelum tidur untuk berniat puasa.


Dan pelbagai lagi alasan basi orang yang malas puasa ni hinggakan kadang-kadang tak munasabah langsung. Ingatlah! Ibadah puasa adalah Rukun Islam yang ke-3. Jangan mencipta alasan-alasan auta untuk mengelakkan kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita. Takut nanti tak mampu nak menjawab kat mahkamah akhirat.

Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.
[HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya]

Lihatlah siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadis di atas. Bagaimana pula dengan orang yang degil tidak mahu berpuasa sejak awal Ramadhan? Nauzubillah.. Sama-samalah kita renungkan. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Syaitan kena ikat. Tapi jangan pula anda yang jadi SETAN!

SZ : Jika dipanjangkan umur, ini mungkin Ramadhan dan Raya terakhirku sebagai seorang jejaka bujang.. Heheh..

Saturday, July 30, 2011

Fakta: Solihin Zubir Lebih Popular Daripada Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Tiz Zaqyah!


Percaya atau tidak kalau aku cakap aku lebih popular daripada dua orang vlogger terkenal, Mat Luthfi dan Anwar Hadi? Malah aku juga lebih popular daripada pelakon wanita yang juga merupakan bekas skandal aku, Tiz Zaqyah? Jangan gelak! Ini adalah fakta. Kat bawah ni ada statistik yang membuktikan aku lebih popular daripada mereka bertiga.

top search keywords by nuffnang

Kah..Kah..Kah.. Ok.. Aku sedar realitinya aku tak popular macam diorang bertiga. Dan aku tak nak kejar pun populariti tu. Tu cuma top keywords nuffnang minggu ni. Dah blog aku, memang la nama aku boleh leading. Heheh.. Ala.. Kasi la can aku nak feeling artis.. Haha..

Ada orang suggest aku buat VLOG macam Mat Luthfi and Anwar Hadi. Ye.. Aku mengaku, aku boleh buat vlog yang lebih bagus daripada diorang. (Cewah.. Bajet..) Tapi aku ni seorang yang pemalu. Memang TAK la nak buat vlog segala tu. Apatah lagi nak jadi hero dalam filem bergandingan dengan Tiz. Lagipun kitorang dah putus. Heheh..

SZ : Entry merapu sebelum Ramadhan.. =)

Thursday, July 28, 2011

Atuk Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Semua sedia maklum, bulan Syaaban bakal berakhir untuk memberi laluan kepada Ramadhan pula. Seperti biasa, anak bulan yang baru lahir akan di'skodeng' bagi mengesahkan tarikh sebenar jatuhnya 1 Ramadhan. Begitu juga bagi menentukan tarikh Hari Raya. Dan setiap kali itu juga, kita semua akan terpacak depan TV bagi menyaksikan 'rancangan kegemaran ramai' iaitu Pengumuman Puasa dan Raya yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sejak kecil, kita sering mengadap muka 'atuk kita' ni, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989, yakni 2 tahun selepas aku dilahirkan. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.


Akan tetapi, 'atuk kita' telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat 'atuk baru' pula. Siapa 'atuk baru' kita tu?

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk kita' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Nak tengok gambar beliau? Disebabkan beliau masih baru dan belum popular, usaha aku meng'google' gambar beliau tersangatlah sukar. Dan akhirnya aku jumpa juga gambar terbaru beliau seperti kat bawah ni. Eksklusif hanya di solihinzubir.com. Cewah.. Heheh..



kiri: penyandang.. kanan: mantan..

sumber rujukan :
1- majlisraja-raja.gov.my
2- Dewan Bahasa dan Pustaka

SZ : Selamat menempuhi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan jayanya.. InsyaAllah..

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5 : Harimau vs Singa





Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

Tuesday, July 26, 2011

Wanita Bertudung Tapi Buat Maksiat

*Seperti yang dijanjikan dalam entry Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

Ayu dan manisnya melihat gadis bertudung. Tapi sayang. Tak semua yang bertudung itu berperangai indah. Boleh lihat di sekeliling kita. Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek, seluar ketat nampak alur. Pakai selendang berlilit-lilit menampakkan dada terbonjol. Mekap tebal bedak sekilo, gincu merah menyala. Kening dicukur, bulu mata palsu lentik mengalahkan unta. Pakai tudung, menyanyi melalak terkinja-kinja atas pentas. Bertepuk tampar dengan lelaki dah jadi rutin.

Pakai tudung merempit dengan pakwe, peluk rapat-rapat macam bohsia. Berjalan berpimpin tangan dengan teman lelaki mengalahkan suami isteri. Berpeluk cium, melentok manja ke bahu pasangan di taman tanpa rasa bersalah. Rakaman aksi-aksi ghairah awek bertudung pun bercambah di internet. Apa cerita semua ni?


Ada sebahagian wanita yang bertudung hanya untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk abila bersama dengan lelaki. Tudung dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya. Membenarkan jantan memuaskan nafsu serakahnya serta melindungi dua tangan yang sedang meramas gunung kinabalunya. Bertudung, hanya sekadar untuk menutup lovebite. Hingga ada yang menjadikan tudung labuh sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui perutnya sedang memboyot menghamilkan anak luar nikah.

Wanita bertudung seperti inilah yang mencemarkan nama baik wanita yang ikhlas bertudung kerana Allah. Cukuplah! Jangan cemarkan nama baik Islam dengan maksiat di sebalik tudung anda itu. Jangan biarkan mereka-mereka yang 'free hair' itu terus menjadikan alasan "bertudung tapi jahat" untuk menghalalkan pendirian mereka kononnya mereka lebih beriman walau tidak menutup aurat. Beriman? Huh!

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat. Perangai juga biarlah seiring dengan penampilan. Sebab berpurdah belum tentu solehah. =)

p/s : Entry ni dihasilkan sebab cik Farysa ni tak puas hati bila baca entry 13 Alasan Tipikal tu..


SZ : Nak tahu siapa perempuan yang mengaku beriman walaupun seksi? KLIK SINI!

Monday, July 25, 2011

Malam Sinar Gemilang Gamat Emas 2011 Putrajaya

Salam.. Amboih.. 4 hari tak update blog.. Aku baru sampai balik Kedah dari Putrajaya pagi semalam. Aku ke Putrajaya bukan untuk ber'meeting' dengan PM. Tetapi untuk menghadirkan diri ke Malam Sinar Gemilang Gamat Emas 2011 di Putrajaya International Convention Centre pada hari Sabtu, 23 Julai 2011.

Event tu memang terbaiklah! Background musicnya yang mengancam macam lepak dalam clubbing pun ada. Suara pengacara dah macam dalam wrestling plak bila dia sebut nama-nama penerima anugerah. Dengan pelbagai persembahan dan gimik yang sempoi, konvoi superbike masuk dalam dewan, dan paling best persembahan Saleem dengan suara emasnya menggamatkan lagi event Gamat Emas. Selain tu, ucapan-ucapan pejuang Gamat Emas yang dah berjaya, banyak memberi motivasi dengan kata-kata semangat kepada sesiapa saja yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan.

Ni aku share beberapa gambar untuk bercerita. Maaf sebab kualiti gambar tidak seindah DSLR. Heheh.. Video? Malas nak upload.. Panjang sangat..


VIP DUTA EMAS

VIP DUTA EMAS

Saat-saat penganugerahan dan kemenangan

Suara emas Saleem menggamatkan lagi event GAMAT EMAS

Upacara cabutan bertuah

Muka-muka bertuah yang dapat bawak balik  hadiah Grand Prize.
Pakej Umrah, Kereta Proton Saga FL dan Perodua Alza.

Nombor-nombor tak bertuah aku. Punyala banyak, tapi satu pun tak kena.
Memang takdak luck aku ni kan. Haha..

Group kami, tema oren. Yang paling dekat tu mak aku. Heheh..
Aku? Cameraman macammana nak ada dalam gambar.  =(
Melainkan aku snap gambar dari atas sambil buat muncung itik. Hahaha..


-Nak tengok produk Gamat Emas? KLIK SINI!
-Nak tengok video persembahan Saleem, KLIK SINI!

SZ : Ada pembaca yang pergi event ni tak? Nampak aku? Muka aku terpampang beberapa kali kat skrin besar depan tu. Cover macho seadanya. Haha..

Thursday, July 21, 2011

Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

Salam.. Dalam entry 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat tu, ada yang mempertikaikan jawapan 'tidak menutup aurat confirm masuk neraka'. Katanya, kita bukan Tuhan untuk menentukan hala tuju syurga atau neraka seseorang apabila dia mati. Dan ramai yang menggunakan hadis mengenai pelacur masuk syurga untuk menguatkan hujah mereka bahawa buat dosa tak semestinya masuk neraka.

anon yg mengguna nickname asrul..

Untuk memperjelaskan persoalan tersebut, mari baca artikel ini yang aku dah olah hasil perbincangan dengan orang-orang yang lebih arif di sebuah forum agama. Banyak pendapat serta hujah-hujah kuat yang dapat meleraikan kemusykilan ini.

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW? Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda bersabda :
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. (Sahih al-Bukhari)

Selain daripada kisah pelacur tersebut, ada lagi kisah manusia yang berbuat dosa tetapi diberi keampunan oleh Allah. Antaranya kisah pembunuh 100 orang yang diampunkan Allah. Kisah 2 orang sahabat jatuh tangga lalu mati, seorang yang kuat ibadah masuk neraka dan seorang kaki maksiat masuk syurga.

Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai tiket untuk menghalalkan maksiat.

Berbalik kepada persoalan mendedah aurat belum confirm masuk neraka. Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang confirm dedah aurat masuk neraka. Bukan hanya sekadar masuk neraka malah menghidu bau syurga pun tidak mampu.
"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).

Antara dalil lain yang boleh digunakan bagi menjawab persoalan wanita yang membuka aurat dengan sengaja walaupun tidak menentang kewajipan menutup aurat, kompom masuk neraka atas dalil:

"Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan.
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Di dalam peristiwa israk mikraj pun Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa baginda melihat perempuan yang digantung rambutnya dalam neraka hingga menggelegak otak kepalanya atas kesalahan tidak menutup rambutnya daripada bukan mahramnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Syurga dan neraka berdebat. Lalu syurga berkata, “aku dimasuki orang-orang lemah dan miskin.”
Neraka berkata: “Aku dimasuki orang-orang yang suka menindas dan sombong.”

Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada neraka: “Sesungguhnya engkau adalah seksa-Ku, dan Aku menyeksa orang-orang yang Kuhendaki denganmu.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman pula kepada syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku, dan Aku merahmati siapa sahaja yang Aku kehendaki. Setiap kamu akan diisi hingga penuh." (Riwayat Al-Bukhari, no. 2846)

Akan tetapi, jika kita sendiri mempersoalkan suruhan Allah dengan membidas bahawa buat baik belum confirm masuk syurga atau buat jahat belum confirm masuk neraka, tak rasa malukah nak mengharap rahmat Allah terhadap kita? Tak rasa malukah nak menumpang syurga Allah?

Melaksanakan perintah Allah ganjarannya pahala, syurga, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mengerjakan larangan Allah balasannya adalah dosa, neraka, kemurkaan dan azab Allah SWT. Kesimpulannya, ahli syurga tidak berdosa, manakala ahli neraka berdosa. Akan tetapi, setiap orang yang berdosa pasti akan ke syurga jua akhirnya nanti jika dia masih Islam dan tidak murtad. Itupun setelah menempuh azab siksa yang maha dahsyat di neraka kelak bagi menyuci dosanya, yang mana sehari di neraka bersamaan 1000 hari di dunia ini. Mampukah nak tanggung? Letak hujung jari dekat api lilin sekejap pun dah meraung.

Jika buat maksiat belum confirm masuk neraka, adakah buat maksiat tu anda yakin confirm masuk syurga? Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk bertaubat nasuha. Bukannya mempertikaikan ganjaran syurga atau neraka.  Setiap manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Bertaubatlah setiap masa. Jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Boleh jaminkah anda boleh bernafas lagi selepas membaca artikel ini? Sebaik-baik amalan adalah yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukannya semata-mata nak masuk syurga ataupun takutkan azab neraka.

Wallahu'alam..



SZ : Ada jugak yang mempertikaikan kenapa asyik salahkan wanita tak bertudung. Kenapa tak salahkan wanita yang bertudung tapi buat maksiat. Harr.. Tunggu next entry..

Wednesday, July 20, 2011

Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Perempuan Ini

Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :

1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.

*Cuba dengar video ceramah Ustaz Kazim Elias kat bawah tentang tips memilih calon suami dan isteri. Best! Lawak..


SZ : Aku harap bakal isteri aku dijauhkan daripada 6 golongan tersebut.. Cewahh..

Wordless Wednesday #4 : Are You Happy?


Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Adakah aku sedang gembira sekarang? Hhmmm..

Tuesday, July 19, 2011

Drama Juvana TV3 Wajib Tonton (Komen Aku)

Drama Juvana TV3 sudah pun melabuhkan tirainya. Ada sesiapa yang belum pernah tengok drama ni? Atau first time dengar nama drama Juvana ni? KahKahKah.. Rugi beb! Drama wajib tengok ni! Bukan macam drama tipikal melayu yang lain macam Nora Elena segala tu. Ini satu-satunya drama melayu bersiri yang aku tengok dari episod pertama sampai last sepanjang aku hidup ni. Siyes! Sebab aku bukan jenis mengadap TV sangat. Ini pun aku tengok kat Tonton. Memang terbaek wacakaplu.


Kenapa Aku Suka Dengan Drama Juvana?

Ofcoz la sebab drama ni penuh dengan aksi ganas dan babak yang mendebarkan membuatkan penonton tertanya-tanya dan tak senang duduk. Walaupun ganas, cerita ni memang ada nilai murni dan pengajarannya yang tersendiri. Ada babak yang sangat mengharukan. Hingga mampu membuatkan air mata aku hampir menitis. Terutamanya bila diorang rewind balik kisah silam macam mana diorang boleh dihumban ke sekolah tu. Sedih weyh! Dan aku rasa terharu bila tengok diorang dah mula berbaik-baik walaupun sebelum ni asyik gaduh.

Watak feveret aku

Botak - Antara watak kegemaran ramai. Aku suka lakonan dia ni. Memang ganas dan hati kering. Siapa lawan, dia pukul. Tumbukan padu beb. Tak kenal musuh atau kawan. Bajet taiko besar la ni. Tapi, ada jugak kisah silam dia yang buat aku sedih. Mangsa dera bapak dia rupanya. Dan part paling lawak. Ganas-ganas pun, suka kucing beb! Part kucing dia mati tu, siap buat kubur tanda dengan batu lagi. Heheh.. Sweet ja..

Apek - Kalau Apek ni takdak, aku rasa memang Daim takkan boleh survive la kat sekolah Wira Bakti tu. Memang sahabat sejati walaupun kadang-kadang dia suka perkecilkan Daim. Lawak pun lawak.

Kedah - Satu-satunya budak sekolah rendah. Tak padan dengan budak kecik, tapi langsi gila! Mulut boleh tahan punya laser. Kena balun sampai lembik pun still tak serik lagi cari pasal dengan Botak. Dia ni jugaklah yang menjadi inspirasi kat Daim untuk bangkit menjatuhkan rejim Botak.

Daim - Errr.. Aku kurang gemar sangat Daim. Sebab dia ni lembik sangat la. Aku berharap dia buat kejutan pukul Botak ke. Hahaha.. Tapi, hero tetap hero. Kena tikam tak mati bro! Tapi, bagus dia ni. Boleh pengaruh dan bagi motivasi kat kawan-kawan. Dia jadi makin berani untuk ubah nasib dia. Last sekali jadi cikgu kat situ.

Komeng, aku suka sebab semua pelajar takut dengan dia. Hehe.. Ayam, paling tak boleh blah, last skali jadi bapa yang berjaya, ada lapan anak. Haha.. Dan semua watak pun memang best la secara overall.


Dan, semestinya ada kejutan.

Watak yang paling aku benci semestinya Tony. Dari awal aku meluat dia. Seorang guard yang kurang ajar. Mula-mula, aku tak suka Cikgu Ariffin. Aku tengok dia ni bajet bagus. Dah tu asyik nak perkecilkan kebolehan orang lain, terutamanya Cikgu Zakiah. Tapi, bila episod akhir, baru tahu yang dia ni baik sebenarnya. Mungkin kerana tekanan sebab bercerai dengan isteri dia.

Yang sebenar-benar binatang rupanya Warden Encik Raja, Cikgu Azmee dengan Si Guard, Tony. Botak pun tak pasal-pasal terjebak. KahKahKah.. Harapkan pagar, pagar makan padi. Tapi memang puas hati tengok Tony kena pukul dengan budak-budak tu. Berlagak sangat. Apa-apa pun, cerita melayu mesti happy ending. Heheh..

Pengajaran?

Tengok la sendiri. Aku rasa malas la pulak nak ulas panjang-panjang. Mula-mula tadi semangat bukan main nak update. Lagipun aku bukannya pakar nak ulas-ulas drama ni. Heheh.. Tapi, cerita ni memang terbaek! Tak rugi tengok! Satu-satunya drama bersiri melayu yang aku addicted. Memang fenomena. Tapi, cerita macam tergantung. Adakah ada sambungannya?

(klik link di atas)

SZ : Aku suka Zahiril jadi budak jahat. Macam dalam filem Gaduh.

Sunday, July 17, 2011

Tips Buat Suami Isteri Yang Suka Bergaduh

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun. Apabila Allah mengizinkan penceraian mereka, Allah akan memberikan tambahan satu anak. Jadi, mereka akan mempunyai 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya :

"Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab :

"Allah maha pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi. Jadi kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Allah memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak. Anak kembar!!".

sumber asal : facebook

Moral of the story :

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Jangan bila kaki tangan dah naik, baru hendak menyesal.

2. Mampu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW menekankan 'laa taghdhab' [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan atau hadiah yang akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran itu seperti api. Ketika kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan.

5. Untuk mengelakkan berlakunya penceraian, buatlah anak sekerap yang mungkin. Kah Kah Kah.. Ok, yang ni aku tambah. Err.. Tapi tak mustahil kan..? :D

SZ : Sory.. Tak dapat nak online secara tegar sejak akhir2 ni. Sangat sibuk. Sibuk mencari jodoh. Eh.. Eh.. Tersyasyul pulak.. :D

Friday, July 15, 2011

Pendapat Ulama Tentang Sambutan Nisfu Syaaban


Rasulullah SAW bersabda:

“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Hadith di atas merupakan hadith yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan fadhilat nisfu Sya’ban. Terdapat banyak lagi dikatakan hadith-hadith yang membentangkan tentang fadhilat dan kaifiat sempena Nisfu Sya`ban. Namun, hadith-hadith tersebut telah dikategorikan sebagai dhaif (lemah) dan maudhu` (palsu).

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya`ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan `ulama muktabar tentangnya :

(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi: 

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(3) Al-Hafiz al-Iraqi:

“Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya`ban adalah maudhu`, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.”

(4) Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan `Isya’ pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya`ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama).”

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

(5) Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz:

“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

(6) Al-Imam as-Suyuti:

“(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).”

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Kesimpulan

Beribadatlah mengikut apa yang telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sekadar mengamalkan sesuatu ibadah kerana ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunnah.

Perbanyakkanlah ibadah pada malam Nisfu Sya`ban dengan mengambil fadhilat dari hadith yang telah disebut di atas. Dirikanlah solat sunnat, baca al-Quran dan lain-lain amalan baik bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Tiada amalan ibadah tertentu dan khas yang bersumberkan nas yang sahih sempena Nisfu Sya`ban. Hal ini telah disebut oleh beberapa ulama seperti di atas.

Jauhkan dari perbuatan syirik dan sifat permusuhan. Kerana dua sifat yang buruk ini membuatkan diri seseorang tidak mendapat keampunan ALLAH pada malam Nisfu Sya`ban.

Berhati-hatilah dengan ancaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal berdusta ke atas Baginda SAW. Berdusta ke atasnya bermaksud menyandarkan sesuatu amalan dan perkara kepada Baginda SAW, walhal Nabi SAW tidak pernah berkata, perbuat atau bersetuju amalan sebegitu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Semoga ALLAH Yang Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa kita, amin.


*rujukan : muzir.wordpress.com



Thursday, July 14, 2011

Peringkat Solat dan Lima Jenis Manusia

Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat. Mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, kerja, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Al-Fatihah, doa iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, dia akan insaf dan sedar semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini, orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

[sumber]

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. So, sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaiki solat agar diterima Allah. InsyaAllah..

Wednesday, July 13, 2011

Anak Ikan Yang Degil

Sedang anak ikan berehat-rehat, tiba-tiba beliau ternampak sesuatu benda jatuh ke dalam air. Rupa-rupanya benda tersebut ialah sebentuk mata kail yang berumpankan seekor cacing. Tiba-tiba saja anak ikan tersebut terasa lapar dan ingin mendapatkan umpan cacing tersebut.

Tetapi perbuatan tersebut telah ditegah oleh seekor ikan yang lebih tua. Ikan tua tersebut lalu berkata, "Janganlah engkau menghampiri dan memakan umpan tersebut. Kelak engkau akan terjebak dan akan ditangkap oleh manusia. Manusia tersebut akan menyiang engkau hidup-hidup. Sisik engkau akan dibuang dengan ganas. Kemudian badan engkau akan dikelar-kelar dan dipotong-potong. Setelah dimasukkan ke dalam serbuk kunyit, engkau akan digoreng di dalam minyak panas yang menggelegak".


Anak ikan itu hanya tersenyum mendengar tegahan ikan tua tersebut. Selepas ikan tua itu berlalu, tanpa berlengah anak ikan terus menyambar umpan tersebut. Apabila menelan sahaja umpan tersebut, anak ikan terasa ada mata kail tersangkut di dalam mulutnya. Anak ikan cuba untuk mencabut mata kail tersebut. Dalam masa ia sedang terkial-kial itu, anak ikan merasakan badannya melayang disentak naik dari dalam air. Menggelupurlah anak ikan tersebut di atas darat.

Semasa masih nyawa-nyawa ikan, ia mula merasakan dirinya disiang-siang dan dikelar hidup-hidup. Masa itulah ia merasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat daripada ikan tua tersebut. Sisik anak ikan tersebut dibuang, kemudian dimasukkan serbuk kunyit hinggalah akhirnya ia dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

sumber : facebook

Kesimpulan : Kita manusia selalu dinasihatkan oleh para alim ulama supaya berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Kita diberitahu mengenai seksaan Allah yang akan menimpa hambanya yang ingkar. Tetapi adakah kita mengambil iktibar atau teladan? Adakah kita hanya mulai sedar apabila tubuh kita kaku di dalam kubur? Hanya selepas itu baru kita mahu mengakui akan kebenaran ajaran yang disampaikan oleh para alim ulama?

SZ : Nasihatlah aku andai aku ada buat silap.. Aku juga manusia biasa..

Tuesday, July 12, 2011

Video Sedih Bukti Kekejaman Polis

Menitis air mata tengok video ni.. Sedih! Meremang bulu roma tengok video ni.. Geram! Sangat kejam dan kurang ajar! Ini adalah video wajib tengok dan sebar! Mendengar background musicnya saja dah rasa semangat lain macam. Aku salute sapa yang buat video ni.

Dalam video ni, polis melepaskan air kencing water canon, dan bom asap dengan bertubi-tubi ke arah rakyat yang berhimpun secara aman. Gelagat polis dah macam gangster. Berlaku adegan kejar mengejar, tangkap, ikat dan pukul beramai-ramai. Apabila ada yang ingin merakam aksi ganas mereka memukul mangsa, kata-kata kesat dikeluarkan. Ugutan dilemparkan. Kamera dihalang. Kenapa? Takut kantoi?


Part paling menyentuh hati aku adalah ketika seorang pak cik berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan keadaan tangan diikat ke belakang. Puncanya, sesak nafas akibat gas dan ditendang polis. Saat orang ramai kelam kabut menghulurkan bantuan kepada pakcik tersebut, polis hanya melihat. Bila disuruh membuka ikatan tangan pakcik tu, polis memberi alasan tiada alat pemotong. Disuruh call medik, polis cakap "masalahnya tak tau sakit apa?". Tambah meruntun jiwa, melihat anak perempuan pak cik tu menangis teresak-esak melihat bapanya dalam keadaan kritikal. Nama pak cik tu, Suhardi. Alhamdulillah, Pak Cik Suhardi dilaporkan sudah kembali sihat sekarang.

Pak Cik Suhardi ketika nyawa-nyawa ikan.. Alhamdulillah skrg sudah kembali sihat..

Namun begitu, ada juga seorang yang dilaporkan meninggal dunia iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya. "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. "Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis... yang ada darah tinggi sahaja sedikit... pendek kata dia sihat," kata Azhar. AL-FATIHAH~~

Apa pula kata PM dan Ketua Polis Negara? Semestinya mereka akan back-up polis dengan menafikan semua dakwaan-dakwaan kekejaman tersebut. Nah! Sekarang ada bukti bergambar dan video. Lagi mau nafi ka?

Upsss... Mesti akan ada yang 'butt hurts' cakap macam ni :

1- "Nanti kalau kak hang kena rogol, pi la report bomba ka, tok mudim ka. Jangan report polis!".

2- "Sukahati hang ja nak kutuk polis. Try jadi polis tengok! Bukan senang woi!".

Chill~~ Kamon la beb! Jangan la jadi bendul sangat. Jangan sempitkan fikiran tu. Salahkah kalau kita benci kekejaman polis? Diulangi, KEKEJAMAN polis! Kekejaman sahaja. Yang baik tu, takkan nak benci? Adeyhh.. Yang baik kita sokong la. Yang jahat takkan nak sokong? Kawan aku pun ada jugak polis. Sanak saudara aku pun ada polis. (Err.. ada ka? Macam takdak ja.. Heheh..)

Aku sebenarnya kesian tengok polis-polis di bawah rejim kerajaan biru ni. Pemerintah yang zalim telah memperalatkan polis dan menjadikan mereka sebagai Polis RAJA di Malaysia. Kerana 'polis kejam' setitik, habis 'institusi polis' sebelanga. Sekalung jutaan tahniah kepada polis-polis yang masih melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan betul.

Sunday, July 10, 2011

Ulasan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan buat sedikit ulasan dan kesimpulan mengenai situasi sebenar perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai semalam. Sebelum tu, aku nak terang dulu kepada makhluk-makhluk yang hanya tahu condemn membabi buta tetapi tak tahu langsung apa itu Bersih 2.0 dan tuntutan yang ingin dilakukan.

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau gerai tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?


Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.
Nak suruh aku percaya media perdana? Kirim salam la. Hidup Rakyat!

SZ : Jangan saman n tutup blog aku tau.. Kena ISA jugak aku nanti kang.. Heheh.. :D

Saturday, July 9, 2011

Video Perhimpunan Bersih 2.0 Kuala Lumpur dan Luar Negara

Tadi aku ada share 400 gambar eksklusif sekitar perhimpunan BERSIH 2.0 kan. Sekarang ni koleksi video pulak. Mana nak dapat kat TV3. Takdenye beb. Biar buka mata sikit rakyat-rakyat yang selama ni dok kena kencing sampai hancing dengan media-media propa kaki kipas tu. Kononnya perhimpunan BERSIH tak dapat sambutan. Kononnya pihak polis dan FRU dapat menyuraikan perhimpunan tersebut dengan baik. Kah Kah Kah.. Siries lawak..

Mai tengok sikit video ni... Hidup Rakyat! Reformasi!


Dan kat bawah adalah koleksi link-link video menarik.

1. Laporan Al-Jazeera : Kekejaman Polis
2. Bersih 2.0 Pudu Raya
3. FRU Pukul Sampai Patah Kaki
4. Kena Belasah Ramai-ramai Dengan Polis
5. Bersih 2.0 - Dari KTM ke Pasar Seni
6. Video Menarik : Hidup BERSIH!

Errr... Luar negara pun ada beb! Jangan ingat kat Malaysia saja.

1. Rally BERSIH worldwide
2. Perhimpunan Bersih Singapore
3. Perhimpunan Bersih Melbourne
4. Bersih 2.0 Perth, Australia (Gambar)
5. Bersih - Brisbane (Gambar)
6. Bersih - Hong Kong (Gambar)

Entry terdahulu :

1. 400 Gambar Eksklusif Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 KL
2. Hukum dan Pandangan Ulamak tentang Perhimpunan Bersih 2.0


*Ulasan situasi sebenar perhimpunan bersih 2.0? SILA KLIK SINI!

SZ : Aku memang seorang pemerhati politik. So, jangan marah. Bagi peluang kat aku update entry-entry politik sekejap sementara isu masih panas. =)

Gambar Perhimpunan Bersih 2.0 | 400 Gambar Eksklusif 9 Julai 2011

Panas! Sungguh hangat isu Bersih 2.0 yang melanda negara ketika ini. Memang satu fenomena luar biasa. Ramai yang turun menjayakan demonstrasi aman siang tadi. Walaupun pelbagai halangan dan ugutan yang terpaksa dilalui, tapi dengan semangat untuk menuntut keadilan, segala rintangan berjaya dirempuhi. Walaupun usaha awal untuk mencipta gelombang kuning di ibu kota tidak berjaya, tetapi dengan berpakaian bebas pelbagai warna pun sudah memadai. Puluhan ribu umat manusia sanggup turun bagi menunjukkan sokongan menentang ketidakadilan serta menyuarakan hak sebagai rakyat di negara berdemokrasi ini.

Di bawah aku kongsikan hampir 400 gambar eksklusif sekitar perhimpunan aman Bersih 2.0 siang tadi yang mula kucar-kacir apabila FRU dan polis mula mencetus ketegangan. Eksklusif beb! Memang tak dapat la kat media propa kerajaan. Lautan manusia yang sangat meremangkan bulu roma aku. Semangat!












  • Untuk melihat hampir 400 gambar eksklusif perhimpunan tersebut, boleh KLIK SINI!
  • Hukum Demonstrasi itu HARUS. Provokasi pula hukumnya HARAM. KLIK SINI!
  • Koleksi Video Bersih 2.0 Kuala Lumpur dan Luar Negara. KLIK SINI!


Entry SEO? Saya Ekot Orang? Mungkin juga. Tapi niat asal ingin mengabadikan detik bersejarah ini di dalam blog sebagai kenangan dan rujukan di hari tua nanti. Pukul 12tgh malam nanti, insyaAllah aku post entry ulasan mengenai perjalanan perhimpunan tersebut.

UPDATE!
klik link di bawah

SZ : Tak puas hati? Boleh lancarkan provokasi dan makian kat ruangan komen ye. Dapat jugak pahala free kat aku. Terima kasih.. =)

Friday, July 8, 2011

Hukum dan Pandangan Ulama Tentang Demonstrasi / Perhimpunan Aman

Aku lawak btoi tengok status-status kat facebook yang dok maki-maki perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan besok. Kononnya menyusahkan orang ramai nak masuk KL. Traffic jam la konon. Tapi kalau konsert malam merdeka dengan sambutan tahun baru tu, lautan api sanggup kau renangi. Parking kereta sebatu, jalan kaki 3km pun tak kisah. Tak ada pun kau nak merungut maki-maki.

Perhimpunan tu haram? Haram sebab polis degil taknak bagi permit. Ikut telunjuk siapa? Yang Di-Pertuan Agong dah perkenan BERSIH 2.0 tu, tapi media propaganda kerajaan terus melabelkan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan haram. Siapa yang derhaka Sultan sebenarnya? SUHAKAM pun dah cakap perhimpunan tu harus dilindungi. Yang buat provokasi nak huru-harakan perhimpunan aman tu siapa? Kalau bukan Perkasa, Patriot, Geng Silat Lincah dan yang seangkatan dengannya. Yang haramkan baju kuning tu apa kes plak?


Ok, cakap banyak pun tak guna. Baca artikel di bawah. Kalau malas baca, sampai bila-bila pun hangpa akan jadi seorang rakyat yang tidak mempunyai kesedaran tinggi tentang hak dan keadilan. Semua sibuk cakap politik kotor, politik kotor. Tapi kalau sorang pun taknak bersihkan kekotoran tu, tak guna jugak.

*******************************

Pandangan ulamak tentang perhimpunan aman atau demonstrasi.

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.

Maka cara ini dikira harus seperti hukum tujuannya juga. Dengan cara ini juga, ia dapat menolak kerosakan (مفسدة) dalam sesebuah masyarakat seperti rakyat akan selamanya dilihat lemah dan boleh ditindas sesuka hati oleh pemerintah dan rakyat akan terus diperintah oleh pemerintah yang zalim.

7. Di Malaysia contohnya,terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan kebebasan bercakap,berhimpun dan berpesatuan kepada rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagan Perseketuan Malaysia pada perenggan (a),(b) dan (c) di dalam fasa 1,perkara 10,bahagian 2. Peruntukan ini jelas membenarkan himpunan aman diadakan selagi tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. [KLIK SINI]

8. Terdapat sesetengah ulamak yang berpendapat HARAM mengadakan demonstrasi dengan beberapa hujjah seperti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan ia dikira perkara bida'ah yang ditolak.

Cara ini juga diambil dari Barat dan melakukannya seolah-olah mnyerupai orang bukan islam sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka". Ayat Al-Quran yang mewajibkan taat kepada pemerintah dan kaedah "" سد الزريعة juga menjadi hujjah pendapat ini.

9. Hujjah pendapat ini dijawab oleh ulamak seperti Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali di dalam kitabnya( الجديد في الفقه السيا سي المعا صر ) bahawa demonstrasi tidak termasuk perkara bida'ah yang ditolak kerana pernah dilakukan dan dipimpin oleh Saidina Umar dan Saidina Hamzah ketika zaman Rasulullah S.A.W. Cara ini juga walaupun dilihat menyerupai perbuatan bukan Islam tidaklah menjadikan ia haram kerana Islam hanya mengharamkan menyerupai bukan Islam pada perkara yang bertentangan dengan sesuatu Nas daripada syara' seperti cara ibadah mereka.

Demonstrasi juga tidak menafikan suruhan mentaati pemerintah disebabkan ia dibenarkan oleh perlembagaan. Maka himpunan tersebut boleh dilakukan selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Diriwayat dari Imam Bukhari sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda : " المسلمون عند شروطهم".Kewajipan mentaati pemerintah juga hanyalah kepada perkara taat dan bukan maksiat seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan pada makhluk pada perbuatan maksiat kepada pencipta".

10. Adapun hujjah "menutup ruang" yang boleh mendatangkan kerosakan seperti kerosakan harta awam, perbalahan dan kerugian peniaga-peniaga dijawab oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kaedah ini tidak harus digunakan sehingga menjadi wasilah untuk melarang usaha mencapai maslahah yang lebih utama dan diakui oleh Islam.

Ini kerana kerosakan yang dijangka berlaku boleh diatasi dengan kawalan pihak keselamatan dan janji dari penganjur untuk tidak melakukan kerosakan dan perbalahan sepanjang himpunan aman. Malah beberapa siri himpunan yang telah lalu membuktikan peniaga-peniaga tidak mengalami kerugian bahkan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.

Wallahu 'alam...

[sumber asal]


KLIK SINI untuk baca pengalaman joegrimjoe berdemo di UK.

SZ : Kalau tak suka politik pun, bacalah sebagai seorang Islam yang ingin menambah ilmu.

Thursday, July 7, 2011

Sifat Babi Sudah Menular di Kalangan Manusia?

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, "Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka untuk menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "Untuk apa?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk mencabul kehormatan sang betina.

*artikel asal dari facebook..

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (perasaan cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa dengan lelaki yang hanya membiar dan melihat isterinya yang tidak menutup aurat atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, tanpa rasa cemburu dan was-was.

Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda. Atau kalau taknak disamakan dengan orang yang memakan babi, tanamlah perasaan cemburu terhadap tingkah-laku anak isteri anda. Jangan jadi lelaki dayus.

REMEMBER... YOU ARE WHAT YOU EAT !!!

Wednesday, July 6, 2011

Gol Aidil Zafuan Tersenarai Dalam Top 10 Goals of the Week

Masih ingat gol cantik sepakan percuma yang dihasilkan Aidil Zafuan ketika Malaysia tewas 2-3 kepada Taiwan Ahad lepas? Gol tersebut telah disenaraikan sebagai Top 10 Goals of the Week di peringkat global. Dan telah mendapat undian tertinggi jauh meninggalkan penjaring gol yang lain.


Senarai calon-calon penjaring gol tercantik minggu ini
klik imej untuk tumbesaran

Selepas undian dilakukan
klik imej untuk tumbesaran

Tidak dinafikan, gol tu memang terbaek! Free kick ala Cristiano Ronaldo. Memang world class la. Hebat kan? Tak kisah la kalau majoriti voters terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri. Yang penting, satu dunia dah tengok dan bagi komen yang sangat positif. Tak percaya? Nak tengok komen-komen tu? Sila klik 101greatgoals.com

SZ : Ada orang cakap muka aku macam Aidil Zafuan.. Ahahaha..

Wordless Wednesday #3 : Model Lucah




Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Moral of the pictures?

Tuesday, July 5, 2011

10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Sindri mau ingat la kan..

[credit]

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.

SZ : Aku harap blog aku dapat memberi manfaat kepada kalian semua.

Monday, July 4, 2011

Nafsu Keldai

Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
"Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.


Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"

Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi. Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya."
Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Ya,ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"

PENGAJARAN : Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

[sumber]

SZ : Sory.. Kekangan masa.. Dapat buat entry perkongsian saja.. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang masih belum pernah membacanya..

Sunday, July 3, 2011

Moral Of The Story : Gelagat Banduan di Rel Keretapi

Entry ini adalah kesinambungan daripada entry Komik : Gelagat Banduan di Rel Keretapi..

Ada antara hangpa yang faham dan dapat bagi jawapan yang betul maksud tersirat dan kesimpulan daripada komik tersebut. Tapi, memandangkan ada yang tidak faham langsung apa yang cuba  disampaikan melalui komik tu, maka aku tampil untuk memberi penjelasan. Chewah.. Haha..

Ok, adik-adik.. Tengok dulu gambar di bawah.. Aku ambil gambar yang last sekali tu. Gambar yang mencetuskan kekeliruan.. Harrr.. Aku dah siap buat bulatan lagi tu. Punyalah nak bagi faham.


Dua orang sahabat banduan ni nak putuskan gari tu. Jadi mereka dapat idea untuk guna rel keretapi. Mereka fikir bila keretapi tu lalu, akan memutuskan rantai gari tersebut. Tetapi salah seorang daripada mereka terpaksa berkorban duduk di tengah-tengah landasan. Tiba-tiba, bila keretapi sudah hampir melanggar banduan yang berada di tengah landasan tu, si banduan tu ternampak ada dua orang banduan lain berambut kuning juga mahu memutuskan rantai gari yang membelenggu mereka. Mereka juga menggunakan rel keretapi tapi dengan cara yang berbeza tanpa perlu mengorbankan nyawa salah seorang dari mereka. Tapi pada masa tu, sudah terlambat untuk mengubah fikiran. Maka nyawa pun melayang..

Moral of da story :

1- Guna akal fikiran dengan sebaik-baiknya.
2- Lihat keadaan sekeliling dan belajarlah sesuatu daripada mereka kerana melalui pemerhatian ada ilmu dan pengajaran yang boleh kita perolehi.
3- Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Sentiasa berfikir panjang sebelum mengambil kata putus.
4- Setiap masalah, ada banyak jalan penyelesaiannya. Bukan hanya ada satu cara.
5- Jangan ambil jalan mudah dengan menggadai nyawa. (bunuh diri)
6- Kawan sejati, takkan biar kawannya mati dengan begitu saja. Lebih rela hidup susah senang bersama.
7- Jangan 'dye' rambut kaler kuning. Nanti masuk lokap!
8- Yang no-7 tu aku merepek. Haha..
9- Dah faham tu, pandai-pandaila tambah sendiri moral of da story ni.. heheh..

Dan orang pertama yang dapat 'berfikir di luar kotak' dengan memberikan jawapan yang tepat, adalah saudari Permata Biru <---- KLIK la..

Yang lain tu, ada jugak yang jawab betul. Tapi, dia orang yang 1st dapat berfikir di luar kotak. Heheh.. Tahniah2.. Nanti cuba lagi.. :D

SZ : Ada lagi yang tak faham cerita tu? Mai sini aku nak tomoi hidung hangpa.. Amboihh.. Biasa nih!