Pages

Sunday, February 27, 2011

Happy 48th Birthday To My Beloved Mom!


Tanggal 27 Feb 1963, lahirlah seorang insan yang bernama Norhaliza binti Dintan iaitu mak aku. Pada mulanya, Tok Wan aku nak bagi nama Siti Norhaliza kat mak aku. Tapi disebabkan Tok aku kurang gemar nama Siti, maka lekatlah nama Norhaliza. Kalau tak, dah hampir sama nama dengan Datuk Siti Nurhaliza. Heheh..

Hari ini, 27 Feb 2011, sudah genap 48 tahun umur bonda aku yang tercinta. Insan yang paling banyak aku buat dosa. Insan yang paling banyak aku kecikkan hati di dunia ini samada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Terlalu banyak jasa-jasa beliau membesarkan aku yang tidak mungkin terbalas oleh aku. Ampunkan segala dosa-dosa Abg Long Mak! Halalkan makan minum, air susu serta titik peluh Mak.

Selamat Hari Lahir Abg Long ucapkan buat Mak. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati Allah. Semoga Mak sentiasa bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta. Diharapkan Mak sentiasa tabah dan sabar menghadapi pelbagai dugaan yang tidak putus-putus menimpa keluarga kita. Semoga ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

Selamat Hari Lahir yang ke-48 Mak! I Love You So Much! Muahh!!!

Saturday, February 26, 2011

Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku?

Salam A'laik.. Bulan ini memang bulan berpenyakit untuk aku. Minggu lepas aku mengalami BENGKAK KELENJAR. Bengkak kelenjar dah ok dah. Tapi 2 hari lepas, aku mengalami bengkak buku lali di bahagian kaki kiri. Bengkak buku lali tu disebabkan luka akibat tergelincir terkena batu. Aku anggap tu hanya luka biasa. Luka tersebut terjadi Jumaat minggu lepas. Kiranya dah seminggu, tapi kelmarin baru start membengkak.

Petang semalam di bahagian bengkak tu, timbul kemerah-merahan. Kemerahan tersebut melarat hingga ke betis. Berbintik-bintik macam gigitan nyamuk. Otot betis dan paha aku pula terasa sengal. Nak berjalan pun sakit. Terhincut-hincut. Terasa kejang.

Tadi aku pergi check kat klinik. Doktor pun tak pasti apa sebenarnya penyakit tersebut. Nak kata denggi, kenapa bahagian kaki sahaja ada bintik merah? Nak kata jangkitan kuman akibat luka di buku lali, pun tak pasti sebab kaki kanan pun ada jugak bintik-bintik merah tu. Last sekali, doktor syak mungkin penyakit PURPURA. Tapi doktor tak sure. Doktor buat surat, besok kena pergi blood test kat hospital. Mudah-mudahan semua selamat dan dihindari penyakit berbahaya.

Anak panah menunjukkan luka di buku lali aku. Dah jadi kuping pun. Tapi, baru bengkak. Dan kemerahan + kebiruan..

SZ : Ada sesiapa tau tu penyakit apa?

Friday, February 25, 2011

Tips Penjagaan Kesihatan Menurut Islam

1. Mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda yang mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti berkesan).

2. Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan spt :-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

3. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit.

4. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

5. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil dan boleh merosakkan usus kita.

6. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Rasulullah Dan Sebiji Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


SZ : Kalau kita? Benda tak sedap, dikongsi. Benda sedap, makan sembunyi.

Thursday, February 24, 2011

Malam Pengantin Yang Dahsyat! Bersediakah Anda?

Untuk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan
Kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali

Di hujung hidup nanti
Berlangsungnya perkahwinan dengan maut
Hantarannya...sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis

Pengantin dimandikan...
Dipakaikan baju cantik putih bersih
Wangian gaharu dan cendana
Keranda jadi pelamin
Pengantin bersanding sendirian

Diarak keliling kampung
Berkompang azan dan kalimah kudus
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahad

Saksi pula batu-batu nisan
Siraman air mawar
Keluarga terdekat menepung tawar
Tiba masa pengantin
Menunggu sendirian

Malam pertama bersama kekasih
Di kamar bertilamkan tanah
Dan DIA menuntut janji
Sucikah kita tatkala berpadu

Pernahkah taubat sepanjang hayat
Atau terkubur bersama dosa-dosa
Dan Dia kekasih itu
Menetapkanmu ke syurga
Atau melemparkan dirimu ke neraka....

Blog Hijau

En. Azman Roslan, Pengasas Blog Pilihan Malaysia, tampil dengan segmen baru iaitu Blog Mengikut Warna. Blog aku warna Hijau, so aku join kategori HIJAU la.

Syarat-syarat


Kenapa blog aku bertemakan HIJAU?

Sebab HIJAU is my feveret kaler. HIJAU juga tidak menyakitkan mata, malah baik untuk mata. Aku nak mata setiap pembaca blog aku sentiasa segar dan sihat. Kalau mata hangpa sakit, macam mana hangpa nak mai baca blog aku kan? Cuba tengok blog aku! Ada rasa silau dan menyakitkan mata tak? Tenang tak? Hehe.. Mungkin ada jugak yang tetap sakit mata sebab hang memang benci HIJAU. Kan! Heheh..

HIJAU juga adalah simbol keIslaman, warna kegemaran Rasulullah dan warna syurga. Sila rujuk Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran. Selain itu, warna HIJAU turut diakui sebagai warna yang melambangkan cinta, keharmonian, alam semulajadi, kesihatan, minda dan lain-lain lagi. Sila rujuk Maksud dan Simbolik Warna Hijau. Terbukti warna HIJAU terlalu banyak keistimewaannya.

InsyaAllah, aku akan kekalkan tema HIJAU ini untuk jangkamasa panjang. Sebab warna HIJAU juga membuatkan orang ingat blog aku. Contohnya, Cek Chun menggelarkan aku Budak Hijau. Nasib baik bukan Toyol Hijau. Hehe.. Warna tema syarikat family aku pun kaler HIJAU. Bumbung rumah kaler HIJAU. Bendera parti? Errr.. No komen.. Heheh.. Tetttt~~~

Terima kasih kepada Lady Green Ayuni sebab tagged saya.
Now, I want to tag : 
dan semua blog HIJAU.

Yang warna lain pun boleh join ikut kategori warna masing-masing. Maklumat lanjut, KLIK SINI!

SZ : Rindu plak kat nama lama blog aku, Green Syndicate.

Wednesday, February 23, 2011

Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran

Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.


Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.

SZ : Bertukarlah ke warna HIJAU! Tinggalkan warna BIRU! Jom pakat-pakat kalih! Heheh.. :D

Maksud dan Simbolik Warna Hijau

Apakah itu warna HIJAU?

Hijau adalah Green

CINTA
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.


ISLAM
Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.


ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan, tumbuh-tumbuhan dan juga air terjun.

HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat terbuka.

PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.

WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat dalaman.

PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.

KAYU
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen kayu. Atau dekat dengan erti alam. Elemen kayu dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.

SZ : Ehem2.. Lihat blogku.. ;-p

Tuesday, February 22, 2011

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia

Berikut di Paparkan 10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

10. Botak
Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.

9. Lactose Intolerance
Tidak boleh minum susu.

8. Jerawat
Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.

7. Mempunyai Kembar
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi sosial anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)

6. Penyakit Jantung
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.

5. Obesity
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.

4. Buli
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.

3. Buta Warna
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.

2. Kanser Payudara
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

1. Alcoholism
50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi di negara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

*source : Selatan Online

SZ : Nasib baik penyakit malas bukan penyakit keturunan.

Monday, February 21, 2011

Bengkak Kelenjar

Hari Jumaat lepas aku demam. Demam sekejap, lepas tu kebah balik. Cuma bahagian leher aku terasa sakit di bahagian bawah telinga. Nak telan air liur pun perit. Kadang-kadang kesakitan tu merebak hingga kepala. Berdenyut-denyut kepala hotak aku umpama orang kena migrain. Terasa bengkak dan keras di bahagian kelenjar. Simptom apakah ini? Aku mula risau sebab adik aku pernah dibedah akibat kanser thyroid pada tahun lepas. Kebarangkalian untuk aku turut kena tu ada.

Bangun pagi tadi, aku terasa kesejukan yang teramat sangat. Sehingga aku terpaksa berselimut menggunakan toto. Ya! Aku demam lagi. Kali ni aku ajak mak aku pergi poliklinik. Sambil nak check kenapa kelenjar di leher aku bengkak dan sakit.

Sampai di klinik, doktor pun menjalankan siasatan. Mula-mula, dia check telinga aku. Dia cakap telinga macam aku susah dapat penyakit. Haha.. Gurau kasar betul doktor tu. Mentang-mentang telinga aku capang. Lepas tu dia check bengkak di leher aku. Dia cakap itu cuma jangkitan kuman di bahagian kelenjar. Cis! Sejak bila aku makan kuman? Doktor tu pun bagi la 3 jenis ubat. Antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Yang bestnya semua ubat tu kaler hijau. Macam tau-tau plak aku suka hijau. Heheh..

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit. Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

bahagian kelenjar aku yang bengkak adalah di dalam bulatan tersebut

SZ : Harap-harap tu hanya sakit biasa. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Kepala aku pening! Nak sambung tidoq. Maaf.. Harap anda memahami. Salam A'laik..

Sunday, February 20, 2011

Kelebihan Isteri Kurang Cantik

Salam A'laik.. Ini ada sedikit info mengenai kelebihan beristeri kurang cantik (ayat sopan gitu..) Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana. Tapi memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan..

Isteri anda kurang cantik? Atau dalam bahasa kurang ajar, HODOH? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Malah, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik.

Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun, tapi bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang. Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut? Mungkin kurang didikan agama je. Heheh..

*****************************

Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik: 

KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya. Pakai bedak yang biasa-biasa saja. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor henpon, e-mail, facebook, dan sebagainya. Err.. Blog?

RAJIN BEKERJA 
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar, terkena cahaya matahari, tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras. Semua kerja rumah, housekeeping, biasanya diuruskan dengan baik. Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, tapi suka melawan pulak. Haish!

LEBIH TAAT 
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”. Queen control! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin. Bajet bagus! Upss..

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah. Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan.

*****************************

Walau apa jua, suami pun penting juga. Jangan ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak. Heheh.. Serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik. Biar cantik di mata suami dah la.

Err.. Ada bantahan? Kak Diana? Ada nak wat entry balas? Kelebihan Suami Tak Hensem? ;-p

Yo Soy Betty La Fea

SZ : Sesunguhnya kecantikkan sejati itu ada pada hati budi.

Saturday, February 19, 2011

Mimpi Dahaga dan Buang Air

Tiga hari berturut-turut kepala aku berdenyut-denyut. Semalam, kesakitan kepala aku semakin menjadi-jadi. Kesakitan yang maha dahsyat bagaikan migrain. Sehinggakan aku terfikir yang bukan-bukan. Adakah barah otak? Sampai macam tu sekali gambaran betapa sakitnya kepala aku semalam. Badan pula mula lemah dan terasa sejuk. Lepas solat maghrib, aku terus tidur berselimut bagi meredakan kesakitan.

Ketika tidur, aku bermimpi. Dalam mimpi tersebut aku berasa sangat haus. Pelbagai jenis air aku minum, tapi dahaga tersebut tidak juga hilang. Bermacam-macam kedai aku singgah untuk membeli air. Ada kedai yang kehabisan stok air. Ada minuman yang expired. Sehinggalah aku singgah 7eleven, duit aku tak cukup 20sen untuk membeli 100plus. Haus benar tekak aku pada masa tu.

Tiba-tiba, aku tersedar daripada mimpi tersebut. Rupa-rupanya aku memang terlalu dahaga pada waktu itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku terus gagahkan diri yang lemah longlai pada masa tu untuk ke dapur bagi mendapatkan air. Dibantainya air sejuk walaupun tengah demam. Punyalah dahaga. Selepas minum bergelas-gelas air, aku solat Isyak sebelum sambung tidur. Mungkin mimpi tu nak suruh aku bangun solat Isyak kot. Hehe..


Sambung lagi cerita pasal mimpi. Aku pernah bermimpi yang perut aku memulas nak melepas. Bermacam-macam tandas aku masuk, tapi semuanya membuatkan hajatku terbantut. Masuk tandas ini, lubang tersumbat. Masuk tandas itu, ada orang tak 'flush'. Ada jugak pintu tandas yang terkopak membuatkan aku tak selesa, takut orang skodeng aku berak.

Rupa-rupanya itu semua dalam mimpi. Bila tersedar saja, aku terus melompat bangun ke jamban. Leganya dapat qada hajat. Bayangkan kalau dalam mimpi tu, aku jumpa tandas yang sangat selesa untuk melabur. Alamatnya berteraburla atas katil tu. Tak ke naya? Ahaha..


SZ : Walaupun mimpi tu mainan tidur, tapi kadang-kadang jangan buat main-main dengan mimpi ni. Heheh..

10 Ciri Wanita Pisau Cukur

1. Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair

4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.

9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.

10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.



SZ : Awas lelaki. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.

Friday, February 18, 2011

Hukum Menampar Muka Adalah Haram

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

*Tulisan asal Ust. Salman Maskuri




SZ : Tamparan manja takpe kot.. Heheh..

Thursday, February 17, 2011

Kedudukan Jerawat dan Info

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran.
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

SELURUH MUKA
Cepat-cepatlah cari pasangan. Gatai btoi hang ni! Haha.. ;-p

source : Majalah Remaja


SZ : Cara paling berkesan nak hilangkan jerawat, guna kertas pasir. Serius!

Wednesday, February 16, 2011

Persamaan dan Perbezaan Status FB Zack Zukhairi dan Solihin Zubir

Semalam aku ada buat satu eksperimen. Aku cuba nak bandingkan apa perbezaan blogger popular yang update status facebook dengan blogger tak popular macam aku ni. Cuba lihat hasil ujikaji aku semalam.

status facebook aku..
status facebook blog zack zukhairi
Nampak tak persamaan dan perbezaan yang ketara antara status aku dengan status Zack Zukhairi? Ahahaha..

Persamaan
- status : keh keh keh...

Perbezaan
- 267 orang yang LIKE status Zack manakala aku hanya seorang yang LIKE.
- 115 comments kat status Zack manakala aku hanya 17 comments.

Amacam? Nampak kan perbezaan ketara walaupun status facebook kami sama. Ini membuktikan, blogger popular dan ramai peminat ni, kalau update 'Keh Keh Keh..' pon dah beratus orang yang LIKE dan komen. Nak dibandingkan dengan blogger picisan macam aku ni. Heheh.. Sengaja aku update status yang tak bermakna tu semalam. Nak tengok ada yang sudi like dan komen ke tak macam beratus-ratus orang yang komen status Si Zack tu. Ternyata aku masih jauh ketinggalan. Tabik betul ngan Zack! Dia memang fenomena!

SZ : Bukan populariti yang aku kejar. Cukuplah ada yang sudi jadi pembaca setia blog ini.

Tuesday, February 15, 2011

Atuk Kita Dapat Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M

Salam Maulidur Rasul 1432H /2011M. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Muhammad SAW. Ada yang pergi perarakan Maulidur Rasul tak pagi tadi? Aku mengadap TV1 je. Tengok siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Masjid kampung aku pulak buat perarakan dan majlis sambutan Maulidur Rasul tu pada hari Jumaat minggu depan, 25 Feb. Pihak masjid jemput Mufti Kedah datang bagi ceramah pada malam tersebut. Penceramah yang sama bagi ceramah kat Putrajaya tadi iaitu Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad. Masa aku belajar kat Kolej Universiti INSANIAH dulu, aku ambik Ijazah Usuluddin (separuh jalan). Datuk Syeikh Baderudin tu pernah jadi lecturer aku. Beliau belum diangkat jadi Mufti lagi pada masa tu. Seronok bila beliau mengajar.

Lepas dengar ceramah kat TV1 tadi, saat yang aku tunggu-tunggu pun tiba iaitu Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Kebangsaan. Nak tau jugak siapakah tokoh yang mendapat anugerah kali ini. Adakah ia akan menjadi kontroversi seperti Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah sebelum ni, yang menjadi milik Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab Tafsir Al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang diterbitkan oleh Jakim.

Enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. Beliau satu-satunya pelajar Cina yang mendapat gred 'A' dalam subjek Bahasa Arab (Komunikasi). Kepetahannya berbahasa Arab amat dikagumi. Mudah-mudahan dia akan diberi hidayah untuk memeluk Islam.

Salah seorang lagi tokoh yang sangat menarik perhatian aku tadi ialah 'atuk' kita. Siapa yang tidak kenal dengan 'atuk' kita yang selalu membuat pengumuman tarikh bermulanya puasa dan tarikh Hari Raya? Rasanya semua kenal dengan mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun. Beliau telah bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011 yang lalu setelah berkhidmat dengan jayanya selama 22 tahun.


Sesungguhnya beliau sangat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu di saat kita semua menanti di depan TV menunggu debaran bermulanya puasa dan Hari Raya. Selepas ini, kelibatnya di kaca TV tidak akan lagi kelihatan. Siapakah agaknya yang bakal jadi 'atuk' kita yang baru nanti eh? Hehe..

Tahniah kepada semua tokoh yang berjaya mendapat anugerah tersebut.

SZ : Rindu kat arwah tok (nenek).. Al-Fatihah..

Petua Sihat Cara Saintifik Rasulullah SAW

1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat, solat fardhu, dan solat subuh berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah SWT.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.

2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah ianitu bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwuduk.
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Renung-renungkan dan selamat beramal.. Salam Maulidur Rasul 1432H!

SZ : Banyak yang aku nak kena ubah dan perbaiki diri aku ni.

Monday, February 14, 2011

Ada Yang Tak Tahu Pengertian Maulidur Rasul?

Salam A'laik.. Ada yang tak tahu apa itu Maulidur Rasul? MasyaAllah.. Aku mintak maaf pada yang masih lagi tak tahu apa itu maksud Maulidur Rasul ataupun Maulud Nabi. Ingin aku katakan, adalah amat memalukan sekali sebagai seorang Muslim jika kita tak tahu dan tak ingat tarikh yang paling “besar” dan bersejarah dalam Islam.

Hakikatnya, ramai yang hafal tarikh birthday Mawi. Ramai yang ingat birthday Siti Nurhaliza. Ramai yang tahu bila Justin Bieber keluar dari perut mak dia. Ramai yang tulis dalam organizer tarikh lahir Lisa Surihani. Ramai yang set kan birthday awek atau pakwe di handphone masing-masing. Tapi adakah anda ingat tarikh lahir junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW?

Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul ni tak ubah seperti public holiday yang lain. Maaf andai ada yang terasa. Aku bercakap ni bukan nak kutuk sesiapa. Aku sedar aku bukannya bagus sangat. Aku bukan orang alim. Tapi, tak salah rasanya kita nak perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Saling ingat memperingati.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul?
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Hinanya kita sebab melupakan Rasulullah yang merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita? Umat Islam jenis apakah kita ini?

Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Sekadar nasihat untuk diri sendiri. Salah silap harap dimaafi.


SZ : SALAM MAULIDUR RASUL 1432H!

Rasulullah.. Dia Kekasih Allah..

RASULULLAH

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


SZ : Macam pernah dengar kan? Bagi yang tak tahu, tu sebenarnya bait lirik lagu Hijjaz. Lirik yang sungguh bermakna. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi kita sebagai tanda rindu dan kasih kita padanya.

Sunday, February 13, 2011

Nafsu Seks Wanita Pertengahan Usia Lebih Kuat?

Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi. Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungan seks berbanding wanita subur, kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss. Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.

Wanita berusia lewat 30-an juga didapati lebih gemar berseronok (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya, kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr.

kredit : kosmo.com.my

nak pilih yg tua atau muda? janda atau dara?

SZ : Berdasarkan artikel di atas, adakah aku terpaksa melepaskan Lisa Surihani dan memilih Rozita Che Wan yang jauh lebih tua sebagai teman hidup? :D

Saturday, February 12, 2011

Video Mat Luthfi Lebih Lawak Daripada Anwar Hadi

Rasanya baru minggu lepas kecoh dengan video-video Anwar Hadi. Sekarang kecoh lagi dengan video lawak daripada orang utara di youtube. Dia dikenali sebagai MatLuthfi90. Aku sebenarnya dah lama tengok video dia tahun lepas. Rasanya hangpa pun ada pernah tengok video yang dia dedicate kat Mak dia. Memang sweet dan kelakar. Tapi aku tak tau plak yang dia ada banyak lagi video yang lawak.

pic MatLuthfi yang di'printscreen'

Kalau hangpa nak layan video-video dia yang lawak gila-gila tu, hangpa boleh pi tengok kat http://www.youtube.com/matluthfi90. Video dia ada banyak mesej-mesej berguna yang disampaikan dengan cara tersendiri. Dengan mimik muka yang pelbagai. Dia melakonkan pelbagai watak dalam satu masa. Memang kreatif. Tak kering gusi kalau hangpa tengok.

Aku tak tau pulak nama sebenaq dia apa. Yang aku tau, nama dia Mat Luthfi. Dia asal Sungai Petani, Kedah. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, 2003-2005. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, 2006-2007. Sekarang study kat Curtin University dan menetap kat Perth, Australia. Itulah serba sedikit maklumat dia yang aku dapat tau daripada Hasnah Abdullah. Kalau ada sesiapa lagi yang tau biodata penuh dia, boleh la share. Bagi aku, dia lebih funny daripada Anwar Hadi. Siapa setuju? Heheh.. Lagi bakat luar biasa ditemui di YouTube.

Klik link di bawah untuk melihat pelbagai video yang kreatif dan menarik!

SZ : Terbukti orang Kedah memang cute and funny.. Kan.. Ahaha.. ;-p

The Battle Of Manchester


Malam ni akan berlangsung pertemuan dua beradik yang paling dinantikan. Man United menentang Makcik Siti a.k.a Man City. Heheh.. Jujur aku katakan aku sangat kecewa dengan kekalahan MU minggu lepas di tangan kelab tercorot Wolves. Kekalahan tersebut sekaligus memecahkan rekod 30 perlawanan tanpa kalah MU sepanjang musim ini. Aku harap malam ni MU akan menampilkan aksi garang membenam Man City bagi menebus kekalahan minggu lepas.

Perlawanan terakhir antara MU dan Man City November lepas berkesudahan seri 0-0 di Eastlands. Itupun disebabkan Man City bermain bacul dengan mengamalkan corak bertahan. Harap-harap pertemuan di Old Trafford malam ni Man City lebih gentle. Corak berbalas serangan baru seronok nak tengok. Pertemuan ini juga akan menyaksikan pertembungan dua pemain yang mengungguli carta penjaring terbanyak EPL iaitu Dimitar Berbatov dengan 19 gol dan Carlos Tevez, 18 gol.

Kepada yang tak minat bola, mintak maaf ye. Dan kepada yang anti-MU tu, sukahati hangpa la.. Heheheh..

Glory2 Man United!


RESULT UPDATE
MAN UNITED 2 - 1 MAN CITY

SZ : Malam ni nak tengok Kedah or MU? Ofcoz la MU.. Jangan marah.. Heheh..

Tiga Versi Asal-Usul Hari Valentine

ASAL USUL HARI VALENTINE’S DAY

Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

Pertama
Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Kedua
Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ketiga
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menyambut Hari Kekasih. Hukumnya HARAM. Lagipun, rasanya tidak perlu hari tertentu untuk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita yakni suami isteri.

source : JAKIM 


Rasanya ramai yang dah tahu pasal ni dan ramai bloggers yang dah buat entry pasal ni. Kalau nak diikutkan, aku malas dah nak buat dah. Tapi ini atas permintaan seorang rakan yang juga merupakan silent readers aku. Lagipun tak salah rasanya diulang dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk anak cucu aku nanti. Heheh..

SZ : Cinta dan kasih sayang perlu ditunjukkan setiap hari. Tidak hanya sekali dalam setahun.

Hosni Mubarak Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden Mesir


Hosni Mubarak akhirnya sah meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari demonstrasi dilancarkan oleh ratusan ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan. Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan pengunduran tersebut di televisyen negara dan mengatakan bahawa ia memindahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata untuk "menjalankan urusan negara."

Alhamdulillah.. Akhirnya Mesir bebas daripada pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak selama hampir 3 dekad.  Mudah-mudahan peralihan kuasa baru di Mesir akan menjana kebangkitan Islam di seluruh dunia. AllahuAkbar!

source : The Star

SZ : Malaysia bila lagi? Heheh..

Friday, February 11, 2011

Antara Cinta dan Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka gembira, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata yang melihat.
Perasaan suka bermula dari telinga yang mendengar.


SZ : Jangan bercinta sekadar suka-suka.

Thursday, February 10, 2011

Happy Birthday To My Sister, Nurul Solehah!

Selamat Hari Lahir yang ke-22 diucapkan kepada adikku, Nurul Solehah binti Mohd Zubir. Solehah, satu-satunya adik perempuan aku dan merupakan anak tunggal perempuan daripada 7 beradik dalam keluarga aku. Selamat dilahirkan sebagai anak kedua Haji Mohd Zubir dan Hajjah Norhaliza pada tanggal 10 Feb 1989.

Pada mulanya mak aku nak namakan dia dengan nama Nur Akalili Amalina. Tetapi berubah fikiran untuk menamakannya Nurul Solehah sempena nama aku, Mohd Solihin. Nama timangannya dalam keluarga pula ialah Yun. Asal perkataan Yun adalah disebabkan masa kecik dulu, aku pelat. Tak reti sebut Nurul. Aku sebut Nuyun. Lama-lama, lekatlah nama Yun. Heheh..

Adik aku ada blog jugak. Tapi dia masih dalam proses nak jadi blogger tegar. Dia ada mintak bantuan aku untuk design header dan template baru sebagai hadiah hari jadi dia. Tapi aku manala terer sangat. Kalau nak template simple macam blog aku ni, boleh la. Ada sesiapa yang sudi nak design header dan template untuk adik aku tak? Takpe. Aku bayar. Heheh.. Blog dia tak boleh nak didedahkan lagi buat masa sekarang. Dia masih belum bersedia katanya. Nanti bila tiba masanya, InsyaAllah aku akan review blog dia.

Solihin dan Solehah ketika kecil..

Selamat Hari Lahir ke-22 diucapkan buat adikku yang tercinta. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga berjaya dalam hidup dan bahagia di dunia wal akhirat. Amin.. Ampun maaf dipinta andai abangmu ini kejam dan selalu menyakiti hatimu dan membuli dirimu. Ahahahaa..

Happy Besday! Muah!

SZ : Malam baru sempat buat entry ni. Siang busy maa..

Wednesday, February 9, 2011

Seluar Dalam Kuning Janda Anak Lima

Pada suatu petang, Haji Zubir sedang minum di sebuah gerai ais kacang di hadapan rumah beliau. Gerai tersebut adalah milik Haji Zubir sendiri, tetapi disewa oleh seorang janda beranak lima. Janda tersebut walaupun sudah mencecah 30-an, tapi masih bergetah. Pakaian yang dipakai juga seperti gadis remaja. Baju kecik, seluar ketat.

Sedang Si Janda membongkok ingin mengambil ais, Haji Zubir ternampak sesuatu yang tak ingin beliau lihat. Pada waktu tersebut, gerai agak lengang. Lantas Haji Zubir terus memanggil Si Janda tersebut. Si Janda pun jalan terkedek-kedek ke arah  Haji Zubir.

Haji Zubir mengajukan satu soalan yang tak dijangka kepada Si Janda dengan nada perlahan.

"Hang pakai spender kaler kuning ka?"

Terkejut Si Janda. Merah padam mukanya apabila ada yang tahu warna seluar dalam yang dipakainya pada petang tersebut. Dia mula menarik-narik bajunya yang singkat itu.

Haji Zubir berkata lagi.

"Itula. Pakai la lagi baju singkat, seluaq londeh sampai nampak spender."

Si Janda membalas.

"Pak Cik tengok buatpa?".

"Laa.. Bukan aku tengok. Hang yang tunjuk!"' balas Haji Zubir.

Haji Zubir pun mula memberi tazkirah kepada Si Janda. Beliau menasihati Si Janda agar berpakaian dengan lebih sopan jika ingin berniaga dan menyewa kedainya. Tanam perasaan malu dan sedar diri bahawa dia seorang janda beranak lima. Jangan sampai masyarakat pandang serong terhadapnya. Pastikan rezeki yang kita dapat adalah halal. Bukan kerana perniagaan kita laris hanya kerana menayang keseksian body dan aurat kepada pelanggan yang datang sekadar ingin menjamu mata sambil minum kopi.

Begitulah sedikit sebanyak nasihat yang dilemparkan terhadap Si Janda. Alhamdulillah.. Keesokkan harinya, dia mula menunjukkan perubahan. Manis bertudung dengan baju kurung. Mudah-mudahan dia benar-benar berubah dengan ikhlas. InsyaAllah..

suar dalam nyah (sekadar gambar hiasan)

Untuk makluman, Haji Zubir adalah ayah aku. Ini memang kisah benar. Hangpa jangan asyik fikirkan kelucahan saja bila sebut seluar dalam. Ambillah iktibar daripada perkongsian ini. Ayah aku memang seorang yang suka sound direct bila ada kemungkaran depan dia. Tapi tidaklah sampai mengaibkan. Masing-masing ada cara untuk menegur kemungkaran.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Sekian, salah silap harap dimaafi. Sekadar nasihat untuk diri sendiri yang hina ini. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.

SZ : Amar Ma'aruf Nahi Mungkar.

Misteri Bayangan Penunggang Kuda Bercahaya Hijau Ketika Rusuhan di Mesir

imej yang di'printscreen' drp youtube

KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube.

- Agensi



Kalau hangpa tengok gambaq yang aku 'printscreen' kat atas sekali tu, mungkin kurang jelas. Cuba hangpa tengok pulak video kat atas. Ada bayangan cahaya penunggang kuda berwarna hijau bergerak menuju ke langit semasa rusuhan di mesir. Tengok video tu pada minit 1:23.. Sangat jelas. Subhanallah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya makhluk bercahaya hijau yang kelihatan seperti penunggang kuda tu. AllahuAkbar!

Wallahu'alam..

SZ : Sekadar berkongsi tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Meremang bulu roma aku. Subhanallah..

Tuesday, February 8, 2011

Keajaiban Tarikh Dalam Tahun 2011


Kalau hangpa semua perasan, tahun 2011 mempunyai 4 tanggal aneh iaitu :


1-1-11
11-1-11
1-11-11
11-11-11


Sekarang cuba ni.. Ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran hangpa dicampur dengan umur hangpa tahun ni. Hasilnya pasti = 111.


Contoh, aku lahir tahun 1987 dan umur aku tahun ni 24 tahun.

1987 + 24 = ( 87 + 24 = 111 )

Cuba hangpa semua try! Btoi dak?



Subhanallah.. Kebesaran Allah yang menjadikan langit dan bumi serta siang dan malam.

Wallahu'alam.. Sekadar berkongsi.. Aku dapat taw daripada sebuah forum..

SZ : Kalau tahun depan? 87 + 25 = 112.. Heheh..

Anjing Melahirkan Bayi Manusia?

Proses tranfomasi rupa terjadi pada bayi anjing di bawah ini, entah disebabkan oleh apa. Tapi mungkin si anjing yang sebelumnya telah ‘disetubuhi’ oleh manusia, dan sperma manusia tadi kemudian bercampur dengan sel telur si anjing betina itu. Dalam dunia psikologi, memang diketahui ada orang yang mempunyai kelainan sexual yang pelik, iaitu kesukaannya menyetubuhi binatang.


Nauzubillah.. Macam-macam perkara pelik yang berlaku di dunia akhir zaman sekarang ni. Wallahu'alam..

source : newstvchannel 

SZ : Sorry.. Agak busy.. Tak dapat nak online secara tegar..

Sunday, February 6, 2011

Cara-cara Bunuh Diri Yang So Sweet...

Pernah tak hangpa rasa nak bunuh diri? Mai sini aku nak ajaq hangpa cara-cara nak bunuh diri yang paling so sweeeetttttttt.... Hangpa boleh pilih ikut suka hati hangpa cara-cara yang disenaraikan di bawah..

1. Ambil cotton bud dan hiris nadi anda hingga berdarah.
Amaran : Dilarang guna benda tajam.

2. Telan berpuluh-puluh biji nasi dengan dos yang berlebihan.
Amaran : Dilarang guna pil.

3. Kayuh basikal laju-laju terus langgar daun pokok.
Amaran : Dilarang naik motor langgar tembok.

4. Hentak kepala guna tauhu sampai pecah
Amaran : Dilarang guna batu.

5. Terjun daripada tingkat atas KLCC guna payung terjun.
Amaran : Dilarang terjun tanpa payung terjun.

6. Bakar badan dengan sinaran matahari.
Amaran : Dilarang menggunakan api.

7. Gantung diri kat dahan pokok bunga tahi ayam.
Amaran : Dilarang menggunakan dahan pokok yang melebihi ketinggian anda.

Ada lagi nak tambah?

Haish! Hangpa ni dah takdak kerja ka nak bunuh diri? Orang yang bodo dan takdak otak ja yang bunuh diri ni. Tak cium bau syurga beb. Walau sebesaq mana pun masalah hangpa, janganlah buat benda yang bodoh. Jangan pandai-pandai nak ambik nyawa sendiri. Nyawa tu hak Allah. Hanya Dia yang berhak menentukan ajal kita. Sedangkan Rasulullah sendiri pun enggan memandikan dan menyembahyangkan mayat orang mati bunuh diri. Betapa hendak menggambarkan begitu hinanya orang yang bunuh diri.

Masa pi mini ghatering bloggers utagha aritu, aku dengaq ada orang kampung dia bunuh diri dalam reban ayam pun ada? Adeyh.. Apa punya manusia la yang hina sampai camtu. Wat malu ja kat ayam-ayam tu. Daripada bunuh diri, lebih baik hangpa pi berjihad. Dapat jugak mati syahid. Takdakla mati sia-sia.

dilarang meniru aksi ini!


*dapat ilham buat entry ni daripada inbox handset aku..

Saturday, February 5, 2011

Word Verification Lucah dan Berbaur Perkauman

Kebanyakan blogger yang rajin meninggalkan komen pasti kurang menggemari commentbox yang disetting dengan word verification kerana ia menyusahkan, melambatkan dan kadang-kadang menyakitkan mata untuk meneliti huruf-huruf tersebut. Kadang-kadang, jika ber'nasib baik' mungkin ada yang akan menjumpai word verification yang unik, lawak dan lucah.

Tadi, seperti biasa aku menjalankan sesi terjah-menerjah dan membalas komen. Dah jadi tabiat yang aku akan tetap tinggalkan komen walaupun kotak komen tersebut ada word verification. Tapi tadi, aku ada terjumpa satu word verification yang berbaur perkauman. Perkataan yang turut menjadi isu ketika kontroversi Novel Interlok hangat diperdebatkan sebelum ini yang dikatakan menyinggung sensitiviti kaum India di negara ini iaitu perkataan “paria” kerana mereka tidak gemar dikaitkan dengan kasta terendah dalam strata sosial masyarakat India.


Tiga hari yang lepas aku ada terbaca kat blog SisSyira. Dia juga ber'nasib baik' sebab jumpa word yang 'unik' iaitu 'condoms'.


Hahaha... Adeyhh.. Korang pernah tak 'terserempak' dengan word verification yang pelik atau unik? Apa kata, bagi mengelakkan perkara macam ni berlaku, korang tak payah setting word verification kat commentbox korang tu. Mesti lagi seronok kawan-kawan nak komen entry korang. Lancar tanpa sebarang gangguan seksual. Heheh.. :D

Tapi, tu hak masing-masing la. Ini sekadar cadangan. Mungkin dia bertujuan untuk mengelakkan spammer. Tapi, kan bagus pakai ja comment moderation. Dan lagi bagus, setting commentbox cara pop-up window. Itu lebih menjimatkan masa dan tidak membebankan.

Sekian, salah silap harap dimaafi.

SZ : Railah tetamu yang berkunjung ke 'rumah' anda dengan layanan terbaik. Dapat pahala beb!

Nafsu Laksana Anjing Garang

Nafsu yang tidak dapat dikawal
Atau dibiarkan menurut kehendaknya
Ia adalah laksana anjing

Anjing itu tabiatnya tamak dan pengotor
Menyalak dan menggigit
Anjing itu kerana tamaknya
Selalu sahaja bergaduh kerana merebut makanan
Kerana tabiatnya pengotor, selalu makan bangkai dan najis

Tabiatnya juga suka menyalak orang
Tidak kurang juga menggigit orang atau binatang
Begitulah nafsu yang tidak dapat dikawal itu
Merupakan tabiat macam anjing

Nafsu itu tamak dengan dunia dan harta bendanya
Kerana tamak, dunia dan harta bendanya jadi rebutan
Hingga membawa permusuhan dan perkelahian

Nafsu yang tidak dikawal, suka perkara yang haram
Perkara haram itu adalah kotor
Suka menipu, suka berbohong
Suka mencuri dan rasuah
Suka arak, suka bergaul bebas, suka zina, suka merompak

Suka menyalak ertinya suka bercakap yang menyakiti orang
Seperti menyindir, mengumpat dan memfitnah
Suka menuduh, menghina dan caci-maki orang
Macam anjing yang menggigit
Sakit hati dan jiwa orang dibuatnya

Begitulah jahatnya nafsu yang tidak terdidik
Macam anjing yang garang


SZ : Kawal nafsu anda.. Jangan biarkan nafsu yang mengawal anda..

Anwar Hadi Fenomena Terbaru YouTube

pix anwar hadi yg aku printscreen dari video dia..

La ni semua pakat kecoh ngan video Anwar Hadi kat YouTube kan. Macam-macam video dia yang memang layan gila. Gelak guling-guling aku tengok. Pandai dia buat mimik muka. Dengan loghat Kedah dia yang lawak. Dan yang paling aku respek, dia punya speaking memang pergh! Slank Mat Salleh tu weyh!

Video pertama Anwar Hadi yang aku tengok pasal ayat rempit, ayat bajet comel ataupun ayat eewwwwww.. hahaha.. Tertengok kat facebook. Sapa yang tak tengok lagi, hangpa try la layan video kat bawah. Memang lawak. Sapa yang suka dok taip SMS tambah huruf 'W' kat belakang tu, jangan terasa plak.! Heheh.. Memang makan dalam..



Berdasarkan maklumat daripada Farah Aina yang mengaku sudah jatuh cinta dengan Anwar Hadi ni, dia merupakan student TESL di IPGM Pulau Pinang. Izamir Ridzwan yang pernah bersua muka dengan Anwar Hadi tanpa disedari pula cakap dia bakal melanjutkan pelajaran di Sydney pada 10 Feb 2011 nanti. Nak tau lebih pasal Anwar Hadi, try la pi tengok kat blog Farah Aina dan Izamir Ridzwan tu.

Anwar Hadi ni pun ada blog jugak. Url blog dia anakazman.blogspot.com. Entry-entry dia in english la beb! Lisa Surihani pun minat kat Anwar Hadi ni tau. Haha.. Anwar Hadi bakal jadi fenomena terbaru YouTube selepas Cikgu Shida Ratu Miming. hehe..

Sila Klik Link Di Bawah :

SZ : Orang Kedah memang sempoi kan.. Ahaha..

Friday, February 4, 2011

Mini Gathering Bloggers Utagha Bersama Tiz Zaqyah

Salam a'laik.. Wahh.. Akhirnya aku berjaya jugak mendapat hidayah untuk join ghathering bloggers buat pertama kalinya. Walaupun cuma mini ghatering yang hanya di'join' oleh 8 orang bloggers dan seorang tetamu jemputan, Tiz Zaqyah, ia tetap meriah. Err.. Tiz Zaqyah? Yupp? Why? Ingat gathering Geng Blogger kat KL tu je ke boleh ada Heliza Helmi? Haha.. Kami pada mulanya jemput Rozita Che Wan. Tapi dia terpaksa cancel last minit sebab sakit perut.

Mula-mula aku sampai kat venue yang ditetapkan tu, aku terfikir adakah ada perubahan venue? Sebab Star Parade ditutup sempena raya cina. Suasana bandaraya Alor Star juga sunyi sepi macam kat planet pluto. WTFish! Ini membuktikan kaum cina menguasai bidang perniagaan. Adeyh.. Aku tanya pak guard, dia cakap hanya super bowl je bukak. Fuh.. Nasib baik. Aku pun naik lift, jumpa diorang kat cafe Super Bowl. Sahabat-sahabat bloggers yang aku tak pernah face to face dan cuma kenal dalam alam maya saja.

Lapan orang bloggers yang dimaksudkan tu sudah semestinya aku dan..

dari kiri : Anith Nabila, Anith Natasha, Nani, GKSB, Oshin, Hafiz dan ntahh.. tak kenal.. heheh.. (Shah Jiehan tiada dalam gambar kerana sudah berada dalam bas pulang ke perak)
Lokasi penggambaran : Restoran Selera Jelapang
Jurukamera : Seorang pak cik tak dikenali yang dipaksa oleh GKSB.

Aktiviti pertama yang kami buat ialah main bowling. Kali pertama dan terakhir aku main bowling ialah pada tahun 2006. Ini bermakna, petang semalam ialah kali kedua aku main bowling. Haha.. Sebab aku bukan seorang yang ghairah sangat dengan permainan berbayar ni. Heheh.. Walaupun tak terer, tapi semalam boleh dikatakan luck aku sebab berjaya menjadi pengumpul mata tertinggi mengalahkan GKSB dan Shah Jiehan yang jauh lebih berpengalaman. Haha..

Lepas main bowling, barulah sesi ice breaking dijalankan. Pergh! Dah main baru nak suai kenal? Hehehe.. Pastu konon pura-pura malu pulak masa sesi taaruf. Haha.. Tak sangka sebenarnya diorang semua ni sempoi dan awesome. Macam-macam gelagat la yang boleh dilihat. Lepas ice-breaking, kami bertolak plak ke Shahab Perdana untuk hantar Shah Jiehan yang tak sabar-sabar nak balik Perak. Then, kami sambung gosip-gosip kat Restoran Selera Jelapang pulak. Cuma aku agak ketinggalan sikit coz terpaksa menemani Tiz Zaqyah ke City Plaza dan menemannya pulang terlebih dahulu.

Kalau hangpa nak tau apa yang digosipkan, boleh la pi skodeng kat blog GKSB. Gambar-gambar pun banyak. Aku cuma cilok satu je gambar taruk kat entry ni. Heheh..

Upss.. Jap.. Siapa Tiz Zaqyah yang sebenar? Haha.. Dia bukan blogger. Dia cuma menemani aku. Kalau nak tau kenapa kami panggil dia Tiz Zaqyah (bukan nama sebenar), sila KLIK SINI! Dan kalau nak tau apa hubungan aku dengan Tiz Zaqyah, KLIK SINI!

Tiz Zaqyah (bukan nama sebenar),ketika aku teman dia kat Ct Plaza.
Sengaja aku upload gambar tanpa muka. Pandai-pandai la hangpa cari kat blog GKSB. Gambar dia ada terselit kat situ.

Sekian, tahniah kepada yang sudi memberikan komitmen dan berjaya memeriahkan Mini Ghatering yang simple but awesome! I loikeeee...! Nice to meet u all! =)

Sila ke blog GKSB untuk cerita yang lebih menarik dan gambar-gambar panas.. Heheh..  KLIK GKSB!

SZ : Aku sebenarnya pemalu.. Dats why kadang2 nampak serius.. Ahaha..

Thursday, February 3, 2011

Naga Makan Limau

Buah limau memang sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Dan setiap kali tiba Gong Xi Fa Chai, ayah aku mesti dapat berkotak-kotak limau mandarin free. Kembung perut kami sekeluarga makan limau. Heheh..

Limau juga mengingatkan aku kepada satu peristiwa masa zaman kanak-kanak ribena dulu. Biasanya kalau kita tengok kat Tokong Cina ataupun tempat Cina bakar colok tu kan, mesti ada buah limau. Kadang-kadang yang lagi ekstrem, siap ada air berkarbornat lagi. Dulu aku selalu dengar kawan-kawan aku selalu bercerita yang naga akan turun dari langit untuk makan makanan tersebut. Pada masa tu, aku anggap naga tu tuhan Cina la.


Pada suatu hari, aku, sepupu aku dan kawan aku merancang untuk dapatkan kepastian, betul ke ada naga? Teringin jugak nak tengok rupa naga yang sebenar tu camna. Jadi, kami pergi satu tokong, kami hendap. Manala tahu boleh nampak naga turun dari langit sambar limau tu.

Berjam-jam kami tunggu, tak nampak pun batang hidung naga. Padahal waktu tu adalah waktu lunch. Takkan naga tak lapar kot. Kami fikir mungkin naga puasa pada hari tu. Akibat terlalu lama menunggu, kawan aku dah mula bosan. Perut dia dah mula lapar. Dia cakap dia dah tak tahan. Dia nak curi limau tu untuk alas perut.

Sedang dia asyik mengupas kulit limau tu, tiba-tiba ada terdengar jeritan suara seorang auntie Cina.

"Woi! Apa lu buat dengan limau tu? Kenapa lu ambik? Macam mana saya punya moyang mau makan?", jerit auntie tu.

Melihat wajah bengis auntie tu, lintang-pukang kitorang lari. Balik tu, aku cerita kat mak aku. Mak aku gelak je. Mak aku pun jelaskan serba sedikit mengenai kepercayaan karut orang Cina. Aku pun angguk-angguk buat-buat faham.

Itula serba sedikit pengalaman aku masa zaman kanak-kanak ribena yang belum mumaiyiz lagi. Heheh.. Maaf jika ada yang merasakan entry ini berbaur racist. Sekadar ingin berkongsi cerita.

Gong Xi Fa Chai diucapkan buat semua kaum Cina.


SZ : Aku lahir tahun arnab.