Pages

Sunday, December 4, 2011

Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa Besar

Budaya SHARE dan COPY PASTE sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menanggung dosa yang amat besar. Sebelum kalian menuduh aku membawa ajaran sesat dan berlagak ulama besar menjatuhkan hukum, alangkah baiknya anda buang sifat malas dalam diri untuk membaca entry ini sehingga habis.


1. Undang-undang hak cipta
Mengikut undang-undang hak cipta, adalah menjadi satu  kesalahan apabila seseorang itu mengambil artikel atau penulisan orang lain dan tidak meletakkan nama penulis asal. Dengan kata lain, copy paste atau plagiat. Malah lebih teruk jika ada yang terus mengaku itu tulisannya. Itu dikira mencuri hasil karya orang lain. Sama seperti cetak rompak. Mencuri hukumnya berdosa.

2. Adab berkongsi artikel
Jika kita ingin berkongsi sesuatu artikel yang dirasakan menarik dan bermanfaat, ada syaratnya. Di bawah artikel tersebut, kita perlu meletak nama penulis sebenar dan kreditkan ke link asal. Begitu juga jika artikel itu jadikan sebagai rujukan. Jika anda ambil sebahagian daripadanya, hendaklah diletakkan sumber rujukannya.

3. Tujuan kredit ke sumber asal
Supaya pembaca dapat membuat rujukan semula kepada penulis asal samada ingin mengesahkan kesahihan berita tersebut ataupun meminta penjelasan jika ada kekeliruan terhadap satu dua perkara dalam artikel itu. Jika penjelasan diminta daripada kaki plagiat, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerangkannya dengan baik dan jelas kerana mereka hanya copy paste idea orang lain. Selain itu, copy paste tanpa credit boleh menyebabkan fitnah!

4. Copy paste tanpa credit boleh menyebabkan penulis asal difitnah
Aku akui, di awal aku ber'blogging' dulu, aku juga ada mengamalkan budaya copy paste kerana aku suka berkongsi. Ilmu aku tentang selok-belok dunia blogging masih cetek ketika itu. Hingga menyebabkan seseorang itu difitnah mencuri penulisan aku. Padahal aku yang plagiat artikel dia. Ini semua gara-gara aku copy paste artikel yang aku perolehi daripada facebook ke blog aku. Aku tidak memberi kredit kepada sumber asal kerana aku tidak tahu siapa penulisnya. Ianya berpunca daripada pengguna facebook yang suka copy-paste artikel dari blog lain ke dalam note mereka tanpa credit ke sumber asal. Nampak? Selepas peristiwa tu, aku tidak lagi copy-paste membuta tuli.

5. Aku juga pernah difitnah
Artikel 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat adalah penulisan aku. Aku juga tidak menyangka yang artikel tu akan tersebar dengan meluas di alam maya. Tapi sayangnya ia tersebar dengan cara copy paste tanpa credit ke blog aku. Pada mulanya, aku tidak kisah kerana kononnya aku tidak mahu berkira dengan ilmu Allah. Tapi, lain pula jadinya. Aku dituduh mencuri hasil karya orang lain dan mengaku hasil karya sendiri. Aku dituduh mencuri hasil karya seorang Ustaz di facebook. Walhal, itu tulisan aku. Tetapi, aku redha. Mungkin itu balasan atas kesilapan aku sebelum ni.

6. Penyebaran Info Palsu
Sebelum ini heboh dengan penyebaran info-info yang diragui kesahihannya. Antaranya, artikel 'dalam milo ada cacing', 'sardin ada katak', 'perbezaan ikan keli halal dan haram', dan lain-lain lagi artikel yang terbukti adalah bohong belaka. Artikel palsu yang tengah hangat sekarang ini pula ialah 'Pepsi dan Coca-cola ada HIV'. Selain itu, artikel-artikel yang mengandungi hadis palsu juga pernah tersebar seperti 'hadis tentang pengharaman tembakau rokok' yang terbukti adalah hadis dhaif. Info dari internet bukan semuanya boleh dipercayai.



Pengajaran
Orang kita memang suka share info-info pelik tanpa diselidiki terlebih dahulu dari mana datangnya sumber asal berita tersebut samada benar atau cuma khabar angin. Jadi, sebelum ghairah untuk mohon share, selidiklah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penyebaran fitnah dan berita palsu yang kita sendiri tidak mahu ia berlaku. Sepertimana yang anda semua tahu, dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh.

Nampak? Terbukti perbuatan share dan copy-paste tanpa credit sememangnya boleh menyebabkan dosa besar. Apatah lagi jika share benda lucah.

Memang benar hak cipta terpelihara hanya milik Allah swt. Tidak salah jika kita hendak berkongsi ilmu Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Memang ada yang tidak kisah kerana dia ikhlas menyebarkan ilmu. Tetapi, Islam juga tidak mengajar kita mencuri. Sebaiknya, maklumkan daripada mana sumber asal ilmu tersebut. Bagi menghargai susah payah seseorang itu memerah otak berfikir serta masanya yang terbuang ketika menghasilkan penulisan tersebut. Jangan kita hanya senang-lenang plagiat. Letak credit bukan kena bayar pun.


SZ : Sekarang ni, aku rasa lebih puas bila aku dapat berkarya di blog dengan gaya penulisan aku sendiri.

40 360 juta komen:

diana said...

lebih selesa menulis guna idea sendiri dari copy n paste.
ramai yang tak tahu pentingnya letak link yang depa copy tu..
bukan sekadar untuk menghargai tuan punya entry tapi supaya tak de tuduh menuduh..

Affan said...

Aku suka dgn no 4 dan 5. Kalau org tak pernah merasa camtu mmg takkan tau.

No 6 pun sgt betul, sekarang ni kalau keluar je headline yg pelik sikit, semua dok copy paste. padahal hoax je =_=

ayiel said...

ouh..so skrg setiap yang kita dapat info kira kene credit pada penulis asal la nih?

blog-tips-kurus said...

merujuk kepada no.4 & 5, ternyata tulisan anda sangat berpengaruh. teruskan dakwah anda. :)

najihah sahami said...

betul2...elok2 kita nak buat pahala jadi buat dosa pulak. sebelum share tu, make sure kita pastikan ianya adalah sahih..ni tak, nmpak org share..kita pun share sekali. konon nk nmpak up to date.

Syafiq Ahadin said...

betul3! tapi post saya banyak berdasarkan pembacaan dan pengalaman. huk3! :)

tabah.

Alieza Dayasari said...

saya pernah kena..
tp org yg amek tu copy paste 100% tp bawah artikel dia ada ckp sumber asal..
tp dia copy 100%.. kalau sy baca di blog dia.. saya tak akn ke blog asal..

act nak uat pun.. buat lah copy tak semua dan buatlah rujukan... lebih lanjut di "laman asal"....

a bit frust lah bila jadi mcm ni.

Akulah Pak Lan said...

since blog aku cuma pasal cerita, so tak ada apa yabg nak di copy pastekan

incik hijau said...

aku tak reti nk curi idea orang...sebab 2 blog aku hasil dari idea merapu aku....hehehe:)

Cikya said...

sebab, ada member yang terer buat cerita pendek sebagai notes,
akhirnya cerita dia disebarkan merata tanpa kredit kepada dia..
kesian...

last, dia ignore akaun FB yang tu, buat yang baru, lalu menulis blog..

hurm...

Haris Khairuddin said...

dalam islam pon dah diajar cara2 yg betul utk share ilmu. dgn ikut cara para periwayat hadith. bukan ke dorang siap bagitau dari siapa hadith2 tu diambik. inilah disiplin ilmu dalam islam. sampaikan sarjana2 barat pon mengakui ketelitian disiplin ilmu dalam islam. tu yg dorang tiru dalam cara penulisan tesis.

yang arif said...

ngee...
macam nk wat esaimen pulak.
:)

Bella said...

Ok... Dah nampak dah akibat copy paste... Lepas ni tulis atas idea sendiri... :)

HujanMenjerit said...

sy bagi credit pada penulis awal. sebab recipe kan, nak ubah tang mana lagi? hihi. tapi tu jela so far.

sebab sepanjang belajar lecturer selalu bagitau jangan nak plagiat time buat assignment. XD

De'din said...

betul2,,
tapi setakat arini belum penuhlah artikel aku kena culik,,
hehe

De'din said...

betul2,,
tapi setakat arini belum penuhlah artikel aku kena culik,,
hehe

Izan Ishak said...

ramai sgt yg suka copy paste skrg ni kan... kadang2 pegi 4-5 blog pun masih cerita yg sama...

Ros Anisza said...

teruk jugak penangan copy paste ni...mujurlah di blog, saya jarang copy paste...apa yang saya tulis lebih kepada idea saya sendiri...

Kumbang Jingga said...

sokong kata2 solehin zubir...betul2 semua tu..kes copy paste baru2 nie pun heboh diperkatakan kt blog angah jiwa2..blog dia byk kena copy oleh satu blog yg terkenal..tapi tak letak credit ape pun....

Niza Romli said...

secara tak langsung dgn adanya entry ni akn menyedarkan blogger2 dan pengguna facebook yg buat dosa tanpa sedar. mekasih :)

cik ciput said...

bukan time buat assignment je ada budaya plagiat ni..dlm blogging pon ada jugak...budaya plagiat ni samlah jugak dengan perbuatan mencuri..mencuri apa hukumnya?dosaaa...

hana said...

sokong..
dulu masa mula berblog mmg x pernah kesah pasal sume bnde ni..
tp lama2 belaja la kan...

Sunah Sakura said...

good..entri yang cukup baik..sebab tu saya memang harap orang letak credit ke blog saya kalo copy paste, rasa tanggungjawab pada apa yang ditulis oleh kita sendiri...takut nanti yang copy paste tu takleh nak jawab bila benda tu silap..tapi ada yang tak sependapat juga kan?

Miss Meen said...

Yup betul kata kamu tu Bro..
Kita kena.minta izin...
Kita juga kena.berwaspada share something kat org..
Buka aib manusia lain pun satu dosa azali tuh..
Susah nak minta maaf face.to face lagi lagi orf tue kita sendiri pun xpernah bersua..
Itulah org kata...interet nie byk keburukan dr.kebaikan.

Keep it up Bro! ! Saya pun tgh atau lebih tepat lagi sedang berubah :)

azwa amani said...

amani pun dulu cpy2 jugk..hehehehe.. thanks sebab buat entry berguna ni

saveqmm said...

haha..nicela..memang pun copy paste bulat-bulat takpa..kalau mereka edit lagi menambah rasa yang sudah cukup enak tu,maka tak cocok la sudah..ehehe..

saya mohon share ni artikel ya bro..

cantekk said...

mohon share =D ekekeke...

ok la tu, gaya tulisan sz tak sama ngn org len. ayat dan ejaan pon lengkap.

slmt maju jaya lah utk sz.. mekasih sbb sll kongsikan ilmu..

APi said...

menghasilkan karya sendiri lebih puas aku rasa..
baru tahu kurang lebihnya penulisan kita..
kalau setakat copy paste, mana originalitinya dalam menulis..

Farhan AJ said...

Thumbs up saudara SZ :D

semuanya aku setuju..tp setakat ni ramai je yg link balik ke entry aku yg diorang copy..buktinya, aku dapat balik referrer :D

Hazwan Arif said...

semalam pun tersebar hadis tentang puasa di bulan muharam dan ganjarannya..dgr citer tu hadis pallsu..

Aretikz said...

Oh Kopi, Oh Pasta, sedap kalau sarapannya begitu.. ahakz..

Mgkin aku lum terima effect 4 dgn 5 tu.. tp.. aku ada kcewa juga dgn satu lman portal yg memang popular ni.. aku send artikel sna untuk perkongsian publish.. skali dia olah sedikit, kira menambah baik ayat, lalu claim artikel dia..

kesimpulan dia, kalo orang nampak artikel aku tu, seolah-olah aku yg olah dan aku amek dari dorang.. tahulah, mana pengaruh yg lebih besar kan..

Nasib aku positifkan diri, ilmu Allah tu luas, kalau orang marah aku sal kononnya copy dari sna.. redha jak lah.. ahakz..

Artikel tu Khas bagi lelaki yang nak dijadikan suami.. dah aku yang hantar.. so.. padan muka aku.. haha..

محمد رازيق said...

huhu.. copy paste boleh buat org lain terseksa ni..

Nafisa81 said...

kalau ada yg menarik kat blog, biasanya terus share kat fb je..so kawan2 fb akan klik dan terus ke blog...senang..takyah susah2 nak ctrl + C, control+v,...owner blog pun dapat traffic..

che sakinah said...

tu laa.. saya pernah terkena juga. tapi terpaksa diam sajalah. siapalah saya berbanding blog yg meng-copy tu.. huhuhu

farouq said...

saya dah share:)

Norashiqin Kamaruzaman said...

heheheh...dulu time jahil sikit mmg pantang nmpak benda2 yg elok utk dishare...huhu...


cthnya, hadis2...hohoho mmg ske je nk tekan share... =p tp skunk alhamdulillah sejak start berbloging ni bnyk gak ilmu yg tau...hehhe....


Lg2 bab2 yang berangkai uhh "kalau anda tak sebar anda tak syg Islam" hohoho....laju je nk share....


skunk da pandai skit kot... =p share menda yg syok sendri je bnyk kot =p HOHOHOhoho...

FaKArePa!n said...

saya tak pernah lupa untuk kredit kepada tuan punya idea asal..

YOUsoF said...

LIKE this entry!!

Dalam betul kau kupas isu ni, nampak macam tak ada apa, bila dibaca serius betul belaka yang kau tulis tu.. Terima kasih Lihin.


Memang pun, jumpa benda pelik dan unik laju je orang kita sebar, padahal tak pasti lagi kesahihannya.

nabByla said...

bagus2.. keep it up! leh bella slalu sggh lagi kat sini. baca info2 mnarik karya abg solihin sndir. hehe..

anGah said...

Aku sokong entry ini.. wow.. menarik gaya penulisan.. huhu.. eh 13 alasan tipikal tu hasil karya ang eh.. aku pun ada share entry tu tapi aku tak tahu sumber asal.. so kena adjust balik la..