Pages

Thursday, November 10, 2011

Terlalu Taksub Dengan Cinta

CINTA.. Hari-hari dengar dan lihat perkara berkaitan dengan cinta. Buka radio, lagu cinta berkumandang. Buka tv, drama cinta dihidangkan. Tengok filem, adegan cinta diselitkan. Log in facebook, terbaca status cinta. Buka blog, baca entry pasal cinta. Sana sini cinta. Semua nak berjiwang karat.

Jiwa kita telah dijajah dengan semangat cinta yang tinggi. Lagu yang berada di top chart, lagu cinta. Drama yang dapat rating tinggi, drama cinta. Status facebook yang paling banyak dapat like, status cinta. Blog yang paling dapat sambutan, blog cinta. Kartun atau lukisan yang paling ramai share pun, pasal cinta jugak. Dunia ini penuh dengan manusia yang taksub dengan cinta. Sweet la konon.


Rasa cinta tak salah kerana cinta itu fitrah. Yang salah jika terlalu obses dengan cinta. Perasaan cinta yang mendalam menyebabkan seseorang itu menjadi taksub. Yang membuatkan seseorang itu hanyut dalam fikiran dan perasaan. Taksub dengan seseorang kerana cinta akan menyebabkan hatinya mati. Membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran.

Cinta buat kau jadi gila. Tergila-gilakannya. Gila bayang, gila talak, gila seks, gila babi. Bila dah jadi gila sebab cinta, ramai gadis hilang dara, janin digugurkan, bayi lahir tanpa bapa. Banyak kes bunuh diri kerana putus cinta. Mangsa pukul sebab cinta. Jeling awek kau pun sampai kena belasah. Semua itu kerana terlalu taksub dengan cinta hingga sanggup menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Lautan api sanggup direnangi konon. Berenanglah kau nanti di lautan neraka.

Nasi lemak buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Tinggal emak tinggal saudara. Kerana kasih hamba turutkan? Pantun pun dah jadi gila. Kerana cinta, ibu bapa jatuh nombor dua. Sanak saudara dan keluarga terabai. Kau sanggup kahwin lari. Kau sanggup kahwin tanpa restu ibu bapa. Rela menconteng arang di muka insan yang menjaga kau sejak kecil bagai menatang minyak yang penuh. Natang sungguh!

Kerana cinta, wujudnya pengorbanan tak masuk akal. Menabur janji kosong nak sehidup semati. Jika dengan mu kabur, ku tak mahu yang jelas? Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas? Betul cakap Mat Luthfi. Memang ada beza pengorbanan dan kebodohan. Kau sanggup buat benda bodoh sebab nak mengejar cinta teragung? Teragung la sangat. Adalah lebih bagus kau berkorban demi cinta kau terhadap agama demi mengejar cinta hakiki terhadap Yang Maha Agung. Tak payah nak Romeo & Juliet sangat.

Cinta bukanlah sesuatu yang keji. Kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata–mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Rasa cinta itu indah. Tetapi lebih indah dengan ikatan pernikahan.


Cinta sesama manusia tidak akan kekal. Cinta sejati hanya untuk Allah. Terlalu obses kepada cinta manusia akan membuatkan kita lupa padaNya. Lupa pada perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan. Malahan bukan setakat lupa pada Allah. Dengan rakan-rakan pun kita lupa.

SZ : Sekadar nak motivasi diri sendiri yang pernah frust gila suatu ketika. Kah3.. Itulah.. Dulu taksub sangat dengan cinta. Padan muka aku.

40 360 juta komen:

Sunah Sakura said...

bercerita dari pengalaman lalu kan SZ...pengalaman tu mematangkan kita...jangan biarkan diri hanyut kerana cinta manusia...


terima kasih untuk perkongsian ni...

Kakzakie said...

Dah pernah gagal bercintalah dik ye... ada hikmah tu sebab nak dapat yg lebih baik. Serah pada Allah Dia akan beri insya-allah...

p/s: tak ada cinta pun tak boleh juga. tapi kenalah berpada-pada

CikPuan Fara said...

samalah pernah jugak frust gila lepas putus cinta. adoi rs malu pulak bila ingat time tu hakhak.

FasiHaH SupiaN said...

memang setuju sangat dgn kata2 matluthfi tu....eh setuju gak dgn entri ni...

nurul said...

cinta membuatkan kita buta..dan berani buat benda pelik2 -)Suka ayat tu,"Don't be sad becoz of ppl,they will all die"..thanq -)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

perghh..well post..sebagai motivasi diri jgk untuk masa depan..hihihi..

Siti Safiyyah said...

satu perkara yg terlintas dekat kepala nih setiap kali dengar lagu2 cinta atau baca ayat2 cinta dekat facebook seperti; aku cinta kau lebih dari apapun.


dalam hati: "ohh maknanya, kamu lebih sayangkan dia yang belum tentu jadi sape2 tu daripada mak ayah kamu yang dah besarkan dan lahirkan kamu lah ye..?? okay fine. -.-"


kesimpulannya,, cintakan manusia, manusia akan mati.. cintakan Allah, itulah yang abadi :)

aDisH.sHidA said...

x nak pk lagi bab cinta2 nie...biar je....ia datang sendiri dan kekal buat selama nya

zuramira said...

hum..best entry nih..btol...^^

Miss Meen said...

Pertama...
Matlutfi terbaik!!!! ;)
Kedua...
Yup..obses dgn cinta teciptalah duka lara..
Ketiga...
Cintalah berpada pada..manusia itu bukan milik kita...dia milik Tuhan...kita xda hak pun ;)
Jadinya usahlah cinta berarak sgt hihi

Atiqah Farhana Safian said...

Masa first time dengar lagu berdua bersatu pun, terfikir macam apa matluthfi fikir.
Bila dah terlalu taksub, mula hilang arah. Pakwe/awek tinggalkan, masa tu hidup pun dah tunggang langgang.

pengemis Cinta~ said...

setuju sangatsangatsangat dengan apa yang dikata dalam entri ni!!

well, matlufti cam over sangat.haha.

diana said...

lupa dah apa rasa frust bercinta..
(bunyi eksyen sikit..heheh)

tips cinta yang bahagia..
-dua2 pihak jangan mintak dan harap
yang tidak2..sebab bila kita minta,dia terpaksa berkorban..
takut2 sebab permintaan dan harapan kita tu,dia akan berkorban sampai mengabaikan pihak lain..hujungnya pasti ada yang kecewa..

nabByla said...

apa citer terbaru abg? bkn kata nak kawen dah kew? harap berbahagia ngn buah hati. :)

LemonSusu Skyjuice said...

tak perlu taksub sanagt kot..kalau dah jodoh tak kemana ^^

nadya said...

same with me...hehe..dlu la..tp..sebab pernah frust dlu la..skrg dh matang ckit..he :)

Iffah Afeefah said...

pglamn gru terbaik

taksub itu obsess hehe

rainyscream said...

orang lain tengah bercinta, kita pon rasa nak bercinta jugak. kononnya tak bosan bila ada pihak yang caring pasal kita. bila dah kecundang dan dihampakan sesuatu yg kononnya dinamakan 'cinta', mula la ada erti penyesalan. at least penyesalan tu datang jugak dari tak menyesal langsung. kan?

motivasi untuk diri ni jugak. huhuhu.

che sakinah said...

aku belum pernah frust kerana cinta. tp frust benda lain ada lah.hahaha.

apa jua ke'taksub'an memang tidak berapa elok pun.

tahniah sz. pengalaman membuatkan kau mengerti.

Zee.Zee™ said...

waaa...
baik punya pengalaman la!
:)

Qissrthed said...

Mantoooooppppp ! :)
tapi tak salahkan kalau kita nak mencintai seseorang?

NURUL NADIAH MAMAT said...

hanya mampu berdoa agar tidak terjebak dengan rindu dan cinta yang melalaikan diri dari mengingati-Nya...

be strong SZ... :)

faINa989 said...

xnak bercinta sebelum kawen...takut...

kalau boleh nak kawen terus je...

Mohamadazhan.com said...

relax bro..hehe.sejak dua tiga menjak ni jiwang semacam ja.hehe.jodoh dah dekat tu, insyaAllah. aku doakan cepat kahwin amin =)

adanhayad said...

susah dan parah. kalaulah dalam masyarakat kite ni, peminangan perempuan kpd lelaki dianggap acceptable, agaknya dah lama sy bertunang. woha!*err kuar topik kot?

FaKArePa!n said...

lagu KRU tu y pling x leh blah.. hahah

cin.. ci.. cin.. cin.. cinta.. hehe

hana said...

erm...
x pernah rasa terlmpau frust even pnh putus cinta...
hahah

Hansyirah Takezur said...

betui ka hangpa yg tulis nie?
hue hue hue...

betul3... janganlah terlalu obses ngan cinta...

cintakan bunga, bungakan layu
cintakan manusia, manusia kan mati
cintalah Allah, kekal abadi. :D

pikah yang baik said...

betoii sgt weyh....klo da obses sgt..bahaya..tula punca stress utama

cik ciput said...

Memang la SZ...tapi walau macam mana pun, hati manusia macam kita ni, kalau tengah frust, memang la rasa sedih..tipu la kalau tak sedih kan...

dayah said...

hehe..pengalaman tu la frust kejap je toksah frust menonggeng ye SZ

cantekk said...

betul tu. jgn layankan sgt cinta tu, bpada2.

exora said...

keindahan cinta hanya dpt dirasai bila kedua-duanya penuh dengan dengan keikhlasan n jujur serta berlandaskan iman di dada...

naziyatul fatihah said...

ade beza antara pengorbanan dan kebodohan :)

محمد رازيق said...

jangan taksub pada cinta, kerna cinta yang kekal menanti. tq sz

Puteri Iqa Izyan said...

dulu taksub jugak dengan cinta. tapi bila dah makin besar, makin tahu fikir baik buruk kesan taksub dengan cinta ni haaa.

tapi still ramai lagi yang taksub sangat dengan cinta. yang tak boleh hidup langsung kalau takde pakwe/makwe.

ishh..

cintatulip said...

tak semua orang akan menghadapi saat sakitnya dengan cinta.. tapi kalau sesiapa yang pernah... takdir Allah untuk mengajar kita.. dari salah itulah kita perbetulkan diri kita.. bagi yang sedar diri la.. dulu naqiah pon taksub smpai frust tonggeng.. babtu sampai skarang masih single.. belajar dari salah tu yang membuatkan kita tersedar dari lamunan yang lepas..

peace no war (^^)V

liyana said...

do not sad because of people..
they will all die..
nice n cruel..hehe

cinta..blurr..

Yatie Awang said...

betul tu, kalau dah taksub sangat memang bahaya...pengalaman memang mematangkan kita...tapi yang hairannya masih ada yang tak sedar2 lagi

Anonymous said...

saya baru sahaja putus hubungan dgn teman wanita saya..sedih rasa nya sebab niat saya utk memperisterikan dia tidak kesampaian..tetapi saya masih berdoa pada allah supaya jodoh kami di kuatkan..moga2 allah kabulkan doa saya..-Jamil-