Pages

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Kau Sibuk Sangat Nak Tahu Halal Haram? Padahal...

Aku tak faham dengan spesies manusia macam ni. Kenapa korang sibuk sangat nak tahu hukum haram sesuatu perkara yang tidak jelas dan menjadi perdebatan ramai, SEDANGKAN hukum yang terang-terangan sudah jelas haram langsung korang tak ambil peduli pun?


Contohnya seperti isu sempena Hari Natal yang tengah kecoh sekarang ni..

"Boleh tak nak buat ucapan kepada orang bukan Islam?"

"Memang haram kalau kita ucap Merry Christmas kepada orang Kristian, tapi boleh tak beri ucapan dengan niat hanya untuk menjaga hati mereka?"

"Apa hukum pakai topi Santa Claus?"

Kenapa sibuk sangat nak ambil tahu pasal tu sedangkan ucapan dan doa yang diperintahkan dalam Islam, kau tak ambik berat pun. Yang sibuk sangat nak doakan orang kafir tu kenapa? Korang masuk tandas, pakai baju, naik kenderaan, keluar rumah, ada korang baca doa? Kau selawat tak bila dengar nama Rasulullah SAW? Hati orang kafir kau nak jaga sangat. Hati Rasulullah kau jaga tak? Sibuk sangat nak tahu hukum  pakai topi Santa Claus, padahal kau pakai tudung pun tak.

Contoh lain, berkaitan isu rantai burung hantu haram yang kecoh baru-baru ni..

"Alamak.. Rantai burung hantu haram? Aku baru je beli.. Ruginya nak kena buang.."

"Eh.. Ustaz itu cakap haram. Ustaz ini cakap makruh pulak. Mana satu ni?"

"Alaa... Makruh je pun.. Lega... Still boleh pakai.."

Padahal, dia tak sedar ke yang dia tu tak tutup aurat? Tak tahu ke buka aurat itu sudah jelas haram dan termaktub dalam Al-Quran dan Hadis?

Aku tengok ada blogger yang copy paste artikel Burung Hantu Haram Bukan Sebab Freemason ni. Kononnya nak share ilmu la. Tapi bila aku tengok dekat sidebar blog dia, ada gambar dia tak tutup aurat dengan muka gaya muncung itik. Siap berkepit dengan pakwe beliau yang bukan mahram. Apakah? Berlambak entry dalam blog aku tegur pasal aurat, kau buat donno je kan.

Memanglah tak salah bertanya hukum yang tidak jelas. Yang jadi jeliknya, bila kau lebih menitikberatkan hukum yang tidak jelas sedangkan hukum yang sudah jelas kau langgar tanpa segan silu. Perkara yang jelas haram kau buat bodoh je kan. Yang diragui hukumnya, kau sibuk buat kajian, tanya ustaz itu, tanya ustaz ini.

Serius aku sangat pelik dengan makhluk-makhluk tak sedar diri macam ni? Korang makan apa eh sampai buta perut sampai macam tu sekali? Cuba bagitau sikit, apa makan?

p/s: Apa Hukum Ucap Selamat Hari Natal dan Pakai Baju Santa Claus? KLIK SINI!

SZ : Kasi makan penampor kang, makan hati pulak.. Eh.. Bukan garang, tapi sayang...

25 360 juta komen:

SoutulMujahid said...

gunakan alasan utk menjaga hubungan dgn org kafir, tapi dalam masa yg sama tidak menjaga hubungan dgn Allah SWT

Hukum Pakaian Santa Claus

Syafiq Ahadin said...

depa memang taknak amek tau. bila di neraka nanti baru lah nak merayu nak kembali ke dunia. haha!

mohon share~~ haha! :)

azwa amani said...

bukang garang.. tapi sayang. alalala suwit nyeeeeeeeeerr SZ..huhuh :P

Muhammad Syahmi said...

biasalah tuh... kita sbg da'ie kene lebih bykkan lagi penerangan kepd diorg.

soal diorg memilih apa yg diorg suka tu tak boleh nak buat apa la... tp klu bg penampar tu membuatkan diorg sedar, apa salahnye kan...? ^_^'

Jejaka Terhangat said...

ada btolnya jugak..tp pada pandangan lain, elok la jgk dia tau hukum2 yg lain..walaupon hukum tu seringan2 zarah..cuma harap dgn ilmu dia yg semakin bertambah tu, dia akan sedar kekhilafan yg pernah dia lalukan, dah berusaha utk perbaiki diri..

tp mmg agak sakit hati bila org nasihatkan dia pasal hukum yg jelas, dia buat tak dengar je..grrr..

Puteri Iqa Izyan said...

tak tau kenapa aku baca entri ni dalam keadaan tegang je. hohoho. garang semacam =P


setiap kali perayaan org bukan Islam kecoh haram la, ape la.. aku tengok je. nk ckp haram ke atau ulas lebih2 tak mampu sebab aku belum ckup ilmu aku agama. so, aku tgk jelah situasi tu.nk2 musim krismas sekarang. wish pun tak even aku ada kwn yg celebrate krismas.

tapi, org2 yg pesan psl haram wish2 kpd org bkn Islam ni x fikir pulak haram benda lain yg dah terang2.

hikari said...

seriously bce dengan nada garang entry ni sbb rse SZ mcm tgh sgt garang masa buat entry ni...hihihi

as a muslim, kita sampaikanlah..bukan tugas kita untuk mengubah hati org tapi tugas kita untuk menyampaikan. "sampaikanlah walaupun hanya satu ayt" SZ dah buat yg terbaik insya Allah..=)

Iffah Afeefah said...

org kite mmg cmtu


sibuk cr smut

sdgkn gjh dpn mte xnmpk

Suraya Aris said...

dunia akhir zaman lebih menitikberatkan perkara yang tak perlu dari perkara yang perlu =)

Tuan Besar said...

"Bukan garang, tapi sayang..." Hahaha nice word. Fuhhh, entry yang pendek dan tegas tapi suka baca Haha :D

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kalau tak tau mmg elok bertanya, org kata nak cari ilmu. Manusia kdg x sedar kesilapan dia jd sbg sesama insan, elok la kita ingat mengingati.

Cik Aiza said...

heheheh ISLAM itu mudah.. Tapi tidak beerti boleh diambil mudah.. manusia kadangkala leka.. Ilmu fardhu ain yang wajib di belajari n di praktikalkan.. dilepas pandang.. ermmm..

HafizRahman.com said...

aku xpakai rantai burung tu..aku pakai rantai motor cabuk bapak aku ja weh....haha

Rozuan Ismail said...

better perbaiki diri untuk perkara yg terang2 an harsm

nawwar_hanifah said...

like~~

xpe...truskn usaha~
insya Allah 1 hari nnt diorg akn dpt hidayah utk taat perintah agama aka suruhan Allah.

Aretikz said...

Biarpun katamu bukan garang.. tapi aku tetap bca nada garang.. cuma.. cuma.. cuma.. aku xdapat bca nada garang.. sal aku bukan panglima garang.. haha..

Sedangkan terang lagi bersuluh.. sedangkan gelap lagi dioff lampu.. dats y, kadang kala kita terlupa, kita perlu sentiasa diperingatkan.. biarpun sudah tahu, tapi diperingatkan kerana mereka lupa mereka tahu..

kalau sayang, kena sabar.. bak kata surah al-asr.. "berpesan2 dengan sabar".. hehe..

qasehraihan said...

sape tu sape tu sape tu..gosip ckit..kakakaka..pelik gak org tu tuh...

F.H.'s said...

Agreed!! :D

keri ikhwan said...

"Sibuk sangat nak tahu hukum pakai topi Santa Claus, padahal kau pakai tudung pun tak."

jwpan tu dh cukup sentap, takyah susah2 nk jelaskn kt diorng nih. haha
*tp kena jelaskn jugk sbb ramai yg x paham2 -_-

fathiahRAIHANA said...

Hohooo suka entry ni ^^
komen kami sebijik macam keri ikhwan.

bila baca balik komen dr entry burung hantu=freemason tu kan, ramai jugak eh tanya balik kalo nk pakaijugak boleh dak -,- siap nk bukti ayat lagi. adoi.
bukan ke org prmpuan tak boleh pakai rantai labuh ?er ni kalau yg pakai tudung la. bukan ke mcm tu? bukan ke perhiasan di bhgian yg ptut dtutup mcm leher tu tak boleh ditayang?
rasanya yg ni la yg dok dgar dr dlu smpai skrg. emm. bole explain tak psal ni? -,-

Sunah Sakura said...

perghh..mengamok solihinnn!!!

Gadis mutiara_Solehah said...

haha,setuju<3

pengemis Cinta~ said...

bukan garang tapi sayang?? memang garang ler sebab sayang...hoho^^ terbaik!

pengemis Cinta~ said...

bukan garang tapi sayang?? memang garang ler sebab sayang...hoho^^ terbaik!

Solihin Zubir said...

@fathiahRAIHANA : ye.. tahu takpe.. dilarang menampak perhiasaan yg berlebihan kpd bkn mahram..