Pages

Tuesday, November 15, 2011

Rahsiakan Pertunangan.. Hebahkan Perkahwinan..

Sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. Pakai baju dah macam pengantin. Dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi photoshoot dengan pasangan. Posing pulak dah macam sah laki bini. Uiiii... Ni bertunang ke apa ni?

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Weyh! Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku. She's mine! He's mine!". Uit! Jangan over confident sangat. Belum tentu perempuan yang dipuja tu akan jadi isteri kau. Belum tentu lelaki yang kau benci tu bukan suami kau. Belum tentu tunang kau tu akan jadi pasangan hidup kau. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa jodoh sebenar kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah swt.

Bila putus tunang, mulalah nak menggelabah. Mulalah nak buruk-burukkan bekas tunang. Mulalah buat spekulasi bekas tunang main kayu tiga. Mulalah nak raih simpati. Siapa yang malu? Jawapan tipikal, mereka dan keluarga mereka.


Perlukah nak hebohkan majlis pertunangan?

Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan tidak bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Merahsiakan pertunangan juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sepasang suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih lagi orang yang asing.

Yang patut dihebahkan ialah Majlis Perkahwinan.

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Alaaaa.... Saya tak tahu..". Tak tahu nak buat macam mana. Benda dah lepas. Bagi yang belum bertunang tu, lepas ni tak payah kecoh sangat kalau bertunang. Termasuk aku! Biar setakat keluarga kedua belah pihak saja yang tahu. Tapi, yang jadi masalahnya sekarang ni, baru couple pun dah kecoh. Haishh...

rujukan : saifulislam, halaqah, hanyasitikhadijah.

SZ : Dia nak terasa? Biaq pi..

63 360 juta komen:

Yana Houry said...

yup..sy tunang dulu hanya family n jiran terdekat je tau..memang my dad xnak terlalu umum..tertutup je..

Sunah Sakura said...

sebelum ni pernah buat entry sal ni sz...ada yang komen, dan mengatakan hadith tu hadith dhoif..bila cek balik, betul memang lemah...

cumanya kita pandang dari segi kebaikan bila merahsiakan pertunangan, sama la macam yang sz cakapkan tu..dan kadang2 mengikut situasi juga...ada kalanya pertunangan tu wajar dihebahkan, ada kalanya lebih baik dirahsiakan...melihat pada kesan kedua2nya...

wallahua'alam...

Muhammad Syahmi said...

sekarang ni, orang suke hebahkah couple masing2...

lagi banyak le dosa...

CikPuan Fara said...

bukan sekadar itu sahaja.. trend pre-wedding pun saya tak sokong sbb kebanyakkan ambil gmabr seperti sudah bernikah..

delarocha said...

tgk je kat FB, berapa ramai yg update status 'in relationship'.. padahal baru bercinta je.. ahakss

HujanMenjerit said...

peringatan untuk diri ^^

tamo kecoh-kecoh kalau ada kapel sekalipun..tak menjadi tu yang xbest. memalukan je. tak nak tak nak. T-T

Cik Aish said...

betul2...siap photoshoot kat luar..membazirnya lahai..hmmm..tak paham ngn trend skng

tieykah said...

sesetengah dari kita sibuk menghebahkan pertunangan.

mahu grand

exora said...

pada saya kalau bertunang...ckp la sekadar keluarga terdekat ke2 blh phk jer tau...x perlu buat bsr2 psg khemah bagai,sampai kdg2 bila kita d jemput kemudiannya, kita dh confius..eh, bkn ke dia dh kahwin dulu..kenduri bgai nak rak...rp2nya majlis tu utk bertunang...mcm artis lak kan..bila x jd, maluuu

Ain Zulaikha said...

yup betul, masuk dek akal, sebab mak pernah cakap, bila da tunang ni banyak dugaan .. lagi2 sape2 yg hebohkan majlis bertunang diaorang, bila da putus tup2 mula lah nak buruk2 tunang dia tu.. manusia2 , kelakar kelakar..


nauzubillah..

DaHLia said...

SZ dah bertunang ke??

hehehe ok xpayah jawab...rahsia :D

blog-tips-kurus said...

Jodoh itu rahsia Allah..
Insya Allah, jadi peringatan. thanks. :-)

@juera said...

mmg btol pn skrg tgk bertunang dh mcm org nk kahwin...baik kahwin je trus..huhu

dark said...

part yg pling tertarik...

"SZ : Dia nak terasa? Biaq pi.."

hahahahaha...siapalah tuh...

hihihi...

yg sanggup byr pre-wedding mahal2 tuh yg pling xthn skali!...die dibukukan...klu xjd kahwin??PEMBAZIRAN!!!..

Miss Meen said...

Siapa yg nk terasa tue...hihi biaq pi??
Xbaik na buat org kecil hati....hihi..
Tapi kita lg berdosa kalu kita yg berkecil hati...kan kan ;)

Nia Ridzwan said...

betul tu. sepatutnya pertunangan tu lah tempoh perkenalan. tapi orang sekarang belum bertunang dah macam2. paling sedih kita dah tak tahu beza, eh ni tunang ke kahwin. nak jadi macam membazir, macam2 dibuatnya kenduri tunang besar2.

Syafiq Ahadin said...

En. Solihin...err....bertunang? Hehe!

Btw, saya pun sedang bincang bab cintan cintun ni....

Solihin Zubir said...

@Sunah Sakura

sy rujuk kt ustaz hasrizal saifulislam.com psal tu..

yupp.. kdg2 kena tgok keadaan jugak..

ala.. kahwin trus la.. xyah tunang2.. heheh..

FasiHaH SupiaN said...

dah2 lah Sz, cecepat lah tunang tu...hehe nikah terus lg afdhal, halal lagi bagus ;)

wawa said...

salam..
betoi tu.. dah menjadi trend org sekarang bt gempar2..
apapon.. cukuplah majlis ala kadar.

sergeant keroro said...

SZ dah nak kawen ni, ehem :p

Hansyirah Takezur said...

dah bertunang ke? sob3... haha... gurau je...



org la nie, sume benda nak bergambar. i mean, posing kemain. siap pegang2... haiyoo.. kemon la, xsemestinya dah tunang, dah sah.

bertunang nie kadang2 org ckp lesen utk wat maksiat... apa je boleh wat. hurm....

naziyatul fatihah said...

thanx for info...
aha...nnti kalo bertunang xnak heboh2.jmput kaum kerabat je.itu pon dah afdal kan :D

Cik MataKuyu said...

betul! kalau tak jadi, malu jerrr . adehh

Anum said...

zaman sekarang semua nak heboh

FaKArePa!n said...

aku lambat ag nak bertunang + kawen... heheh

dayah said...

setuju. pung pang23x..kawin baru la cite..
takut tgk facebook ramai sedara mara tengok gambar klau dah berpunya tp blum sah kawin dulu..baru bole pegang2

GreenAppleKu.com said...

Melihat kepada trend sekarang, adalah lebih baik kahwin jer terus. Tidak perlu tunang-tunang.

Sesetengah orang sekarang, betul seperti kata tuan blog, majlis bertunang pun dah seperti majlis perkahwinan. Itu baru bab majlis, bab perilaku ?

Ieja said...

Yes, agree with u
sekarang tunang mcm dh nk kawen..huhu
xpe la dorang mampu kan

tp niat tu yg penting..kalau setakat nak menunjuk..x dpt apa pon la

tapi kalau x bgtau time tunang nti ada kwn2 yg akan terasa hati..huhu

diana said...

aih!!akak baru terpikir nak buat entry ni..rupanya kamu dah buat dulu..
huh!!!

cantekk said...

sape dia yg nk terasa tu?? =D

itu la, tunang dendiam je, sekiranya tak jadi kawen, takde la malu.

tp kna igt la, pertunangan ni ibarat satu perjanjian,, mungkir janji kan salah satu sifat munafik. jadi, berhati2 lah, jagalah tingkah laku sepanjang tempoh pertunangan. tapi kalau kedua2 pihak rela hati membubarkan takde masalah kot.

*klu salah tlg btulkan =)

afiq faizal said...

saya pernah baca hadith yg berkenaan..tpai tidak lah ia menyuruh pertunangan di rahsiakan...
tpai lebih baik tidak di hebahkan...
adapun, kalau ade org datang menghitbah...takkan lah nak jadi rahsia lagi...

kan, kan, kan ^_^

Yatie Awang said...

betullah solihin...kalau kat fb, penuh uplord gambar waktu bertunang...kena sembunyikan ek...

fathiahRAIHANA said...

yg dok hebahkan in relationship kat Fb tu lg la sedih tgok -.-


sedangkan yg btunang pn kena rahsiakn , ni pulak yg relationship taktau ke mana lg tu .

NURUL NADIAH MAMAT said...

diam2 sudah.......kan3....hehe....opss....jgn emo...xbaik....rotan karang...

cik ciput said...

kadang2 org tu tak mau hebahkan pun majlis bertunang dia..cuma bila kawan2 yg pi majlis tu pi upload pulak gambar dalam facebook..maka terhebahlah majlis pertunangan tu..

fathiahRAIHANA said...

boleh aje nak copy pun
bnda baik :)

Solihin Zubir said...

@cik ciput

kalau tak hebah, camna kawan2 bleh pi majlis tu? tettt~~ ;-p

fathiahRAIHANA said...

arghhhhh trlupa plakkk security trpsang kat blog ni , haha .

kalo pkai gogle chrome leh seret gmbar tu pi new tab . leh la copy :D

YOUsoF said...

Betul la Lihin. Budak² sekarang, masih sekolah lagi pun dah kecoh² konon dah ada gf, bf.


Ramai yang bertunang sekarang ni nak yang grand. Lebih² lagi anak perempuan sulung. (kawan aku pun buat macam tu). Bersederhana lebih baik, itu yang Allah suka pun. ;)

Misz Dill said...

@delarocha
setuju giler..

Miss Yaty said...

thanks sharing info ni..skrg ni mmg xreti beza dah mjlis btunang ke mjlis kawen..huhu..

makdara TERdiva said...

ada baiknya tak bagitau daripada dihebah2kan tapi akhirnya malu..

tp skrg org bertunang dah mcm nak kahwin..haishhh

Cik Bulat said...

setuju, semoga diri kita dhindarkan dari rsa mnnjuk2. tapi ada pndpt baru mngatakan. mngkut keadaan skrg, prtunangan harus dkhabarkn, krna bmbang ada yg mrisik tunangn org :)

sumber pertanyaan dari @TUANASMAWI4U

Solihin Zubir said...

@Cik Bulat sbb tu x digalakkan tunang lama2.. heheh...

Norashiqin Kamaruzaman said...

heheh tamo ckp ape2....angguk je...heehe...takut termakan diri sendiiri plak nnt... huhuu

skunk kite boleh la nak ckp apelahh kapel skit dah kecoh, tunang skit dah kecoh...nnt bila dah kapel+tenggelam dalam lamunan cinta, dah ta pndang dah ape org nak kate.... ;)


walopom tak pnah terlibat ngn kapel2 ni, boleh gak tau skit2 perasaan org bercinta ni....blaja dr membe...erkk.... =="

eiela said...

ramai jugak yg macam nih, ada yg majlis tunang macam majlis nak kahwin dah. kalau kahwin dihebahkan takpe.

Amoi MiyaSya said...

yeah ! wani setuju dengan pndpat abg SZ. mcm dah jadi trend bertunang buat gempak2. lpastu nanti berhutang , mengungkit . btw , yg wani tau , majlis kahwin pun ade syarat, kalau tak silap , orang yang datang tu wajib tutup aurat . wallahu'alam. + gambar perkahwinan tak elok di'show off' . cukup keluarga je tau .

azwa amani said...

as-salam..

sz mesti dah lpe amani kan?? hikhikhik..

kdg2 bila org ternampak cincin di jari, mesti ditnya, dah tunang tak bgtau pun... bila amani cakap, tunang tak perlu hebah, dorg tanya amani balik, ek, yeke??... baru tau...huhu

Iffah Afeefah said...

Mlsla nak tambah

mmg lgkap n jelas

SiKecilMirmO said...

setuju sgt.. lgpun.. lau btunang stil bkn muhrim jgk dgn si dia.. so baik khwin je trs.. xyh tunang2.. yg 2 lg baik kn.. :)

efa said...

sokong tu sz kalau bertunang tu jgn dihebahkan cuma buat sedara2 dan jiran ja sb tunang tu tak menjamin lg huhu baik kawin terus ya dak?ekeke

pena rozie said...

Betul wak pe nak kecoh....

sephia sophia said...

boleh nk komen? ni apa yg sy tau.. pertunangan juga harus diberitahu org rmi. tp bkn la smpi buat majlis besar2an smpi ada photoshoot ala2 suami isteri tu. tp cukup la sekadar bgtahu org lain yang kita dh bertunang supaya lelaki lain yg nak masuk minang seorang perempuan tau yg pmpn tu dh bertunang. kan haram bagi lelaki lain meminang tunangan org? sebab tu diharuskan menghebahkan pertunangan, tp ada batasnya..

Mohamadazhan.com said...

pra wedding...haha.macam2 istilah sekarang...

amier azrul alias said...

nice bro!
agree sangat2!

nurul said...

betultu..tapi kan,sedihjugaktau bila kawan baik btunang xbagitau!!dengar2 nak kahwin dah baru bagitau..sob2 -p

TopiJerami90 said...

betul 2, itulah sebaik2 nya

Faris Al-Muhandisu said...

zaman sekarang, bukan setakat bertunang, couple pun dah heboh2. Siap bangga2 lg buat maksiat terang-terangan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terima kasih SZ, sejak berblogging baru akak tau psl bertunang ni masa sunah buat entri psl ni.moga entri SZ ni dpt memberi info buat semua

Terbang Bersamaku said...

sekarang nie mmg ramai yg buat mcm tue..semua dok pakat2 tiru omputeh...smua tue ta lain membazir jer lebih..kalau nk ambil pic pre wedding pun, nikah lah dulu..kalau nak posing sakan pun dah halal..so tak jd isu..

missleana said...

thanks untuk info yang sangat berguna ni... saya ada copy sikit info dalam ni yang pasal sabda rasullulah tu.. thanks sangat2..:)

Anonymous said...

kan hadis dhoif ni..mengikut keadaan zaman sekarang yg sangat canggih ni, wajar juga hebahkan pertunangan, supaya lelaki2 atau wanita2 yg dlm FB atau mane2 kat luar tu tak rampas tunang orang.... kan haram kalau kite meminang tunang orang... haaa kannn.... zaman sekarang ni, suami orang n isteri org pon depa boleh kebas, nikan plak tunang orang.... ade aritu terdengar ustaz don kate pasal pertunangan camnilah... hebahkn sekadar berpatutan supaya taknak org lain kacau