Pages

Thursday, March 31, 2011

Fakta Yang Auta dan Sengal!

Tahukah Anda?

1. Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8. Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

[sumber : facebook]

SZ : Ada masa kita melawak.. Ada masa kita serius.. Ye tak? Heheh..

Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat


Salam.. Aku pun tak pasti ni segmen yang ke berapa aku join sebab aku seorang yang jarang join segmen, contest apatah lagi GiveAway.. Kali ni aku telah menjadi mangsa 'tagged' salah seorang pengunjung dan pengomen tetap blog aku ni iaitu The Crow Empire.

Apa yang membuatkan aku tertarik nak join sebab subjek assignment anjuran JT kali ni adalah Kak Diana Senyum-Senyum. Seorang pengunjung setia blog aku sejak awal aku blogging sampai sekarang. Masa tu followers aku belum cecah 100 lagi. Kak Diana ni aku dah anggap macam kakak aku dah. Yelaaa.. Aku mana ada kakak.. =(

Sebenarnya aku bukanlah orang yang layak untuk me'review' blog orang sebab aku sedar yang blog aku pun bukan bagus sangat. Tapi, dah nama pun assignment. Cubalah ye. Err.. Ok2.. Kita straight to da point! Taip berjela kang tak terbaca plak.

Apa yang best sangat dengan blog Kak Diana ni? (Errr.. Bukan aku nak kipas ok. Ini lahir dari hati yang tulus suci lagi murni. Heheh..)

i ) Aku sukakan entry-entry beliau yang bersahaja dan yang penting hampir 100% ideanya sendiri.

ii) Kerap menggunakan teguran pedas dan memerli tanpa mendedahkan aib jika beliau merasakan ada blogger yang patut ditegur. That's her style! I loikee.. Walaupun kadang-kadang aku sendiri terasa. Haha..

iii) Suka baca kisah berkaitan anak tunggal beliau, Maisara. Memang sentiasa buat aku gelihati dengan telatah dan loyar buruk yang mencuit hati.  Tak padan dengan kecik. Heheh..

iv) Rajin singgah komen kat blog aku tanpa jemu. Antara top commentators blog aku. (thanx akak!)

Ok.. Lepas kita puji kasi kembang semangkuk, kita kutuk la skit kan. Jangan marah pulak ye akak. Ini hanya cadangan. Lagipun Kak Diana selalu cakap, itu memang blog dia tapi khas untuk pembaca. So, pembaca ada hak untuk membuat kritikan membina. Kan.. =)

Apa yang perlu diperbaiki?




i) Header kurang hensem. Tapi aku tahu tu hanya header sementara. Sebab beliau dalam proses mendalami ilmu photoshop.. Heheh..

ii) Warna template sekarang bukan tak cantik. Cuma kalau boleh tukar warna yang lebih menyerlah dan ceria. Yang sekarang nampak macam suram dan kusam. Err.. Warna ais kacang. :D

iii) Post background biar cerah sedikit jika warna font hitam. Warna 'main background' biar gelap dari 'post background'.

iv) Widget follower jangan letak bawah header jika ingin menambah kelajuan loading blog.

Ok. itu saja.. Sebab JT suruh buat simple je. (yeke simple? mcm berjela je?) Ikut hati aku nak buat Part 1, Part 2 n Part 3. Hahah..

Sekarang aku nak tag :
Pengunjung setia blog aku dan Kak Diana. Heheh..

Nak join jugak? Klik banner Jejaka Terhangat kat atas tu!

Wednesday, March 30, 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman itu ialah :

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seseorang yang hanya masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tetapi tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang yang diundang menghadiri jamuan/kenduri tetapi tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu mempelajari ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa jiran tetangganya lapar, tetapi tidak diberi sedikit dari makanannya itu.

SZ : Aku memang kejam! =(

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



*Lihat juga link ini :

Sejarah dan Asal-Usul April Fool Bukan Fakta Yang Sahih!

1 April sememangnya sinonim dengan perayaan April Fool di barat. Sejarah dan asal-usul Perayaan April Fool juga selalu dikatakan bermula dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487 bersamaan dengan 892 H akibat diserang tentera-tentera Kristian setelah berkurun-kurun lamanya Islam bertapak di Granada. [artikel penuh klik sini]


Persoalannya, adakah fakta sejarah tersebut sahih atau tidak?

Kadangkala dalam keghairahan sesetengah orang Islam untuk membuang unsur-unsur bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka-reka cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Bukan bermaksud ingin mengatakan bahawa cerita asal-usul April Fool tersebut adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarah mengenainya.

April Fool ini sebenarnya berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Dengan menghebahkan cerita yang tidak berasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu sebaliknya menyebabkan Islam semakin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila 'Answering Islam', suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperkecilkan agama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan. Walaubagaimanapun, website tersebut sudah dihapuskan.

Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Jika digunakan dengan bijak, ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.

Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu kesahihannya. Tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz supaya kita sendiri tidak terkena 'fool' dek sejarah April Fool dan menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, samada sejarah tersebut sahih atau tidak, perayaan April Fool tetap tidak boleh disambut atau diperbesar-besarkan oleh orang-orang Islam kerana ia mempunyai unsur-unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai murni dalam Islam.

Sehebat mana kita mengkaji dan berfikir, Allah tetap Maha Mengetahui. Wallahu'alam....

[rujukan : minda rakyat]

Lihat juga link ini :
Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

SZ : Ramai yang telah di'fool' oleh sejarah April Fool yang fool oleh mereka yang fool. =.='

Tuesday, March 29, 2011

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI 
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING 
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA 
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA 
Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT 
Banyak kajian saintifik yang dijalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU 
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

[sumber]

SZ : Jangan ingat orang gemuk saja ada kolestrol.. Orang kurus pun ada ok!

Monday, March 28, 2011

Kisah Si Penjual Tempe


Dah macam nugget aku tengok tempe ni... Heheh..

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa :

“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.

Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu, hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu, hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

“Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya

“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu : “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

[iluvislam]

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Sunday, March 27, 2011

Penyamun Cuba Pecah Rumah dan Premis Family Aku!

Semalam aku tidur pukul 2.00 pagi. Tidur lewat sebab tunggu staff hantar kunci cybercafe dengan duit income punya pasal. Lebih kurang 2 jam aku lelapkan mata, tiba-tiba ayah aku kejut aku. Ayah cakap ada orang ceroboh masuk kawasan premis perniagaan kami yang terletak hanya di sebelah rumah. Aku dalam keadaan terpinga-pinga dan separuh mamai pun bangun. Aku tengok jam menunjukkan pukul 4pagi.

Keluar dari bilik, aku tengok ayah aku terhendap-hendap di sebalik langsir. Siap pegang senapang lagi. Wah! Ini kes serius ni. Lepas tu, ayah aku ajak aku keluar rumah untuk tengok kelibat yang dikatakan tu. Dengan bersenjatakan kayu bambu buta dan torchlight bagi menerangi kegelapan malam, aku keluar mengikut ayah aku.

Sedang kami terhendap-hendap mencari kelibat tersebut, dari jauh aku nampak bayangan dua orang sedang mundar-mandir di hadapan pagar. Aku berbisik memberitahu ayah aku. Memandangkan mereka sudah menaiki motor untuk melarikan diri, ayah aku terus melepaskan tembakan ke langit bagi memberi amaran bahawa mereka mungkin terbunuh jika kembali membuat onar di kawasan kami.

Selepas itu, dengan bantuan tiga orang kampung, kami cuba menjejaki mereka dengan motosikal. Ayah aku dengan hanya berkain pelikat tanpa baju dan senapang patah masih di tangan membonceng di belakang. Namun, kelibat mereka gagal dikesan. Berdasarkan maklumat Gee kedai Pattani depan rumah aku tu, dua orang penyamun tersebut berusia dalam lingkungan 20-an. Dia yang call ayah aku untuk bagitau yang dia nampak ada kelibat mencurigakan di hadapan pagar kami semasa dia sedang menutup kedai. Mujur premis kami selamat dan belum sempat dipecah.

Minggu lepas, masjid baru kampung aku kena pecah. Set amplifier kena curi. Kawasan ni memang line panas. Kalaulah dapat cekup dua ekor malaun penyamun tu tadi, memang lunyai kena balun. Geram betul aku. Diorang bukan sahaja telah menceroboh kawasan rumah aku, malah telah mencuri mimpi-mimpi indah aku! Demm!


SZ : Kempunan nak pukoi orang.. Heheh..

Friday, March 25, 2011

Awek Siam Yang Gelabah

Suatu petang yang indah.. Di sebuah kedai warga Pattani di Pokok Sena, Kedah..

Aku : Bungkus teh ais 3! (Sambil menunjukkan isyarat 3 jari)
Awek Siam : Berapa bungkus? Sebungkus?
Aku : Aduyai.. Jari saya nampak macam tunjuk 1 kah? (sambil menunjuk isyarat 3 jari ke mukanya)
Awek Siam : Owhh.. Ok.. (Tersengih-sengih..)

Awek tu mula membancuh air. Aku berdiri sambil melihat awek tu bancuh air..

Awek Siam : (Menggelabah) Kamu jangan tengok saya macam tu. Saya tak boleh buat kerja kalau orang tengok..
Aku : Err.. Macam tu pulak..? Ok, fine. (Tutup mata guna tangan)

Selang beberapa minit...

Awek Siam : Bungkus ikat tepi ya?
Aku : Waduhh.. Takkan 3 bungkus nak ikat tepi? Takkan saya nak minum sorang 3 bungkus ni. Ini orang order la..
Awek Siam : Betul jugakk.. (Muka merah.. Makin gelabah)
Aku : Berapa semua ni?
Awek Siam : RM3.60sen..

Awek tersebut menghulur air tanpa melihat muka aku. Aku pula menghulur duit kepadanya.. Tapi duit tersebut melayang jatuh...

Aku : Berat sangat ke duit kertas tu?
Awek Siam : Err.. Sebenarnya saya malu la..
Aku : Lorhh.. Nak malu kenapa?
Awek Siam : Sebab kamu ganteng bangat sih....

Nahhh.. Tercengang aku! Awek Siam terkeluar cakap indon bila gelabah! Haha.. Adeyh.. Ini macam pun ada ka.. Pantang aku dress-up smart sikit. ;-p

*Perbualan sebenar adalah dalam loghat Pattani.. Namun, penulis telah menterjemahkannya ke dalam bahasa yang lebih mudah difahami.. Cewahh.. Heheh..


SZ : Entry bajet ensem.. Haha..

Lawak Hitler : Bagaimana Konspirasi Video Skandal Seks Terdedah

Alahai.. Siapalah punya kerja yang rajin sangat edit-edit subtitle ni.. Memang kreatif dan lawak. Seolah-olah mengajak kita berfikir dan menggambarkan apa sebenarnya berlaku ketika konspirasi video skandal seks Anwar Ibrahim yang didalangi oleh Datuk Trio. Siyes lawak! Gelak guling-guling aku tengok. Yang paling aku tak tahan, bila dia sebut perut boroi, sambil pegang perut. Memang timing cantik la! Haha.. Kreatif!

Sebelum ni dah ada video Hitler dengan subtitle lawak. Mengenai proton inspira dan filem 2 alam. Kali ni mengenai konspirasi skandal seks la pulak! Video yang sama! Video ni difahamkan paling banyak digunakan untuk membuat lawak macam ni di seluruh dunia.

Tengokla! Best! Rugi kalau line interenet lembap. Heheh..


SZ : Ini bukan entry politik.. Heheh..

Gambar dan Video Gadis Cuba Bunuh Diri di KB Mall



KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya. -hm

PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit


MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.

TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.

DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.



[sumber]




SZ : Mujurlah Allah masih beri peluang untuk dia bertaubat.. Kalu mati bunuh diri, cium bau syurga pun tak boleh. Betapa hinanya. Alahai.. Dah takdak cara lainkah nak selesaikan masalah?

Seloka Facebook Oh Facebook!



Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

credit : shahmuzir


SZ : Dulu aku ketagih facebook.. Sekarang ketagihan blogging telah mengatasi facebook.. Heheh..

Thursday, March 24, 2011

Beza Air Mani, Air Mazi dan Air Wadi

Air Mani
Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air Mazi
Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air Wadi
Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah. Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.

Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib? SILA KLIK SINI!

Wednesday, March 23, 2011

Mak Aku Masuk TV9! Tahniah!


Salam.. Hari ni semua kecoh dengan result SPM kan. Hari ni juga Mak aku masuk TV9 pukul 8 mlm tadi. Bukan sebab Mak aku pelajar SPM paling tua. Haha.. Hampeh btoi hangpa ni. Mak aku cikgu la! Student Mak aku pecah rekod sekolah. Pelajar pertama dapat result cemerlang 8A 1B kat sekolah tu. Sekolah luar bandar. Biasalah.. So, TV9 datang sekolah Mak aku untuk interview pelajar perempuan tu. TV9 nak interview Mak aku, tapi Mak aku taknak. Mak aku cakap dia tak gila glamour. Haha.. Cuma gambar Mak aku diambil ketika menyerahkan slip result SPM kepada pelajar cemerlang tersebut.

Sebenarnya aku sendiri tak tengok TV9 tadi sebab tak sempat. Terlepas beberapa saat. Ada sesiapa buat rakaman tak? Bagi kat aku! Kesian Mak aku. Mak aku pun terlepas nak tengok diri neliau sendiri kat dalam TV. Heheh.. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut di atas kejayaan memecah rekod SMK K.Nerang. Tapi sayangnya mata pelajaran yang beliau dapat gred B tersebut adalah Pendidikan Islam. Apa sudah jadi? Kalau tak, dah dapat straight A. Tahniah juga kepada Mak aku sebab pelajar kelas beliau mencatatkan kelulusan 100%. Mak aku ajar English dan Kimia. (tak tanya pun)

Jutaan tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Kepada yang gagal, jangan terlalu bersedih. Menyesal sekarang dah tak guna. Jadikan kegagalan ini sebagai batu loncatan untuk lebih maju ke hadapan. Lagipun apa nak dirisaukan. Aku tengok yang dapat 4A pun gelabah takut tak dapat nak masuk IPT. Zaman sekarang tak ada A pun boleh masuk U la. Heheh..

SZ : Result aku dulu berapa? Sapa boleh teka? Haha.. Aku belajar tak pandai la.. So, takyah la tau.. :D

Hukum Bercumbuan Tanpa Zina

Soalan : Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?

Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

- Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
- Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
- Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.

oleh : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

mia sara dan lisa surihani.. (sekadar gambar hiasan..)

* Lihat juga Khasiat Bercium

Datuk T (Trio) Akhirnya Tampil Buat Pengakuan

Datuk 'T' yang dikecoh-kecohkan sebelum ni rupanya terdiri daripada 3 orang. Datuk 'T' sebenarnya stand for Datuk Trio. Susulan pendedahan YB Johari mengenai dalang skandal video seks (lihat SINI) dalang yang dimaksudkan kini tampil ke depan untuk membuat pengakuan. Berikut ialah versi video :



Dan berikut ialah sidang akhbar mengenai isu ini ;

KUALA LUMPUR, March 23 — Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut. - Malaysia Kini


credit

SZ : Makin lama makin kantoi..

Gempar! Kenyataan Akhbar Dato Johari Bongkar Identiti Datuk T!


KENYATAAN AKHBAR OLEH DATO' JOHARI ABDUL

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (Johari Abdul) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

***************************


Dato' Shazril Eskay

KLIK LINK DI BAWAH
Dato Shazril Eskay Abdullah is the Datuk T?


SZ : Maaf diucapkan buat pembaca setia blog ini yang tidak gemarkan isu politik.. Aku hanya inginkan kebenaran.. Wallahu'alam..

Pemalsuan Video Seks Anwar Ibrahim Guna Teknik Latex Perfection?

Persoalannya.. Adakah mustahil seseorang itu boleh ditukarkan wajahnya dengan wajah orang lain tanpa cacat cela sedikit pun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun tidak dapat mengecamnya? Dengan perkembangan teknologi dunia sekarang, semua itu adalah tidak mustahil.

Teknologi itu sudah lama wujud di Hollywood! Mereka menggunakan apa yang dipanggil "latex perfection" untuk menukarkan wajah seseorang daripada muda kepada tua dan sebaliknya. Daripada perempuan kepada lelaki, daripada berkulit putih kepada berkulit hitam, daripada John malkovich kepada Arnold Shwezenegger!

"Full-head latex masks can be made so perfectly that it is impossible to tell the wearer from the person he is impersonating until the moment he pulls off his face by grabbing an invisible seam at the back of his jaw. Even close acquaintances and family members will be fooled. Masks of this quality can completely alter the shape of the wearer's face and head, even to the point of making them thinner or smaller as needed, regardless of common sense or physical law. Best of all for those who need them, masks of such exquisite detail can be made without resorting to casting the face of the target — a couple of small black-and-white photos will do just fine as a reference." baca selanjutnya di sini.. http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LatexPerfection

Lihat gambar di bawah. Percaya tak bahawa wajah wanita tersebut boleh dimekap sehingga menyerupai lelaki berkulit gelap tersebut?


Lihat video di bawah..




Berbalik kepada kes Anwar Ibrahim.. Adalah tidak mustahil seseorang itu boleh ditukarkan kepada wajahnya tanpa cacat cela sedikitpun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun boleh tertipu dengannya. Apakah tidak mungkin seseorang yg begitu terdesak boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk mengupah seseorang untuk melalui proses transformasi latex perfection ini dan melakonkan adegan panas dan berani seolah-olah mangsa konspirasi fitnah itu yang melakukannya? Tidak mustahil bukan?

Atau, mungkin juga boleh guna teknologi seperti ini. sila KLIK SINI! untuk melihat video tersebut.

Oleh itu wahai saudara- saudariku sekalian, ambillah ingatan tentang ayat ini..

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Mengapa Allah perintahkan 4 saksi? Kerana manusia boleh memanipulasi apa saja untuk mencapai hasrat busuk mereka.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Wallahu'alam.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

SZ : Banyak lagi kejanggalan yang ditemui berkaitan isu video tersebut. Semoga kebenaran akan terungkap jua.

Tuesday, March 22, 2011

Permainan Politik Malaysia Semakin Kotor dan Jijik


Aku sebenarnya malas nak ulas isu panas ni. Tapi, makin lama aku tengok politik Malaysia semakin hari makin macam bangang. Semakin kotor dan penuh kejijikan. Jadi, aku nak ulas serba sedikit. Untuk membuka mata sahabat sekalian. Bacalah sekejap. Isu artis melayu pakai baju seksi nampak t*t*k hangpa nak sangat ambik tau. Apakata, luangkan sedikit saja masa habiskan entry ni. Bukan senang aku nak bicara panjang lebar soal politik ni. Terlampau geram sangat. Thanx.. =)

Mungkin ada yang cakap " Ah! Lantaklah! Aku tak minat politik!". Kalau hang tak minat politik dan tak ada pendirian, kononnya neutral, kat akhirat nanti hang nak jawab apa? Kalau hang pangkah pemimpin dayus yang membenarkan isterinya berpakaian tapi telanjang, yang terang-terang menyokong maksiat, hang nak jawab apa kat akhirat nanti? Degil dan tak mau ambik tau jugak pasal politik? Hangpa pindah la dok negara republik, diktator. Senang kan! 

Sekarang ini sememangnya hangat dengan isu video skandal seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa pemimpin utama pembangkang itu sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan seorang wanita muda tak dikenali di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Konspirasi demi konspirasi timbul untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Setelah tuduhan liwat 1998 terbukti gagal, Saiful Bukhari pula muncul meneruskan Konspirasi Fitnah II juga dengan tuduhan liwat. Kini, fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak, musuh politik Anwar terpaksa mencipta fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi Anwar sekaligus membunuh karier beliau.

Bodoh sangatkah Anwar tu? Kes liwat belum selesai, tak kan nak cari pasal buat kes baru? Agak menjanggalkan apabila video yang dirakamkan pada 21 Februari itu dikatakan ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bodoh sangatkah Anwar nak rakam aksi seks beliau, lepas tu tinggalkan rakaman tu kat bilik hotel tu? Tambah pelik apabila pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak Anwar dan isterinya meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video tersebut didedahkan kepada umum. What the? Nampak sangat ianya taktik jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ada yang mempersoalkan, kenapa Anwar takut nak serahkan DNA dia. Jika difikirkan, jika Anwar menyerahkan DNA beliau, ia ibarat menyerahkan lehernya untuk disembelih. Kenapa? Sebab puak-puak jahat tersebut akan mempengaruhi hasil ujian DNA tersebut demi memastikan perjuangan Anwar terkubur dan teraniaya. Konspirasi Liwat 1998 juga sudah terbukti satu konspirasi kerana memaparkan video klip palsu. Tidak mustahil kali ini juga sangat palsu.

Media pro kerajaan sememangnya tidak boleh dipercayai. Laporan berat sebelah menyembunyikan serta memutar-belitkan fakta dan menyebarkan auta mengikut telunjuk kerajaan. Tolonglah buka mata! Jangan terus-menerus menjadi pencacai. Elakkan mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan melalui media massa pro-kerajaan. Banyakkan mengorek maklumat melalui internet bagi memastikan anda tidak dikaburi dengan fitnah dan pembohongan. Siapa lagi nak ubah nasib negara kita melainkan anak-anak muda? Hangpa pun tau kan. Salah satu petanda kiamat, fitnah semakin berleluasa. Inilah dia!

Semakin banyak fitnah yang melampau dan terlampau akan menyebabkan orang makin tak percaya. Kecuali golongan pencacai UMNGOK yang tidak mahu berfikir menggunakan akal fikiran yang logik. Aku percaya, konspirasi terbaru ini akan memakan puak pemfitnah itu kembali. Kini tibalah masa untuk kita bertukar angin. Sampai bila nak menjadi hamba kepada pemimpin zalim? Nama saja negara Islam, tapi tengoklah isteri pemimpin?

Persoalannya, adakah benar lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Jika benar wajah lelaki tersebut sama seperti Anwar, nak tahu apa taktik serta teknik yang mungkin puak jahat tu gunakan untuk mencipta watak dalam video tersebut? Kalau nak tahu, tunggu entry panas yang seterusnya nanti. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Aku pun takmau ulas panjang walaupun sebenarnya dah terpanjang. Rajin-rajinlah godek-godek internet. Internet saja yang boleh dipercayai sekarang ni sebab media sudah dimanipulasi oleh KERAjaan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga segala fitnah dan kejahatan akan terbongkar suatu masa nanti. InsyaAllah.. Kebenaran pasti akan muncul. Salah silap, harap dimaafi.

Sekian, Wallahu'alam..

Ketinggalan keretapi serta tak tau apa sebenarnya yang berlaku disebabkan anda bagai katak di bawah tempurung? klik link ini : Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

SZ : Terpolitik la plak blog aku kali ni. Maaflah. Sekadar ingin mencari kebenaran. Tolong jangan tangkap aku! Tak kawen lagi ni..

Giliran Blog Aku Kena Hack?

Salam.. Ada sesiapa yang datang nak melawat blog aku tadi, tapi tak boleh nak buka? Pagi tadi aku buka blogger.com untuk update aku punya blog. Bila nak preview, tak boleh. Alamak.. Aku dah mula cuak. Aku fikir mungkin sebab browser. Aku guna Google Chrome. Jadi aku cuba guna Mozilla plak. Tapi, tetap loading failed. Aku cuba berfikiran positif lagi. Mungkin sebab masalah internet kat tempat aku. Tapi, bila Syed Graphix tegur aku kat Twitter bertanyakan sebab apa blog aku tak boleh nak bukak, aku makin cuak. Alamak! Maknanya satu dunia tak boleh tengok blog aku. Arghhhh.. Memang tension.

1- url blog aku tak boleh nak loading sprt biasa
2- blog aku masih boleh dilihat, tetapi terpaksa menggunakan cached copy.

Takkan blog aku kena hack macam Izamir Ridzwan jugak kot? Tapi, nak kata kena hack, dashboard aku boleh log in dan update macam biasa. Cuma tak boleh nak preview. Jadi, aku pun try la godek-godek kat bahagian Setting. Dan aku tengok benda alah kat bawah ni.


Aku rasa, sah ni masalah domain. So, aku pon hantar email kat syarikat yang menguruskan domain aku untuk bertanya mengenai masalah tersebut. Diorang pun reply seperti di bawah :
Due to some problem, some of our customer will have problem with their domain.. We are very sory for the problem cause by our company and we will solve this problem as soon as possible.. All the problem is on the way to be proceed... We are very sorry because we cannot give any time frame when the problem will be solve... As we detect the problem only affect the domain that has been register in Asia only.. Other country like US and Europe dont have this problem... Thank you...
Ternyata memang benar masalah domain. Semua domain yang berdaftar dengan syarikat tersebut menghadapi masalah yang sama. Lega la sedikit. Aku ingat aku sorang saja yang bermasalah. Tapi, tension tetap tension. Nak maki, tapi sabar sajalah. Dugaan. Nak buat macam mana.

Alhamdulillah.. Sekarang dah ok semula. Dah puas aku bermaki-makian. Tension woo!! Tangan ni dah gatal nak update isu panas. Waduh! Traffic kompom jatuh merudum hari ni. Penat aku maintain selama 2 minggu ni. Dugaan btoi! Hilang sekejap mood blogging! Susah jugak pakai domain sendiri ni eh. Heheh..

Monday, March 21, 2011

Kita Perlukan Jerung Dalam Kehidupan

Mungkin anda sudah tahu dan pernah dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji.

*********************

Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di Jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat Jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan Jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan Jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat Jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat Jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di Jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat Jepun tidak gemarkannya. (Huh! Cerewet gila orang Jepun!)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di Jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di Jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Anda nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan anda nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

credit

Pengajarannya
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup", "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran-cabaran serta tekanan-tekanan yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.

Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan anda lebih bertenaga dan lebih berjaya.

Sunday, March 20, 2011

Koleksi Gambar Supermoon Yang Menarik Dari Seluruh Dunia

Salam.. Semalam ada sesiapa yang tak dapat tengok dengan mata sendiri Fenomena Supermoon? Pada mulanya semalam, langit di kawasan rumah aku dilitupi awan mendung. Sehinggalah pukul 1.00 pagi baru awan yang melindungi bulan mula beredar. Aku sanggup tunggu sebab tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri kebesaran Allah dengan mata kasar aku. Fenomena ganjil yang jarang berlaku.

Aku ada ambil gambar. Tapi sebelum layan gambar-gambar yang aku tangkap, apakata kita layan dulu koleksi gambar supermoon atau bulan besar dari seluruh pelusuk dunia pada 19 Mac 2011 semalam. Sangat cantik. Subhanallah..


Revellers stand beside St Michael's Tower on Glastonbury Tor, Somerset, watching the moon as it is at its closest point to Earth for two decades
The moon as seen from the end of Worthing Pier in Sussex, looking east towards Beachy Head
The moon is seen behind the top of the radio and television tower 'Funkturm' in Berlin
View of a full perigee moon over Manila, Philippines
The moon rises over east London
The full moon is seen as it rises near the Lincoln Memorial, in Washington DC
Moonhattan: The oversized moon adds to the lights of New York City as it rises over the city skyline
A rugby match in Headingley, Leeds is bathed in an orange glow
Lihat lagi gambar menarik di dailymail.co.uk


Cantik kan? Jom tengok gambar supermoon yang di ambil dari area rumah aku di Pokok Sena, Kedah. Heheh.. Aku guna kamera digital cikai saja. Belum mampu nak pakai dslr macam hangpa. Aku upload ni pun sebab Farah Aina yang suruh. Sebab dia cakap aku ada bakat jadi photographer profesional. Ahahaha.. ;-p


lingkungan pukul 1.00 pagi
lingkungan pukul 1.00pagi
lingkungan pukul 1.00pagi..
lingkungan pukul 7.00 pagi
lingkungan 7.00pagi
pukul 7.20pagi. Dah macam matahari aku tengok..


SZ : Subhanallah.. Speechless..

Tiket Penerbangan Melarikan Diri Dari Bumi Pada Hari Kiamat 2012?

Ada web menawarkan tempahan tiket kapal khas untuk keluar dari bumi bagi melarikan diri dari Hari Kiamat? www.escapeearth2012.com


Haha.. Boleh plak macam tu eh? Diorang ingat kiamat ni kat bumi je kot. Diorang ingat boleh lari dari Hari Kiamat. Sangat mustahil la. Dah tu, siap tau plak tarikhnya bila. Kat bawah ni aku ada buat sedikit terjemahan daripada isi kandungan web gila tersebut. Aku terjemah mengikut kefahaman aku dan bantuan google translate. Aku bukan terer english sangat. Aku dapat tahu pasal web ni pun daripada Cik Bulat.



KIAMAT SUDAH DEKAT! TAPI IA TIDAK HARUS BERAKHIR!

Tempah tiket sekarang untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan bagi memastikan perjalanan yang selamat ke dunia baru.

Seperti mana yang kita tahu, dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012! Anda bertuah kerana berpeluang menyelamatkan diri dan yang tersayang dari Hari Kiamat di Bumi dengan menempah tiket kapal USS Ark 2012 untuk melarikan diri. Apa itu USS Ark 2012? Ia adalah satu-satunya pesawat untuk melarikan diri yang akan memberikan perjalanan yang selamat ke planet baru dan membina habitat baru di sana.

Bayangkan hari ini 21 Disember 2012, anda baru sahaja mendapat berita dunia ini bakal berakhir. Apa yang akan anda lakukan sekarang? Anda hanya ada beberapa jam sahaja lagi dan mungkin juga hanya beberapa minit sebelum semuanya berakhir. Semua orang bertempiaran lari bagai orang gila untuk mencari jalan menyelamatkan diri. Tapi anda tidak perlu bimbang sebab anda sudah menempah tiket Escape Earth. Anda boleh menyelamatkan diri bersama yang tersayang ke planet baru dan memulakan kehidupan yang baru di sana.

BERTINDAK CEPAT! TEMPAT ADALAH TERHAD!

EscapeEarth2012.com adalah satu-satunya pembekal rasmi tiket untuk melarikan diri dari hari kiamat akan datang di Bumi, dan belum lagi satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup anda. Bahkan, kami menawarkan jaminan pulangan 100% wang bahawa anda akan selamat pada Hari Kiamat 2012 nanti.

PILIH PAKEJ PERJALANAN ANDA!







Hahaha.. Lawak betul. Tapi, gelak pun gelak jugak. Sekurang-kurangnya diorang ada jugak buat persediaan bagi menghadapi Hari Kiamat yang maha dahsyat tu dengan cara diorang. Kita? Dah betul-betul bersedia kah? Tepuk dada, tanya iman. Wahai muslimin dan muslimat sekalian.. Berimanlah dan bertaqwalah dengan sebenar-benar iman dan taqwa sebelum terlambat. Sekadar nasihat untuk diri sendiri.