Pages

Wednesday, December 21, 2011

Cara Menangani Serangan Haters

Selagi mana anda bernama manusia, anda berpotensi untuk dibenci. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Anda jahat atau baik, tetap akan ada orang benci. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum pun dibenci, apatah lagi manusia biasa macam kita ni. Dibenci adalah normal bagi seorang manusia. Jika anda dikelilingi HATERS, anggaplah ia hanya perkara biasa.

Rasa benci seorang haters lahir daripada sifat keji, cemburu, iri hati dan perasaan hasad dengki. Golongan haters sangat benci melihat kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Pantang melihat orang lain berada di atas, pasti mereka akan berusaha sedaya upaya menghidu peluang menjatuhkan kita. Sentiasa mencari kesalahan kita sebagai point penting untuk menyerang. Setia menunggu untuk bertepuk tangan menanti saat kejatuhan kita. Pelbagai prokosi dilancarkan untuk melemahkan mental manusia yang dibenci.


Cara paling berkesan ketika berhadapan dengan serangan haters ialah BUAT BODOH. Itu lebih baik daripada nampak bodoh melayan karenah haters. Haters memang mengharapkan kita membalas provokasi mereka. Ini kerana haters adalah sejenis makhluk yang kesunyian dan tidak ada kerja lain hendak dibuat. Haters adalah hamba abdi syaitan. Jika anda turut membalas caci maki mereka dengan carutan atau kata kesat, apa beza anda dengan hamba abdi syaitan tersebut? Kedua-duanya tewas dengan hasutan syaitan. Bersabarkan lebih baik daripada melenting.

Anda hanya perlu cool dan rileks. Apa yang hendak diambil kisah sangat dengan haters? Haters hanyalah makhluk pengecut di alam maya. Hanya lantang bersuara di sebalik nama anonymous mahupun fake identity. Seorang fighter sejati tidak akan memilih lawan yang tidak setanding dengannya. Seorang lelaki yang gentleman juga tidak akan menggunakan kekerasan terhadap insan lemah bernama wanita. Jadi, kenapa nak bergaduh dengan haters pengecut yang lembik macam tu? Ucaplah terima kasih di atas perhatian dan kesudian mereka mengambil berat tentang kita. Mereka perlukan kasih sayang.

Peduli apa dengan haters? Yang anda perlu ambil peduli, jangan buat perkara yang Allah benci.  Ikutlah cara Nabi SAW tatkala dibenci kaum sendiri iaitu bersabar, berdoa dan pertahankan diri. Pertahankan diri dengan cara berhemah serta hujah yang bernas. Bukannya dengan carutan penambah dosa. Elakkan diri daripada dipengaruhi emosi dan hasutan syaitan. So, tidak perlu merungut mahupun mental down jika ada manusia yang bencikan anda. Biarlah kita dibenci di dunia daripada kita dibenci di akhirat.

Bencikan kejahatan tidak mengapa. Janganlah bencikan kebaikan.



SZ : Tak suka aku? Ado aku kesah? =)

25 360 juta komen:

Anum said...

good entry

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice tips SZ..mmg akak rasa down gak bila berhadapan ngan haters kadang2 .

MERAH said...

Manusia skrg bila fikir menakutkan.yelaa mula2 rasa je xske benci2, lepas tu cemburu membuak2, lepas tu panggil bomoh, hantu sana hantu sini.tak pun simbah acid sana simbah acid sini.ramai sangat yg dengki.Hati tu sendiri tamau jaga sampai hitam legam jadinya.tapi ni mungkin di alam nyata sje, di alam siber takkan jadi gni gak kot.huhu.biala haters tu, dah namanya jadi haters duk mbenci org je la kejenye.huhu.yela susah nak puaskan hati semua org ni, yg penting puaskan hati Allah tu duluuu :)

Fyra said...

Salam
Betol. Just ignore them.
Saya ni dah beberapa kali difitnah dan dituduh. Tak tau nape??
Tapi saya pasti Allah nak uji saya. Jadi saya redha. Tapi confused jugak sumtimes :/

Wlu ape pun, sy hold this : people want to bring you down, bcz you are above them. So, sy teruskan jea khidupan macam biasa :)

Dulu tak matang jgak, g layan diorang tue. Tapi skrg dah lali. Hoho sory macam luah prasaan plak.

Salam :) May Allah bless you.

efa said...

ya buat donno saja sudah hehe

Sunah Sakura said...

wow! sangat suka ayat dalam gambar last tu!

cucu umie said...

yang pasti, bt xthu shje.. kire kalo ad haters nie famous juga..haha

fatt said...

betul. haters mmg ada di mana2 & dorg ni perlukan kasih syg. kita wat bodoh sudah. bila kita cool dorg akan sakit hati. itu je cara nak deal dgn haters..hehe

diana said...

mereka nak perhatian je..padahal mereka pengecut..

cantekk said...

hihi kool la pic last tu...rilek je =D... igt takde kje lain ke nk buat kn..

azwa amani said...

ado aku kesah... huhuhu :)

k e y r i said...

aku suka entry ni. biarlah apa pandangan manusia pada kita, sebaliknya kita pedulikkan apa pandangan Allah pada kita. tahniah, nice entry bro. haters gonna hate, losers gonna lose :)

qasehraihan said...

entry dan tips yang sgt menarik..
mmg xdinafi..haters atau siapa jua yg mengata mengutuk..kita akan bkecil hati dn down..mmg cara yg betul buat dono..hihi selagi xbttgn dgn agama..huhu

Ain Zulaikha said...

ye betul tu, terima kasih kepada mereka kerana sudi datang dan komen di entry2 mereka yang terkena, kerana andalah blog mereka mendapat sambutan sehingga terfemes dan juga mendapat hit trafik free of cas hehehe

Gadis mutiara_Solehah said...

hehe,terbaik..Mesti ada yg sentap=p

nasha sanza said...

hai,entry nie sesuai untuk saya..baru dapat haters..thanks..

Norashiqin Kamaruzaman said...

hahhaha...baru nak buat entry pasal haters and jelousy nihh.... huhuhu....okess...nak amik skit lahh...alang2 isi pon nak same gak... boleh tak =DD heheheh....nnt link kat sini balik

Gadis mutiara_Solehah said...

haha,tak pa,entry yang macam ni baru bagus,pandangan terus je..

Yatie Awang said...

tak takut2 hehhee...buat dono je lah

Syafiq Ahadin said...

saya tengok, kebanyakann pompuan yang komen blog ang. hehe!

so what! <<---hater

keri ikhwan said...

bila la nk ada haters nih... jeles ngan orng2 yg ada haters nih... haha

Fiza said...

haters tu jeles je sebenarnye~~

YOUsoF said...

Lumrah, dalam 10 mesti ada 1, 2 ketul tak suka kita.. Tak rugi pun ada orang macam tu.. Yang rugi bila kita ter'layan' serangan dia tu..


Betul, benci kejahatan jangan benci kebaikan!

Puteri Iqa Izyan said...

haters ni boleh jadikan sumber inspirasi supaya kite terus bersabar. muehehe :))

blog-tips-kurus said...

org femes memang ramai haters..