Pages

Tuesday, May 31, 2011

Penghijrahan Ribuan Ikan Pari



SZ : Maaf.. Aku kesempitan masa sejak akhir-akhir ni. Ni aku curi masa sekejap untuk update entry gambar konvoi ikan pari ni. Nak ajak hangpa semua berzikir melihat keindahan ciptaan Allah.. Subhanallah...

Sunday, May 29, 2011

Man United Kalah Dengan Spain, Bukan Barcelona!

Tahniah diucapkan buat semua fans Chelsick, Liverfool, Arsengal, dan semua fans dan lalang-lalang yang anti gila-gila kat MU kerana harapan anda yang tinggi menggunung dan terdesak melihat kekalahan MU akhirnya tercapai. Dan tahniah buat Barca! Skuad Barcelona sekarang memang layak dinobatkan sebagai skuad terbaik sepanjang zaman.


Tipula kan kalau aku cakap aku tak kecewa dengan kekalahan MU semalam. Barca main macam Spain. 8 pemain Barca semalam adalah skuad juara Piala Dunia. Jerman yang belasah England ngan Argentina 4 gol masa World Cup dulu pun kantoi dengan Spain. Midfield Spain terlalu mantap. Memang mental down la kena buli macam tu. Nasib baik masa World Cup aku sokong Spain. Haha.. Next season, Sir Alex kena melabur beli playmaker berkaliber skit. Err.. Maksud aku berkaliber banyak..


Tahniah Barcelona. Dan tahniah MU sebab sekurang-kurangnya mampu jugak jadi Naib Juara. Team lain ado? Heheh.. Whatever happened to United.. Yesterday, today or tomorrow, we United fans will never lost faith to our beloved club... United We Stand!! Say No To 'Lalang!' =) Glory2 Man United!

takpe awk.. next season kita cuba lagi ye syg..
SZ : Hanya fans Barca sejati sahaja dibenarkan 'boo' aku.. Team lain tak boleh! Sebab hangpa nak masuk final pun tak lepas.. BOOooooo... Hehehe..

Friday, May 27, 2011

Aku Ingin Berubah!

Hello.. Whats up! Lu orang apacer? Suma orang mesti ada kisah silam tersendiri kan? Arini guwa nak citer perangai guwa dulu. Kisah silam zaman jahilliah guwa dulu. Guwa dulu pernah tersasar, culture shock. Nak kongsi ngan lu orang. Mana la tau boleh buat pedoman hidup.

Dulu, ego guwa tinggi mengalahkan Burj Dubai. Asyik nak menang tak nak kalah. Panas baran takyah cakap la. Sikit-sikit nak melenting. Guwa pantang dicabar. Kalau bengang, guwa tak pukul orang. Tapi, guwa suka lepas geram tumbuk terajang almari dan pintu sampai pecah. Tapi, kalau orang touch guwa, memang guwa balas balik. Sekarang, guwa dah berjaya control baran dan ego guwa. Guwa lebih banyak bersabar dan pendam dalam hati selagi terdaya. Sebab, kalau ego dan baran, ramai orang benci dan meluat. Kawan-kawan pun lari. Nanti kubur, gali sendiri.

Dulu, guwa ni sangat pemalu. Nak senyum pun susah. Yela.. Kang kalo senyuman guwa tak terbalas, lagi la malu. Sampai ada yang cakap guwa sombong, poyo, kerek. Sekarang, sifat malu guwa dah tak kritikal sangat macam dulu. Guwa dah banyak bersosial dan tak lokek dengan senyuman. Tapi, lain pulak jadinya. Guwa mula berpeleseran dengan awek-awek. Bertepuk tampar jadi perkara biasa. Mujur guwa tak terlanjur. Nauzubillah.. Sekarang guwa dah tahu. Sentuh babi lagi bagus daripada sentuh awek. Sebab sentuh babi tak berdosa, cuma kena samak. Sentuh pompuan bukan muhrim, takleh samak. Berdosa besar pulak tu.

Dulu, guwa gila artis. Asal ada konsert free kat stadium atau jom heboh, mesti guwa pergi. Dalam bilik, penuh poster artis. Asal jumpa artis, mesti nak bersalam ambil gambar dan autograf. Sekarang guwa dah benci artis. Benci gila-gila. Artis suka keluarkan statement bodoh yang boleh memesongkan akidah bila kena tegur. Artis juga mempengaruhi peminat gila vavi dia buat maksiat. Bagi aku, artis tidak layak dipuja dan diangkat sebagai manusia agung. Artis bukan boleh bagi syafaat.

Dulu, guwa dress-up ganas. Bajet langsi nak jadi gangster. Guwa pakai rantai naga, gelang ala bouncer. Rambut guwa, guwa buat line macam Genji Crow Zero. Tiap malam minggu guwa lepak club, masuk free pakai kabel. Guwa layan lagu, menari shuffle dan tecktonik. Guwa isap rokok dalam club, tapi guwa tak minum air kencing setan. Membe-membe guwa togak arak sampai muntah. Gila busuk! On the way balik, tayar kereta tercabut kat selekoh. Membe guwa mati kat tempat kejadian. Lepas tu, guwa terus tak pergi clubbing. Guwa muhasabah diri, insaf. Guwa bersyukur sebab Allah masih bagi peluang kat guwa bertaubat.

Manusia.. Bila senang lupa Allah. Bila susah baru nak ingat Allah. Kan bagus kalau dari dulu guwa guna ego dan samseng guwa untuk mempertahankan agama macam Umar Al-Khattab. Kan bagus kalau guwa manfaatkan perasaan tak malu guwa untuk keluar berdakwah. Kan bagus kalau dari dulu guwa jadikan Rasulullah sebagai idola, bukannya artis. Kan bagus kalau dari awal entry ini ditulis, guwa tak bahasakan diri sebagai guwa. Perkataan saya kan lebih berbudi bahasa. Lagi bagus kalau dimulakan dengan ucapan Salam A'laik.

Kesenangan yang datang, tak akan kekal selamanya. Bayangkan jika kita sedang leka bermaksiat dan berseronok dengan duniawi, malaikat Izrail datang merentap nyawa kita. Tak sempat nak bertaubat beb. Nerakalah tempat kita. Nauzubillah.. Mati tak mengenal usia. Ajal bisa menjemput bila-bila masa saja. Saat pintu taubat tertutup, tiada guna lagi kita memohon keampunan dari-Nya. Gunakan kesempatan untuk kebaikan. Kang menyesal tak sudah. Lakukan anjakan paradigma agar kita menjadi manusia yang taat pada perintah Allah. Jadikan kesilapan lalu sebagai batu loncatan untuk kita berjaya.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang telahku lakukan. Ya Allah.. Terimalah taubat hambamu yang berdosa ini. Ku akui kelemahan diri. Ku insafi kekurangan ini. Ku kesali kejahilan ini. Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan. Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu. Di hamparan ini ku meminta, moga taubatku diterima. Ya Allah... Terimalah taubatku ini.. Aminn.. - Taubat Seorang Hamba

Don't judge me by my past.. I am not in the past anymore.. Accept who i am today!









Ini adalah contest anjuran blog Muslimah Optimis. Aku telah di'tagged' oleh Farah Aina. Dia cakap dia nak tau sejahat mana aku dulu. Haha.. Cerita di atas adalah kisah benar yang ditokok tambah. Yang mana satu benar, yang mana satu tokok tambah, biarlah rahsia. Ataupun semuanya adalah rekaan semata-semata? Tak kisah la.. Yang penting, semoga dapat memberi teladan kepada semua. Semoga beroleh manfaat. InsyaAllah.. Jom pakat-pakat berubah!

Nak join? Cepat sebab nak expired date dah. Klik Laman Muslimah Optimis!

Thursday, May 26, 2011

Tolong Remove Gambar Hina Islam Dari Blog Anda!

PERHATIAN!
Nampaknya ada yang tak faham.. Aku terpaksa update semula.. Aku bukan tuju entry ni pada Makcik tu.. Tapi aku tuju pada blogger-blogger yang buat kesilapan share gambar-gambar hina Islam tu dalam blog masing-masing. Sila baca sampai habis dan faham betul-betul.. Terima kasih.

****************************

Sekarang memang tengah kecoh dengan blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina Islam tu kan. Blog yang penuh dengan gambar-gambar dan kata-kata dahsyat yang menghina Islam. Yang menghina Nabi kita, Muhammad SAW. Pertama kali aku masuk blog tu, meremang bulu roma aku. Aku tak sanggup duduk situ lama-lama. Marah dan bengang. Perasaan takut juga menyelubungi aku kerana jika bala turun, ia tidak mengenal siapa. Nauzubillah...

Aku puji kesungguhan kebanyakan blogger dan forumer yang bertungkus-lumus menyebarkan perkara ini dan membuat tutorial bagaimana ingin membuat report agar blog tersebut di'delete'. Tapi agak terkilan bila ada blogger yang tanpa segan silu menempek gambar-gambar yang menghina Islam tu dalam blog masing-masing walaupun niat asal hangpa nak maklumkan kepada rakan-rakan berkenaan penghinaan tersebut. Aku tak sanggup tengok. Sakit hati.

Berdasarkan maklumat daripada blog JT, blog tersebut telah di'delete'. Jika maklumat tersebut sahih, Alhamdulillah... Tapi, aku mohon kepada blogger-bloger yang share gambar tersebut kat blog hangpa, tolonglah remove gambar-gambar yang menghina Islam tersebut. Gambar tu terlalu mengaibkan.  Dikhuatiri ada pihak tidak bertanggungjawab akan kembali menggunakan gambar-gambar tersebut untuk menghina Islam pada masa akan datang.

SZ : Islam kena hina, hangpa buat donno saja. Tapi artis pujaan hangpa hina Islam, hangpa pakat kalut back-up dia. Artis boleh bagi syafaat ka? Kamon la beb!

Wednesday, May 25, 2011

Lelaki Pukul Perempuan Bukannya Dayus!

Apa hukum lelaki pukul perempuan? Adakah dikira dayus? Aku pelik. Orang kita selalu cakap, "Tak malu pukul perempuan! Dasar lelaki dayus!". Weyh! Perkataan dayus dah disalah erti pulak. Inilah akibatnya tengok drama Melayu. Skrip main ikut sedap dia saja.

Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu DAYUS. Pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu dengannya adalah HARAM. Pukul yang dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz. Itupun pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah.

Lelaki DAYUS adalah lelaki yang takut bini. Dan yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuan melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan tidak menegurnya untuk meninggalkan maksiat. Tak menutup aurat, dye rambut kaler merah, jadi pelakon peluk-peluk dalam drama. Dalam filem alim nak mampus, tapi luar macam setan. Pergi clubbing minum arak balik masa azan subuh pun mak bapak buat bodoh. Bila orang tegur anak bini dia buat dosa, dia back-up. Itu baru namanya dayus. Ada paham?

Akan tetapi, kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Jika berlaku tanpa pengetahuannya, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

rujukan : ustaz zaharuddin.net



SZ : Kalau taknak ayah dia dapat gelaran dayus, jangan tanya bila mak aku start pakai tudung kalau aku tegur bab aurat. =)

Tuesday, May 24, 2011

English League Champions For A Record 19th Time

Salam A'laik.. Amboih.. Baru sekarang aku nak update pasal kejayaan MU menjulang gelaran juara ke-19? Hahaha.. Takpa.. Disebabkan aku ni fanatik MU sejak kecik, aku update jugak sebagai tatapan hari tua nanti kalau umur panjang. Serius aku bangga dengan MU. Heheh..

Tahniah diucapkan buat Manchester United kerana berjaya meleburkan rekod 18 kejuaraan yang dipegang Liverpool sebelum ni. Ok, takmau cakap banyak! Aku tempek gambaq kat bawah untuk tatapan peminat MU. Peminat MU sahaja ok! Heheh..

glory-glory Man United

we r the champion!

kek kemenangan

ok.. kita pijak skit ayam liverpool ni sampai mati.. heheh..

Awal pagi ahad 29 Mei nanti, final Champions League lawan Barcelona plak kat Wembley. Aku dah beli tiket. Hangpa dah beli? Mai bank-in kat aku RM50 dahla. Aku tolong beli. Tak cukup aku tambah. Heheh.. Glory-Glory Man United!

SZ : Entry ni adalah yang paling best di dunia.. Kah.. Kah.. Kah..

Perkara-Perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad

Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a) Perkataan

Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas n-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Ingkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keEsaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad SAW atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b) Perbuatan

Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :

1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat

Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.

i) Berakal. Tidak sah murtad jika orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

[sumber]

SZ : So, hati-hati apabila berkata-kata.. Jangan main sedap mulut saja mempersendakan hukum Allah.

Saturday, May 21, 2011

Kontroversi : Tiz Zaqyah Baca dan Komen Blog Aku

Assalamua'laikum wbt... Ini adalah entry susulan daripada entry Berdebat dengan Tiz Zaqyah di Twitter. Aku pun tak jangka yang entry tu boleh dapat liputan meluas hingga sampai ke pengetahuan Tiz Zaqyah. Yup! Tiz Zaqyah baca blog aku dan telah melihat sendiri gambar super-impose aku dan dia. Dan dia juga memberi komen di laman twitter miliknya mengenai entry tersebut dan mendapat maklum balas daripada kaki kipas susah matinya. Tiz juga dah block aku punya Twitter!

Tiz melahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap gambar dia dan Remy Ishak yang diedit dan digantikan dengan muka aku. Walaupun pada hakikatnya, itu sebenarnya gambar Nur Amina dan Adam. Huh! Lihat statement di bawah :


So, aku dengan rasa rendah dirinya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Nur Amina kerana telah meng'edit' gambarnya dengan suaminya, Adam. Aku sebenarnya sudah tahu risiko meletak gambar tersebut. Tapi aku sengaja upload juga untuk melihat apa yang mahu diperkatakan oleh kaki kipas Tiz. Aku rasa gambar Tok Guru Nik Aziz lagi teruk kena super-impose. Tapi, takpelah. Sekarang aku dah edit dan tempek balik gambar Adam tu bagi menjernihkan keadaan. Nah!


Ada juga kaki kipas Tiz yang mempersoalkan keikhlasan aku menegur Tiz. Dan Tiz retweet sambil mention nama aku kat situ dengan rasa bangganya. Bertuahnya sebab ada yang sudi mempertahankannya dalam menegakkan kebatilan.


Keikhlasan. Cuba fikir, berapa ramai yang ikhlas bersembahyang dan mendapatkan khusyuk semata-mata mendambakan diri kerana Allah tanpa mengharapkan pahala? Berapa ramai yang beramal dengan sebenar-benar ikhlas tanpa mengharapkan balasan di dunia mahupun di akhirat? Jadi, adakah aku ikhlas menegur Tiz Zaqyah di twitter hari tu? Siapa tahu aku ikhlas ke tak? Aku sendiri pun tak tahu. Aku kagum dengan dia sebab boleh tahu samada aku ikhlas ke tak bagi nasihat tu.

Apa yang aku tahu, teguran aku terhadap Tiz tu berlaku secara spontan setelah melihat tweet dia pasal nak 'dye' rambut kaler merah tu. Dan berlanjutan tanpa diduga disebabkan maklum balas sebegitu rupa. Adakah aku tegar membiarkan saja dia mempersendakan hukum Allah dengan hanya berdiam diri? So, tak payah nak persoal kenapa aku attack Tiz sahaja, bukannya Fasha Sandha atau Dato' Siti.

Sekali lagi aku ingin memohon maaf secara terbuka kepada yang merasakan entry tersebut mengaibkan Tiz Zaqyah kesayangan hangpa. Aku langsung tak berniat nak aibkan dia. Lagipun, dia kan artis hot (la sangat). 1 Malaysia kenal. Taip saja nama dia kat Uncle Google, pasti akan keluar semua gambar-gambar beliau yang tak sepatutnya yang lebih mengaibkan. Untungla sebab aku tak upload gambar-gambar dia bersosial dan mendedahkan aurat macam blogger lain. Aku upload gambar Nur Amina je. Cukup sekadar gambar printscreen untuk hangpa nilai sendiri. Aku pun taknak buat dosa dedah aurat orang lain kat blog aku.

Dalam entry tu, ada aku maki hamun dia? Aku siap ajak hangpa semua lagi tolong doa untuk dia dan kita semua agar mendapat Hidayatullah. Mudah-mudahan orang yang tak menutup aurat bila baca entry tu, mungkin dia akan sedar. Dan mungkin juga kalau Tiz dapat terima teguran tu, para peminat dia juga akan mengikut jejak langkahnya untuk berhijrah ke jalan yang diredhai Allah. Dapat jugak pahala free kat dia. Tapi sayangnya, egonya terlalu tinggi. Dia lebih senang hati bila ada peminat susah nak mati dia tolong back-up dia buat dosa.

dari blog AdamEben

Harus diingat. Dunia ini juga pentas lakonan. Kita semua adalah pelakon. Directornya cuma satu, Allah SWT. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghayati skrip kehidupan yang Allah dah beri dan arahkan pada kita di pentas dunia yang sementara ini. Agar lakonan kita nanti akan mendapat kutipan 'box office' ketika ditayangkan di pawagam akhirat nanti.

Kat dunia ni, hangpa kipas la dia sampai lebam. Kat akhirat nanti, pakat kipas-mengipas la api neraka tu sampai padam.

Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati. -syahirul.com

Terima kasih pada semua yang sudi menegur kesilapan aku. Aku terima dengan hati terbuka. Aku insan yang sedang belajar memperbaiki diri. Kepada Tiz, saya doakan suatu hari nanti, hati awak akan terbuka untuk menerima teguran yang tak seberapa daripada hamba Allah yang hina ini. InsyaAllah. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Hangpa jangan condemn Tiz ok! Bagi nasihat dan doakan untuk dia molek-molek. Diharapkan anda semua dapat ambil iktibar dan pandang entry ini dari sudut yang positif.  =)

Rasanya cukup setakat ni saja aku ulas pasal isu kontroversi Tiz Zaqyah ni. Aku pun tak nak niat asal aku nak tegur dia terpesong. Salah-silap, harap dimaafi. Hangpa nak cakap apa pun, cakaplah. Nak maki hamun aku pun, terpulanglah. Aku dah laksana tanggungjawab aku. Tiz nak balas apa pulak nanti kat dia punya Twitter, lantaklah!  Kita jumpa saja kat mahkamah akhirat nanti. Ini entry terakhir aku pasal Tiz! Muktamad!

Sekian, wassalam..

UPDATE!
klik link di bawah :

SZ : Twitter aku dah kena block dengan Tiz. So, dah tak dapat nak mention nama dia. Sapa-sapa boleh tolong tweet entry ni, mention kat Tiz supaya dia baca. Terima kasih.. =)

Friday, May 20, 2011

Siapakah Sebenarnya Manusia Superhero?

Siapakah sebenarnya manusia superhero?

Adakah yang mempunyai kuasa luar biasa seperti Superman, Spiderman, Cicakman, Boboiboy mahupun Hantu Kak Limah? Adakah orang yang handal bertarung seperti Jet Li, Bruce Lee, Jackie Chan, Tony Jaa dan Chef Wan? Adakah manusia yang bijak pandai macam Albert Einstein, yang kaya dan harta menimbun macam Donald Duck Trump, ataupun yang mempunyai kuasa besar seperti Barack Obama? Atau kerajaan kita yang sangat murah hati menghulurkan bantuan ketika kempen pilihanraya tu? Heheh.. =)


Sebenarnya, manusia luar biasa ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya. Paling tidak dia doakan kebaikan mereka. Kasih sayangnya terserlah kepada sesiapa saja. Sifat pemaaf menjadi amalan dalam hidupnya. Jika ia bersalah ia meminta maaf. Dia boleh menahan marah atau disembunyikannya.  Sentiasa bersabar, merendah diri dan bersopan santun menjadi budaya. Tidak mempunyai kelulusan PhD iaitu perasaan hasad dengki dan tidak pernah menghina orang lain.

Dia juga mudah simpati dengan orang susah. Melihat penderitaan orang lain sudah cukup membuatkan dia merasa bersalah. Kekayaan yang diperolehi diagih-agih kepada manusia. Pemurah namanya. Terutama pada fakir miskin dan membantu membayarkan hutang mereka dan tidak ada perkataan tamak dalam kamus hidupnya. Tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana tulus ikhlas hatinya. Kesenangan orang lain dia tumpang gembira.

Inilah dia manusia wira atau luar biasa. Tapi tidak pernah dia diberi pingat oleh sesiapa. Apatah lagi mengejar pangkat, darjat dan juga nama. Kerana terlalu ikhlas ingin berbakti. Realitinya, memang susah untuk kita bertemu dengn manusia luar biasa ini.  Dialah superhero sebenar.

SZ : Siapakah sebenarnya heroin di hatiku? =)

Thursday, May 19, 2011

Berdebat dengan Tiz Zaqyah di Twitter

Assalamu'alaikum.. Tiz Zaqyah lagi? Adoii.. Mesti hangpa rasa muak kan sebab aku ni asyik-asyik TizTizTiz saja sejak dua menjak ni? Heheh.. Rileks dulu.. Ini aku nak kongsi pengalaman aku berdebat dengan Tiz Zaqyah di Twitter minggu lepas. Berdebat mengenai aurat. Mula-mula aku rasa malas nak ulas pasal ni dalam blog. Tapi memandangkan ada kaki kipas Tiz yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap aku, ini aku nak jelaskan. Bagaimana perdebatan tersebut boleh tercetus. Sila lihat kronologi tweet antara aku, SyedGraphix dan Tiz yang aku printscreen kat bawah ni..






Banyak lagi sebenarnya.. Nak baca semua, boleh lawati laman Twitter kitorang. Bukan senang nak printscreen dengan susun balik ikut turutan. Pening aku. Boleh nampak tak? Mungkin cara aku menegur tu kelihatan agak keterlaluan bagi sesetengah orang. Nak menegur kena ada cara. Ye tak? Tapi, ada ke aku maki dia? Sebenarnya aku pun tak sangka dia nak balas tweet aku dengan Syed tu. Tiba-tiba dia balas. Balas dengan soalan yang ntah apa-apa. Ada ke pulak dia tanya, mak aku start pakai tudung bila? Apa motif dia? Itu yang membuatkan aku attack dia secara bertubi-tubi. Macam-macam dalil aku bawa keluar.

Tujuan aku bukan nak mengaibkan dia. Jauh sekali untuk berbangga. Lagipun dia sendiri yang buka aib dia. Tak tutup aurat tu, buka aib secara tidak langsung la kan? Kenapa mesti ada peminat dia yang nak marah aku? Takut nanti dah tak boleh tengok dia pakai seksi-meksi? Aku tau, aku juga bukan seorang yang sempurna. Sebab aku bukannya maksum, yang terpelihara daripada segala dosa. Tetapi, aku sekadar cuba untuk berubah dan belajar untuk menegur orang lain daripada terus terjerumus ke lembah hina.

Kalau ada yang tak puas hati dan cakap aku bajet bagus tu, terpulanglah. Sebab, tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah tu tuntutan. Selagi hang Islam, dakwah tu wajib walaupun hang sendiri tak berapa nak betul. Disebabkan kes ni jugak aku dapat idea nak buat entry 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat.

Nama pun teguran. Mana ada yang sedap didengar. Kalau nak yang sedap didengar, itu bukan teguran, tapi PUJIAN. Jadikanlah diri kita orang yang selalu sanggup terima teguran. [klik JejakaTerhangat.com]

Bayangkanlah.. Suatu masa nanti, Tiz berubah hasil nasihat aku tu. Alhamdulillah.. Bertambah indah andai tiba-tiba dia melamar aku untuk dijadikan suaminya. Wahhhhh..... Cuba bayangkan kejap. Ehem-ehem.. Tiz sekarang sudah insaf hasil nasihat dan teguran aku. Dia bukan lagi kaki clubbing. Dah tak pakai seksi-meksi yang menyeksakan mata. Kami sekarang sudah berkahwin dan Tiz sedang mengandungkan cahaya mata kami yang pertama.

Heheh.. Jangan marah. Dalam nasihat, ada sedikit gurauan. Errr.. Woit! Jangan cakap aku ni gila desperate angau dekat Tiz pulak. Aku bukannya obses dekat dia sangat pun. Aku cuma sangat tertarik dengan watak Nur Amina dalam Nur Kasih tu. Err.. Demam Nur Kasih agaknya. Heheh.. Kalaulah dapat isteri macam Nur.. Hhhmmmm....

UPDATE!
Tiz Zaqyah telah membaca entry ini dan melihat gambar super-impose aku dan Nur Amina (watak Nur Kasih). Gambar tersebut terpaksa di'remove' dan digantikan dengan gambar yang baru atas permintaan. Beliau juga memberi respon dan maklum balas berkenaan entry ini. Nak tengok gambar baru dan komen Tiz Zaqyah, klik link di bawah :
Kontroversi : Tiz Zaqyah Baca dan Komen Blog Aku!


SZ : Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua agar mendapat keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Salah dan silap aku, harap ada yang sudi menegur. Syukran..

Wednesday, May 18, 2011

Saya Suka Tengok Body Mantap Awek Saya

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak.  Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Cantik kan awek saya kalau dia pakai tudung.. :D

SZ : Saya single.. Takdak awek dan memang taknak ada awek pun.. Saya nak isteri..
Tiz Tiz Tiz... Will u marry me? :D

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Pada Jari Manis?

Tahukah kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis, bukan di jari lain? Mesti ada sebabnya bukan? Ok, untuk mengetahuinya, cuba lakukan aktiviti di bawah.

1. Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.


2. Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

5. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.


Apa yang cuba diketengahkan ialah nilai pengajaran. Mungkin ianya cuma mitos, rekaan, atau sekadar kebetulan. Aku pun tak pasti kenapa jari hantu mesti dilekukkan ke dalam macam tu. Mungkin juga sebab jari hantu sering digunakan sebagai isyarat lucah? Heheh.. Tapi, apa salahnya jadikan ia sebagai iktibar. Selagi kita hidup, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Diharapkan anda semua dapat apa yang cuba disampaikan. InsyaAllah..

[sumber]

Klik : Cara Memakai Cincin Mengikut Sunnah

SZ : Gambar tu dah macam main buah plak.. Taksub.. Taksub..

Tuesday, May 17, 2011

Grafik Menarik : Betapa Tingginya Langit dan Dalamnya Lautan

Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggesa manusia supaya merenung kejadian alam ciptaan-Nya, moga-moga dengan cara itu akan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Dialah Allah Tuhan yang mencipta alam maya yang indah supaya manusia mengkaji dan menyingkap rahsianya. [credit]

Ini aku nak kongsi satu illustrasi atau grafik menarik mengenai jarak ketinggian antara langit dan bumi serta kedalaman lautan hingga ke perut bumi. Subhanallah.. Hangpa scroll la sendiri tengok. Ini kalau aku tak letak gambar ni dalam scrollbox, memang memanjang la blog aku. Ke laut la jawabnya. Heheh..


SZ : Teka-teki.. Antara Langit dan Bumi, ada apa? heheh..

Kita Bukannya Baik Sangat Untuk Cakap Kita Baik

KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

SZ : Gunakan kelebihan yang ada pada diri ke arah kebaikan.. Bukan untuk merendah-rendahkan orang lain..

Monday, May 16, 2011

Cikgu Garang, Lembut, Lawak, Mesra, Penyeri, Tersayang dan Teragung

Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.

Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.

Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.

Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.




SELAMAT HARI GURU 2011
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sunday, May 15, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. [klik sini utk penjelasan]

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

*Nak tengok alasan serta jawapan yang lebih detail dan berhemah untuk golongan sperti ini, boleh klik syahirul.com.

SZ : Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Saturday, May 14, 2011

Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!


Salam.. Ini adalah contest anjuran saudara Iman Shah, pemilik blog Hok Sengoti sempena Hari Guru. Peserta dikehendaki membuat ucapan SELAMAT HARI GURU yang paling kreatif, tulus dan bermakna buat guru-guru. Tidak kiralah guru-guru yang pernah mengajar anda, ataupun tidak. Juga boleh dalam bentuk puisi pendek. Nak join, klik banner kat atas. Cepat. Tarikh tutup 15 Mei 2011, jam 8.00 malam.

Disebabkan aku bukan seorang yang puitis, aku hanya mampu buat ucapan yang santai dan mungkin agak merapu tetapi ikhlas dan tulus dari hati yang suci murni ini. Heheh... Yang mana tak suka baca panjang-panjang tu, boleh terus komen dan cakap Good Luck, Selamat Hari Guru! Hahaha.. Aku faham benor la.. :D


Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 8.11 am
Lokasi : Konti Radio Hangit FM

Papau : Assalamualaikum.. Selamat pagi.. bersama saya Papau dan FBO dalam Hangit FM AM Krew. Topik kita pada pagi ini adalah Ucapan Sempena Hari Guru. Tanpa melengahkan masa, kita bersama pemanggil seterusnya di talian.

Papau : Hello, siapa di sana?

Aku : Assalamualaikum..

Papau : Err.. Wa'alaikumsalam..

Aku : Siapa ni? Ada apa hal call saya pagi-pagi buta ni?

FBO : Err.. Maaf. Encik yang call kitorang..

Aku : Owh yeke.. Sory, mamai pulak. Keh.. Keh.. Keh..

Papau : Hehe.. Takpe. Teruskan ucapan Selamat Hari Guru encik.

Aku : Ok, Saya Mohd Solihin bin Mohd Zubir ingin membuat ucapan sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun.

Pertama sekali, sudah tentu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ibu saya, Puan Hajjah Norhaliza yang merupakan seorang teacher dan masih mengajar di SMK Kuala Nerang. Begitu juga kepada ayah saya, Tuan Haji Mohd Zubir yang merupakan bekas guru sambilan semasa bujang dulu sebelum bekerja dengan Risda dan baru saja pencen 2 minggu lepas. Berjuta lemon terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang selama ini mendidik saya sejak saya mula melihat dunia hingga ke hari ini. Terima kasih di atas, cubitan, tamparan, rotanan, ketuk ketampian dan pelbagai lagi bentuk hukuman ke atas anak nakal seperti saya ini.

Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mengaji saya ketika di kampung dulu, iaitu Mak Yam jiran sebelah yang mengajar saya mengenal huruf Alif Ba Ta, hukum Tajwid, membaca Muqaddam dan membaca Al-Quran. Maaf sebab saya selalu langkau muka surat sebab nak potong kawan saya siapa khatam dulu. Dan ustaz serta ustazah Kelas Fardhu Ain yang mengajar saya Feqah, Tauhid, Sirah Nabi, menulis jawi serta ilmu-ilmu agama yang lain. Tidak lupa juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. Saya rasa berbangga kerana menjadi murid kesayangan guru ketika sekolah rendah. Cuma pernah dicubit perut sekali sebab terlupa bawa buku matematik.

FBO : Dah abis kan?

Aku : Belum.. Ada lagi.. Kejap yee..

Terima kasih juga diucapkan buat semua ustaz dan ustazah Maktab Mahmud Alor Star yang tidak jemu mencurahkan ilmu dunia dan akhirat kepada saya dan kawan-kawan agar menjadi pelajar yang cemerlang di mata dunia dan di sisi Allah. Ampun dan maaf juga kerana saya bukan pelajar yang baik dan mula berubah menjadi nakal sehinggakan pernah dibuang asrama walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah sebesar mana. Terima kasih sebab menarik side burn saya, menepuk songkok hingga tenggelam kepala, merotan hingga patah kayu, jalan itik sepanjang koridor demi mendidik saya menjadi 'manusia'. Terima kasih juga kepada lecturer-lecturer Kolej Universiti Insaniah, Kolej Risda Melaka dan Kolej Negeri Seremban yang bertungkus lumus memastikan saya bergelar seorang graduan. Segala kompaun yang dianugerahkan kepada saya, saya halalkan jika benar itu salah saya.

Papau : Err.. Encik.. Panjangnya ucapan..

Aku : Sabar.. Ada banyak lagi yang saya tulis kat dalam notepad saya ni. Penat saya karang semalam tau..

FBO : Tapi encik.. Ramai lagi yang tengah tunggu kat talian tu..

Aku : Korang nak aku hack Hangit FM punya facebook fanpage ke? Nak ke jadi macam fanpage Hotfm yang kena hack dengan Jack Sparrow tu? Nak sangat? (nada garang)

Papau : Err.. Taknak.. Maaf encik.. Encik boleh teruskan..

Aku : Harr.. Tau cuak.. Ok.. Thanks.. Saya teruskan ye..

Tidak lupa kepada guru Sekolah Memandu Ilmu Baru. Tanpa tunjuk ajar kalian, mungkin sehingga sekarang saya masih menunggang motorsikal dan memandu kereta secara haram tanpa lesen. Sekarang saya dah boleh wheely 8 tiang dan drift di tepi lereng-lereng bukit. Err.. Ok, gurau je. Seorang guru tidak akan mengajar sesuatu yang boleh memusnahkan masa depan muridnya apatah lagi yang boleh meragut nyawa. Saya belum pernah kena saman ok. Sebab belum pernah kantoi. Heheh..

Terima kasih juga buat Mahaguru Seni Silat Gayung saya di atas segala ilmu persilatan yang diturunkan. Maaf sebab saya sengaja tidak mahu mengambil ujian tali pinggang merah semata-mata nak kekalkan tali pinggang hijau. Sebab saya kan suka hijau. Heheh.. Kepada Sensei Karate-Do saya, terima kasih sebab ajar saya cara nak karate leher orang. Maksud saya, orang jahat. Maaf juga sebab belajar tak habis sebab saya rasa dah cukup kuat bila dapat tempat ketiga Kejohanan Karate-Do Peringkat Daerah. (Ok, adakah itu alasan yang bagus untuk menyatakan yang aku bukan malas turun training?)

Cikgu, Guru, Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah... Sesiapa sahaja yang pernah mencurahkan ilmu yang seluas lautan ini kepada orang lain sememangnya layak digelar guru. Terima Kasih buat semua guru-guru di seluruh dunia. Jasa kalian sememangnya tidak terbalas walaupun beribu terima kasih saya ucapkan atau berjuta ringgit saya taburkan.

Bak kata Imam Al-Ghazali, "Hak Guru lebih agung daripada hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara Guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada Guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua, akan celaka selamanya".

Hanya Allah yang layak memberi ganjaran di atas pengorbanan cikgu-cikgu sekalian dalam mendidik anak bangsa.

Selamat Hari Guru. Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara..

Papau : Dah abis ye encik? Dah macam ceramah pulak. Kalah Proffesor Easy..

Aku : Perli ke? Kalau nak diikutkan, sampai pagi besok pun belum tentu habis kalau saya nak bagi ucapan sempena Hari Guru. Cukuplah sampai di sini.

FBO : Ok, terima kasih encik sebab sudi call kami. Besok datang studio, bawak sijil, datang temuduga jadi deejay ok..

Tuuttt... Tuuttt... Tuuttt... (Talian dimatikan)

Aku : Cis! Perli aku, lepas tu terus letak.. Grrrr....


7 Fakta Menarik Kekayaan Bill Gates


1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

[sumber]

SZ : Gila btoi! Kalau aku kaya macam Bill Gates, memang aku dah beli blogger dengan google. Tak payah la bengang sangat bila komen-komen aku hilang. Macam mana nak balas jejak ni? Harap faham ye kalau aku terlepas pandang..

Thursday, May 12, 2011

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Nama Muhammad

1. Kalimah Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk mim-ha-mim-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum bahawa sebaik-baik makhluk yang pernah dicipta oleh Allah di muka bumi ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.



2. Kalimah Ahmad, jika kita teliti satu-persatu hurufnya, maka huruf-huruf itu akan menggambarkan seseorang yang sedang melakukan solat. Tahukah kamu bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang diperintahkanNya.


3. Kalimah Muhammad, jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan kepada sang pencipta.


Subhanallah.. Allahu Akbar.. Betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati. Mungkin masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain di sebalik susuk, nama dan semua yang berkaitan dengan kekasih Allah, Muhammad SAW.

[sumber]

SZ : Nama aku Mohd Solihin bin Mohd Zubir..

Wednesday, May 11, 2011

Diserang Wanita Berbogel Akibat Menonton Filem Lucah

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Datuk Dr. Harun Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.

Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.

-Diceritakan oleh Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz
-ditaip semula oleh Solihin Zubir daripada buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah, Mastika.

SZ : Moral of the story? Sindri mau ingat la beb buat kaki-kaki tengok blue tu.. :D

Tuesday, May 10, 2011

Aku, Harimau, Buaya, Tikus dan Setitik Madu

Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!


Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu?

Aku yang dimaksudkan tu adalah diri kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

[credit]

SZ : Renung-renungkanlah...

76 Karakter Yahudi Dalam Al-Quran


76 Karakter Yahudi Dalam Al-Quran

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).

2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).

3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).

4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49).

5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).

6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).

7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).

8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).

9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).

10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).

11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).

12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).

13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75).

14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).

15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).

16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).

17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).

18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).

19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).

20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).

21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).

22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).

23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).

24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)

25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).

26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).

27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116).

28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).

29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).

30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).

31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).

32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).

33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).

34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).

35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).

36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).

37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).

38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24).

39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).

40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).

41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).

42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75).

43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).

44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).

45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85).

46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).

47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).

48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).

49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120).

50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).

51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).

52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).

53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).

54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).

55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).

56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).

57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).

58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).

59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157).

60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).

61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).

62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).

63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22).

64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).

65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).

66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).

67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).

68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58).

69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).

70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).

71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).

72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).

73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).

74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).

75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).

76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).


KLIK SINI



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Ke marilah dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (pohon krismas), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)". (H.R. Bukhari Muslim)

Monday, May 9, 2011

Temuduga Tertutup! Semua Diwajibkan Hadir!

TEMUDUGA TERTUTUP
SEMUA DIWAJIBKAN  HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara mengejut bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
2. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Malaikat Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. 'Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua Umat Islam.

Wallahu-a'lam.


SZ : Ana curi kat pesbuk. Untuk renungan kita semua.. Dah pernah baca? Alhamdulillah...

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris Hampir Pasti Milik Man United

Manchester United hampir pasti mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford. United memperoleh jaringan awal menerusi Javier Hernandez aka Chicharito pada 36 saat permainan bermula manakala gol kedua menerusi tandukan kapten, Nemanja Vidic pada minit ke-23.

Chelsick membalas pada minit ke-69 menerusi kuisan Frank Lampard tetapi masih gagal memenuhi harapan untuk membawa balik tiga mata penuh. United akan menghabiskan dua lagi baki perlawanan bertemu Blackburn di tempat lawan dan Blackpool di Old Trafford dengan hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kejuaraan liga kali ke-19 sekaligus memecahkan rekod yang dipegang bersama Liverpool.

Dua penjaring gol United. Chicharito dan Nemanja Vidic.
Ehem-ehem.. Nampak tak kawan-kawan? Saya sebagai salah seorang penyokong tegar MU yang berlagak dan poyo ingin mengucapkan takziah buat penyokong-penyokong Chelsick dan Arsengal yang kempunan piala pada musim ini. Terutama sekali Arsengal yang pada awal musim terlalu berlagak nak sapu bersih 5 piala. Last sekali, habuk pun tarak. Heheh.. Kasi bakor sikit.. :D

Glory-Glory Man United! We Are The Champion!

SZ : Nampak gayanya, senarai penyokong Barcelona semakin bertambah menjelang Final Liga Juara-Juara Eropah antara MU dengan Barca 28 Mei nanti. Heheh..

Sunday, May 8, 2011

Dedikasi Buat Ibu Tercinta : Sebuah Kisah Sedih Gempa Bumi China

Ini adalah sebuah kisah sedih pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi di China pada 12 May 2008. Bukti betapa kuatnya seorang ibu dan besarnya pengorbanan ibu demi memastikan anaknya yang masih seorang bayi terus hidup. Kisah yang pasti menyentuh hati kita semua. Seorang ibu telah ditemui mati di celah-celah runtuhan bangunan dalam keadaan berlutut dan kedua tangannya menghulur ke tanah menahan tubuhnya untuk melindungi bayinya. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni. Tapi tak salah kalau kita refresh semula demi mengenang pengorbanan seorang ibu. Sudah 3 tahun kisah ini berlalu.





dalam kenangan

Klik untuk melihat video : The most affecting story in the earthquake in China

credit : ngiley.com


Aku dedikasikan kisah ini buat semua para ibu di seluruh dunia. Dan yang paling utama, buat ibuku yang tercinta. Pengorbananmu sememangnya tidak mampu ku balas walaupun aku diberi kesempatan untuk hidup 1000 tahun. Ampun maaf dipinta kerana diri ini seringkali mengguris hatimu. Halalkan setiap titik air susumu serta titisan peluhmu yang bekerja siang dan malam untuk membesarkanku. I Love U So Much! You are the winner "Best mom of all times." Muah!

Every Day is Mother's Day


*untuk melihat asal usul Hari Ibu, KLIK SINI!

Friday, May 6, 2011

Dia Kaki Kipas, Kaki Ampu, Kaki Bodek!

Kaki kipas, kaki ampu, kaki bodek, kaki aircond.. Apakebenda semua tu?

Bayangkan hangpa bekerja dalam satu company. Lepas tu ada seorang rakan sekerja hangpa yang kerjanya mengampu bos sahaja. 24 jam asyik nak berkepit dengan bos. Tambah meloyakan jika si kaki ampu dan bos tu kaum sejenis. Sampaikan orang bawahan macam kita ni pun dia dah taknak bergaul dan bertegur sapa dah. Sedangkan taraf kita sama saja. Kalau kita kutuk-kutuk bos, dengan pantas dia datang back-up bos walaupun sudah terang lagi bersuluh yang bos tu tak betul. Lepas tu, report pulak kat bos. Dan secara automatik, kita dipecat. Apa perasaan hangpa?


Kalau nak kipas pun, biarlah ikhlas dan bertempat. Janganlah membodek hanya untuk kepentingan diri sendiri. Sehinggakan apa saja kesalahan dia jadi betul di mata hangpa. Aku tau la hangpa nak cepat naik pangkat dan gaji. Ini sampai hari-hari dok cerita pasal dia, orang pun dah naik menyampah.

Begitulah juga dalam dunia blog. Nak kipas blogger femes saja kerjanya. Sampai kawan sendiri yang selalu berkunjung ke 'rumah' pun dia buat tak tahu. Aku tak kisah sebenarnya. Hang nak kipas, kipas la sampai lebam. Tapi jangan lupa kawan dan orang kat bawah ni. Pesanan ini adalah bersifat umum. Siapa yang makan wasabi, dia lah terasa pedasnya ok.

Dan itulah tujuan sebenar aku join Segmen Jom Kipas Blogger anjuran Fariq petang semalam. Nak sindir kaki kipas ni. Tapi, ter'menang' la pulak. Heheh.. Aku menang weyy..

Siti Safiyyah
nak tengok apa dan siapa yang aku dan Siti Safiyyah kipas tu,
klik la kat nama kitorang..

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Fariq kerana sudi menerima penyertaan aku pada saat akhir. Tahniah diucapkan buat diri sendiri. Tahniah diucapkan buat Siti Safiyyah. Jutaan tahniah diucapkan buat semua yang join segmen ni sebab kita semua adalah pemenang dan berjaya membuktikan kita mampu mengipas walaupun kita bukan kaki kipas. Heheh..

Sekian, salah silap terlanjur kata, terover excited, harap dimaafi.

SZ : Kalu nak bodek sangat, lebih baik bodek Allah Ta'ala. Banyakkan amalan dan berdoa kepada-Nya.

Thursday, May 5, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger

Cuaca tengah hari tadi tersangatlah panas. Akan tetapi, tiba-tiba aku terasa sejuk pulak. Setelah disiasat , rupanya ada seorang blogger telah mengipas aku. Haha.. Beliau berjaya membuatkan aku kembang semangkuk bila membacanya. Tak pasal-pasal seluar yang aku pakai hari ini terkoyak di bahagian punggung. Lawak dan risau pun ada sebab dia cakap aku hensem. Kalau perempuan takpe la jugak. Lelaki beb! Seram sejuk aku. Haha.. Thanks sebab sudi kipas. Nak tengok apa yang dia bodek-bodek aku tu? Klik The Crow Empire!

Setelah 8 kali aku membaca entry kipas Si Crow tu, aku pun macam teringin nak mengipas-ngipas jugak. Aku terjah blog Fariq. Tapi malangnya segmen tersebut telah ditutup! Betapa kecewanya aku. Akan tetapi, disebabkan perasaan yang membuak-buak ingin mengipas, lalu aku pun membuat surat rayuan, dan sepantas kilat aku pos laju-laju kat Fariq. Alhamdulillah rayuan aku diterima. Itupun sebab dia kata aku ada adik perempuan. Ciskek btul!

klik banner ini

Ok. Agak-agak siapa yang aku akan kipas? Adakah aku akan kipas seorang blogger famous yang mempunyai followers berjuta-juta dengan harapan dia akan buat entry balas mengenai aku? Dengan cara itu, pasti traffic aku akan mencanak menggila. Followers aku pula pasti bertambah secara mendadak. Dan, nama aku meletup sekelip mata! Hahaha.. Adakah? Owhh tidak sama sekali. Blogger yang akan aku kipas ni baru mempunyai 105 followers di saat entry ini ditaip. Dan beliau baru sahaja mula ber'blogging' tidak sampai sebulan.

"Woi! Blog followers ciput pun hang nak kipas? Hilang akal ke? Apa yang hang dapat?", terdengar bisikan nakal menyapa telinga capangku. Namun, aku tak peduli. Aku rasa blog ini harus dikipas dan diketengahkan. Sebab aku tengok dia sememangnya berbakat walaupun tidak sampai sebulan berblogging. Blog ini diberi nama Heroin Homo Sapiens. Dimiliki sepenuhnya oleh seorang gadis yang menggunakan nama samaran Cik Heroin. Err.. Heroin? Jangan salah faham. Bukan dadah. Maksudnya dia nak jadi heroin di mata emak, ayah, dan Yang Maha Esa.



Pertama kali aku masuk blog dia, aku ingatkan dia seorang blogger otai yang sudah lama bertapak dalam arena blogging ni. Sebab gaya blognya memang profesional. Template yang cantik, kemas, tidak serabut dengan widget-widget yang tak penting, ringan dan sememangnya sedap mata memandang. Entry-entrynya juga berisi dan bukannya sebuah entry yang sampah. Membuatkan hati aku terus terpaut dan jatuh cinta pada blog tersebut. Terus aku follow walaupun dia belum lagi follow aku, sekadar bertukar banner. Heheh..

Entry yang dia ketengahkan adalah mengenai kisah hidupnya serta yang bercirikan islamik dan santai. Bahasa yang digunakan juga sempoi dan mudah difahami. Kadang-kadang menggunakan english serta bahasa rojak. Tetapi tetap enjoy. Nak tau entry dia yang manakah paling menarik bagi aku? Entry tu memang kelakar dan mampu membuatkan aku tergelak hingga jatuh kerusi. Kisah pengalaman dia dengan adik dia masa sekolah rendah. Siap ada gambar diorang masa kecik lagi. Comel. Nak baca?

Klik link di bawah :

Walaupun rupamu tidakku kenal. Nama sebenar serta tempat tinggal asalmu juga tidak ku ketahui. Akan tetapi aku akui benar-benar jatuh cinta padamu Cik Heroin. Sudilah kiranya kau menyambut cintaku ini setelah puas aku mengipasmu. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita berdua pula akan dikipas di pelamin persandingan kita nanti. Muahaha.. Ok, merepek. Titik!

SZ : Panjang gila! Sapa yang baca sampai habis, angkat tangan! Sapa yang baca separuh-separuh, lepas tu terus komen, angkat ketiak! Heheh.. Kantoi! :D