Pages

Tuesday, December 6, 2011

Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?

Apabila ditegur bab aurat, ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kenapa semua orang asyik menegur aurat kaum mereka sahaja? Kenapa tidak menegur aurat lelaki? Mereka merasakan itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat. Sedangkan lelaki ada juga yang tidak menutup aurat. Malah aku pernah dituduh anti perempuan kerana asyik menempelak kaum mereka terutama dalam bab aurat.

Amboii.. Signboard ni pun main kasar nampak.. Simbol wanita je? ;-p

***************************

Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hanbali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.

Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

Fesyen seluar londeh nampak boxer yang cute.. Wekkk..

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!) Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

***************************

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.


SZ : Biarlah orang mengutuk fesyen kita ketinggalan zaman.. Asalkan kita tidak dikutuk di akhirat kelak kerana memakai fesyen akhir zaman..

40 360 juta komen:

Edy Fee said...

btul jugak kan...mungkin aurat wanita ebih menarik perhatian

Solihahazahar said...

phewwwwwww ayat kaw2 punya hahaha XD

Rtp Farra Arisha said...

insha-Allah, mudah2an kita sebagai manusia boleh memperbaiki apa yang kurang dan mencoba untuk menjadi yang sempurna..

cintatulip said...

suka bangat1!!!! :D

masih mencari taqwa n sedang muhasabah diri.. alhamdulillah makin berubah amin

Syafiq Ahadin said...

nanti weekend nak sambung pasal fitnah wanita. tengah kumpul idea. hek3! :)

azwa amani said...

thanks SZ sebab kongsikan entry ini.. harap ramai lah yg tersedar dan dapat hidayah Allah untuk tutup aurat dengan sempurna.. aminnn..

yeeewwww, i tak suke tgk org pakai seluaq nampak boxer. u pakai cmtu ke SZ kat luar?? huhuhu

Nur Hazlin said...

eh, tajuk kita nk dekat sama. bab aurat jugak. hehe. setuju sangat point tu semua. aurat wanita effect dekat orang lain jugak :/ . tapi kalau nampak aurat lelaki, memang mengelikan. lagi2 yang seluar pendek atas dari lutut @_@

Syafiq Ahadin said...

tambah komen.

Mohon shareology! :)

ayiel said...

nice post!

masing2 ada aurat sendiri yang nak kena jaga tak kira laki or pmpn

betul jugak apa yg SZ ckp, aurat pmpn lagi byk diperkatakan dalam al-quran & juga semua mazhab, even aurat laki plg senang nak jaga tapi ramai laki yg masuk neraka disebabkan pmpn

thanks kerana prihatin terhadap pmpn *tetibe* haha

Nurul Iman Rosman said...

entry yang sangat-sangat bagus.
dan juga sebagai tanda peringatan kepada wanita semua ;)

k e y r i said...

aku suka entry ni! pengajaran utk diri sendiri dan rakan-rakan yg lain :)

Ahmad Kamil said...

salam...kengkadang bila nk buat entry psl aurat ni, kita risau pulak nanti golongan muslimah ingat kita diskriminasi wanita.. tapi itulah hakikatnya...dalam al_quran Allah sebut penzina perempuan terlebih dahulu kemudian baharulah penzina lelaki..kenapa? kerana aurat perempuan merupakan faktor utama berlakunya maksiat dan zina..

Ahmad Kamil said...

salam...kengkadang bila nk buat entry psl aurat ni, kita risau pulak nanti golongan muslimah ingat kita diskriminasi wanita.. tapi itulah hakikatnya...dalam al_quran Allah sebut penzina perempuan terlebih dahulu kemudian baharulah penzina lelaki..kenapa? kerana aurat perempuan merupakan faktor utama berlakunya maksiat dan zina..

FanaFiniFina said...

Btw,nice entry.saya setuju 200 peratus!!!!

blog-tips-kurus said...

terima kasih wahai 'pakwe AinZulaikha', atas keprihatinanmu.. kalau semua suami seperti SZ, amanlah Malaysia ni.. (",)

Cikya said...

SZ,

sekarang, fesyen yang trendy bukannya ikut syarak sangat....

ayat last. biar ketinggalan fesyen, tak uptodate,
jangan pakai pakaian orang akhir zaman. nice. :)

Mastura Khalifa said...

yg pasal lelaki pakai seluar londeh tu ada baca kat facebook. ada sejarah rupanya trend diorang suka pakai camtu..kalau boleh wat entri pasal tu pun ok gak sebab at least lelaki2 ni tau la kalau dorang pakai trend gitu sebenarnya melambangkan apa..

Mawar said...

couldn't agree more..u are totally right..

Sunah Sakura said...

lagi satu, perempuan kena fikir...yang akan menyebabkan orang lelaki masuk neraka tu kita, kalau kita tak jaga aurat depan diorang...tak kesian ke dengan lelaki2 ni?

diana said...

tak salah kita saling ingat mengingati...

محمد رازيق said...

nak pesanlah kat bakal-bkal isteri nanti.. tq sZ.. nice entri. jmput bc kisah HARIMAU, CICAK dan MANUSIA :)

exora said...

btul3...setuju, org pompuan jd menyampah klu nengok lelaki yg buat2 seksi nk tyg bulu dada..
klu pompuan pakai baju lengkap pun mata lelaki leh tembus lagi..hhaaaha

FasiHaH SupiaN said...

semoga dipelihara..

YOUsoF said...

Entri yang mantap!


"Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal." <-- Aku mintak share ayat ni boleh? hehe


Kau tutup entri ni dengan ayat yang ringkas tapimeninggalkan bekas, tahniah Lihin. ;)

nabByla said...

nice entry abg solihin..

even bella sndiri ssh nak cari baju skunk nie. kdg bju tue lengan dia pnjg gile tapi labuh baju x sesuai ngn pnjg lengan dia. bella yg badan cam nie pun, kena pakai baju size L. tue pun still nmpk fit. hmmphh..

baju laki jugak sng cari.

CIK GADIS said...

kan kan..kalo tgok mmg rmai gla blogger xkesah la laki or girl lbh suka fokuskn aurat pompuan..biar lah org nk ckp anti pompuan pon jnji apa yg kta smpaikn tuh btol. n baek..

p/s : biar kuno di mta mnusia jgn kuno di mata Allah :)

FaKArePa!n said...

betol gak apa yang Bro SZ duk cerita kat atas tu..

SoutulMujahid said...

sebenarnya perkara ni aku dah tulis dalam entry aku x lama dulu

mmg betul, wajar tekankan pasal aurat pompuan. tp masalahnya dah berlebih2 sgt sampai jadi berat sebelah. gi masjid, gi surau, asyik2 hentam pompuan. sedangkan, dalam AQ dan hadis ada sentuh bab aurat pompuan DAN AURAT LAKI.

Hanya Wanita Wajib Tutup Aurat?

chemay said...

susah jadi wanita nie.
tapi banyak kelebihannya.
bersyukur Allah takdirkan chemay jadi seorang perempuan.
:)

husnina afiqah said...

salam,nice entry bang !
sokong !erm,btw nk copy bleh?
nk masukkn lm blog saye ?
kalau x boleh,x pe :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aku sangat2 suka ayat last kau tu SZ... :) :) :)

biarpun aku ketinggalan zaman dalam berfesyen.. asalkan..auratku terjaga..

dayah said...

eh..ada iklan yuna bwh ni(lari topik)

xsemua org perfect, kita / masing-masing boleh perbaiki kekurangan nya ;)kan?

Masitah Harun said...

nice entry, khas untuk perempuan yang masih mencari jalan benar.. iman seseorang tidak boleh diukur pada tingkat agamanya...
peringatan utk diri sendiri...
good job!

Faiqah Umaira said...

Tak perlulah nak mengeluh dan tak puas hati kenapa aurat wanita lebih dititikberatkan , yang penting kita semua tutup aurat dengan sempurna sepertimana perintah Allah dan ia juga menunjukkan betapa lelaki ambil berat akan wanita dan melindungi wanita drpd dapat dosa free dan lelaki pon dapat dosa free sbb tengok aurat perempuan :D

qasehraihan said...

inilah cth blogger yg selalu memberi tazkirah..bagus solihin..sesuai nama yg diberi mak awk..

Hansyirah Takezur said...

em,alhamdulillah terjawab.

sy pon pernah tertanya pasal nie.
bukan sbb nk jadi feminist ke apa.
tapi seolah2 aurat laki esp lutut tu mcm bukan aurat... then, mcm usaha utk menegur tu pon xde. makin lama benda tu jadi macam perkara biasa. alah biasa tegal biasa la katakan..

memang wanita zon auratnya luas & ramai wanita yang tidak menjaga aurat mereka. ada sebab kenapa aurat wanita tu banyak..

jadi, dalam masa yang sama, sama2lah kita menegur n menjaga aurat kita.

laki n pompuan masing2 ada batas auratnya. di smping tu, jagalah ikhtilat kita. insyaAllah..

terima kasih atas teguran SZ.

bukan photographer said...

terlebih sgt setuju dengan entri ni..kita cuma nak tunjuk kita prihatin dgn aurat diorg..tapi dituduh jaga tepi kain orang, bersikap tidak adil dan ada jugak y cakap "kubur sendiri"2

Akmal Khalidah said...

Sekarang ni semua ikut trend -,-

Cik MataKuyu said...

suka entry ni.. terbaik :)

Benrauf said...

Nawaitu tu harus lah lillahi taala.