Pages

Thursday, November 24, 2011

Jom Kita Langgar Lampu Isyarat

Semua orang tahu apa tujuan lampu isyarat dicipta. Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Dengan berjuta kenderaan di jalanraya, pasti jalan raya akan kucar-kacir. Para pemandu akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur untuk memberi laluan kepada pengguna lain. Masing-masing berebut dan saling memotong. Risiko berlakunya kemalangan juga meningkat. Sedangkan dengan adanya lampu isyarat pun masih berlaku kemalangan. Juga masih ada pemandu yang ingkar tidak mahu mematuhinya.

Tahukah anda? Dengan menggunakan analogi lampu isyarat juga dapat mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Bagaimana?

1.Orang yang selalu langgar lampu merah tidak kira masa dan waktu.
Ini ibarat orang yang lemah imannya serta tidak bertakwa. Dia mengaku kewujudan lampu isyarat tersebut tapi tidak mahu mematuhinya.

2. Orang yang kadang-kadang sahaja melanggar lampu merah terutama jika tiada orang.
Ini diibaratkan sebagai orang beriman dan bertakwa. Tapi takwanya itu bukannya benar-benar kukuh. Adakalanya dia masih terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk melanggar undang-undang tersebut.

3. Orang yang tidak pernah langsung melanggar lampu merah walau di malam hari di jalan yang sunyi.
Ini ibarat orang yang betul-betul beriman dan bertakwa. Mereka inilah yang cerdik akalnya, yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang akan berlaku. Jadi mereka tetap patuh tidak akan melanggarnya walaupun tiada orang lain yang nampak.

Setiap undang-undang yang dicipta pasti ada tujuan, samada untuk mencegah, mengatur ataupun menghukum si pelaku demi kebaikan bersama. Jika semua pemandu dapat mematuhi lampu isyarat, jalan raya yang kucar-kacir serta sesak dapat dikawal. Kadar kemalangan yang tinggi juga dapat dikurangkan. Selain dapat memupuk sifat tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.

Lampu isyarat adalah sistem ciptaan manusia. Undang-undang Islam yang termaktub dalam Al-Quran itu pula adalah ciptaan Allah. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja. Tetapi undang-undang Islam merangkumi setiap aspek kehidupan. Jika anda percaya bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas. Anda wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing ketika ini.

Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?


Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.

Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!

SZ : Mohon jangan lurus bendul ye... =)

37 360 juta komen:

Izan Ishak said...

ramai yg lebih takut dgn undang2 dunia dari undang2 yg Allah dah tetapkan... betul tak?

Hanis Nizam said...

Fuhh , ayat last : LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU .

CikguShikin said...

Kadang takut jugak nak langgar lampu walaupun xde org. takut klu2 tiba2 ada kenderaan dari jauh tgh laju dan mencuba utk catch up lampu hijaunya..

zaty said...

saya teka yg ketiga dari kiri!C betul kan. hehe. :P

famimahat said...

bgus entry ni SZ =)

tanda2 blogger yang hati + mindanya dah terasah dengan baik dalam sistem pendidikan islami ^^

sebelum2 ni ada entry berbaur Naruto, Conan , (ikut musim,) berkaitan iman dan takwa. tapi belum tentu semua orang suka kartun.

tapi bila buat pasal lampu isyarat, ramai tentunya yang mampu terima.

kipidap akhi!

yang suka entry nih,
yang suka entry nih,
Fahmi Mahat

naqib faiz said...

betul.. lampu isyarat. satu analogi yang sangat bagus.. terbaik!

Syafiq Ahadin said...

Twitter? Ade ke twitter? HEhehe! memang jawapan merapu. Sebab tak tau mende. :)

Oh, tu ke maksud sebenar? Tapi abang tak explain pun pasal wrna oren n hijau. Huk3! cube tambah.

SoutulMujahid said...

terbaik. tp masih ramai yg ragu dgn hukum Allah. ragu dgn hukum Allah? boleh jatuh iman tu. kalau gugur iman, kafirlah jawabnya

dayah said...

sy di kawasn analogi num 2! jwp c okay..thx sebab ingatkan ;)

nurdani said...

betul tu dan memang betul tu.hehe.semalam tak sempat nak menjawab tweet bro solihin sebab jenuh fikir.hikhik

diana said...

selagi namanya undang2 kena la patuhi..
tak kira la undang2 jalan raya atau undang2 islam..
hidup ni tak lepas dengan undang2..
kalau rasa tak boleh nak ikut try la protes dengan bogel dijalanan..ehehehh...

Iffah Afeefah said...

mcm mngena

sy no due

wahhhhh kene jd no 3 ni

LadyBird said...

Undang2 jalanraya untuk melancarkan perjalanan lalulintas.. Undang2 Allah untuk melancarkan perjalanan kehidupan manusia.. Andai hukuman Allah dilaksanakan pemerintah seperti hukuman dikenakan kepada pesalah lalulintas.. sudah pasti dunia ini lebih aman.. malah jauuuhhhhhh lebih aman..

Yatie Awang said...

akak salah seorang manusia yang paling takut langgar lampu isyarat

Aretikz said...

aku nak lurus bendul ni.. sok nak try langgar lampu isyarat, yang kat computer game ni.. haha..

sememangnya tidak dinafikan, lampu isyarat digunakan untuk mengawal lalu lintas, segala macam yang berkaitan jalan raya.. kalau langgar dah kira berdosa, sebab memudaratkan orang lain..

tapi, kalau boleh patuh undang2 manusia, napa kita tak boleh patuh undang2 Allah.. jika tiada pelaksanaan (well, hehe..), kita sendiri boleh melaksanakannya, dengan melatih diri kita menjauhi maksiat yang ada..

jangan menanti sesuatu, tapi berusaha untuk sesuatu..

apapapun, sepa bca komen ni, jangan langgar lampu isyarat, naya eksiden langgar tiang.. (ni lagi lah lurus bendul ho? ahakz..)

semoga kita semua sentiasa berada di dalam kebaikan.. ^_^

mcm aku komen tersasar biarpun ada tiang kesayangan tu ho? ahakz..

Terbang Bersamaku said...

terasa dgn tajuk nie..sbb pagi tadi mase pg kerja sy langgar lampu isyarat, sbb dah terlambat..huhuhu..:p

sy suka entry nie, sy suka cara awk buat olahan entry islamic dgn gunakan contoh yg mudah mcm lampu isyarat..nice entry, keep it up..(^___^)

cik ciput said...

jom kita sama2 ikut peraturan...ikut peraturan Allah, ikut undang2 manusia..

Muhammad Syahmi said...

Selagi undang2 manusia tu baik bagi kita, selagi tu la kita harus ikut...

tp klu undang2 tu da langgar syariat Allah..........................................................................................

LU FIKIR LA SENDIRI...

Mohamadazhan.com said...

menarik bro.! patuhi undang2 manusia kadang2 lebih undang2 Allah...manusia akhir zaman..

Amoi MiyaSya said...

hehhe . betul jugak . kadnag2 sakit hati tengok orag yang langgar lampu isyarat. huh . tapi rasanya tak pernah orang terlintas pun pasal iman ni . hee :D

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

jawapannya C! kalau abang bawak kereta then dia nk langgar lampu isyarat, i selalu stop kan beliau! sometimes bahaya kan mana tahu ada kereta ke dari kiri kanan selekoh;( takut.

Chenal said...

kekadang da jugak langgar lampu merah...lemahnya iman aku!

Hansyirah Takezur said...

so true analogi nie...

rosak traffic light kat simpang 4, mau terlanggar habis kete2 yang ada...

lebih2 lagi islam, langgar syariat berdosalah kita namun sering sahaja wat benda yang sama...

hurm...

Nafisa81 said...

kakaka...tgh fikir2 berapa kali pernah langgar lampu merah.

Cik MataKuyu said...

sangat best entry ni :)

Ieja said...

benci kalau lampu isyarat terlalu banyak dan lama...mcm menyusahkan org pon ada

tapi takut sbnrnya nk langgar lampu isyarat :P

Haris Khairuddin said...

lagi satu yg aku anti orang2 yg x reti guna lampu signal bila nak potong @ msk simpang @ watsoever.. dorang ingat aku ada kuasa psikik dpt bace movement dorg.. haish. ;(

hitamanis said...

perghhh tajuk tdk mnggambarkn isi cerite nye. saya kagum!!

pena said...

suka entri ni.analogi yang menarik..

yup, selagi peraturan manusia kita boleh patuh, takkan peraturan Allah kita tak boleh nak patuh..

larangan, peraturan.. semua tu bersebab, bukan suka-suka nak diadakan..

terima kasih ats peringatan.. =)

محمد رازيق said...

haha.. aku pun tak ingat la der.. tertekan nak jawab soklan ang yang last.. jmput bc entri baru aku 'tertekan??'

azwa amani said...

mendalam maksudnya..

SyedGraphiX said...

undang2 manusia tu, kalau kita langar akibat dia terus kita dapat. tu pasal la takut. cuba kalau kita nmpak dosa. semua takut nak buat dosa. btw, aku golongan ke 2. kah3 XD

sergeant keroro said...

errr... kadang2

Sunah Sakura said...

hehe..dulu pernah buat gak entri pasal lampu isyarat ni.. :)

Gen2Merah said...

saya ni kalau depan lampu isyarat, asal lampu kuning ja terus nak pecut.. hampir beberapa kali saya nak eksiden...

astaghfirullah hal azim.. pasni nak insaf dah.. hormati undang2 jala raya.. (",)

CIK TOM said...

lampu isyrt pntg..kl xdok lmpu isyarat naya r byk accident..camtu jgk life kita..kena ikut peraturan or landasan yg dh ditetapkan oleh Allah..kalau xhuru hara dunia ni...

KELI OH KELI said...

hehehe...pandangan yg baik ...dengan lampu isyarat terungkai pelbagai persepsi yang boleh sama2 kita renung renungkan...