Pages

Monday, January 31, 2011

Krisis Mesir - Pelajar Malaysia Kena Rogol?

Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.


Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya..

- mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
- balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
- ada rumah student yang kena rompak.
- mereka kekurangan makanan.
- ada pelajar kita dirogol di Cairo.
- they are totally in unsafe condition.


Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????

Dapatkan berita terkini mengenai krisis Mesir di blog :


Urgent Message From Egypt

To all the people of world

The people in Egypt are under governmental siege. Mubarak regime is banning Facebook, Twitter, and all other popular internet sites Now, the internet are completely blocked in Egypt. Tomorrow the government will block the 3 mobile phone network will be completely blocked. And there is news that even the phone landlines will be cut tomorrow, to prevent any news agency from following what will happen.

Suez city is already under siege now. The government cut the water supply and electricity, people, including, children and elderly are suffering there now. The patients in hospitals cannot get urgent medical care. The injured protesters are lying in the streets and the riot police are preventing people from helping them. The families of the killed protesters cannot get the bodies of their sons to bury them. This picture is the same in north Saini (El-Sheikh zoyad city) and in western Egypt (Al-salom). The riot police is cracking down on protesters in Ismailia, Alexandria, Fayoum, Shbin Elkoum, and Cairo, the capital, in many neighborhoods across the city.

The government is preparing to crackdown on the protesters in all Egyptian cities. They are using tear gas bombs, rubber and plastic pullets, chemicals like dilutes mustard gas against protesters. Several protesters today have been killed when the armored vehicles of the riot police hit them. Officials in plain clothes carrying blades and knives used to intimidate protesters. Thugs deployed by the Egyptian Ministry of Interior are roaming the streets of Cairo, setting fire on car-wheels as means of black propaganda to demonize protesters and justify police beatings and state torture

All this has been taken place over the past three days during the peaceful demonstrations in Cairo and other cities. Now, with the suspicious silence of the local media and the lack of coverage from the international media, Mubarak and his gang are blocking all the channels that can tell the world about what is happening.

People who call for their freedom need your support and help. Will you give them a hand?

The activists are flooding the net (youtube and other sites) with thousands of pictures and videos showing the riot police firing on armless people. The police started to use ammunition against protesters. 15-year old girl has been injured and another 25 year old man has been shot in the mouth. While nothing of these has appeared in the media, there is more to happen tomorrow. Will you keep silent? Will you keep your mouth shut while seeing all these cruelty and inhumane actions?

We don’t ask for much, just broadcast what is happening

Written by: Mariam Hussien

source : Facebook

* Translate from English to Malay - CLICK HERE!

SZ : Re-post if you can!

Sunday, January 30, 2011

Perbezaan Politik Antara Suami dan Isteri

Bolehkah dua orang pasangan yang mempunyai perbezaan politik hidup berumahtangga bersama? Contohnya, si isteri menyokong kerajaan, manakala si suami menyokong pembangkang. Apa pendapat anda?

Bagi aku, tiada masalah. Asalkan tidak terlalu taksub dengan parti masing-masing sehingga boleh menyebabkan pergaduhan meletus dan rumahtangga berantakan. Kalau yang jenis taksub tu, kenala pilih dari kalangan ahli parti pilihannya. Kalau yang jenis tak kisah tu, takde hal la kan. Kalau terer, pandai-pandai la pujuk pasangan masing-masing untuk turut menyokong parti pilihan anda. Heheh..

Macam aku dulu, aku pernah kenal dengan awek yang sangat taksub dengan parti pilihan dia. Siap daftar sebagai 'Puteri Pink' lagi. Banyak kali jugak dia membahan-bahan dan mengeji tokoh politik pilihan aku. Mengutuk ulama. Bila aku berhujah dan membalas balik segala tuduhan tu, mula la dia nak melenting, nak gaduh, nak merajuk. Kompom takleh nak wat bini kalau camtu.

Berlainan pulak kisah kawan aku ni. Mak dan Ayah dia berbeza fahaman politik. Ayah dia taksub dengan parti hijau, mak dia aktif dengan parti biru. Hidup bahagia je. Tak pernah gaduh-gaduh pun. Masa pilihanraya, takde sampai nak cat bilik sebelah hijau, sebelah biru. Takde nak buat sempadan dalam bilik dengan poster dan bendera parti masing-masing.

Pendek kata, perbezaan politik tidak akan menghalang mana-mana pasangan untuk hidup bersama. Cuma, jangan bawak masalah politik ke dalam rumah. Undi anda adalah rahsia. Heheh.. Lagipun, berpeganglah pada ajaran Islam yang satu. Jangan pasal politik kita nak berbunuh.

Ada sesiapa yang ada pasangan berlainan politik?


SZ : Selamat mengundi buat pengundi-pengundi PRK DUN Tenang. Buat pilihan yang bijak!

*ni entry auto publish.. maaf.. komen dan jejak akan dibalas bila aku on9.. harap maklum..

Saturday, January 29, 2011

Senarai Biodata Pemain Kedah 2011 dan Jersi Baru

SENARAI PEMAIN PASUKAN LIGA SUPER KEDAH 2011

Penjaga Gol
Helmi Eliza Elias
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Abdul Hadi Hamid

Pertahanan 
V. Thirumurugan
Sharil Faizal Sharifuddin
Fazliata Taib
Mohamad Khairul Helmi Johari
Mohd Fauzi Nan
Azmi Muslim
Shafizan Hashim

Tengah 
Ahmad Fauzi Shaari
Amar Rohidan
Sabree Abu
Firdaus Fauzi
Wan Asyraf Wan Ali
Baddrol Bakhtiar
Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Penyerang 
Azlan Ismail
Mohd Faizal Abu Bakar
Ahmad Shakir Md. Ali
Aminuddin Azmi

BIODATA PEMAIN PASUKAN KEDAH 2011

klik imej untuk lebih jelas
klik imej untuk lebih jelas

JERSI BARU SKUAD KEDAH BAGI MUSIM 2011




SZ : Entry ni saja nak testing SEO sempena kehangatan Liga Super yang akan bermula malam ni.. heheh.. Pulun Kedah Pulun..

Jadual Perlawanan Liga Super 2011 (KEDAH)

PUSINGAN 1

29.01.2011  KEDAH LWN T TEAM
01.02.2011  KEDAH LWN FELDA UNITED
12.02.2011  SABAH LAWAN KEDAH
15.02.2011  KEDAH LWN PERAK
26.02.2011  KEDAH LWN KELANTAN
01.03.2011  SELANGOR LWN KEDAH
12.03.2011  KEDAH LAWAN TERENGGANU
02.04.2011  KL LWN KEDAH
05.04.2011  KEDAH LWN JOHOR FC
09.04.2011  PERLIS LWN KEDAH
12.04.2011  KEDAH LWN NEGERI SEMBILAN
16.04.2011  KEDAH LWN PAHANG
19.04.2011  HARIMAU MUDA A LWN KEDAH

PUSINGAN 2

23.04.2011  KEDAH LWN HARIMAU A
26.04.2011  T TEAM LWN KEDAH
30.04.2011  PERAK LAWAN KEDAH
03.05.2011  KEDAH LWN SABAH
07.05.2011  KELANTAN LWN KEDAH
10.05.2011  KEDAH LWN SELANGOR
21.05.2011  KEDAH LAWAN KL
24.05.2011  JOHOR FC LWN KEDAH
14.06.2011  KEDAH LWN PERLIS
18.06.2011  TERENGGANU LWN KEDAH
21.06.2011  FELDA LWN KEDAH
05.07.2011  PAHANG LWN KEDAH
30.07.2011  KEDAH LWN NEGERI SEMBILAN

*Jadual perlawanan yang menunjukkan KEDAH di hadapan, bermaksud beraksi di Stadium Darulaman..

Memandangkan aku penyokong setia Hijau Kuning, aku senaraikan jadual perlawanan yang membabitkan skuad Kedah saja. Haha.. Jangan marah. Tapi jangan risau. Kat bawah ni aku bagi pautan jadual perlawanan yang membabitkan semua pasukan dalam Liga Super 2011.

klik link di bawah



SZ : Pulun Kedah Pulun.. Glory-Glory Man United..

Friday, January 28, 2011

Dapur Paling Bersih di Dunia

Pernah tengok dapur paling bersih kat dunia tak? Memang bersih sangat-sangat. Kalau hangpa makan hasil masakan dari dapur ni, mesti penuh berselera. Yummy.. Sedap!


Amacam? 'Bersih' kan? Sedap? Hehe.. Mungkin ada beberapa faktor yang membuatkan pemilik dapur tersebut terpaksa menjadikan tandas sebagai dapur. Kita tak tahu masalah dia yang sebenar. Tapi, agak-agak la kan. Takkan terdesak sampai camtu sekali? Tengokla sayur dalam mangkuk tempat kencing tu. Mesti 'sedap' dimakan selepas goreng.

Tolong ye.. Jangan tiru aksi di atas. Sangat menjijikkan. Tandas bukan tempat yang mulia. Tempat syaitan.

pic source : google

SZ : Harap-harap tu bukan kat restoran Malaysia

Thursday, January 27, 2011

Asrama Sekolah Adikku Hangus Terbakar


Sekarang ni kerap jugak kan dengar sekolah agama terbakar. Jumaat minggu lepas, 21 Jan 2011, asrama sekolah adik bongsu aku yang form 2 terbakar. Sekolah agama jugak. SMA Al-Khairiah, Barokhas di daerah Padang Terap. Kenapa boleh jadi camtu? Takkan sebab syaitan-syaitan dalam tu kepanasan mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran sehingga menyebabkan sekolah tu terbakar kot? Wallahu'alam.. Itu semua berlaku atas kehendak Allah.

Mujur kejadian berlaku selepas waktu Asar. Diorang semua tengah beriadah kat padang. Cuma ada jugak segelintir yang ada dalam asrama. Tapi diorang sempat lari menyelamatkan diri. Andai berlaku ketika tengah malam dan mereka sedang nyenyak tidur? Nauzubillah.. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Cuma harta benda tak dapat nak diselamatkan langsung. Api marak dengan begitu cepat sekali.

Tambah malang, asrama tu merupakan asrama yang baru saja disiapkan 2 minggu sebelum kejadian. Bau cat lagi kot. Kerugian dianggarkan Rm150 ribu. Kesian jugak dengan pelajar-pelajar kat situ. Baju baru, kasut baru, buku-buku baru, cadar baru dan kebanyakan serba baru, habis rentung. Tinggal sehelai sepinggang. Tambahan pulak kebanyakkan pelajar sekolah agama tu bukan daripada golongan berkemampuan. Syukur ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan meringankan beban mereka.



Punca kebakaran pada mulanya dikatakan akibat litar pintas. Tetapi setelah siasatan dijalankan, ia sebenarnya berpunca daripada seorang pelajar form 2 yang bermain lighter dengan membakar tilam. Akibatnya perbuatan main api secara suka-suka tu telah menyebabkan api yang pada mulanya menjadi 'kawan' mula merebak menjadi 'lawan'. Budak tu akhirnya terpaksa dibuang sekolah dengan serta-merta.

Aduh.. Apa kena la dik oii? Yang pergi main api dalam hostel tu sapa suruh? Main la dam aji ke, batu seremban ke. Kan dah menyusahkan semua orang. Haish! Adik bongsu aku skang ni pun macam murung ja. Aku pun tak tau apa barang kesayangan dia yang terbakar sehingga menyebabkan dia bermuram durja. Bila tanya tak nak cakap. I/C pun terpaksa buat lain. Jadi la pendatang asing sekejap. Sekarang ni adik aku terpaksa berulang-alik ke sekolah. Nasib baik tak jauh sangat dari rumah.


SZ : Malam ni ada perasmian masjid baru kampung aku. Ada majlis bacaan Yassin, makan-makan dan ceramah. Sebagai imam muda, aku kena la turun padang. Haha.. Poyo.. Imam la sangat.. ;-p

Wednesday, January 26, 2011

Berbatov Memang Top Class


Penyudah berbisa Dimitar Berbatov semakin menjadi-jadi musim ini. Empat hari lepas, dia menjaringkan hatrik ketika Man United membelasah Birmingham 5-0. Semalam dia mengganas lagi dengan menjaringkan 2 gol ketika MU bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mencatat kemenangan dramatik ke atas Blackpool 3-2. Kemenangan tersebut memastikan rekod tanpa kalah Man United musim ini berterusan kepada 23 perlawanan berturut-turut. Man United  juga semakin menjarakkan diri di persada liga dengan 5 mata mengatasi Arsenal di tempat kedua.

Musim 2010/11 ini bakal menjadi musim gemilang buat Berbatov. Hatrik Berbatov  4 hari lepas merupakan hatrik ketiganya pada musim ini selepas mencatatkan hatrik ketika bertemu Liverpool dan Blackburn Rovers pada awal musim. Sekaligus gah menyamai rekod hatrik Ruud van Nistelrooy yang juga rekod kelab pada musim 2002-2003. Dia juga hanya ketinggalan dua hatrik daripada rekod Liga Perdana milik Alan Shearer yang mencipta lima hatrik pada musim 1995-1996. Rekod sepanjang zaman dipegang bintang legenda Denis Law, yang mencipta hatrik sebanyak tujuh kali dalam Divisyen Pertama pada 1963-64.

Sehingga 26 Jan 2011, Berbatov sudah berjaya mengumpul 19 gol mengatasi Carlos Tevez dengan 14 gol. Adakah anugerah kasut emas musim ini bakal menjadi milik penyerang Man United tersebut? Glory2 Man United! Berba Top!


SZ : Kepada Geng Anti-MU, maaf ye.. hehehe..

Tuesday, January 25, 2011

Anonymous Pengecut Yang Paling Bebal dan Biadap Ditemui


Kebanyakkan blogger pasti akan berdepan dengan masalah si pengecut Anonymous yang suka membuat provokasi. Anonymous kategori itu selalu sangat cuba menjatuhkan seseorang blogger tersebut dengan komen-komen yang langsung tidak membina, teguran yang biadap, penuh dengan kata-kata keji dan cacian.

Tadi aku ziarah blog Sissyira.com . Dan aku tertarik dengan satu entry beliau mengenai seorang Anonymous yang memberi komen yang bangang dan ternyata menyerlahkan kebodohannya sebagai seorang pengecut. Cuba baca komen tersebut kat bawah.

klik imej untuk paparan lebih jelas

Apa korang rasa bila baca komen tersebut? Rasa macam nak pijak-pijak tak? Komen dia menunjukkan dia seorang yang tidak tahu apa-apa tentang blogging. Hanya tahu melancarkan provokasi sahaja. Bodoh sombong.

Antara komen Si Anon tu, dia suruh SisSyira ni berhenti blogging. Sebab followers dia lambat bertambah. Haha.. Lawak tak? Padahal aku tengok followers Sissyira ni dah nak cecah 1000. Err.. Kalau blogging memang kena ada followers ribu-riban eh? Memang followers kena bertambah laju-laju eh? Tak tau plak aku. Dah tu dia hina Sissyira sebab terlalu rajin komen blog orang, tapi orang langsung tak balas jejak dan komen dia. Aik? Rajin komen pun kena jugak? Aduh! Sah dia ni mental. Lepas tu dia hina family Sissyira tak bahagia dan sia-sia hidup tanpa pakwe. Adeyhh.. Apakah jenis virus kebodohan yang menjangkiti beliau? Kenapa dia sakit hati sangat dengan Sissyira? Takkan sebab cinta dia terhadap Sissyira ditolak kot?

Aku pun pening dengan perangai Anon yang tak habis-habis berhasad dengki. Apa masalah sebenar diorang? Adakah disebabkan kurang kasih sayang? Adakah sebab mereka gembira menambah dosa yang sedia ada berbakul-bakul tu? Mungkin juga diorang tak ada blog, jadi mereka dengki dengan blog kita? Jika ada blog, kenapa mesti menjatuhkan rakan perjuangan dalam arena blog? Ataupun dah terlalu bosan dengan hobi mengumpul setem, lalu terpaksa menjadikan aktiviti provokasi sebagai hobi baru? Adakah Anonymous ni ada persatuan diorang sendiri?

Blog aku ni pun pernah jugak ada Anonymous yang tinggalkan komen biadap. Tapi, bagi aku, hang cakap la apa pun, aku wat donno je. Takdenye aku nak mental down. Lagipun, apa aku boleh buat? Kau hanya Anonymous pengecut yang sangat bacul. Kalau ada Anonymous yang sakitkan hati korang, tak payah nak dilayan sangat. Makin dilayan, lagi la diorang seronok. Kalau gentle, face to face la kan. Apa barang sorok-sorok?

Walaupun berjuta-juta Anon yang singgah di blog ini, aku takkan disable fungsi Anonymous tu. Aku bukan pengecut. Kalau aku disable, camna kawan-kawan aku yang tak ada blog nak tinggalkan komen serta luahkan pendapat. Walaubagaimanapun, jutaan terima kasih aku ucapkan pada Anonymous yang memberi kritikan membina. Ada juga yang memberi teguran di atas beberapa kesilapan fakta dalam entry aku terdahulu. Terima kasih aku ucapkan.

Ehem.. Maaf kawan-kawan. Saja bikin panas sikit. Aku nak tengok jugak, ada tak Anonymous yang prihatin nak provok aku dalam entry ni pasni. Hehehe.. Silakan wahai pengecut.. =)

Nak tengok apa yang Sissyira balas kat Anon tu? Sila KLIK SINI! Memang kaw2 si Anon tu kena paku buah keras.

SZ : Biaq muka huduh, tapi jangan jadi Anonymous yang pengecut!

Apa Itu Cinta?

Cinta...
Adalah sesuatu yang ajaib. Seperti layaknya sebuah ‘candu’, sekali kena sulit untuk melepas. Cinta itu tumbuh dan berkembang tidak mengenal tempat dan waktu, bahkan datang tanpa diduga.

Cinta...
Membawa kebahagiaan. Tapi juga bisa membawa kesedihan, banyak orang rela berkorban demi cinta. Tidak selamanya cinta itu terasa manis, namun kadangkala terasa pahit sekali. Kerana cinta itu tidak semestinya memiliki.

Cinta...
Banyak makna terkandung di dalamnya. Dengan adanya cinta, hidup menjadi penuh warna. Ada birunya cinta, ada merahnya rindu, ada putihnya sayang, ada ungunya cemburu, dan sebagainya.

Cinta...
Menuntut kepercayaan, dan kepercayaan menuntut kesungguhan. Hargailah cinta yang diberikan orang lain untukmu, dan fikirkanlah bagaimana cara untuk membalasnya. Penghargaan adalah sesuatu yang kita terima, sedangkan cinta adalah sesuatu yang kita berikan.

Cinta...
Apapun sifatnya, apapun alasannya, cinta patut untuk dimiliki. Kerana cinta merupakan sebuah anugerah terindah yang pernah manusia miliki. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.


SZ : LOVE is CINTA.. Uppsss.. Sorry.. Mood jiwang lagi.. Haha..

5 Hakikat Sebenar Mengenai Cinta

1- Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

2- Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

3- Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

4- Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

5- Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Monday, January 24, 2011

EP 6 - Aku Seorang Blogger

Entry ini adalah sambungan dari

Keesokkan harinya...

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 5.00 petang Haqim tiba di playground area rumah Ilya Suhana. Haqim datang bersama 9 orang rakannya dengan menaiki 3 buah kereta.

Dalam hati Haqim berkata "Hari ni ko tau la nasib ko. Ko akan kenal siapa sebenarnya Haqim Hakimi bin Awang Endut."

Selang 10 minit kemudian...

Datang seorang lelaki bertubuh kurus dan tinggi lampai berjalan ke arah Haqim dan rakan-rakannya.

"Mamat ni mesti pakwe Ilya Suhana. Keding giler! Hahaha.. Memang lauk aku la mamat ni japgi. Tak sabar aku nak hentak dia." kata Haqim meluahkan keyakinan terhadap rakan-rakannya.

Ternyata memang benar lelaki tersebut adalah Fariq, kekasih Ilya Suhana.

Fariq : Yang mana satu Haqim?

Haqim : Gua! Apsal? (Jawab Haqim sambil melangkah ke depan)

Fariq : Ni apa citer angkat geng ramai-ramai ni? Tak cukup jantan ke?

Haqim tersentak. Terasa dirinya disindir, cepat-cepat dia cover line.

Haqim : Eh! Gua punya suka la nak bawak sape pon. Lu apa kes sound gua dalam telefon semalam?

Fariq : Aku tak puas hati! Apsal ko selalu ganggu awek aku, Ilya Suhana?

Haqim : Ada aku kesah? Suka hati gua la.. Awek je pun. Bukannya bini lu! Orang kahwin pun boleh cerai la der!

"HARHARHAR!!!..." Kedengaran gelak tawa rakan-rakan Haqim.

Fariq : Kurang ajar betul ko ni kan. Mulut bau longkang. Ko jangan nak cabar aku. Makan kaki jugak budak ni kang.

Haqim : Huh! Cakap banyak pun tak guna la..

DUSH!!! Penumbuk sulung Haqim hinggap ke muka Fariq. Berlaku pergelutan antara Fariq dan Hakim sambil diperhatikan 9 orang rakannya yang sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan jika Haqim tidak terdaya melawan seorang diri.

Ternyata kepakaran Fariq dalam seni mempertahankan diri Muay Thai tidak mampu ditandingi Haqim. Buah siku dan lutut yang bertubi-tubi singgah ke tubuh Haqim menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Tanpa disangka, rupanya dia yang menjadi lauk.

gambaran Haqim diterajang oleh Fariq

Melihat situasi tersebut, 9 orang rakan Haqim mula campur tangan. Kini, Fariq terpaksa berhempas-pulas menentang 10 orang sendirian. Agak mustahil untuk  dia tumpaskan lawannya satu persatu melainkan dia benar-benar hebat seperti Tony Ja dalam filem Ong Bak. Fariq akhirnya tumbang.

Orang ramai mula mengerumuni dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Tiba-tiba terdengar jeritan seorang gadis.

"Woiiiii!!! Haqim! Berhenti!", jerit gadis tersebut.

Haqim tersentak apabila terdengar suara yang amat dikenalinya itu memekik namanya.

"Ilya Suhana?", getus hati Haqim.

"Apsal korang pukul abang aku?", pekik Ilya Suhana.

"Abang?", bisik Haqim kebingungan.

"Apa dah jadi ni abang? Itulah.. Ilya dah cakap, tak payah menyamar jadi pakwe Ilya. Kan dah lebam sana sini", kata Ilya Suhana sambil memangku abangnya yang terbaring di atas rumput.

Terkejut Haqim dibuatnya..

"Alamak! Kantoi! Apa aku dah buat ni? Tak sangka pulak tu abang Ilya Suhana. Confirm aku kena reject tak boleh jadi adik ipar dia lepas ni. Melepas la nampak gayanya hasrat nak berbinikan Ilya Suhana", bisik hati kecil Haqim.

Pada masa yang sama, kedengaran bunyi siren kereta polis......................

(Bersambung...)

Baca sambungannya di...

SZ : Jangan ingat orang keding tak power! Hehehe...

Jom Exchange Banner Beramai-Ramai!




Salam.. Nampak dak natang kelip-kelip kat atas tu? Itu adalah banner! B.A.N.N.E.R. Haha.. Akhirnya blog aku pun dah ada banner. Barang siapa yang nak exchange banner ngan aku tu, boleh la maklumkan kat commentbox aku. Nanti aku pi curik banner hangpa semua n taruk kat blog aku plak. Kalau yang takdak banner tu, boleh jugak kalau nak curik. Juz copy ja banner code kat atas tu.

Banner tu aku buat hasil rujukan daripada tutorial di blog Cik Tom. Yang mana teringin nak buat banner tu, boleh la pi singgah tengok kat blog Cik Tom. Ada tutorial cara nak buat banner kelip-kelip guna photoscape. Mudah saja. Pejam mata pun boleh buat. Hehe...

Nak tengok tutorial tu, boleh ke blog CIK TOM.

Jomla ramai-ramai kita tukaq-tukaq banner. Sebenaqnya aku syok tengok banner yang terkumpul banyak-banyak. Banner yang pelbagai, menarik dan kreatif. Kiranya dah macam hobi mengumpul setem plak. hehe.. Banner yang dicuri tu aku akan taruk kat tab BANNER EXCHANGE kat bawah header blog aku tu.

Sekian, terima kasih..

Sunday, January 23, 2011

Seks, Babi dan Janggut

Penjelasan sains:

1. Apabila seseorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih daripada seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya. Kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, dia akan mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim.

2. Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lembab dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri serta menghilangkan semangatnya. Apabila hormon serotonin berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria. Tetapi, daging babi merendahkan kandungan serotonin tersebut

3. Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderita masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah sekaligus mengubati masalah tersebut.

Penjelasan lanjut oleh Dr. Jamal Al-Din Ibrahim di Berita Islam Global.

SZ : Subhanallah.. Setiap suruhan dan larangan Allah itu ada hikmahnya.

Saturday, January 22, 2011

Komen Terpilih - Perlukah Berkorban Demi Kebahagiaan Orang Lain?

Tergamam aku melihat komen-komen dalam entry 'Perlukah Berkorban Demi Kebahagiaan Orang Lain?' Majoriti komen panjang berjela sehingga boleh dijadikan entry. Tak sangka juga ramai blogger yang berkebolehan dan berpotensi menjadi doktor cinta. Hehe.. Dari situ aku boleh nampak korang semua sangat prihatin dan ikhlas meluahkan pendapat untuk mencari konklusi bagi permasalahan konflik cinta antara Asyraf, Lisa dan Farid.

Ada yang cakap Asyraf patut berkorban. Ada juga yang cakap Asyraf perlu pertahankan cintanya sebab jika dia berundur, ini menunjukkan dia tidak bersungguh-sungguh mencintai Lisa. Kadang-kadang kita kena bahagiakan diri kita sendiri dulu. Ada juga yang mengatakan Farid patut berundur. Dan ada juga komen yang boleh membuatkan Lisa terguris. Memang Lisa tidak patut membiarkan hatinya berbelah bagi. Tapi, dia sebenarnya keliru. Macam-macam pendapat yang diberikan. Aku nak ulas semua memang panjang. Nak tengok semua komen-komen hebat tu, KLIK SINI!

Saudara Asyraf mengakui semua komen yang diberikan sangat bernas dan sedikit sebanyak membantu Asyraf meleraikan segala kekusutan. Tetapi, dia terpaksa memilih satu sahaja komen terbaik yang layak mendapat habuan daripada aku. Komen terpilih adalah daripada Qaseh Dalia Adelia.

klik imej untuk kesan lebih jelas

Komen tersebut dipilih oleh Asyraf sendiri. Aku tiada kena mengena. Tak puas hati, sila condemn beliau. Haha.. Kalau nak diikutkan hati aku, semua aku nak bagi ganjaran. Tapi aku hanya mampu bagi satu saja slot. Ganjaran yang lain tu, biarlah anda perolehi dalam bentuk pahala di atas kesungguhan dan keikhlasan anda semua menyelesaikan konflik sahabat kita. Terima kasih yang tidak terhingga. Anda semua memang sahabat yang baik! Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada mereka bertiga. Amin...

Header kepada pemilik komen terbaik akan diletakkan di bawah header blog aku dan akan di'link'kan ke blog beliau selama 24 jam. Maaf. Itu saja aku mampu berikan sebagai habuan. Yang penting, janji mesti ditepati.

SEKALUNG PENGHARGAAN

Niesz - Amna Qadeejazz - Kak Diana - Hishyamuddin - Ayuni - Wani Syara - Nub - Fairosza - Nur Cahaya - Naulofah - Miera Hassan - Kembatolo - A.Samad Jaafar - Cek Chun - Yana - Yott - Alya - Ct Kamila - Eiela - Ahsfantasy - Izamir Ridzwan - Nulhazwany - Echin Nadiossa - Sissyira - Shah Jiehan - Zamir - Nabila - Crow Empire - Syamila - Nur Misnan - Amiera - Shahsyaz - Aiman - Bukan Photographer - Aresaliyana - Fariq - Mie - Ibu Hidayah Amin - Azhan Hj Desa - Siti Hajar Masri - Khairunnisa - Sephi Sephia - Qaseh Dalia - Fara Aina - Ummi Sarah Najwan

SZ : if u love someone, let her go.. if she come back to u, then she's yours..

Friday, January 21, 2011

Perlukah Berkorban Demi Kebahagiaan Orang Lain?

Situasi

Seorang lelaki bernama Asyraf mencintai seorang gadis bernama Lisa. Lisa juga mencintai Asyraf. Pada masa yang sama, seorang lelaki bernama Farid juga mencintai Lisa. Sebelum bertemu Asyraf, Lisa pernah cuba untuk mencintai Farid, tetapi gagal. Akan tetapi, setelah melihat kesungguhan Farid yang tidak mengenal erti jemu menagih cintanya, timbul perasaan serba salah dalam diri Lisa. Perasaan sayang terhadap kedua-dua lelaki tersebut sudah mula sama banyak. Kini Lisa mula keliru. Siapakah yang patut dia pilih sebagai teman hidup?

Farid redha andai Lisa memilih Asyraf. Akan tetapi Farid akan terus mencintai Lisa walaupun Lisa sudah berkahwin dengan Asyraf. Farid hanya akan berhenti menyintai Lisa apabila Farid sendiri berkahwin. Pendek kata, Farid rela melepaskan Lisa asalkan Lisa bahagia dengan pilihannya.

Asyraf pula sangat menyintai Lisa. Asyraf tidak rela melepaskan Lisa kepada lelaki lain. Asyraf akan merana andai Lisa membuat keputusan memilih Farid. Kerana Asyraf sudah tidak mampu menyintai gadis lain selain Lisa. Cintanya terhadap Lisa benar-benar tulus dan ikhlas.

Namun begitu, Asyraf kembali berfikir. Patutkah dia membantu Lisa menyelesaikan kekusutan dan kekeliruan yang dialami? Patutkah dia mengundur diri daripada persaingan tersebut sekaligus melepaskan Lisa kepada Farid? Asyraf yakin Farid juga mampu membahagiakan Lisa. Perlukah Asyraf berkorban demi kebahagiaan orang lain walaupun diri Asyraf sendiri akan merana?


Soalan

1. Boleh tak bantu Asyraf selesaikan masalah yang dihadapinya? Patutkah dia berkorban demi kebahagiaan orang lain?
2. Siapakah Lisa patut pilih? Asyraf atau Farid?

Memang jodoh di tangan Tuhan. Tapi, harap anda faham soalan yang cuba di sampaikan. Asyraf adalah sahabat aku. Harap anda boleh tolong selesaikan masalahnya. Sekian, terima kasih.

Ada habuan kepada pemberi komen paling bernas dan jawapan terbaik.

*Asyraf, Lisa dan Farid adalah bukan nama sebenar.


SZ : Antara kasih dan kasihan.

Gambaran Manusia Sedang Solat Pada Peta Dunia Timur Tengah

Cuba anda lihat gambar peta dunia di bawah. Adakah anda perasan sesuatu yang pelik, ganjil dan luar biasa?

Klik imej untuk kesan lebih jelas

Tak nampak apa-apa? Memang agak mustahil untuk anda lihat dengan pandangan mata kasar. Jadi, cuba lihat pula gambar di bawah ini..

Klik imej untuk kesan lebih jelas

Bagaimana? Dah nampak apa yang dimaksudkan?

Keajaiban peta dunia. Ada gambaran manusia sedang solat menghadap ke arah kiblat dalam keadaan tahiyyat sedang bertashahud mengucapkan Lailahailallah terpapar pada peta dunia Timur Tengah.

Subhanallah.. Allah Maha Besar..

Sila lihat imej di bawah ini pula agar anda lebih faham maksud-maksud tersirat pada peta dunia Timur Tengah itu dengan lebih terperinci agar lebih mudah difahami.

Klik imej untuk kesan lebih jelas

Untuk maklumat lanjut serta ulasan yang lebih terperinci, boleh klik link sumber. Sebarkan kepada yang masih belum tahu. Bukti Kebesaran Allah SWT.


Sumber : Safarun Al-Fannun

Thursday, January 20, 2011

Cinta Kedua (Part 2) - Dijodohkan Dengan Imam Makkah


Salah satu sebab mengapa dia jatuh cinta pada aku dulu kerana aku pernah mengambil bidang tahfiz. Ayahnya meletakkan syarat, bakal menantunya nanti mestilah seorang Al-Hafiz. Akan tetapi, dari awal lagi ayahnya tidak pernah merestui hubungan kami. Kami berhubung secara rahsia. Sehinggakan ibunya pernah menelefon aku dan meminta aku melepaskannya. Dia juga pernah menyatakan yang ibu dan ayahnya mahu memberinya air jampi supaya dia dapat melupakan aku.

Sebelum ini, ramai yang cuba merisiknya tetapi gagal setelah ditolak mentah-mentah ayahnya. Yang merisiknya juga bukan calang-calang orang. Anak VIP dan golongan berada. Katanya, ayahnya tidak memandang harta dan kekayaan. Setahun hubungan kami, dia memberitahu yang ayahnya mahu menjodohkannya dengan seseorang. 'Bakal menantu' impian ayahnya itu ditemui di Makkah ketika ayahnya mengerjakan umrah.

Nak tahu siapa jodoh pilihan ayahnya itu? Lelaki tersebut bukannya calang-calang orang. Seorang yang mempunyai 2 kelulusan PHd dan merupakan seorang Al-Hafiz. Berumur lingkungan 30-an. Dia juga merupakan pelapis Imam Makkah. Wow! Terkedu aku mendengar. Tinggi betul 'taste' ayah dia. Pelapis Imam Makkah tu beb! Tak tercapai akal aku. Perbezaan taraf aku dan dia sangat ketara. Memang patut awal-awal lagi aku di'reject' oleh ayahnya. Aku memang tak layak jadi menantu beliau. Tapi sejauh mana kebenarannya? Walaupun begitu, aku tetap berfikiran positif dan percaya yang jika ada jodoh tidak akan ke mana. Aku terus bertahan dan setia dengannya.

Sehinggalah hubungan kami mencecah 19 bulan, dia mintak putus lagi dengan aku. Kesabaran aku juga ada tahap maksimanya. Aku sudah tidak tahan lagi. Untuk pertama kali itu juga aku menerima keputusan dia. Itupun setelah puas aku bertekak dengan dia di telefon. Akan tetapi, setelah 3 hari kata putus dibuat, dia kembali menjilat ludahnya. Katanya dia tak dapat hidup tanpa aku. Pada masa itu aku memang dah tawar hati dengannya. Tapi, aku cuba juga memaafkannya.

Sehinggalah pada suatu hari, handphone aku hilang dicuri ketika di kolej. Pada waktu itu aku tengah mengamuk menyoal siasat siapa pencuri tersebut. Pada masa yang sama dia menghantar mesej memarahi aku kerana tidak melayan mesej dia. (Aku ada dua henset pada masa tu) Aku dah jelaskan yang aku tengah sibuk, tapi dia tak memahami. Terus kami senyap begitu saja selama sebulan.

Setelah sebulan tidak berhubung, aku mula teringatkannya. Aku kikiskan ego aku. Aku cuba meminta maaf dan memujuknya. Tapi dia menolak dengan alasan yang dia dah tawar hati dengan aku. Katanya dia tidak mahu lagi berfikir soal cinta. Hanya mahu menumpukan pelajaran. Tetapi setelah disiasat, dia sebenarnya dah ada pengganti aku. Seorang pelajar senior tempatnya belajar. Huh! Kenapa tak terus terang saja yang dia dah ada pengganti? Alasan nak tumpu study konon. Cepat betul dapat pengganti. Ia amat meragukan. Adakah dia telah memasang spare-part di akhir-akhir hubungan kami? Imam Makkah pulak ke mana?

Putus cinta untuk kali kedua tidak begitu menyakitkan seperti putus cinta pandang pertama. Mungkin juga disebabkan pengalaman mematangkan aku. Sejak daripada itu, jiwa aku kosong. Hati aku tertutup rapat untuk menerima cinta. Berkali-kali juga aku cuba  untuk bercinta lagi. Tapi aku tak mampu.  Pengalaman lalu banyak mengajar aku. Untuk aku jadikan pedoman bagi memelihara cinta terakhirku. InsyaAllah..


Fuh! Tamat! Serius aku dah malas nak menaip dan mengimbau kisah cinta yang menyakitkan hati tu. Walaupun banyak lagi sebenarnya cerita aku dan dia, tapi cukup sampai sini saja rasanya. Malas aku nak mengumpat dia banyak-banyak. Tujuan aku buat ni pun sebab aku nak tutup buku lama, dan buka buku baru. Aku nak lupuskan semua kenangan cinta yang menyakitkan hati tu dari ingatan aku. Dengan cinta kedua ni, aku tak boleh nak berkawan dengan dia walaupun dah putus. Terlalu sakit!

SZ : Sekarang ni, aku dah tak memandang kecantikan. Cukup sekadar kasih sayang dan kesetiaan si dia. Aku terima dirinya seadanya.

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Kedua (Part 1) - Ego Mengalahkan Lelaki

Kisah cinta diteruskan dengan imbauan kisah cinta kedua pula yang merupakan pengganti kepada cinta pandang pertama aku setelah setahun kami putus. Kali ini, pihak perempuan yang memulakan dahulu. Menghulurkan salam perkenalan di Friendster. Aku yang berstatus 'duda' ketika itu menyambut salam beliau. Dia merupakan junior sekolah aku. Dia mendapat tahu mengenai aku melalui kakaknya yang sama batch dengan aku di sekolah. Walaupun aku tidak mengenali kakaknya, tetapi kakaknya mengenali aku. Itulah penangan pernah couple dengan orang feymes dulu.

Dia juga merupakan seorang yang cantik dan tinggi seperti bekas cinta pandang pertama aku juga. Tapi dia agak pemalu. Ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada aku. Aku pula sudah mula mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan perempuan pada masa itu. Hasil 'kutukan' yang aku terima daripada cinta pandang pertama.

Percintaan kali ini lebih banyak dugaan dan cabaran. Setelah berbulan-bulan couple dengan dia, sedikit sebanyak perangai sebenarnya muncul. Dia merupakan seorang yang agak loaded dan merupakan anak emas kepada ayahnya. Dia merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Tapi ayahnya sayangkannya seperti anak bongsu. Mungkin disebabkan itu, dia mempunyai ego yang sangat tinggi mengalahkan lelaki.

Sepanjang kami bercouple, terlalu kerap pergaduhan tercetus. Sikapnya yang tidak mahu beralah langsung walaupun sudah sah ia kesalahannya membuatkan aku sakit hati. Walaupun kadangkala aku pun cuba untuk ego mempertahankan diri, tapi ia hanya akan membuatkan ketegangan semakin memuncak. Jadi, aku terpaksa juga akur demi mempertahankan hubungan kami. Tambah menyakitkan hati, dia memaksa aku buang sikap ego aku untuk kebaikan hubungan kami. Pada masa yang sama, aku juga menyuruh dia buang sikap ego melampau dia tu. Tapi dia dengan ego membalas..

"Saya tak boleh buang sikap ego saya sebab saya memang dari dulu macam ni. Dengan family saya pun, saya ego".

Senang betul dia bagi alasan macam tu. Suruh orang berubah, tapi dia sendiri ego tak nak berubah. Apa kes? Aku pun ego tinggi jugak. Tambahan aku anak sulung dan merupakan seorang lelaki. Agak normal untuk aku ego. Tapi aku cuba juga kikiskan sikap ego melampau tu. Disebabkan sayang, aku terus bersabar.

Kebetulan, kami menuntut di kolej yang sama di Kedah pada waktu itu. Akan tetapi, aku kemudian berpindah ke sebuah kolej di Melaka. Dugaan bercinta jarak jauh ternyata lebih dahsyat. Semenjak aku tiada di kolej tersebut, ramai yang mengambil peluang memikat dia. Termasuklah pelajar luar negara daripada Thailand dan Kemboja. Aku yang berada di Melaka mula tidak senang duduk apabila dia mula menyatakan yang dia tidak mampu hidup seorang diri tanpa aku di sana. Dia perlukan seorang lelaki sebagai pelindung dan penemannya.  Lalu aku terpaksa meminta bantuan rakan-rakan aku di sana untuk menjaga dia. Meneman dia ke mana sahaja jika ingin keluar ke bandar. Aku lebih rela dia keluar dengan rakan aku daripada dia keluar dengan pelajar Thai dan Kemboja yang cuba memikatnya.

Akan tetapi, dia terus memujuk aku untuk membenarkannya berkawan dengan pelajar lelaki Kemboja dan Thai. Alasannya kerana mereka bijak berbahasa Arab dan mahu menjadikan mereka sebagai sumber rujukan dan teman study. Aku kembali menyoal, "Sudah tidak ada wanitakah yang boleh dijadikan teman study?". Dia  membalas yang dia lebih selesa dengan lelaki.

Aku pernah cuba menduganya. Aku menyatakan aku terlalu sunyi di Melaka. Aku juga mahukan teman wanita di kolej aku sebagai rakan study. Tetapi, dia membantah sekeras-kerasnya. Dia tidak mahu aku berkawan dengan mana-mana perempuan langsung. Aku bingung. Kenapa dia boleh, aku tak boleh?

Enam bulan kemudian, dia juga berpindah keluar daripada kolej tersebut. Dia berpindah ke sebuah IPT di N.Sembilan. Kebetulan sama tempat dengan bekas awek pertama aku. Ini membuatkan kami sedikit dekat. Ingatkan bila dekat, kurang gaduh. Sebaliknya pergaduhan lebih hebat. Kami kerap bergaduh jika ber'SMS. Dia juga kerap memarahi aku jika sehari tidak menghantar SMS kepadanya. Sudah berapa kali aku jelaskan pada dia yang aku kurang gemar ber'SMS' kerana akan menyebabkan rasa jemu berbalas SMS mengenai subjek yang sama setiap hari. Aku juga mahu meluangkan masa dengan rakan-rakan aku. Bukan hanya memicit butang henset saja 24 jam. Selalunya pergaduhan akan reda bila kami berjumpa. Sebab aku kurang pandai memujuk melalui henset.

Sepanjang 20 bulan couple dengan dia, lebih 10 kali dia mintak putus dengan aku. Tapi aku tetap setia mempertahankan hubungan kami. Pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya dia cakap yang ayah dia mahu menjodohkannya dengan seseorang. Aku yakin korang pun pasti akan terkejut jika mendapat tahu siapa lelaki yang menjadi pilihan ayahnya untuk dijodohkan dengan anak emasnya itu.

Agak-agak siapakah lelaki tersebut? Kalau nak tahu, kenala tunggu sambungan kisah ni, Part 2. Hehe..



SZ : Lelaki ego adalah normal. Perempuan yang ego mengalahkan lelaki adalah sangat tidak normal. Pengajarannya, jangan terlalu ego. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan. Bertolak ansur kan lebih baik.

Sambungan : Cinta Kedua (Part 2)

Monday, January 17, 2011

Dikutuk Oleh Cinta Pandang Pertama

Kisah cintan terus menjadi subjek aku kali ini. Hehe.. Kali ni aku nak story pengalaman aku masa first time couple dulu. Aku mula kenal pompuan semasa aku tingkatan 6. Sebab dulu sekolah aku mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan iaitu kampus putera dan puteri. Selama 5 tahun aku belajar dalam kelas dan blok yang dikelilingi kaum sejenis. Syukur aku masih dalam kategori 'straight'. Hehe..

Secara tradisi, pelajar putera dan puteri akan ditempatkan dalam 1 blok apabila memasuki Tingkatan 6. Tapi masih bukan dalam 1 kelas. Itupun sudah cukup buat kami semua mencuci mata bila melihat kaum puteri lalu lalang di tingkat bawah. Sehinggalah pada suatu hari di bulan Januari, aku terpandang seorang awek ni yang memang cantik. Dengan tingginya macam model. Memang taste aku la masa tu. Terus aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku nekad dalam hati aku masa tu, kalau aku dapat dia, kompom aku buat bini.

Dengan bantuan rakan-rakan, aku pun menjalankan siasatan siapakah gadis tersebut. Hasil maklumat sahabat aku yang memang mengenali beliau, aku pun berjaya mendapatkan nombor telefon dia. Awek tu seorang yang agak feymes kat sekolah. Tapi berita buruknya, dia sudah berpunya ketika itu. Balak dia masa tu rupanya rakan sekelas aku jugak. Maka frust menonggeng la aku. Melepas la sudah.

Setelah 4 bulan berlalu, aku mendapat tahu yang gadis tersebut kembali berstatus single. Gadis tersebut juga sudah menamatkan tingkatan 6 lebih awal kerana mendapat tawaran pengajian di sebuah IPTA di Negeri Sembilan. Aku tanpa melengahkan masa, terus mencuri peluang yang ada. Aku menghulurkan SMS salam perkenalan kepada dia. Ternyata dia menyambut salamku itu. Walaupun aku mengenali dia, tapi dia langsung tidak mengenali aku. Maklumlah, aku bukannya top sangat masa tu.

Setelah berkenalan, aku tanpa berselindung terus meluahkan padanya yang aku sukakannya. Nampak sangat aku terburu-buru masa tu. Dia memberitahu dia belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi. Lagipun masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Lebih kurang seminggu ber'SMS', iaitu sebelum 2 hari dia berangkat ke N.Sembilan, kami pun mengaturkan pertemuan.

Semasa first date, aku rasa aku ni seolah-olah seorang yang bangang. Aku ni pemalu. First time dating ngan pompuan, memang menggelabah. Tambahan pulak dia ni cun! Mula la aku rasa rendah diri dan merasakan tidak layak keluar dengan dia. Percakapan aku mula gagap. Lebih banyak berdiam. Dia soal sepatah, aku jawab sepatah. Tak macho langsung. Haha.. Lepas balik daripada dating tu, aku pun SMS padanya. Aku mintak maaf sebab aku tak banyak cakap sebab malu. Lepas tu aku bertanya, apa pendapat dia mengenai aku? Nak tau dia balas apa? Sampai sekarang aku tak dapat lupa. Dia cakap...

"Awak ni ada rupa, tinggi tapi awk ni kurus sangat. Makanlah banyak sikit!".

"Saya tengok awak ni macam tak pandai dress-up je".

Pergh! Sekali dia sound direct aku macam tu. Sangat jujur minah ni. Selamber dia je kutuk aku. Tipula kalau aku cakap tak terasa. Tapi aku rilek je. Konon-konon sanggup terima teguran. Aku pun belek cermin. Yela.. Selekeh. Aku pun berjanji kat dia yang aku akan makan banyak-banyak bagi tembun dan mendapatkan khidmat nasihat perunding imej agar penampilan aku lebih bergaya dan berkeyakinan.

Dua bulan kami ber'SMS', dia mengakui yang dia mula menyayangi aku. Maka kami pun declare dan meneruskan percintaan jarak jauh kami. Kalau dia balik Kedah, kitorang akan keluar dating. Sejak couple dengan dia, aku mula dikenali di kalangan pelajar-pelajar puteri. Yela.. Dah aku couple dengan antara pelajar puteri paling top, kompom saham aku pun naik. Seganla jugak bila ada yang mengacah-acah aku. Lalu ke mana je, ada mata yang memandang dan berbisik sesama mereka. Segan gila walaupun sedikit bangga. Haha.. Cannot go!

Tapi sayangnya, hubungan tersebut hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja. Dia mintak putus dan memberi alasan yang dia tidak yakin dengan masa depan aku. Aku merayu-rayu kepadanya supaya menarik balik hasratnya itu dan memberi peluang untuk aku buktikan kemampuan aku. Berbulan-bulan aku cuba memujuk dia. Aku masih belum berhenti berharap. Aku gadaikan maruah aku sebagai seorang lelaki, aku merayu kepadanya, aku ingin 'merujuk' dia kembali, ibarat pasangan bercerai. Tapi dia tetap teguh dengan pendiriannya. Betapa hancur luluhnya hati aku ketika itu. Remuk berkecai sehingga membuatkan airmata jantan aku menitis. Pertama kali aku menangis sebab perempuan. Looser kah aku?

Itulah pengalaman putus cinta yang paling tragis. Orang cakap putus cinta pandang pertama sangat menyakitkan dan susah nak lupa. Memang benar. Aku dah alaminya. Tapi lama-kelamaan aku berjaya juga melupakannya. Korang jangan salahkan dia. Dia baik sebenarnya. Aku yang bodoh masa tu. Tak reti nak bercinta. Newbie la katakan. Sampai sekarang, aku masih berkawan dengan dia. Dia pun dah berpunya dan bahagia dengan pasangan dia kini. Mereka juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya, aku ada pengalaman pertama kali bercinta dan putus cinta. Yang boleh aku gunakan sebagai pedoman agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Dan juga pengajaran jangan terlalu obses dengan cinta. Akibatnya diri merana. Terima kasih jugak pada dia sebab jujur dan sudi menegur cara penampilan aku yang selekeh masa tu. Sekarang aku mampu tampil dengan lebih berkeyakinan. Body aku pun dah tough macam The Rock skang ni. Haha...

Sebenarnya aku bersyukur jodoh aku dengan dia tak panjang. Sebab semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Hehehe.. Sendiri mau ingatla.. ;-p


SZ : Kalau tak mampu terima kekurangan pasangan anda, lupakan saja niat anda untuk bercinta dengannya.. Terimalah dia seadanya..

Maaf Andai Daku Terjiwang



Ramai yang cakap entry aku 2, 3 hari ni asik berbaur cintan cintun aje. Haha.. Ala.. Kamon la.. Lex ar beb! Gua dah lama menyepi. Pintu hati gua dah lama tertutup. Jiwa gua dah lama kosong. Kasi la can gua nak jiwang-jiwang gini. Sporting la skit. Tak seronot ke tengok gua bahagia? Hehe..

Mintak maaf la andai ada yang tak senang hati. Gua pun takut jugak sebenarnya. Takut ada yang cakap, "Eleh.. Sekarang ni boleh la dok buat entry jiwang-jiwang.. Bila dah break atau gaduh nanti, mula la nak buat entry maki-maki plak". Haha.. Takkan lu orang nak doakan kebahagiaan gua musnah kot? Gua harap, inilah yang terakhir. Sebab gua bukan jenis mudah jatuh cinta. Sekali gua tangkap cin dengan seseorang tu, selamanya gua cinta. Bajet romeo la. Thats why kalau putus, ambik masa yang lama untuk gua ubat kekecewaan gua. Siksa beb bila kita terlalu taksub bercinta, tiba-tiba kena tinggal. Demm!

Sebab itu kali ni, gua nak jaga dia elok-elok. Gua dah banyak belajar daripada kesilapan lalu. Dulu gua jatuh cinta dengan 2 orang bekas awek gua tu disebabkan tertarik dengan kecantikan diorang. Kali ni, gua nak cintakan dia kerana Allah. Gua ikhlas untuk terima dia seadanya. Sebab gua rasa, perasaan gua terhadap dia wujud sejak gua kecik lagi. Dah macam petanda. Cuma masa gua lost contact ngan dia selama 13 tahun tu je gua seperti berhenti berharap. Tapi gua masih tak berputus asa menjejak dia.

Doakanlah kebahagian gua. Gua bukannya muda lagi. Dah sampai masa untuk gua serius memilih pasangan hidup. Nak cari awek memang senang. Nak cari bini tu yang susah.

Err.. Nantikan entry-entry cintan-cintun seterusnya dari gua dalam masa terdekat ni. Haha.. Jangan marah.. Kasi can skit je eh.. Kalau tak suka, silalah muntah. Gua boleh sediakan baldi. Hehe.. Harap-harap lu orang tak nyampah ngan gua. Peace! :D

SZ : Cinta pada manusia tak akan kekal.. Cinta pada Allah akan kekal abadi..

Sunday, January 16, 2011

Selamat Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-83


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-83 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pada hari Ahad, 16 Januari 2011 bersamaan 11 Safar 1432H. Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku. Ikhlas dari patik.

DAULAT TUANKU!

SZ : Sultan Kedah adalah sultan paling sempoi bagi aku..

Saturday, January 15, 2011

Cinta Tanpa Sebab

Ini adalah satu kisah cinta sepasang kekasih. Mereka saling mencintai dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Akan tetapi pada suatu hari, Si Gadis bertanya kepada Si Jejaka mengapa Si Jejaka mencintainya..

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...


Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


Saya sayang awak dunia dan akhirat..



SZ : Cinta itu buta.. Adakala cinta itu boleh membutakan..

Friday, January 14, 2011

Bertemu Semula Setelah 13 Tahun Terpisah

Setelah 13 tahun tidak bersua muka, akhirnya tanggal 13 Jan 2011 menjadi saksi pertemuan semula dua insan yang telah sekian lama terpisah. Kali terakhir aku melihat wajahnya ialah ketika aku berumur 11 tahun manakala dia pula baru sahaja berusia 9 tahun. Kenangan cinta monyet zaman sekolah rendah yang benar-benar terpahat di lubuk hatiku tidak mungkin dapat dilupakan.

Sebenarnya aku kembali bertemu dengan dia pada tanggal 3 Mei 2010. Tetapi hanya bertemu di alam maya iaitu di facebook setelah pelbagai cara yang aku gunakan untuk menjejaknya selama bertahun-tahun. Aku pernah coretkannya dalam entry bertajuk Kenangan Cinta Monyet pada tahun lepas. Memang aku teringin sangat nak jumpa dia. Bayangkan setelah sekian lama tak bertemu, pasti perasaan nak melihatnya di depan mata sangat membuak-buak.

Tepat pukul 11.13 pagi 13 Jan, akhirnya impian itu terlaksana. Penantian selama 13 tahun pun berakhir. Lokasi pertemuan di RFC, Alor Star. Dia hadir ditemani 2 orang rakannya. Manakala aku hanya berlagak macho seorang diri. Aku akui, pertemuan semula ibarat reunion itu membuatkan aku agak nervous. Tegurannya yang menyatakan tangan aku kelihatan sedikit gigil membuatkan kejantanan aku rasa tergugat. Haha.. Akan tetapi aku cuba berlagak seperti biasa.

Dua orang rakannya mula beralih ke meja sebelah bagi memberi peluang kami berbual. Dari situ aku mula rasa selesa dan tidak kekok. Aku melahirkan rasa teruja dan seolah-olah tidak dapat mempercayai yang itu adalah budak yang aku pernah suka ketika zaman hingusan dahulu. Raut wajahnya tidak banyak berubah melainkan saiz fizikalnya sahaja. Banyak yang kami bualkan mengenai  kisah-kisah silam yang mencuit hati sambil diiringi gelak tawa. Dia tidak habis-habis asyik memuji kecapangan telinga aku. Perbualan di depan mata lebih seronok walaupun kami pernah berbual di facebook dan SMS.

Sejak pertemuan itu, perasaanku kembali melonjak keriangan seperti ada sinar bahagia yang menanti. Terasa berbunga mekar di taman hatiku. Pintu hatiku yang pernah tertutup hampir 2 tahun untuk menerima cinta kembali terbuka. Aku pernah cuba untuk mencintai orang lain sebelum ini. Tapi aku gagal yakinkan diri aku untuk mencintai wanita-wanita tersebut dengan sepenuh hati.

Kini, aku yakin beliaulah permata yang dicari selama ini baru ku temui. Aku berjanji aku tidak mahu berpisah dengannya lagi hingga akhir hayat jika diizinkan oleh-Nya. Aku mahu cinta budak sekolah ini menjadi cinta dewasa sekaligus membawa kami menuju gerbang perkahwinan andai ada jodoh kami. Aku sedia menerima dirinya seadanya kerana aku juga bukanlah insan yang sempurna.

Kalau boleh, aku juga tidak mahu bercinta atau ber'couple' dengannya seperti remaja lain. Tidak mahu terlalu asyik ber'dating' dan ber'SMS' terlalu kerap sehingga 24 jam. Cukuplah sekadar aku menyatakan hasrat untuk setia padanya dan memperisterikannya. Aku mahu bercinta secara serius dan romantis dengannya hanya setelah kami sah bergelar suami isteri. Bercinta selepas berkahwin lebih afdhal dan lebih terasa kemanisannya. Ini adalah impian aku.. Aku berharap ia akan menjadi kenyataan.. InsyaAllah.. Amin..

*Link berkaitan : Kenangan Cinta Monyet

imej beliau sengaja dikaburkan atas faktor2 keselamatan.. heheh..
 
SZ : Kita hanya merancang.. Allah yang menentukan..

Thursday, January 13, 2011

Zaman Nakal di Asrama Sekolah Bersama Zul Koje

Entry kali ini aku tujukan khas buat seorang sahabat sekolah menengah aku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 29 Disember 2010 yang lepas. Sekadar ingin mengimbau kenangan bersama beliau ketika kami sama-sama tinggal di asrama salah sebuah sekolah agama yang elit di Negeri Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Rasanya belum terlambat untuk aku dedikasikan kisah ini kepada beliau.

Insan yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Koje dikalangan rakan-rakan. Koje pada asalnya adalah nama samaran yang diberikan kepada abangnya yang merupakan bekas pelajar di sekolah kami. Rupa Zul ni mirip dengan abangnya. Mungkin disebabkan itu, para senior yang mengenali abangnya juga menggelarnya dengan panggilan Koje. Berdasarkan fakta yang diperolehi, gelaran Koje diperolehi daripada perkataan Kojet. Kojet merupakan  nama style rambut yang digayakan oleh abangnya yang juga merupakan bekas penjaga gol sekolah. Itulah sedikit sebanyak asal-usul nama Koje yang aku tau. Gelaran yang asalnya diberikan kepada abang, akhirnya melekat kepada si adik hingga ke hari ini. Bak kata pepatah, "lembu punya susu, sapi dapat nama".

Masa aku tingkatan 3 dulu, aku tinggal 1 dorm dengan Si Koje ni. Tahun tu juga merupakan tahun genting di mana kami akan menghadapi peperiksaan PMR. Kami berdua memang selalu study bersama-sama. Jadual study yang ditetapkan di asrama adalah  selepas Isya' hingga pukul 12 malam. Pada waktu itu, semua pelajar wajib berada di dalam bilik study dan diharamkan berada dalam dorm. Akan tetapi, lain pula aku dengan Si Zul ni. Kami curi-curi naik masuk dorm dan curi-curi tidur. Orang sibuk study, kami sibuk tidur. Hehe..

Biasanya Zul akan kejut aku bangun tahajjud dalam pukul 1 pagi. Bagus sebenarnya Zul ni walaupun nakal. Lepas kami solat Tahajjud, kami pun pergi la kelas dan study sama-sama. Suasana awal pagi macam tu memang tenang. Apa yang diulangkaji memang mudah masuk dalam kepala hotak aku. Zul ni pulak seorang yang sangat pakar dalam Matematik. Aku ni pulak tersangatlah tak suka dengan Math. Dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar.

Setelah penat memerah otak, perut pun mula la berbunyi meminta belas ihsan tuan empunya perut. Kalau stok biskut kat hostel habis, kami bertindak nekad melompat pagar untuk lepak di kedai makan seberang jalan hadapan sekolah. Istilah lompat pagar lebih dikenali sebagai 'fly' dikalangan budak-budak sekolah zaman sekarang. Port yang menjadi kebiasaan ialah Kedai Abg Man CD. Selalunya kami menggunakan istilah mengaji kitab dengan Ustaz Man CD. Mengajib kitab apa? 'Kitab Biru'! Haha.. Astaghfirullahalazim.. Kami tak sengaja ok. 'Abg Man CD' tu yang slumber pasang biar pakcik-pakcik tua melayan stim sambil hisap rokok minum kopi. Demm! Dapat dosa free.

Ketika kami melakukan aktiviti 'fly' tersebut, rupa-rupanya ada mata yang memerhati. Kaki report ataupun istilah yang dipakai oleh kami, 'Spy AJK'. Aku memang anti betul dengan budak-budak kaki report camtu. Dan akhirnya, kami dibuang daripada asrama pada hujung tahun atas kesalahan keluar malam tanpa kebenaran. Zul tak kisah walaupun kena buang asrama sebab dia mahu berpindah ke MRSM. Aku ni yang naya. Tetapi setelah rayuan dibuat, aku diterima kembali tinggal di asrama ketika sesi pendaftaran tingkatan 4 kerana result PMR aku agak memberangsangkan. Zul dan aku memperolehi keputusan yang sama iaitu 6A. Akan tetapi, beliau berpindah ke MRSM manakala aku pula terus kekal di situ sehingga Tingkatan 6.

Itulah sedikit sebanyak kenangan aku bersama Zul Koje yang dapat dikongsikan. Tergelak sendirian mengenangkannya. Tak sangka yang dia sekarang dah pun berkahwin dan juga sudah bergelar Cikgu Zul. Selamat Pengantin baru aku ucap kan buat sahabat aku, Zul dan pasangannya Huda. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

Selamat Pengantin Baru
Zul dan Huda

SZ : Ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin.. Jeles plak..

Statistik Facebook Sepanjang 2010


Status hubungan sepanjang tahun 2010:
- Lebih kurang 43,869,800 akaun mengubah statusnya menjadi Single
- Lebih kurang 3,025,791 akaun mengubah statusnya menjadi “It’s complicated”
- Lebih kurang 28,460,516 akaun mengubah statusnya menjadi In a relationship
- Lebih kurang 5,974,574 akaun mengubah statusnya menjadi Engaged
- Lebih kurang 36,774,801 akaun mengubah statusnya menjadi Married.

Secara purata apa yang terjadi di dalam Facebook dalam masa 20 minit? Berikut statistik yang telah tercatat:
- Purata 1 juta link di share di Facebook dalam masa 20 minit.
- Purata 1,323,000 foto baru di ‘tag’
- Purata 1,484,000 undangan event dihantar
- Purata 1,587,000 posting di Wall
- Purata 1,851.000 update status
- Purata 1,972.000 permintaan menjadi teman (friend request) diterima
- Purata 2,716.000 foto diupload
- Purata 10,208,000 komen
- Purata 4,632,000 pesan di hantar
- Purata 7,657,000 klik ‘Like’

Selebriti yang paling banyak di ‘like’:
Lady Gaga (24,712,169 orang ‘Like this’)
Eminem (23,729,700 orang ‘Like this’)
Megan Fox (19,575,080 orang ‘Like this’)
Vin Diesel (19,425,325 orang ‘Like this’)
Rihanna (18,903,844 orang ‘Like this’)
Barack Obama (17,229,885 orang ‘Like this’).

source : isuhangat

Wednesday, January 12, 2011

Pengalaman Exam Yang Menyakitkan Hati

Hari ni aku nak kongsi pengalaman paling menyakitkan hati ketika aku dalam perjalanan untuk menduduki Ujian Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans pada 27 Nov 2010 yang lepas. Ejen Kurnia Insurans yang menguruskan aku memaklumkan bahawa aku akan menduduki exam di SM Keat Hwa, Alor Star. Bermula 2.30 ptg hingga 4.30 petang. Pada hari itu juga, jiran sebelah rumah aku melangsungkan kenduri kahwin. Agak biadap jika aku tidak menghadirkan diri dan meringankan tulang. So, aku terpaksa keluar tepat jam 2.00 ptg untuk tiba tepat pukul 2.30 bagi menghadapi exam tersebut. Mujur cuaca agak baik. Jadi, boleh lah aku menaiki motorsikal bagi memudahkan aksi cilok-mencilok ketika mengharungi kesesakan lalu lintas.

Tepat pukul 2.30, aku pun tiba di Sek Keat Hwa yang dimaksudkan tu. Sampai kat situ, aku bertanya kepada brader guard yang bertugas, dimanakah dewan exam? Brader tersebut menyatakan yang exam tersebut bukan di situ. Tetapi di Sek Keat Hwa 2.. "Aik. Sejak bila ada Keat Hwa 2?"', bentak hati kecilku. Aku punyala jakun sebab tak tahu. Yela.. Aku tau sekolah agama je. Haha.. So, aku pun bergegas mencari Keat Hwa 2 berdasarkan petunjuk yang diberi oleh brader tersebut. Punya la berbelit jalan nak ke situ.

Setibanya di Keat Hwa 2, pak cik guard yang bertugas menyarankan aku ke Sek Keat Hwa K kerana beliau langsung tidak tahu menahu mengenai exam tersebut! Aku bertambah bingung. Sejak bila ada Keat Hwa K? Aku pun bergegas ke sekolah yang dimaksudkan. Dan sekali lagi pak guard Keat Hwa K juga mengecewakan aku! Beliau juga tidak tahu apa-apa. Masa semakin suntuk. Aku semakin cuak. Dia mencadangkan aku ke Sek Keat Hwa Private pula. Haha.. @#%*&^$! Dalam hati aku dah mula bersumpah seranah. Pada hari malang tersebut juga, baru aku tahu yang di Alor Star ada 5 buah Sekolah Cina bernama Keat Hwa! Ciss!! Err.. Betul ke 5? Atau ada lagi yang aku tak tahu?

Akhirnya Sek Keat Hwa Private merupakan destinasi yang sebenar. Jam dah menunjukkan 3.30 petang. Sudah 1 jam masa menjawab telah berlalu. Aku dah mula give-up. Takkan aku nak jawab 100 soalan hanya dalam masa sejam? Sepatutnya 2 jam. Gila! Kompom tekanan dan tak dapat fokus. Niat di hati nak patah balik. Tapi aku istighfar banyak-banyak. Aku buat keputusan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lutut lengan. Aku teruskan juga mendaki tangga-tangga menuju ke dewan peperiksaan. Apa nak jadi pun, jadi lah!

Dengan keadaan tercungap-cungap dan rambut berserabai akibat memakai helmet, aku melangkah masuk. Semua mata memandang aku. Lebih daripada 100 orang calon-calon yang ada dalam dewan tersebut. Aku sangkakan, hanya lingkungan 20 orang yang bakal menduduki ujian tu. Aku cuba menipiskan muka aku yang terasa semakin menebal.  Tiba-tiba aku disekat oleh seorang pengawas Cina yang tidak membenarkan aku masuk. Hati aku mula membara. Mujur ketua pengawas peperiksaan yang merupakan warga Cina agak berumur seorang yang sporting. Beliau memberi peluang kepada aku untuk cuba menjawab walaupun masa tersangat suntuk.

Tanpa melengahkan masa, aku terus menjawab. Fikiran aku masa tu memang bercelaru. 100 soalan aku terpaksa jawab dalam masa hanya 45minit? Mujur semua soalan objektif. Tapi memang susah tak hingat la. Dalam keadaan kelam-kabut serta emosi terganggu akibat tekanan melampau, aku mencuba nasib. Mana tahu tembakan aku mengena. Dengan lafaz bismillah serta tawakkal, aku berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Fire in the hole! Akhirnya sempat juga aku menghitamkan semua bulatan yang ada di kertas jawapan tersebut. Keluar daripada dewan peperiksaan, aku yakin aku akan gagal. Hampir mustahil untuk aku lulus.

Setelah 3 minggu, result peperiksaan tersebut pun keluar. Di saat aku mahu menyemak keputusan di internet, menggigil tangan aku menekan keyboard. Berat hati nak tengok keputusan. Akan tetapi, keputusan yang terpapar pada online slip di screen komputer tersebut menyatakan aku LULUS! Biar betul? Aku menampar-nampar telinga aku bagi memastikan yang aku bukan bermimpi. Ternyata memang benar. Lantas aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Illahi. Adakah ini dinamakan keajaiban di dalam peperiksaan? Alhamdulillah. Aku memang bernasib baik.


Siang tadi, aku baru sahaja selesai menandatangani perjanjian kontrak dengan Syarikat Kurnia Insurans. Kini, syarikat Lubok Rezeki Enterprise sah bergelar sebagai Ejen Kurnia Insurans sekaligus mengembangkan lagi sayap perniagaan syarikat milik keluarga aku. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki akan semakin bertambah di lubok ini.

MORAL : Kalau dah mula mendaki, teruskan berusaha mendaki hingga ke puncak. Jangan sesekali berpatah balik biar apa pun rintangan yang dihadapi. Sentiasa berfikiran positif. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya. InsyaAllah.

MORAL TAMBAHAN : Pastikan anda tahu semua sekolah yang ada di tempat anda. Hehe.. Pastikan juga anda mendapat maklumat yang lengkap mengenai lokasi peperiksaan anda. Sebenarnya, ejen yang menguruskan aku tu pun tak pasti lokasi sebenar coz dia orang Perlis dan masih baru. Cis!

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Tak Kekalkan Nama Green Syndicate?

Salam A'laik. Kali ni aku tampil untuk menjelaskan kenapa aku tak kekalkan nama blog aku Green Syndicate. Sebab ramai yang bertanya kenapa aku tak kekalkan nama Green Syndicate setelah bertukar ke domain dotcom. Sebaliknya aku memilih nama aku sendiri, SolihinZubir.com. Kata mereka, nama Green Syndicate tu unik dan dah melekat kat hati mereka. Bagi yang baru sahaja mengikuti blog ini, SolihinZubir.com dahulu dikenali sebagai GreenSyndicate.blogspot.com.

Nama Green Syndicate sebenarnya diambil sempena Black Syndicate yang bermaksud kongsi gelap. Disebabkan aku suka hijau, aku tukarkannya menjadi Green Syndicate. Aku pernah jelaskannya dalam entry Pelik Sangat Ke Nama Blog Aku?

Antara sebab utamanya ialah, ketika aku ingin membeli domain, aku dapati domain greensyndicate.com sudah dimiliki oleh orang lain. Kalau tak percaya, anda boleh klik greensyndicate.com. Lagipun, ketika aku meng'google' imej menggunakan keyword Green Syndicate, aku dapati imej seperti di bawah terpacul.



Imej di atas diperolehi daripada website www.esl.eu. Ia mungkin merupakan sebuah game ala-ala counter-strike di Eropah. Mereka menggunakan nama Green Syndicate sebagai nama group mereka. Ini menunjukkan nama tersebut terlalu familiar.

Aku agak buntu memikirkan nama apa yang paling sesuai untuk menggantikan Green Syndicate. Akhirnya aku memutuskan untuk menggunakan nama aku dan ayah aku iaitu Solihin dan Zubir. Lalu jadilah SolihinZubir.com. Dengan menggunakan nama sendiri, aku rasa identiti aku lebih terserlah. Tidak perlu lagi aku bersembunyi di sebalik nama lain. Disamping dapat menguji keberanian aku menghasilkan entry yang kontroversi dan berani menerima sebarang provokasi. Haha..

So, sekali lagi suka aku ingatkan yang aku harap nama Green Syndicate tersebut dapat dihapuskan dari ingatan anda serta bloglist anda. Kini aku mahu dikenali sebagai SolihinZubir.com.

Sekian, wassalam...

SZ : Boleh ke Solihin Zubir mencabar Hanis Zalikha dalam Top Search Keywords in Malaysia? Hahahaha.. Berangan..

Bukti Facebook Bakal Ditutup 15 Mac 2011 Hanya Berita Palsu


Kelmarin, gempar satu dunia bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Kecoh di facebook, di blog-blog serta forum-forum yang membincangkan hal ini. Kononnya facebook bakal ditutup oleh pengasasnya Mark Zuckerberg kerana beliau stress dan sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan facebook yang banyak membawa kesan buruk. Dan hakikatnya anda semua telah tertipu. Itu hanyalah khabar angin. Tak percaya? Baca petikan di bawah :

***********************


Facebook shut down hoax spreads like fire

Internet faux news site Weekly World News posted an outrageous story that Facebook will be shut down on March 15th 2011, due to the stress it has put Founder Mark Zuckerberg through.

Normally this type of news would not even be worth our time and effort, but an unfortunate situation occurred where thousands of viewers actually believed the story and shared it on Facebook. Over the past hour, 40 of my 320+ friends shared this story, and I’ve received a couple messages and emails about it from “worried” fans. I expect that the situation will get worse, sparking more controversy over the Internet.

Here is a snippet from the article:


So just to confirm, this is a fake story by a faux news site, similar to that of The Onion and Chive. As a reminder, always fact check before passing on stories, or else what happened today will keep happening over and over (like this trend will ever stop anyway)… oh yea, use some common sense. Also, with a company estimated at being worth over $50 billion, why would anyone even think of suddenly shutting it down. As a friend said, it would obviously make sense to sell it off rather than just kill it all together.

Bukti sahih : KLIK SINI!

*********************** 
Tak paham English? Pandai-pandai la cari kamus.. ehehehe... Dah agak ni semua khabar angin. Agak mustahil sebuah syarikat yang dianggarkan bernilai lebih daripada $50 bilion bakal ditutup secara tiba-tiba. Haha..Tak salah nak ber'facebook'. Tapi, gunalah facebook untuk kebaikan. Jangan salahgunakannya..

SZ : Berapa ramai tipah yang tertipu? Hehehe..

Monday, January 10, 2011

Pencipta Lagu Isabella Hadiri Majlis Solat Hajat Ketika AJL Berlangsung

Semalam berlangsungnya 2 event besar. Satu di Stadium Bukit Jalil, dan satu lagi di Stadium Melawati. Di Bukit Jalil, berlangsungnya Final Anugerah Juara Lagu ke-25. Di Stadium Melawati pula dengan program Solat Hajat Selamatkan Selangor dan ceramah perdana bersama pimpinan PR.

Di kala para penyanyi, komposer, penulis lirik, dan orang ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu di Bukit Jalil semalam, seorang penulis lirik terkenal tanah air yang popular dengan lagu ciptaannya Isabella suatu masa dahulu, hadir bersama-sama rakyat untuk menunaikan majlis solat hajat anjuran PAS pusat di Stadium Melawati malam tadi. Beliau adalah Bob Lokman.

beliau dalam lingkungan merah

bergambar bersama YB Mahfuz Omar


Sekali imbas mungkin kita tidak dapat mengecam yang itu adalah Bob Lokman. Ternyata beliau sudah banyak berubah. Siap bergambar dengan Ahli Parlimen Pokok Sena lagi. Tempat aku tu beb! Pokok Sena! Hehehe...

credit : MiLo SuaM