Pages

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas dan Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada 16 Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Wang Kertas RM10 – Flora

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional

Duit Syiling 50sen, 20sen, 10sen, dan 5sen



*Lihat fakta dan maklumat terperinci mengenai duit baru ini di web Bank Negara Malaysia

p/s : Cantik kan? Tapi... Tak ada gunanya cantik macam mana sekalipun sebab......

Sabda Rasulullah saw : "Akan tiba di satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

"Penggunaan dinar dan dirham sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan mata wang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa." - Tun Dr Mahathir Mohamad

SZ : Agak-agak sempat tak nak guna duit baru tu buat hantaran eh? Hahaha... Duit mana paling lawa?

29 360 juta komen:

Fiza said...

x sabar nk merasa pegang duet bru tu~ hoho

kaklong said...

Assalamualaikum..wahhh sume cantek duit baru ni tp sayang angka-angkanye hanya dicetak di atas sekeping kertas tidaklah bernilai ape2 sebenarnye..lg satu kan klu kite perasan perbezaan ketara duit kertas n emas ni ialah,nilai RM tu blh b'ubah2 contohnye kite g singapore RM1 bkn nilainye 1 kan tp jd 0.37, uk 0.15 n dan lain2 lah..ia b'ubah2 n blh dimanipulasi spt kata2 mantan PM kite tu..TAPI berbeza dgn penggunaan emas,jika 1 tetap 1 kat mane2 pun kite pegi..hmm betul tak??hantaran bg dinar lah bru best huhu~

kembatolo™ said...

guna dinar weii! haha

Wanita Bertudung Hitam said...

yg RM100...sebab dia RM100..haha

Kakzakie said...

Kalau nilai semua nak yg besar dik... tapi kalau buat gubahan warna merah dan oren tu menyerlah boleh buat bunga dan hijau jadikan daunnya...

Bila agaknya negara kita nak ubah ke dirham dan dinar ye...

naqib faiz said...

setailll

Niza Romli said...

suka la duit 5kupang tu....lawa!
mula2 mesti simpan...dah lama sikit, muak la.

eh, buat hantaran pun lawa...:) jenuh la nk kumpoi.

Anum said...

cantiknya

Aretikz said...

Pergh ~ Memang cantik.. Kita berharap zaman itu datang dgn cepat.. zaman dirham.. tp.. konfom zmn tu dah nak dekat kiamat.. gulp ~

Kalo ko target tahun depan, InsyaAllah sempat.. keh keh keh..

azwa amani said...

SZ..sempat tuk hantaran>>>??? huhuhu :)

Cik mama said...

santiklaaa...cik mama klu dpt duit memg suka bau dia..dah jd tabiat dpt jerr trus tium.. (^_^)

http://pinkpurplemerah.blogspot.com

Edy Fee said...

paling suka syiling dia

diana said...

buat guna duit seratus tu..
jangan buat bentuk bunga tau..
lipat2 lepas tu susun buat bentuk KLCC..tak pun menara alor setaq.

wah!!cantik..

YOUsoF said...

Aku minat RM1 tu! Dapat 1000 keping pun dah ok.. hehe


Betul, paling cantik di dunia sekalipun tak ada gunanya semua tu..

Akmal Khalidah said...

Waaaahhh, cantik gilaaa yang duit kertas RM 20 ringgit tu :D Eh, ada RM 20 sekeping?

hikari said...

wah SZ mcm dh dekat je tarikh nikah tny sempat ke tak..hihihi

btw, duit baru tu xcntik pun..hntrn ltk kat cek je pastu msuk sampul..sng cite..hehe

Sunah Sakura said...

tu la..duit kertas ni nilai kat dalam dia tak sama macam nilai kat dalam emas dan dirham...

Syafiq Ahadin said...

huk3! tak dapat lagiiii~~

cucu umie said...

swempt shje bro nak gunakan untuk htran..haha semuanya lawa..heheheh

Jue AbdRahman said...

dh macam duit monopoly.. adoii ssh la duit cantik2 ni, syg nak guna especially klu duit tu tak komot, cantik, bau bank..

sy vote duit seploh ngan duaploh hengget sbb warna tu warna peberet sy :D

cik ciput said...

nampak macam lukisan ja semua duit kertas tu...hehe

*tak sabar nak guna duit kertas rm20! =)

fathiahRAIHANA said...

lepas ni rsa syg la nk guna duit rm10 tuuuu ala2 kaler pink dahhh , hee

haney said...

kaler duit 50sen tu mengingatkan aku kat zaman kanak2 balik. ingt lg x coklat bentuk duit tu? hahaha

Puteri Iqa Izyan said...

wahhh.. 50sen n 20sen dak tukar jadi kaler gold. teringat pulak kat duit seringgit syiling dulu :)

ahsfantasy24 said...

cantik makin bertambah,
harap kualiti pun bertambah laa:)

nawwar_hanifah said...

jom simpan dinar emas n dirham perak~

btw, lawa gak..ade rm20 lg...
1st time nengok~

blog-tips-kurus said...

Tun M memang pakar ekonomi, even dia ialah medical doctor..

FaKArePa!n said...

kna simpan duit y ade sekarang ni..buat kenangan..

Yatie Awang said...

akak dah tak sabar nak gunakannya ni heheh

Tiga hari dalam hidup