Pages

Thursday, December 29, 2011

Domain SolihinZubir.com Telah Dicuri Gara-gara Company Bangkrap

Assalamualaikum wbt...

Minta maaf kepada yang cuba masuk ke blog aku semalam, tapi tak dapat. Sebab domain aku expired. Bila aku dah submit ticket untuk renew semalam, admin maklumkan kat aku yang domain SolihinZubir.com telah disebat orang. Jadi aku terpaksa bertukar kembali ke blogspot dengan menggunakan domain szdotcom.blogspot.com buat sementara waktu bagi memastikan blog aku masih boleh dilawati mereka-mereka yang sudi.

Bila korang google, tetap akan naik nama blog aku serta tajuk-tajuk entry yang ada dalam blog aku tu. Tapi, bila korang klik, akan keluar paparan lain. Ataupun kalau korang klik mana-mana entry yang aku ping di facebook, tetap akan ke website di bawah ni. Cuba klik www.solihinzubir.com


Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tanpa aku duga, company yang aku beli domain tu dah bangkrap. Aku dah bank in seminggu sebelum expired untuk renew. Tapi, dealer suruh tunggu domain tu tak function, baru boleh buat order untuk daftar dengan company baru. So, aku pun tunggu sampai domain aku tak function dan buat order baru. Tapi, berita buruk yang aku terima, dia bagitau domain aku telah disebat orang lain dan terpaksa tunggu dia jual dulu domain tu, baru aku boleh dapatkan balik. Apa sebab dia ambik domain aku? Takkan sebab di bawah?


Salah aku jugak sebab terlalu ghairah nak berdomain pada tahun 2010 yang lepas. Main sebat je tanpa menyelidiki terlebih dahulu company mana yang lebih kukuh. Waktu tu masih biul lagi bab-bab ni. Bila dah beli domain dari syarikat tu, baru aku dapat tahu ada company yang lebih power. So, bila ada blogger lain tanya dari mana aku beli domain, aku promote kat diorang netkl.com. Mujur aku tak promote company yang aku beli. Kalau tak, nasib diorang macam aku la sekarang.

Buat masa ini jugak, aku dah hilang mood nak blogging. (Tapi aku harap mood ini kembali pulih dengan segera.) So, aku nak minta maaf kepada semua pembaca di atas segala salah silap dan keterlanjuran kata aku yang mengguris hati kalian selama ini. Dan aku nak mintak jasa baik kepada sesiapa yang pakar dalam bidang ni, boleh tak bagi cadangan apa yang aku perlu buat. Dan siapa yang boleh bagi khidmat nasihat kaunseling kat aku, amatlah dialu-alukan. Heheh... Terima kasih.

p/s : Nasihat aku, kalau nak beli domain, pilihlah company yang kukuh dan popular. Cadangan aku kepada Jiwa Host, harap dapat tingkatkan kualiti servis anda. Aku taknak condemn lebih-lebih. Aku redha je. Dan aku masih berharap dia boleh bantu aku setelkan masalah ni. Korang boleh ke blog beliau. Layari blog Jiwa Kacau.

SZ : Jiwa kacau dibuatnya.. Boleh kena sakit jiwa kalau macam ni.. Padan muka aku kan?

27 360 juta komen:

ryrinn azman_cik angin said...

ade jugak men beli beli domain org lain ye . nak tukar jugak domain dulu tp masih belum arif jadi niat tu tertangguh .

ARC™ said...

disebabkan special case aku nak gak komen sepam walaupun aku menyampah moderate2 komen ni

--apa nama kompeni tu?

beli 1oasis je senang. aku punya dulu setting pa suma diorg yg buat

suffer8zine said...

sabar je la bro, pembekal domain kene bertanggungjawab dalam hal ni.

SoutulMujahid said...

aku pi blog hang mmg serius terkejut. pi kat fb hang baru tau pasai pa jadi lagu ni.

xpala.. sabaq ja la..ujian Allah. hang beli la solihinzubir.my. sedap gak tu

tp aku risau ni. aku beli kat jiwahost. servis mmg teruk

shahjiehan said...

sian hg weih...

bli kt exabytes la....

shahjiehan said...

sian hg weih...

bli kt exabytes la....

Akmal Khalidah said...

Tak pandailah ppasal domain ni :P Tapi, chill lah. Jangan pulak tak update blog :D Blogspot pun okay je :)

Solihin Zubir said...

@ARC™ Jiwa Host..

Solihin Zubir said...

@SoutulMujahid skrg ni tgh usaha nk dapatkan balik domain tu.. kalo mmg kompom xleh nk selamatkan dah, mmg kena tukar domain baru ler..

Solihin Zubir said...

terima kasih di atas semua cdgn.. buat masa ni mental down nk blogging..

Ain Zulaikha said...

baru ingat nak tukar domain, takut lah jadi camni, tak reti ain nak hendel T__T sabar ye ...

Syafiq Ahadin said...

rindu weh ngan blog ni. huhu! Serverfreak! mantop! :)

red said...

jgn mental down bro... tahun baru, kena ada semangat baru... hehehe, byk bersabor

Belalang Hijau said...

perh, kacau jugak tu...
nak nasihat pun x pandai, harap2 ada yang pakar membantu anda :)

Mohamadazhan.com said...

perghhh...aku baru nak tanya dalam fb apa hal blog hg tak dapat bukak tadi...xpa2 bro...sabar ja.

bab alexa rank tu boleh pickup lain...yang penting teruskan menulis utk sampaikan mesej2 penting =)

aku pun pakai netkl punya domain...tak taula ok ka dak...

Syat0za Zai said...

uihh, bahayanya.. >_<"


*aku masih x tau apa company utk domain aku guna skang ni.. =_="

Wanita Bertudung Hitam said...

come back n write bro!gua dah tade aktiviti kat opis ni~~

Woofer Storm said...

sabar ye bro..baru tahu pasal ni..

lepas ni kena hati2 kalau nak beli domain lagi..takut jadi mcm bro ni..

Terbang Bersamaku said...

patutlah sy try bukak blog awk tak boleh, rupnya dah tukr url..tapi, nape bile sy dah follow balik smule sy tetap tak dpt feed dri blog awk nie ye..?

sabar ye, teruskan semangat ber blog..

diana said...

oo..patut la kat bloglist tak naik pun link kamu walaupun dah update blog..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Dugaan ditahun baru nmpknya, sabar la dik. Itu semua jd pengajaran pd org lain, walaupun akk kurang arif hal2 domain ni. Rugi kalau akak hilang kontek dgn blog ni.

Nafisa81 said...

baru akak tau...dah berapa lama kehilangan SZ tau..

Nafisa81 said...

nak kongsi jugak...akak beli dgn Oh!Domain.

azwa amani said...

patutlah amani buka tak boleh.. pelik jugak sz tetibe menghilg x updtae blog.. hehee.. alaaa, jgnlah hilang semngat, sape nanti nak sebarkan ilmu Allah lagi..:)

ecadwinkyasha said...

macam ne pun ada?..eca beli domain kat ihosterz.com,agak2 oke x?.

Solihin Zubir said...

@ecadwinkyasha ihosterz antara yg top.. insyaAllah ok.. =)

Syasya Johan said...

patutlah lama tak jjumpa domain lama tu.sekarang baru tahu *lame -.-