Pages

Thursday, June 30, 2011

Dulu Fobia Hijau.. Sekarang Fobia Kuning?

Umum mengetahui yang sekarang ini fenomena 'demam kuning' sedang melanda Malaysia. Jika dulu, mereka fobia dengan warna hijau. Sehinggakan apa saja yang berwarna hijau, telah dinyahhijaukan. Sekarang ini mereka fobia dengan warna kuning pula. Sehingga keluar 'fatwa' bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai 2011 nanti. Kah Kah Kah...

Sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH, akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam. Kelmarin, keluar berita seorang pemuda telah dihalau oleh seorang AJK masjid dengan angkuhnya daripada menunaikan solat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju kuning BERSIH [klik sini!] Alahai.. Sampai macam tu sekali?


Pakai baju BERSIH pun salah? Agaknya mereka ini suka pakai baju KOTOR. Lepas ni, semua murid-murid dikehendaki memakai baju KOTOR ke sekolah. Nak masuk masjid pun kena pakai baju KOTOR. Kalau tak, kena halau dan dihumban ke lokap. Nak buat macam mana kan. Kalau otak dah KOTOR, memang tak dapat terima benda-benda BERSIH ni. Orang PENGOTOR memang tak sukakan KEBERSIHAN. Heheh..

Fobia dengan warna kuning? Orang yang fobia dengan warna dan perkataan kuning, digelar XANTHOPHOBIA. Adakah anda tergolong antara spesies tersebut? Jika YA, sila buat memorandum agar Kerajaan memansuhkan apa sahaja yang berwarna kuning di Malaysia ni.

Selepas ini, lampu isyarat kuning akan ditukarkan kepada warna biru. Pili bomba juga tidak lagi berwarna kuning. Buku telefon, Yellow Pages akan ditukarnama menjadi Blue Pages mungkin. Nama penyakit demam kuning akan menjadi demam merah. Pokok-pokok pisang juga akan ditebang. Kasut Pua Chu Kang hanya akan dijual dengan warna hitam sahaja. Hasil penjualan ubat gigi juga dijangka meningkat mendadak kerana orang ramai bimbang ditangkap kerana gigi kuning. Nak buang air besar? Pastikan 'hasil'nya tidak berwarna kuning.

Kepada pengguna Digi, anda boleh mula berkira-kira untuk bertukar ke rangkaian lain seperti Celcom atau Maxis kerana dikhuatiri signal Digi hanya akan tinggal 1 bar atau zero. Sebab maskot Digi, Yellow Man kemungkinan besar akan di penjara dan dihukum gantung mandatori. Watak power rangers kuning, teletubbies kuning dan Spongebob juga akan diharamkan. Manakala watak Bumble Bee dalam cerita Tranformers yang baru menjengah pawagam juga akan di'censored'!

Begitulah betapa hebatnya fenomena kuning BERSIH yang sedang melanda Malaysia sekarang ini hingga menimbulkan rasa fobia teramat sangat bagi pihak yang berkenaan. Tetapi, kenapa semua itu dikatakan HARAM? Sedangkan aurat isteri dibiarkan terdedah, halal pula? Artis seksi-meksi, tidak pula dikutuk. Sedangkan selebriti yang berpewatakan muslimah pula dikecam teruk? Judi, arak, masih halal dijual?


SZ : BERSIHkah kurma itu? Tanjat Boboi.. Heheh.. :D

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2 : Kasut Transformers



[credit]

Nak tengok video kasut tu transform? KLIK SINI!
Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Demam Transformers? :D

Tuesday, June 28, 2011

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, aku rasa ia satu kewajipan untuk aku sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?
Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?
Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah  sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”


“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”


“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Batu Tersebut Diubahsuai
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

[sumber]

Wallahua’lam...

*Untuk membaca kronologi perjalanan Israk Mikraj Nabi SAW, boleh KLIK SINI!

SZ : Salam Israk Mikraj.. Sama-samalah kita menghayati perjalanan luar biasa Nabi SAW yang mengandungi pelbagai rahsia dan pngajaran untuk dihayati kita semua.. InsyaAllah..

Sunday, June 26, 2011

Pentingkah Memilih Suami Berkelulusan Tinggi dan Setaraf Isteri?

Assalamualaikum wbt..

Hye aweks sekalian. Dah kahwin? Belum? Dan jumpa calon? Kalau belum jumpa calon, apa ciri-ciri utama calon suami anda? Mestikah seorang graduan IPTA berkelulusan tinggi daripada anda? Yang mempunyai Degree, Master atau Phd? Adakah seseorang yang hanya mempunyai sijil SPM tidak layak dijadikan suami?

Aku ada menjalankan survey di facebook berkenaan persoalan ini. Aku tuju entry ini kepada semua ibubapa dan semua orang yang berfikiran sempit menindas lelaki yang tidak sama taraf pendidikan dengan bakal isteri secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakangnya.

Ramai yang beri pendapat supaya memilih pasangan yang setaraf. Antara sebabnya, jika tidak mempunyai kelulusan tinggi, seseorang itu tidak akan mempunyai masa depan yang cerah sekaligus tidak mempunyai kerjaya yang kukuh. Tidak akan mampu menyara anak bini kelak. Tapi, berapa ramai yang boleh jamin, dia tidak akan menganggur selepas grad nanti? Berapa ramai yang boleh mendapat kerja tetap dengan gaji lumayan? Tidak pernahkah terfikir, orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi boleh menjadi usahawan dengan membuka syarikat sendiri sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada orang yang mempunyai kelulusan Phd? Siapa bos sekarang?

Adakah yang tidak berkelulusan tinggi tu, semuanya bodoh, malas, tidak berilmu dan berfikiran sempit? Tidak pernahkah terfikir, mungkin dia mempunyai sebab tertentu tidak dapat sambung belajar? Mungkin dia miskin. Mungkin juga dia tersalah pilih course atau channel. Mungkin dia terlalu mengutamakan kehendak ibubapa yang terlalu ingin melihat dia memilih jurusan yang bukan minatnya dan akhirnya dia terkandas kerana tak mampu nak carry on? Jadi dia memilih alternatif lain seperti memilih bidang kemahiran dan kursus jangka pendek?

Apa tujuan sebenar anda masuk IPT? Adakah menggenggam ijazah semata-mata mahu mendapat kerjaya yang bagus? Berapa ramai yang benar-benar ikhlas menuntut ilmu? Ramai yang study semata-mata kerana exam. Hafal tanpa faham maksud pun ada. Lepas exam, kita enjoy! Merdeka! Habis hilang ilmu di dada. Habis lenyap apa yang dihafal. Kelulusan tersebut hanyalah pengiktirafan bertulis. Kalau betul-betul nak menuntut ilmu, tepi jalan pun boleh. Tiada kelulusan dengan tiada ilmu adalah sangat berbeza. So, tak boleh sukahati cakap semua yang tiada kelulusan tu bebal!

Ada kelulusan tinggi tapi tiada akhlak, tiada agama, tiada budi bahasa, tak ada gunanya juga. Yakinkah yang bijak pandai dengan ilmu dunia itu juga arif dalam ilmu akhirat? Golongan artis dan menteri pun banyak yang tinggi education mereka. Tapi? Adakah mereka praktikkan dalam kehidupan harian? Kelulusan bukan satu kemestian dalam mencari erti kebahagiaan. Semuanya berbalik pada taqwa dan iman untnk melayari erti kehidupan. Tetapi mempunyai ciri-ciri seperti kelayakan tinggi dan ilmu dunia dan lebih-lebih lagi akhirat adalah satu bonus kepada seseorang. Letaknya kebahagiaan hendaklah ada Islam, Iman, Amal. Semuanya berbalik pada Allah.

Memang! Biasanya kalau isteri mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, egonya lebih tinggi. Kepada lelaki, jangan terlalu merasa rendah diri dan hina jika anda tidak setaraf dengan bakal isteri anda. Kita juga berhak memilih siapa bakal isteri kita. Carilah wanita yang mudah menerima teguran yang benar, sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah mentaati suami. Adalah hina bagi seorang isteri yang merendah-rendahkan suami sedangkan mereka harus menyenangkan suaminya.

Jadi, tolong jangan pandang rendah terhadap golongan yang tidak mempunyai kelulusan. Anda tidak layak menindas mereka secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakang mereka apatah lagi menghina.

Kenapa aku mudah terasa dengan orang macam tu?
Sebab Ayah aku juga seorang yang tidak mempunyai kelulusan atas sebab kemiskinan. Manakala Mak aku pula berkelulusan tinggi dari luar negara. Ayah aku pernah dihina kerana dikatakan tidak setaraf dengan Mak aku. Tapi sekarang, Ayah aku berjaya buktikan yang beliau boleh berjaya lebih daripada orang berkelulusan tinggi dengan usaha dan semangatnya serta sokongan Mak aku. Aku salute ayah aku! Sebab aku pun bukannya seorang yang mempunyai kelulusan tinggi sangat.

*Ada pendapat tambahan, boleh tinggalkan di ruang komen.

SZ : Sory.. Aktiviti blogwalking agak terhad sekarang. Lambat sampai tu, jangan marah.. =)

Saturday, June 25, 2011

Terapi Lubang Hidung

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya.

bahagian-bahagian hidung

1. Lubang hidung sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

2. Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

3. Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergilir-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas. Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

4. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

5. Ketika bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

credit : dhilla nazli

SZ : Lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatikuuu...

Thursday, June 23, 2011

Memperingati 9 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Salam A'laik.. Hari ini genap 9 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Untuk pengetahuan kalian, jarak rumah aku dengan pusara Ustaz Fadzil hanya memakan masa 1 minit jika menaiki motosikal.

Aku masih ingat lagi peristiwa 9 tahun lepas. Ketika itu, aku masih di tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star dan menetap di asrama. (Almarhum Ustaz Fadzil juga merupakan seorang bekas pelajar Maktab Mahmud dan pernah menjadi tenaga pengajar di situ pada tahun 1967). Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian Ustaz Fadzil, kami bergegas menaiki bas awam ke Pokok Sena. Sepanjang perjalanan kami menaiki bas, jalanraya sangat sesak. Penuh dengan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir.


Setibanya di sana, aku tergamam. Lautan manusia memenuhi jalanraya antara Pokok Sena dan Kuala Nerang. Sembahyang jenazah yang diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara bergilir-gilir kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Sehinggakan ada yang berjemaah di bumbung terbuka banglo seorang hamba Allah. Selepas itu, ramai yang berebut-rebut mahu mengambil bahagian mengusung keranda Almarhum.


Subhanallah.. Jika di dunia Allah dah tunjuk bagaimana jutaan umat manusia mengiringi pemergian beliau, apatah lagi di akhirat kelak. Terasa meremang bulu roma aku setiap kali melihat gambar-gambar dalam akhbar sisipan khas sempena pemergian beliau yang masih tersimpan rapi sehingga sekarang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama dan terakhir aku menyaksikan fenomena sebegitu.


Jika dulu, setiap kali hari raya, aku dan keluarga tidak akan melepaskan peluang sembahyang raya berimamkan Ustaz Fadzil di Muassasah Darul Ulum dan tidak melepaskan peluang bersalaman dengan beliau. Suasana di Muassasah ketika itu sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari ini. Pemergian Ustaz Fadzil memang sangat dirasai.

AL-FATIHAH~~

  • Aku pernah buat entry pasal ni tahun lepas sempena 8 tahun pemergian Almarhum. Kiranya ini lebih kurang macam repost la. [KLIK SINI]
  • Cerita Pilot Peluk Islam-pesawat bawa jenazah Ustaz Fadzil dilindungi awan. [KLIK SINI]

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Cawan Yang Cantik

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. [credit]

Pengajaran

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak.

Wordless Wednesday #1 : Perempuan Kaki Belit?


Apa itu Wordless Wednesday? KLIK SINI!

SZ : Ehem2.. Kaum perempuan. Sila jelaskan. Bukti bergambar dah ada. Hehe.. ;-p

Tuesday, June 21, 2011

Pelik Jelik Couple dan Suami Isteri

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

p/s : Idea asal dari facebook. Aku edit, ringkaskan dan tokok tambah. Untuk renungan bersama. Siapa rasa ni idea asal dia, sila claim. Aku nak bagi credit. Terima kasih.


SZ : Nak romantik sampai tua...

Monday, June 20, 2011

Hukum Minum Berdiri dan Kesannya Terhadap Kesihatan


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri di tempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain. Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah Haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

[sumber]

SZ : So, jangan minum berdiri! Minum air zam-zam saja sunat berdiri.

Sunday, June 19, 2011

Ayah! Boleh Adik Pinjam RM10?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Adik tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Adik saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“RM20 sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Adik pinjam RM10 daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah RM10 ni,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan 10 keping duit RM1 yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Adik kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi RM10 sebab duit yang Adik ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Adik sudah ada RM20. Ayah ambil duit ni. Adik nak beli sejam dari masa ayah. Adik nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

[credit]


I love you DAD! for what you have done till now for me..
I love you DAD! for what you have given me till today..
I love you DAD! for what you are doing for me..
I love you DAD! for what you will do for me..
Everyday is Father's Day..
SZ : Pernah baca? Bagus.. Sengaja aku kongsi bagi yang belum pernah baca.. Dedikasi buat Ayahanda Zubir daripada Abang Long Solihin... =)

Saturday, June 18, 2011

Kisah Pemanjat Pokok Kelapa


Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”

Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

sumber : Majalah Solusi

SZ : Mood blogging semakin tepu...

Friday, June 17, 2011

Tips Menegur Lelaki Yang Suka Ponteng Solat Jumaat

Salam A'laik.. Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. Harrr.. Kepada kaum perempuan, ini ada tips yang hangpa boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling hangpa yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

credit : Mr Kerro

Amacam kaum perempuan? Ada bran? Haha.. Jangan amek serius sangat. Sekadar suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..

Wednesday, June 15, 2011

Kartun Utusan Malaysia Hina Perundangan Islam


Hangpa nilailah sendiri.. Tak faham? KLIK SINI untuk memahami...

UPDATED! 27 Sept 2011



SZ : Ini pun boleh dikira Wordless Wednesday la kot nowhh...

Jika Kita Kafir, Adakah Kita Akan Memeluk Islam?

Ini satu persoalan untuk diri kita semua...

Bayangkan.. Jika kita dilahirkan sebagai seorang yang kafir, adakah kita akhirnya akan memeluk Islam? Jika kita sudah dilahirkan di dalam sebuah keluarga kafir yang hidup di dalam kesenangan, kemewahan, dan penuh kasih sayang, sanggupkah kita menolak semua itu semata-mata kerana Islam? Adakah sanggup kita berpisah dengan ibu kita yang beragama lain, dan kita dibenci oleh seluruh keluarga kita kerana memeluk Islam?

Maka tanya pada diri anda sendiri.. Adakah anda akan memeluk Islam, jika anda asalnya kafir? Apakah yang membuatkan anda yakin dan pasti bahawa anda akan memeluk Islam walaupun anda dilahirkan kafir?

Adakah perbuatan anda selama ini mencari Islam? Adakah anda terpesona dengan keindahan Islam? Adakah anda mencari ilmu pengetahuan tentang Islam? Yang sebenarnya, kita pentingkan Islam, atau kita pentingkan perkara lain? Sehingga kita mengabaikan segala perintah Allah dan mengingkari larangan-Nya?

Adakah kita ini Islam pada nama sahaja atau Islam hanya sebab keturunan?

Ayuh bertanya pada diri sendiri dan saling bertukar pendapat. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Sepatutnya kita bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim. Renung-renungkan..


SZ : Jika aku tersasar, bimbinglah aku kembali ke jalan yang benar..

Tuesday, June 14, 2011

Rahsia Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik tangan dan jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.


1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.

[sumber]

SZ : Komitmen terhadap blog agak terbantut sekarang. Maaf kepada yang mengharap kunjungan balas dari aku. Harap diberikan ruang dan masa untuk membalasnya. InsyaAllah..

Monday, June 13, 2011

I Hate Akademi Fantasia! Berkuburlah Selamanya!

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi kerana malam ini dengan rasminya Akademi Fantasia telah tamat dan bakal berkubur buat selama-lamanya. Elok sangatlah tu! Sepatutnya dari dulu lagi rancangan haram ni dihapuskan. Antara punca kesan pemanasan global di Malaysia ni. Kah Kah Kah...


Selama 9 musim konsert AF ni berlanjutan, tak terdetik langsung hati aku nak terpacak depan TV layan konsert haram ni. Rancangan yang aku sangat meluat dan menyampah. Masa kat kolej dulu, selalu berebut remote-control dengan budak perempuan kat cafe sebab depa nak tengok rancangan sengal tu. Tapi, dengan menggunakan kuasa veto lelaki, kami tukar channel bola. Padan muka! Kah Kah Kah...

Lepas ni tak ada lagilah suara-suara sumbang tak sedar diri nak pakai nombor besar, beratur panjang nak pergi uji bakat AF. Lepas ni, tak ada lagilah rakyat Malaysia yang sengal sanggup membazir duit mengundi untuk mengkaya-rayakan artis pilihan hangpa. Jualan tisu juga bakal mencatatkan penurunan sebab tak ada lagi yang membazir air mata menangisi penyingkiran artis-artis yang gila glamour tu.  Kah Kah Kah...

Lepas ni juga, tak ada lagilah pentas konsert final AF depan masjid. Yang wat entry bantahan tu sembang kencang bukan main, tapi tengok jugak konsert final tu. Haha.. Apa kes? Dan tak ada lagilah entry SEO 'Juara Akademi Fantasia'. Kah Kah Kah...

Kan bagus kalau duit yang hangpa bazirkan untuk mengundi tu digunakan untuk menderma. Dapat jugak pahala. Kan bagus kalau air mata yang hangpa bazirkan untuk peserta pilihan hangpa tu, hangpa tangisi dosa-dosa silam hangpa. Kan.. Kan.. Kan.. Semoga kita semua diberi Hidayah-Nya...

Aman... Aman... Aman... Lagi aman kalau semua rancangan melalaikan macam Mentor, Idola kecil dan yang seangkatan dengannya dihapuskan. Merosakkan akidah umat Islam!

SZ : Tengok Teletubbies lagi bagus daripada tengok AF.. Siyes!

Sunday, June 12, 2011

Isteri Seksi... Suami Seksa...

Pernah pergi pantai? Indahkan panorama di tepian pantai? Tambah 'indah' jika dapat melihat pasangan suami isteri berjalan berpimpin tangan di persisiran pantai. Romantiknya. Sedang berbulan madu mungkin. Si Suami pakai seluar pendek Hawaii. Si Isteri pakai bikini. Wow!

Lepak di shopping complex pernah? Selalu kan nampak suami isteri keluar shopping. Si Suami segak berbaju t-shirt berseluar jeans. Si Isteri pula cantik mengenakan skirt serta baju tanpa lengan. Ada yang pakai jeans ketat dan baju sendat. Yang mengandung pula, memakai baju pregnancy bersama leggings ketat. Seksi. Wow!

Pasti banyak mata-mata keranjang yang tidak akan melepaskan peluang menatap dan menelanjangi keindahan tubuh Si Isteri. Tayangan free beb! Bukan kena bayar. Barang baik punya. Kena pulak ada Mat Bangla yang dah bertahun-tahun tak balik jumpa bini kat Bangladesh. Meleleh-leleh, tak berkedip mata tengok sambil tersengih-sengih.

Kesian kat Si Suami. Sebelum kahwin dulu, terpaksa bekerja keras siang malam semata-mata nak kumpul duit nak kahwin. Hantaran ada yang sampai cecah puluhan ribu. Tapi, malangnya jantan lain dapat tengok free saja Si Isteri 'telanjang'. Berbaloikah?


Kepada Encik-encik Suami sekalian. Tanamlah perasaan cemburu terhadap cara pemakaian isteri anda di khalayak ramai. Jangan jadi suami dayus dengan membiarkan mereka menarik anda ke neraka.  Sayangilah isteri anda. Jangan biarkan isteri anda seksi. Kelak anda akan terseksa.


SZ : Kepada bakal isteri saya, jangan seksi-meksi depan orang lain tau.. Depan abang je ok.. Ahaha.. Err.. Siapalah agaknya bakal isteri aku..

Friday, June 10, 2011

10 Sebab Pekida Tak Perlu Saman Filem Kongsi dan KL Gangster!

Pekida mahu menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana didakwa mendedahkan perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Antaranya, dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci serta kod rahsia pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia. [klik mStar Online]

Apa komen anda?

1- Jika difikirkan secara logik, jika Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?

2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?

3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".

4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?

5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.

6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?

7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!

8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?

9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.

10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.

* Lihat lain-lain komen dan pendapat orang ramai.. [ KLIK SINI! ] Ataupun hangpa ada komen dan pendapat hangpa sendiri. Boleh kemukakan di ruangan komen blog ini.

ini logo Bob Marley.. tak ada kena mengena ngan Pekida.. Heheh..

Ok. Jangan saman aku plak. Heheh.. Itu adalah apa yang orang cakap dan apa yang aku nampak. Diakui, bukan semua ahli Pekida macam tu. Tapi, apa salahnya hangpa tarbiah adik-adik, abang-abang serta ayah-ayah hangpa supaya kembali ke landasan sebenar perjuangan pertubuhan. Lakukan post-mortem kenapa nama Pekida sudah busuk dan pejuangan Pekida dianggap sudah tidak relevan oleh kebanyakan orang.

Usah terlalu berlagak dengan pangkat yang ada di dunia ini. Walau sekuat mana kamu di muka bumi ini, orang-orang yang beruntung adalah orang yang bertaqwa.

SZ : Kalau betul-betul nak jadi gangster sangat, joinlah kongsi gelap Tiger Sapiens! KLIK SINI untuk pendaftaran! Hahaha...

Thursday, June 9, 2011

Gua Tiger Sapiens Punya Olang

Ini adalah pengalaman aku masa aku praktikal kat KL awal tahun lepas. Hampir kena pukul dengan Cina Kongsi Gelap. Waktu tu aku sangat terdesak nak pakai handset berkamera selepas handset aku hilang kena curi. Bagi aku, kamera itu penting sebab aku suka mengambil gambar. Nak beli DSLR tak mampu. Dapat sambar henset berkamera 3.2megapixel pun jadi la.. Kah Kah Kah..

Situasi kejadian adalah di Kota Raya, berhadapan dengan Petaling Street. Aku baru balik kerja dari KL Tower. Mintak member tolong hantar aku kat puduraya, nak naik bas balik rumah family angkat kat Jln Klang Lama. Sebelum tu, melilau dulu cari henset 2nd hand. Bajet dalam RM300 saja. Duit tu pun hasil tip yang aku dapat dari Mat Salleh kat KL Tower. Heheh..

Sedang khusyuk memilih handset, aku terpikat dengan handset berjenama Sony Ericsson K770i.. Ada kaler hitam dan purple. Aku berkenan dengan yang kaler hitam tu sebab nampak macho. Maka bermulalah sesi dialog antara aku dan Encik Cina kedai henset tu.

***************************

Aku : Allo kawan.. Ini handset berapa harga?
Encik Cina : RM360
Aku : Boleh kasi tengok dulu?
Encik Cina : Boleh. Tunggu kejap. (Sambil buka kunci almari kaca)

Aku pun belek henset tu, testing apa yang patut. Nampak macam ok. Nampak baru. Kesan calar langsung takde. Memang aku dah jatuh cinta la. So, bermulalah sesi tawar-menawar.

Aku : U kasi kurang sikit boleh? I bajet dalam RM300 saja maa.. (sambil buat muka kesian dan comel)
Encik Cina : RM 330 boleh la kasi jual sama U.

Aku terus memujuk rayu hingga akhirnya beliau bersetuju dengan harga yang aku minta tersebut. Lepas tu aku try test lagi sekali handset tu. Alamak! Vibrate tak berfungsi. Macammana boleh jadi macam ni? Kemudian Encik Cina suggest handset kaler purple tu plak kat aku. Dia punya cover kamera plak rosak. Arghhh...

Aku : Takpela.. I tak jadi angkat ini handset. I pergi survey dekat kedai lain pulak..
Encik Cina : Apa ni kawan? Lu cakap tadi mau angkat? (Sambil pegang tangan aku)
Aku : Barang rosak, takkan gua nak angkat?
Encik Cina : Lu dah buang masa gua la. Penat gua explain dekat lu tadi. Ini lu tak jadi angkat pulak? Lu jangan macam-macam kawan..

Aku tetap berkeras yang aku tak nak beli handset tu. Cina tu bertambah marah. Muka dia bengang, merah padam. Kalau pakai spek mata 3D tu, maybe boleh nampak asap keluar kat telinga dia. Tiba-tiba dia tanya aku...

Encik Cina : Lu mana punya olang?

Ahh.. Sudah.. Dia dah start pantun kongsi gelap pulak dah. Tapi aku still rileks n cool. Aku tanya dia balik..

Aku : Lu mana mari?
Encik Cina : Gua Tiger Sapiens punya olang! (muka berlagak)
Aku : Haha.. Tak pernah dengar pun.. (Aku cakap dalam hati.. Heheh..)

Tiba-tiba dia punya geng datang kerumun aku. Ada la dalam 5 orang. Aku dah cuak sikit. Mati kena pukul jugak aku kang. Dah la KL ni bukan tempat aku. Kabel pun tak cekang sangat. Haha.. (Bajet ada kabel) Aku pun cuba mencari jalan penyelesaian.

Aku : Ok.. Gua boleh angkat. Tapi lu kena repair dulu kasi cantik balik, baru gua angkat. Boleh?
Encik Cina : Ok, boleh.. boleh..

Beliau pun memulakan sesi me'repair'. Akhirnya siap. Aku pun setuju untuk menjalankan proses jual beli tersebut. Sambil tepuk-tepu bahu Encik Cina yang still muka merah padam tu, aku cakap 'Sorry' coz buat dia marah tadi. Dalam hati aku, "Nasib baik ni tempat lu".

Balik Kedah, aku tanya membe aku yang sememangnya taksub dengan gerakan kongsi gelap pasal 'Tiger Sapiens" ni. Dia cakap tak pernah dengar pun. Haha.. Sapa pernah dengar?

Handset purple tu aku masih pakai sampai sekarang. Dah banyak kali jatuh pun still 'sihat walafiat' beb! Heheh..

***************************



Moral : Masuk kandang kambing, mengembek.. Masuk kandang harimau, mengaum.. Heheh.. Jangan cari pasal kat tempat orang. Kalau hangpa nak beli apa saja barang kat Petaling Street tu, kalau boleh tengok dan tanya harga saja. Jangan lepas tawar-menawar, tiba-tiba hangpa cancel tak jadi beli. Memang lepas tu, dia pegang hangpa taknak lepas punyalah. Dia akan tetap paksa kita beli barang dia. Hampeh btoi!

Errr.. Hangpa ada pengalaman macam ni jugak tak?

p/s : Ini bukan entry racist.. Sekadar berkongsi pengalaman.. Melayu pun sama jugak sebenarnya..

SZ : Lu Abg Long ke.. Lu Ayahanda ke.. Lu Mail Lambung ke.. Mati jugak lu nanti! Tak payah nak langsi sangat. Malaikat Izrail lagi gangster la beb! No kompromi!

Wednesday, June 8, 2011

Apa Itu Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday atau dalam Bahasa Melayu 'Hari Rabu Tanpa Perkataan'? Heheh.. Pada mulanya, aku pelik jugak. Apa menatang Wordless Wednesday ni? Aku tengok ramai blogger yang update pasal ni sejak minggu lepas. Kempen apakah? Aku tertanya-tanya. Setelah diselidiki, rupa-rupanya.....

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Wordless Wednesday ialah satu culture di mana pada hari rabu, kebanyakan blogger seluruh dunia akan post gambar sahaja tanpa perlu menaip panjang berjela. Gambar tu tak kiralah hangpa search kat google ataupun gambar yang ada dalam simpanan hangpa sendiri. Yang penting gambar tu ada maksud yang tak perlu diterangkan dengan ayat. Wordless Wednesday melatih kreativiti kita menerangkan sesuatu situasi tanpa menggunakan ayat. Cukup dengan gambarnya sahaja, kita dah boleh sampaikan mesej. Lebih kurang macam hangpa tengok silent comedy la. [klik maklumat lanjut]
Hangpa semua boleh LIKE page Wordless Wednesday #WW kat facebook. Support la depa! Dengan hanya klik gambar di atas. =)
SZ : Yang mana selalu rasa merungut tak ada idea tu, mungkin ini dapat membantu.. =)

Islamic Couple vs Babi Islam?

Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

Kesimpulan

Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin.

artikel asal : everlasting eternity

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat maksiat). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

SZ : Dah pernah baca artikel di atas sebelum ni? Alhamdulillah.. Yang belum pernah baca, sila ambil point, bukan plot cerita. Dan yang masih tak faham larangan ber'couple' seperti dalam entry aku sebelum ni [klik sini], bolehla jadikan artikel di atas sebagai rujukan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..

Tuesday, June 7, 2011

Komen Bantahan : Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak!

Ini adalah entry susulan daripada entry 'Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak'. Berikutan ada beberapa komen bantahan dan ada yang tidak faham apa yang cuba diketengahkan dalam entry tersebut.. So, kat bawah ni aku ada printscreen beberapa komen bantahan yang mengatakan cerita tersebut tak best sebab sad ending dan pendapat yang diberikan mereka..

KOMEN 1 [Cempaka Sari]


RESPON

Apa yang cuba diketengahkan dalam entry tersebut adalah, budaya couple yang semakin menjadi kebiasaan para remaja sekarang terutama pelajar sekolah. Situasi tersebut sangat menakutkan. Adakah semua yang ber'couple' sememangnya ada niat untuk berkahwin?  Aku boleh nak ubah cerita tersebut supaya Seth ajak Nora kahwin serta-merta. Tapi adakah semua yang bercouple sanggup atau mampu kahwin di usia yang muda? Apasalahnya, lepaskan dia. Jika anda sudah bersedia nanti, terus hantar rombongan meminang dan nikah! Jika betul itu jodoh hangpa, takkan lari gunung dikejar.

Bimbingan? Didikan? Rasanya sudah cukup apa yang Seth sound Nora dalam cerita tersebut. Jika Nora ada kesedaran, pasti dia akan cuba mencari mana-mana ustaz, ustazah atau pakar agama sebagai rujukan untuk dia terus berubah. Alasan untuk memberi bimbingan kepada couple adalah tidak boleh diterima pakai. Matlamat tak menghalalkan cara. Walaupun niat baik nak bimbing pasangan, tapi tak mustahil akan berlakunya zina hati kerana masing-masing amat mencintai antara satu sama lain. Cara terbaik mengelak zina hati, usah berhubung dengannya.

Sequence ke arah zina adalah lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar..

Ingatlah.. Iman manusia akhir zaman adalah senipis kulit bawang. Mampukah anda terus menahan bisikan syaitan jika terus berhubung dengan orang yang anda cintai?

Dan ayat 'mengendeng' yang dituju kepada orang yang menyokong entry tersebut amatlah tidak wajar. Itu boleh menyebabkan fitnah jika pemberi komen tersebut memang tiada niat untuk mengipas. Suka diingatkan, aku seorang yang anti kaki ampu. Kalau aku salah, sila tegur.

KOMEN 2 [Kak Diana]


RESPON

Sudah jelas lagi nyata yang kisah tersebut berkisar tentang couple, bukannya suami isteri. Sory to say, memang jahil kalau ada suami yang macam tu. Adakah patut lepas nasihat isteri, terus cerai? Heheh.. Agak kurang logik. Isteri tu beb. Entry tu cakap pasal couple. Sebagai pedoman kepada pakwe-pakwe yang terbuka hati untuk berubah dan memberi nasihat kepada awek masing-masing supaya turut berhijrah ke jalan yang diredhai. Kemudian, tinggalkannya buat sementara. Kalau tak mampu nak menghadapi perpisahan dan tak yakin dengan jodoh, ajak kahwin terus. Tak payah nak berdolak-dalik nak terus ber'couple' dating sana sini, sms 24 jam, dengan alasan nak mendidik.

KOMEN 3

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana aku menggunakan nama Seth dan Nora Elena sebagai watak cerita tersebut.

RESPON

Aku pun tak pasti kenapa ada yang membangkang. Adakah kerana mereka anti kepada Aaron Aziz atau Siti Saleha? Atau mungkin mereka meluat dengan drama Nora Elena? Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak layan sangat cerita tu kerana ditayangkan pada waktu maghrib. Bukan nak cakap aku alim pergi masjid. Cuma, ayah aku marah kalau tengok TV waktu maghrib. Haha..

Andai aku guna nama Gambit, Tiz Zaqyah atau Doraemon sekalipun, point yang ingin disampaikan tetap sama. So, nama watak tak penting. Apa yang penting, point cerita tersebut. Harap Maklum. Tak puas hati jugak? Hangpa copy paste cerita tu kat blog hangpa, lepas tu taruk la apa saja nama yang hangpa suka. Heheh.. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil!

Harap faham dengan penjelasan ini. Banyak lagi sebenarnya yang komen. cukuplah dua komen tu saja aku printscreen. Ingat! Jangan sentap pulak. Aku bukan marah tau. Bukan nak biadap atau apa. Jauh sekali nak ajak berperang. Entry ini bersifat umum. Bukan khusus kepada pengomen-pengomen tersebut sahaja. Harap maklum. Kalau nak penjelasan yang lebih jitu, bleh rujuk kat laman iluvislam.com. Situ banyak penjelasan terhadap larangan couple. Aku pun bukannya baik. Pernah jugak couple dulu. Tapi sekarang single-mingle ok. Haha.. Promot!

UPDATE!
klik link di bawah

SZ : Kalau asyik nak cerita happy ending, tengok cerita melayu la.. heheh..

Sunday, June 5, 2011

Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak!

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

p/s : idea asal dari facebook.. macam biasa, tokok tambah serba sedikit..


SZ : Berapa ramai yang sanggup lepaskan couple masing-masing macam cerita kat atas? Aku cabaq hangpa! Heheh.. Kalau tak sanggup nak lepaskan, kahwin la cepat-cepat.. Nikah dulu, baru couple.. Lagi syok..  =)

Saturday, June 4, 2011

Gambit Bukannya Buat Video Lucah! Kenapa Nak Kecoh?

Salam A'laik... Woit! Ni apsal semua blogger sebok nak serang Gambit ni? Korang dah tak ada kerja ke? Semua nak update entry pasal Gambit. Bosan la! Wahai bloggers sekalian. Apsal korang nak kutuk-kutuk Gambit yang baik tu? Gambit bukan buat salah besar pun. Dia bukan buat video lucah. Dia cuma buat video klip yang ada aksi ghairah je pun.

Ala.. TV3 pun tayang video lucah rileks je. Kerajaan tak marah pun. Yang korang nak kecoh-kecoh ni apsal? Dia dah la hensem. Jatuh la saham dia korang buat macam tu.. Yang korang nak sentap dia mencarut tu kenapa? Alaa.. Baru la Amerika mencarut cenggitu. Kah Kah Kah.. [klik sini jika sanggup melihat carutan tersebut!]

Eh.. Encik Gambit pernah pergi umrah rupanya.. Err.. Ni bukan gambar photoshop ye.. Heheh..

Kan aku dah cakap. Golongan artis ni tak boleh pakai punya orang. Korang degil! Korang nak jugak back-up makhluk macam tu. Orang macam ni korang nak angkat jadi idola? Errr.. Ada tak kaki kipas Tiz Zaqyah yang sound aku dulu nak tolong kipas Encik Gambit ni plak? Tak ada? Kenapa? Tak kesian ke kat artis pujaan korang yang boleh bagi tiket masuk syurga kat korang tu? Korang taknak ke serang bloggers yang buat entry pasal Gambit? Aib giler kot... Heheh.. =)

Kepada Encik Gambit Saifullah dan semua artis-artis terlampau yang biadap dengan Allah, semoga diberi kesempatan untuk bertaubat. Tak payah nak ego sangat. Ego dengan Allah, apa dapat? Semoga diberi hidayah la hendakNya ye.. Sama-samalah kita berdoa agar mereka-mereka ni insaf. Kita jangan nak maki-maki diorang. Nak ke tanggung dosa maki? Kepada yang giat menyebarkan video klip tu, hentikanlah! Seronok sangat dok sebar video macam tu bagi orang tengok? Memalukan..

SZ : Tiz Zaqyah dah.. Gambit pun dah.. Who's next? Harap-harap tak ada lagi artis yang buat statement jahil... Malaysia ni dah cukup panas dah..

Friday, June 3, 2011

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


*perkongsian dari mukabuku

SZ : Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

Puasa Sunat & Hadis Palsu Kelebihan Bulan Rejab

Salam A'laik.. Hari ini adalah 1 Rejab 1432H. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)


Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. [KLIK SINI]

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut :

SZ : Jom kita sama-sama perbanyakkan amal ibadat dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran.. =)