Pages

Sunday, December 18, 2011

Pengalaman Melihat Najib Razak Dari Jarak 200m di UiTM Merbok

Hari Kejadian : Sabtu
Tarikh Kejadian : 17 Disember 2011
Lokasi Kejadian : UiTM Merbok, Kedah.

Ayah aku telah mendapat dua surat jemputan untuk menghadiri dua majlis. Jemputan pertama dihadiri tetamu kehormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok. Kehadiran PM adalah untuk merasmikan Perhimpunan 10,000 Usahawan Belia dan Siswazah serta melancar Kelab MYAGROSIS. Jemputan kedua pula, majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak bertempat di Guar Chempedak. Disebabkan ayah aku memilih untuk ke majlis Ustaz Azizan, jadi aku telah dipaksa mewakili ayah aku untuk menghadiri majlis Najib. Arghhh... Why Always Me?

Apa yang aku buat di sana? Adakah aku duduk di kerusi depan untuk khusyuk mendengar Najib mengucap? (Err.. Maksud aku, berucap..) Sudah tentulah tidak. Aku memanfaatkan masa aku di sana dengan berjalan mengelilingi tapak ekspo asas tani. Tujuh kali aku tawaf. Aktiviti aku ialah mencuci mata dan mencuba makanan di setiap gerai. Test makanan sampai kenyang. Belinya tidak pun. Heheh...

Maka, Biar gambar pula bercerita..


Puluhan ribu umat manusia yang berhimpun nak dengar Najib mengucap.. eh.. berucap..
Itu baru bahagian tengah.. Kiri kanan pun ada dewan lagi..

Bila tiba giliran Najib nak berucap, semua orang bangun dan blah dari situ..
Ok.. Gurau.. Sebenarnya dah habis.. Masa untuk melantak nasik bungkus free..

Memasuki tapak ekspo asas tani... Masa untuk test makanan tanpa beli..
Beli yang rasa best je..

Kejam! Kambing yang disula dan dipanggang...

Pameran buah... Aku beli jambu dan pelam je..

Pameran dalam dewan pulak...
Aku pun tak ingat berapa kali aku ulang masuk sini..

Awek ni pandai mewarna... Dahla hensem...

Awek yang jaga sini pun hensem.. Dia ngorat aku, aku cakap aku dah ada cucu..

Transformers yang sedang tidur..


Ok, itu ja gambar.. Nak letak banyak-banyak, berat pulak blog ni. Eh.. Mana gambar Najib? Haha.. Aku dapat tengok Najib dari jarak 200m je. Malas nak patah balik tengok dekat-dekat sebab buah tangan penuh di kiri kanan tangan aku. Rosmah Mansor tak tahula dia datang ke tak. Aku tak perasan la pulak. Mungkin terlindung sebab dia rendah kot. Apa-apapun itulah pertama kali aku melihat Najib secara live walaupun pada jarak 200m.. Heheh... Ini kalau dapat salam, taknak basuh tangan seminggu. (Ceh!)

Apa yang Najib berucap? Apa lagi. Cerita bahawa ayah beliau pengasas Institut Teknolgi Mara la. Sebelum ditukar oleh Najib sendiri kepada UiTM. Kemudian, cerita dana itu, dana ini puluhan juta. Faham-faham jelah.. Dekat-dekat PRU ni..

SZ : Ada pembaca yang pi jugak tak? Awek-awek UiTM cun nowh.. :D

41 360 juta komen:

Hanis Nizam said...

Saya pernah jumpa TPM je :(

aslann as said...

awak tipu tau. xletak pun gambar papa najib awak yg berjarak 200m tu. menci ah.

cik ciput said...

x amek sain dia ke?kui3x..

asyrafasnawi said...

masih ramai yg nak dgr haji jib berucap yer..kihkih..

fathiahRAIHANA said...

Amboi sampai dua kali tersasul , hihihihi.

Sua la kat kami sikit pelam tuuuuuu :>

Muhammad Syahmi said...

"Awek yang jaga sini pun hensem.. Dia ngorat aku, aku cakap aku dah ada cucu.."

Awek hensem...? First time dengar...

mOoN said...

Adik kita student kat uitm kedah dier kata kn kuanrintin 3 ari x leh kuar g mana2 coz najib nk dtg...

IzyanKaher said...

awek hensem ??

#i hope u're not in AriffAlfian's species bro ..

diana said...

kalau ada gambar kamu sedang beraksi manja dengan najib sambil buat peace akak nak print dan frame kan..
muahahahahah...

Ms.Siti said...

sy pon studnt uitm merbok. 1st time tgk pm dtg sini excited jugak :)

k e y r i said...

lol komen si aslann as xleh blah. triple lol!
tapi aah lah, mane gambar papa najib you? tak baik tau camni haha

nabByla said...

sem lepas PM dtg jengka... perasmiaan nama jengka ke Bandar Tun Razak. dpt tgk dekat2 okay. hehek! :)

FasiHaH SupiaN said...

awek jugak yang ditengoknyeee

NURUL NADIAH MAMAT said...

tak baik.....dengar najib mengucap....ekeke....pastu rosmah may be terlindung sebab rendah...haha....


p/s: makan free tue yang best...

naziyatul fatihah said...

tak aciiiiiiiiii...

org kat sini kempunan nak dengar najib berucap...

*erkkk...ye la sangat =p

zaty said...

cehh..makan ja tahu.haha.pasal my agrosis tu bdk2 diploma yg uruskan.bdk2 degree dikecualikan. :)

SyazwanSarawak said...

jumpa pun tidak lagi. untunglah SZ dah jumpa :D :D #perli
budak UiTM memang cun pun >.<

qasehraihan said...

hj najib?hjh rosmah?..hurmm...

shahjiehan said...

hahaha, dah jadi ViP tuh...

lepas ni boleh la bertanding..

Najib nak calonkan hang kawasan kedah tuuu! hahahha

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kalau Najib nyanyi, lagi la ramai yg kerumun kot.....tak suka la citer dana danu ni, kan dah ada bajet kt tv.

ascil.punye.lah said...

eh kita pergi jugak.under uitm pulau pinang.tawaf expo tani lebih tujuh kali.masuk toilet beratur 2 jam.and janji nak balik pukul 1,tp sampai uitm pukul 5 lebih. =="

btw tak dpt tgok pon PM.sebab kita dok khemah lagi satu.

adanaberkat said...

lwk ko punya cerita.. aku dah rasa salam pm.saja aje nak rasa.. mmg tapak tgnnya lembut tpi aku rasa semcm di hati...rahsia

SoutulMujahid said...

benci sekular

zikeryhassan said...

najib aku dah pernah jumpa gak. nak bersalam? sorry la. baik aku buat benda lain dari berebut salam dia.

nurdani said...

wah..bestnya dapat dengar PM mengucap! eh berucap.haha

FaKArePa!n said...

sy pon bru je skali tgok DS Najib dari jarak dekat..

Ain Zulaikha said...

tak pernah jupa PM, apetah lagi bedepan dengan dia walaupun jarak 1000meter haha, and tak de gambar muka dia pun dalam ni? mesti ramai orang berkerumun hehehe..
memang lah awek uitm cun2, dah nama pun awek ehehe ;p

cintatulip said...

kenapa tak cakap... umah naqiah dekat masjid bujang je... naqiah tak pegi tengok najib.. naqiah g tngok ustaz kazim belah malam.. hehe

azwa amani said...

owhhh macam tu cter nyeeer...

HafizRahman.com said...

awat xtgkap gmbaq ngn najib??? rugi weh...lpas PRU ni kita bukan tau dia ada lagi ka tak...hahahahhaa

Norashiqin Kamaruzaman said...

<<<<, awek UiTM ....terasa lahh yang foot note tuh XD wkaakkaa....

takleyh blah yang kena sula tuhh ahhaha....takde selera langsung tengok.... XP

juicy X said...

laaaa,i ganti rosemah hari tu, u x nampak kewww??? *bluekkk hohoho



ape lah mai merbok x habaqqq

Mohamadazhan.com said...

kalau salam basuh tangan...hehe

Aretikz said...

Fuyoo ~ Dengar juga cite Najib yek? haha..

Nasib aku bukan kat sana, sal mata aku ni liar sikit.. haha..

Jejaka Terhangat said...

wahh..bertuahnya dia dapat jumpa Najib. rugi tak pg salam ngn dia. nnti bleh dapat berkat. rugi tau awak. (sambil letak dua tangan kat bahu).

cantekk said...

haha kalau pegi mejlis camtu mmg knyg la merasa mknn..beli nye bkira2 =D

miss ct said...

Assalamualaikum...
xnak basuh tgn seminggu?? mcm tu sekali??

p/s: pemimpin ni manusia biasa mcm kita juga...

cucu umie said...

untunglah dpt tgok papa najib dri jrk 200m ..hoho ingt 20km tdi bro.. hehe

Solihin Zubir said...

@miss ct

wslm... anda patut tahu.. itu hanya sindiran.. najib? apa tu? anda patut baca entry2 blog sy yg terdahulu berkaitan najib.. tq..

miss ct said...

minta maaf atas kesilapan dari pihak saya...

Solihin Zubir said...

yg mana komplen part AWEK HENSEM tu, tu sekadar gurauan.. bukannya aku gay ataupun failed tatabahasa..

haishhh... =)