Pages

Monday, November 28, 2011

Surat Cinta Kekasih Nazmi Faiz Mansor

Kehadapan kekandaku Nazmi Faiz Mansor yang dirindui selalu...

Ku kirimkan semadah warkah, setulus ikhlas nun jauh di sudut hati kudusku agar dirimu di sana hilanglah segala duka dan lara. Dan janganlah dikau bermuram durja dek kerana kekalahan Harimau Muda kepada Bahrain semalam.

Awak.. Apa yang saya lihat, Malaysia berjaya leading 2-0 semalam pun disebabkan adanya awak. Lepas awak dikeluarkan je, game terus jadi kacau-bilau. Bahrain yang main 10 orang pun dapat score 3 biji gol dalam masa 6 minit je. Kekalahan sebegitu sememangnya satu kepedihan yang pahit untuk ditelan. Tetapi kekecewaan rakyat Malaysia sedikit terubat dengan penyebaran video gol cantik yang awak score tu. Saya bangga jadi awek awak.

Cinta saya terhadap awak bertambah kuat bilamana awak berjaya menjaringkan gol tersebut. Shoot jauh pun masuk kan. Macam Cristiano Ronaldo la (walaupun awak pendek macam Messi). Tak macam abang Thamil Arasu tu. Depan gol pun tak masuk. Mesti ayah awak bangga. Walaupun awak sanggup tak ambil SPM tahun ni, tapi awak berjaya mencipta sejarah tersendiri. Anak jiran sebelah yang score SPM 11A tu pun tak feymes macam awak. Berbaloi pengorbanan awak.

Awak.. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang meminati sukan bola sepak. Sebelum ni saya tengok bola sekadar untuk mencuci mata melihat mamat-mamat hensem di atas padang. Tetapi, sejak kali pertama saya melihat awak beraksi di Gelora Bung Karno, saya rasa awak lain daripada yang lain. Walaupun fizikal awak kecil, tetapi skill permainan awak lebih bagus daripada Abang Fakri Shaarani. Awak kelihatan sangat cool ketika mengawal bola dan membuat hantaran. Saya suka tengok awak berlari-lari. Nampak cute sangat. Takpe. Peluh-peluh pun saya suka.

comelnyew awark niew..

Sejak awak dah mula dikenali, ramai gadis yang mula menggilai awak. Mentang-mentang awak comel, diorang cakap muka awak macam Kaka. Kalau dulu, Khairul Fahmi. Sekarang nama awak pula kian menjadi sebutan. Penuh status menggedik nama Nazmi Faiz. Dah tu, ada yang perasan, mengaku awak ni pakwe diorang. Yang lelaki pulak, ramai cakap nak jadikan awak adik angkat. Lepas tu ada yang guna gambar awak sebagai default picture. Blogger pulak ramai yang up entry pasal awak. Kenapa eh dengan diorang ni? Mencik taw!

Disebabkan itu, terpaksalah saya tampil buat pengakuan yang saya ni teman wanita awak. Semalam saya dah tweet di Twitter dan update status facebook. Biar semua orang tahu saya ni girlpren awak. Kemudian ramai yang cakap saya ni cun. Awak patut bangga. Oh ya.. Saya juga dah created facebook fanpage Nazmi Faiz Mansor. Cuma saya belum ada blog je lagi. Awak jangan salah sangka pulak ye. Saya bukan nak cari publisiti murahan atau nak tumpang populariti awak. Saya cuma taknak orang lain rampas awak daripada saya.

Akhir kata, saya nak pesan kat awak. Bila dah popular macam retis tu jangan sombong dan lupa diri ye sayang. Jangan curang dengan saya taw! Jangan pergi clubbing, parti dan minum arak dengan pompuan-pompuan yang seksi-seksi tu. Awak kena tahu. Walaupun kita baru je kenal dan kapel 3 hari yang lepas, cinta saya pada awak setinggi tiang lampu stadium seluas padang Bukit Jalil.

Sekian. Sayang awak ketat-ketat. Muah!

Awekmu,
Pelajar Tingkatan 4.
Kelas 4 Tekun (Kelas pandai)

p/s : Surat ini hanyalah rekaan semata-mata. Sekadar menghiburkan hati yang lara dengan kekalahan semalam. Heheh..


Gol Nazmi Faiz semalam memang terbaik. Salute! Beliau boleh pergi jauh. Tahniah! (Tak jeles pun) ;-p

SZ : Rasa macam nak tukar profession jadi pemain bola sepak la pulak. lol.

65 360 juta komen:

Syafiq Ahadin said...

euwwwwwww! hahah! kelas 4 tekun tu kelas hang lah kan. :) euuwwww.... so sweet. yucks! keh3! :D

Faiqah Umaira said...

berbaloi usaha beliau dan tangguhkan spm , semoga berjaya dalam bidang yang beliau ceburi ! Saya sangat yakin yang Nazmi ni boleh pergi jauh dalam arena BOLA SEPAK !

cucu umie said...

untunglh kalo nak jadi pemain bola sepak bro..hohoh

azwa amani said...

kalau sz jadi pemain bola sepak, amani nak jadi adik angkat...huhuhuhu... melawak ja..

Anonymous said...

Ingat betol2 la, ape daaa, hakhkahkah, :D tak tengok pon semalam, x sanggup nak memarah,

NURUL NADIAH MAMAT said...

terbaik la surat nie....ekeke..pandai wat ayat......ada perlian skali tue...ekeke....

Sufisky Lass said...

HAHAHAHA NICE SANGAT ! :D

p/s: kelas 4 Tekun (Kelas Pandai) *perlu menton ke? kwahaha XD

Anonymous said...

surat yang betul2 tulus dri hati ni.
terharu membacanya.

FasiHaH SupiaN said...

haha ade bakat ke bro? nazmi memang terbaik lol!

diana said...

ekekek..
mencik..mencik..mencik!!!

che sakinah said...

hahahha... sengal ar. cakap je lah jangan jadi macam apek! ahahahha;p

Hazmi Anas said...

ada bakat la org yg tulis karangan ni..mesti dpt A+ ye..

eiz_ezzy said...

nazmi kiut <3 haha

Hansyirah Takezur said...

yeah...
amik mana surat nie?
saya yg tulis nie..

haih... kantoi... SZ jumpa surat nie..~

p/s: tgk bola sb player ensem mmg perkara biasa... haha.. :-p

Ujang9897 said...

woi..!!

agak2 la..nazmi i punya la.., u jgn nak menggatal..

*serius!

Anonymous said...

napelah lawak sgt entry ni..aduiii.

Aini Adam said...

Hahaha.

nawwar_hanifah said...

comelnye =)

*terkaku mse tgk Bahrain gol dlm mse yg singkat..

JIJI YU said...

pedhopile tu ape weyhh

IzyanKaher said...

okay ini serious kelaka! lol =D

the name of 4 Tekun - itu nama kelas masa zaman sekolah rendah haha^^

qasehraihan said...

mencik kita taww..hehe..
luhur giler surat ni..ahakss..

blog-tips-kurus said...

awak, lepas ni tutuplah aurat ye masa bermain tu. awak faham, kan...?! :-)

SoutulMujahid said...

mcm sindir seseorang je. hehe

hana said...

ala...
nape dia dah de awek...
kecewa..

Dawa said...

bley pelekat surat cinta ni kt papan hitam sekolah. hehe

Aishah Zin said...

jadik adik angkat pun best jugak neh.ekekeek

Solihin Zubir said...

@Hansyirah Takezur : sy curik surat ni dlm beg skolah awk.. kan dh kantoi awk awek nazmi.. pdn muka.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Hazmi Anas : perli aku ke apa ni? haha..

Halimatun Sa'adiah said...

jgn lupe amek spm udah ler ek...

Syahbinar Shuib said...

hahaha.. SZ dr kat twitter smlm lg dok tweet pasal Nazmi.. last2 buat entry yg kelakar ni.. :D

Mohamadazhan.com said...

hahaha.ni ayat hang zaman sekolah dulu ni...dok main surat2..haha

bengang btul kalah malam tadi...

Nur Hazlin said...

tak boleh blah. rempit pulak tu. haha

Cik Semut... said...

hahahahaha..gelak guling2 jap...

HujanMenjerit said...

surat cinta kat nazmi tapi header gambar lelaki. HOHOHOHO ^0^

GamUHU said...

benci jugak dengan entry ni tau! pasal Nazmi jugak. yuks!

*budak ni boleh jadi Kaka Malaya.

GamUHU said...

benci jugak dengan entry ni tau! pasal Nazmi jugak. yuks!

*budak ni boleh jadi Kaka Malaya.

Iffah Afeefah said...

comel
awk berbakat jdi awek die hahaha

ps: Kalo jadi pemain bola sepak kene pakai sluar pendek..seksi auww

Iffah Afeefah said...

comel
awk berbakat jdi awek die hahaha

ps: Kalo jadi pemain bola sepak kene pakai sluar pendek..seksi auww

Meow Meow said...

lol gedik habis surat cinta tu

aimaniman said...

surat cinta tak 'cintun' la dik.. ada ke panggil pakwe.. 'awak'... romantik la seket...bab gol...memnag cantik, seensem dan secun penjaringnya...

Solihin Zubir said...

@Iffah Afeefah : takpa.. bleh ubah tradisi, pakai seluar pnjg.. =)

Solihin Zubir said...

@aimaniman : baru 3 hari kapel.. takleh lebih2 sgt.. lgpun nk romantik, masa kahwin je.. heheh.. =)

tak bagus kapel2 ni.. ini cuma sarcasm..

EG said...

Hahaha.. suspen je. Harap2 prestasi dia sentiasa terbaik. Tak diganggu dengan segala gosip2 ni.

thaqifah said...

lawak gler entry ni!..nazmi the best!

Yatie Awang said...

hahahhaa...akak suka baca surat macam ni solihin, lain kali karang lagi ek...hantar terus kak akak pun tak apa hihihih

SyedGraphiX said...

HAHAHA. kelakar laaA!
tak habih2 aku gelak baca surat rekaan kau ni XD

FariehanIbrahim [LBC] said...

ahahaa..comel giler!
kalu Nazmi baca nie konfem dia jatuh cinta. :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hahahhahaha...so sweet baca surat cinta nie.. sweet sampai rasa nak muntah2..hahaha

Echin Nadiossa said...

HAHAH kelasss 4 tekun pandaiii yeaa..atoto comel ^^

محمد رازيق said...

hehe, nice punya surat cinta :) surat cinta untuk abg Fakhri x ada?? hehe.. SZ lihin jmput bc entry br di blog kami 'JIKA @ KALAU'

cik ciput said...

ini surat saya tulis ni...mcm mna leh dapat kat awak? =p

dayu_myself said...

kah333...
lwak bro...gelak guling2 aku baca...
hahaha...x bley blah,kelas 4 tekun,budak pandai...
cinta mnyet le tu..hahaha

hanaahmad said...

comel. nak buat anak ikan. hue hue hue

sergeant keroro said...

haha, kaka malaysia.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, tak paham dengan muda mudi, jadi satu fenomena kalau dh sorg suka, semua suka.

malah, bukan suka dgn bakat, yg tak tahu nazmi ni pemain bola pun turut suka sbb uyg lain suka dengan alasan boleh tahan ghupenye.

hayya, sungguh suatu fenomena!

KhaiRin said...

hahahahahahah.. g study dulu la makwe pastu ko nk kapel ko nyer psl la hahahahhahaha
mesti tersedak2 nazmi faiz bla org asik dok sebut nama dia


p/s admin: mohon copy n share. terima kasih.

Tasha said...

saje bak buat sentap.haha

cantekk said...

adohai..pedih nye..=D

exora said...

main bola sepak leh jd kaya raya..xyah ssh2 perah otak n hbs beribu pitis utk bljr tinggi2..huhu
tp ilmu pengetahuan n pglaman sgt2 berharga tauuu...bkn kaya n glemer sj d kjr...

nabByla said...

abg solihin nie xda keje betul la.. boleh plak dia buat KARANGAN cinta. :PP

Anonymous said...

nice ler..
msti slalu wt surt cinte ni..(gurau je):)
jgn mra..

hidayah.as said...

tersedak bace surat tuh.. haahhah [x jealous pon] *serious nie... haha

cik violet said...

alahaiii..comey nye surt nihh ;p

cik violet said...

alahaiii..comey nye surt nihh ;p

lalola said...

hahahaha.... tang abam tu aku dah xboleh gelak sopan dah..haihhhhh