Pages

Monday, December 26, 2011

Peduli Apa Lisa Surihana dan Yasri Nak Kahwin

Farid Kamal : Weyh.. Kau tahu tak.. Kau tahu tak? (tercungap-cungap)

Aku : Kau dah kenapa? Dah macam orang gila aku tengok. Terus serbu tak bagi salam.

Farid Kamal : Err.. Sory2.. Assalamualaikum..

Aku : Wa'alaikumsalam wbt.. Har.. Apadia? Awat yang kalut sangat ni?

Farid Kamal : Kau tak baca paper Harian Metroseksual muka depan ke? Panas! Panas!

Aku : Tak. Kenapa? Apa isu semasa yang tengah hot sekarang ni? US kena tsunami ke? Netanyahu mati kena pijak unta ke? Toyol curi duit juta-juta kena penjara setahun ke?

Farid Kamal : Bukanla.. Ni har.. Lisa Surihana nak kahwin dengan Yasri KRYU bulan Februari tahun depan.

Aku : Ceh! Itu kau cakap berita hangat? Camnelah berita macam tu diorang boleh taruk kat frontpage.

Farid Kamal : Yela.. Ramai lelaki yang frust menonggeng bila dengar berita ni.

Aku : Dah tu, apa kena mengena dengan aku?

Farid Kamal : Kau tak frust ke?

Aku : Weyh! Aku bukannya jenis meroyan syok sendiri la beb. Ada Lisa Surihana tu kisah pulak aku nak frust segala?

Farid Kamal : Tapi, ada yang sampai nak terjun KB Mall pun ada bila dengar berita ni.

Aku : Beb! Kau bunuh diri sebab dia sekalipun, bukannya Lisa tu nak ziarah mayat kau. Apatah lagi nak bacakan tahlil untuk kau. Kenal pun tak.

Farid Kamal : Tapi... Lisa Surihana kot.. Lisa Surihana beb..

Aku : Kau ni kenapa menggelabah sangat? Artis je pun. Apa yang nak diambil kisah sangat dengan artis? Kenapa semua orang sibuk sangat nak tahu apa artis tu buat, apa artis ni buat?

Farid Kamal : Pelakon popular tu beb. Peminat berjuta tu beb. Cun beb. Lakonan mantap tu beb. Mestilah ramai orang nak ambil tahu kisah hidup diorang.

Aku : Berapa banyak 'beb' daa~~ Apa sumbangan dia sampai kau nak obses sangat dengan dia ni?

Farid Kamal : Mengharumkan nama negara di dalam bidang seni. Kau patut tumpang bangga dengan kejayaan dia dalam bidang lakonan. Dah banyak anugerah dia sapu.

Aku : Owhh.. Itu rupanya sumbangan beliau kepada masyarakat. Agak-agak dia boleh popular tak kat akhirat nanti macam sekarang ni? Agak-agak anugerah yang dia dapat kat dunia ni boleh tampung berat timbangan amalan dia tak?

Farid Kamal : Kenapa tanya macam tu?

Aku : Yelah.. Dah kau taksub sangat dengan dia. Dia boleh bagi syafaat kat kau masuk syurga ke?

Farid Kamal : Memanglah tak.

Aku : Dah tu, yang kau nak ambik tahu sangat pasal kehidupan artis tu kenapa? Kisah hidup Nabi SAW ada kau ambik tahu?

Farid Kamal : Eleh.. Cakap macam kau tak pernah tengok dia berlakon pulak kan.

Aku : Memanglah aku ada tengok filem dan drama dia jugak. Sekadar hilangkan bosan je. Tapi, tak ada la sampai obses sangat nak ambil tahu pasal kisah hidup diorang.

Farid Kamal : Tapi, kalau aku minat sebab suka tengok kecantikkan dia je boleh kan?

Aku : Err.. Cantikkah? Not my taste ok.. Juliano Evon lagi cun la.

Farid Kamal : Ceh!

p/s : Watak Lisa Surihana, Yasri dan Farid Kamal tiada kena mengena dalam hidup mati aku.

Lisa Surihana.. Muka Paksa Rela.. (sekadar gambar hiasan)

SZ : Semoga semua golongan artis diberi hidayah. Termasuklah kita-kita yang terlalu taksub dengan dunia hiburan ni. Tidak lupa juga, semoga mereka-mereka yang ingin mendirikan rumahtangga itu beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Aminnnn~~~

44 360 juta komen:

Anonymous said...

err kenapa Yasri ? bukan.. Yusri ke ? ._.

auni shahira said...

heheh....beetol tu...dia pun tak kenal kita...

Suraya Aris said...

ameeennn insyaAllah. semoga diorang berkekalan hingga ke akhir hayat =)

ainina jelani said...

semua orang pun sibuk nak amik tahu pasal artis. artis kahwin dengan duda salah, artis kawin muda salah, artis kawin datuk pun salah, haiahhhh -.-

Cikya said...

Erkk..

ditto. ikut lar, Yusry ka, Lisa Surihani ka yang nak kawen.
depa yg kawen, bukan gua.

er...

:D

Solihin Zubir said...

@Anonymous kenapa org hanya perasan yAAAsri berbanding Lisa SurihanAAAA???

FanaFiniFina said...

tak boleh blah tol:>>

aisyahalya said...

sy pasan lisa surihana!
sampai bace berkali kali g atas bawah betoi ke surihana bkn surihani...
ke typo..sumPah! yasri seyez xpasan bhahaha~

aisyahalya said...

saya pasan lisa surihana!!
sampai bace berkali2, g atas bawah betoi ke surihana bkn surihani.. ke tyPo..suMpah!!
tp yasri seyez x pasan..bhahaha~

keri ikhwan said...

bru "NAK KAWEN" bukannya kawen tp gmbr dh macam org "KAWEN". lgsung takleh jd cntoh yg baik. skang pn dh ramai ikut style artis wat photoshoot ntuk pre-wedding..
budaya mana ntah dorng pakai...

Hafiza Yunus said...

niceeeeee entry!! :D

Syafiq Ahadin said...

aku baca komen anon tu, baru perasan lisa surihana dan yasri. hahahahaha!

a.samad jaafar said...

tak pernah seumur hidup aku gilakan artis.. menyampah semedang je kot.. aku pelik dgn sikap org kita yg memuja artis.. kalau artis yang dikutuk, berebut depa nak membela.. nabi dihina pakat2 diam.. terbalik dunia ni !! aku paham mesej hang SZ.. ini bagus !! tahniah..

lisa ni nanti dapat anugerah dato' la nih.. taukeh gelang pun dah dapat tu !

Solihin Zubir said...

@a.samad jaafar

bagusnya kalau semua orag dpt faham apa yg cuba disampaikan melalui entry ni..

ini tak. dikatanya aku C.E.M.B.U.R.U pulak.. haha.. adesss...

♥NuR SyAFiQah♥ said...

aku faham ape yg ko cuba nk sampaikan..memang org skrg ni agak mengagungkan artis berbanding nabi kita..aku pon tak terkecuali sekali..tp kdg2 aku cuba jgk utk kurg kan fanatik dgn artis ni..huhu

nice entry :)

reenapple said...

yeah.. ada apa dengan kisah diorang nk kawin ke beranak ke... tak berkait dengan hidup mati kita.. harap-harap mereka bahagia... =)

delarocha said...

haha, siap buar press conference...tak heran pun.

fathiahRAIHANA said...

tengok tajuk dah nmpak la typo tuu, hik3.ada eh org yg obses cmpai cenggini? -,-

tp mesej SZ tu mmg smpai. hihihi. part yg last2 tuu mmg makan dalam.

Muhammad Syahmi said...

Ingat Nabi lagi best sebab Nabi ingat kat kita balik...

diana said...

kalau boleh nak je akak like satos kali..
ekekek

blog-tips-kurus said...

hedonisme..
kotla nanti mereka ini jadi > baik drpd kita, macam kak Noor Kumalasari tu.. ;)

*psstttt!! AZ tak mengiakan pon!! (",)

Anonymous said...

Hehe i laik~~~~~~~~~~

ahsfantasy24 said...

Amin :)


Latest Post:
1. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah
2. Tuan hakim tolonglah, dia tu psiko!

Wanita Bertudung Hitam said...

Haha...saya mmg da leh agak that's not a typo from the very begining..btw i like this entry!!

Sunah Sakura said...

tu gambar dari mana tu solihin?

nurul said...

huhu..Macam2 komenkan pasal lisa nak kahwin..saya perasan banyak laki minat lisa.Selalulah,mana2 pon,kalo xlisa,si mata bulat heliza.xsangke lelaki kalau dah minat mengalahkan perempuan yng mint artis2..-p..Saya rasalah, perempuan walau die mcm over bila mint artis yang handsome2tu tp dorng selalu main2 je...hehe.. Tk patutla obses sgt mint artisni..kalau dan nk bunuh diri tu melampau.Kalau idola kita tunjuk contoh yang baik dalam masyarakat,kite xkanlah over2 macamtu,dan bila perkara baik berlaku kt idola,mestilah kita yang paling gembira sekali..-)

azwa amani said...

aminnnnn...comel lisa curihati tuuu.. :) semoga diberkati dan peroleh hidayah serta rahmat Allah..

AnisSa said...

emm,artis dijadikan idol. artis diagung2 kan.sgt tak paham.

kdg2 saya fikir, diorg pun manusia biasa jgk, setakat berlakon smpi pecah panggung tp kalau lakonan takde bawa mesej papepun, xde guna. xbawa saham ke akhirat.

kita doakan je utk mereka :)

nice artikel, thumbs up!

Cik Jingga said...

xminat semua watak diatas..hahaha
apa nk d'bangga kn sngt diaorg nak kahwin .. doakn senyap2 sudah..

Nur Hazlin said...

pehhh ramai sentap ni :/

Bella Bell said...

haha. pasti ramai yang sentap ni. huhu.

kaizen said...

kesah ape ak dorg kawen...pikir cmne nk survive kt alam keje...pikir menabung tok bukak bisnes ke... menbung tok kawen ke.. tu lg bgus laa

Si Gadis Marhaen said...

selama dorang tak guna duit aku nak kawen, aku peduli apa. kahkahkah.

laskar pelangi said...

ahahaha;)

tula.takleh nak obses sangat kan pada artis..=D

Solihin Zubir said...

@Sunah Sakura : google je.. filem ombak rindu kalo x silap..

Yatie Awang said...

betul betul betulllll....ada ku kisah hahaha...

Apa kata kita

teratai said...

doakan yg terbaik utk mereka...semua yg bercinta pasti mahu diakhiri dgn perkahwinan kan!Begitu juga artis...manusia spt kita, tiada bezanya!

nunui Joe said...

haha. semoga berbahagia hingga ke akhirat~ ;D

Cik Aiza said...

hahahah... baca komen baru perasan lisa surihanaa.. hakhakhak.. ermm well sama mcm A.samad jaafar.. tgk manusia cantik n handsome tu satu fitrah kerana manusia suka benda2 yg cantik.. molek... tapi kalau sampai nak follow up isu sensasi.. ahakzzz xde kerja.. baik amik port pasal keunggulan isteri rasulullah.. moga2 yg perempuan nihh mampu menjadi seindah-indah perhiasan dunia dan akhirat..

CIK TOM said...

betul dah tue..berlebih2 frust pun xguna...lisa pun xkenal sape peminat dia..huhu

Iffah Afeefah said...

harusla peduli

org ske suke puje retis

mcm la dapat duit

pengemis Cinta~ said...

ceh..juliana sukaa pulak..hoho..setuju!dulik hapa depa nak kawin ka apa..

Jue AbdRahman said...

aminnnn.. setuju sgt.. zaman ni org dh lebihkan artis.. sume artis.. seolah2 artis dh macam org penting dlm hidup..

bc sudah tak perlu kot nk amek kisah, tak penting pun kisah hidup derang pd agama, negara, bangsa, kerjaya, rumahtangga bla bla bla.. sikit pun xde kene mengena ngan hidup kita..

nurdani said...

pelik betul kalau fasal artis ni dijadikan frontpage. banyak lagi perkara penting melibatkan benda yang lebih penting daripada perkara artis yang tak berapa nak penting tu.