Pages

Thursday, November 3, 2011

Doaku Buat Haji Najib dan Hajjah Rosmah

Salam A'laik... Sepertimana yang kita semua sedia maklong, berita hangat di dada-dada akhbar dan kaca tv sekarang ini ialah berita tentang Perdana Menteri kita yang disayangi iaitu Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri beliau Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.

Najib dan Rosmah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Doaku, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka, dikuatkan iman mereka, dan beroleh haji yang mabrur. Semoga apabila pulang nanti, hukum Islam dapat dilaksanakan dan syariat Islam dapat dimartabatkan di bumi Malaysia ini.

Harapanku juga agar Allah memberi kekuatan kepada Dato' Sri Haji Najib untuk menasihati isterinya. Semoga Allah memberi hidayah kepada Datin Seri Hajjah Rosmah agar menutup aurat sepertimana dia boleh bertudung dengan comel di tanah haram. Aminnnn...

Najib dan Rosmah diberi kawalan ketat tentera Arab Saudi ketika melaksanakan ibadah haji.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Menurut Imam al-Barbahari Rahimahullah : Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Kita diperintah untuk mendoakan pemimpin kita dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun jika pemimpin kita zalim. Itu lebih baik daripada memaki hamun. Kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri. Dan bila pemimpin menjadi baik, maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.

Bayangkan, jika mereka pulang ke tanah air nanti, penampilan mereka seperti ini. Alhamdulillah....

Haji Najib dan Hajjah Rosmah

SZ : Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal dan diberikan kekuatan kudrat yang berpanjangan agar kita dapat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna sebelum menutup mata buat selamanya.. Aminnn..

43 360 juta komen:

Syafiq Ahadin said...

Amin! Saya pun doa bebanyak agar diorang jadi macam gambar tu!!

Amin! seikhlas2nya nak tengok rosmah camtu! Subhanallah lah kalau benar jadi bile pulang M'sia.

Tapi kan, tapi kan. kalau diorang berubah mana sekalipun, mesti ada orang yang akan pot pet pot pet sana sini. Demmm mereka ni.

Just give them time to change. Takkan tak nak bagi masa. Tapi bila dah ke Mekah camni, takkan tak nak berubah kan?

Masa dah berpuluh tahun kene bagi nak brubah. FUhhh!!! kalau tak berubah gak, memang patut kene kutuk. same as Siti nurhaliza. Huk3!

Astaghfirullah. Nak tengok benor pemimpin M'sia ni ramai yang bertudung. Amin!

Nazim Nasri said...

insyaAllah :D

Akulah Pak Lan said...

Rosmah nampak kurus di gambar akhir. alhamdulillah

Anum said...

insyaallah
amin

naqib faiz said...

cute la wei pak jib pakai serban.. ada janggut ngan kumis lak tu.. comei.. ahahaha

Munnafendy said...

akhirnya terpaksa letak gmbr potoshop sbb realitinya mmg xpnh ada gmbr mcm tu..

smoga kepulangannya memberi perubahan pd pentadbiran negara & agama Islam..amin

Sunah Sakura said...

siyes macam tuan guru haji abdul hadi!

yanisudahh said...

okay comel gila dia pakai tudung. amin :)

Syuxer said...

perghhh aku tengok gambar kat last tuh..sejuk hati aku..kan bagus kalau dua2 neh seperti dalam gambar dan mengamalkan pemerintahan ala islam..:).

semoga pemergian mereka ni Allah s.w.t membuka hati mereka untuk menjadi lebih baik..:)..amin

Kakzakie said...

Belum Haji lagi dik. Wukuf pun belum lagi mana boleh (jahat kakak nie dik hihi...) Buat masa ini kakak rasa kalau dia buat Haji tamattuk baru buat Umrah Haji. Ibadah Haji bermula dgn niat dan Wukuf di Arafah seterusnya ke Muzdalifah, Mina, lontar jamrah, tawaf, saei,tahlul, Barulah panggil Haji/Hajjah....

Moga kembalinya nanti membawa era baru....

Atiqah Farhana Safian said...

Nasihat yang baik.. Nampak lain muka Datin Rosmah bila pakai tudung camtu. In a good way.. :)

diana said...

awat kawal sampai macam tu??
pelik aih..

diana said...

awat kawal sampai macam tu??
pelik aih..

Puteri Iqa Izyan said...

bila tgk gmbr2 siap ade bodyguard tu rase mcm.. entahlah.

kalau ikutkan tinggi mane pun darjat kite, bila berjumpa dengan Allah, kite smua sama saje.

dan semoga beliau berubah kepada yang lebih baik selepas haji ni.insyaAllah~

Farhan AJ said...

amin..hehe.. kita bukan benci diorang kan..kita cuma benci perbuatan...

so kalau balik nanti diorang berubah, xdak sebab untuk menentang..jeje

FaKArePa!n said...

gambar lepas balik Makkah tu mmg terbaik la bro.. heheh

missbby said...

insyaallah doa yang baik-baik saja yea..

azwa amani said...

aminn Ya Rabb,,

shahjiehan said...

dah macam haji hadi awang ja...! hahaha


memang seronok la buat haji dalam kawalan yang sgt padu...!!

hang bila nak buat hajinya? haji lihin! hahaha...


jgn lupa ajak aku sama!

keri ikhwan said...

Amin... terbaik laa..

Daddylicious said...

style betul mereka tu...hehe

rainyscream said...

Moga-moga mereka pulang dengan hati yang baru. amin. :D
kalau tak? hihihi..hati yang baru..hati yang baruu.aminnnn. hihihi

namaakulynn said...

aminnnnnnnnn..
laike pic!! :P

Siti Safiyyah said...

amin.. semoga doa2 kita ni dimakbulkan..

Terbang Bersamaku said...

sejuk mata memandang bila tengok gambar terakhir tue...

onie said...

Semoga ada penghijrahan ...

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kikiki..lawa gmbar..

Hansyitake said...

insyaAllah...

semoga doa ini makbul

amin...

samanosuke_04 said...

menarik dua hadis tue (hadith ke eh?), hehe baru tahu kena doakan pemimpin gak, bila fikir secara logik, memang betol pon.. hehe, dapat benda baru hari nie.. :)

sephia sophia said...

kt mekah kan sume org sama taraf? mm ntah la...
moga diberi petunjuk, kita pn..

Ayun KhairuNnisa said...

btul tu...tgok siti nurhaliza tu bape kali g mekah, sme je bukak aurat gak. kepala pulak tutup separuh je. diorang ni sebenarnye dah tau hukum, tp still nk tmbah dose lg.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

insyaallah, mudah2han..

bagus laa kita doakan utk dia.. dari kita duk mengutuk je.. xde paedah pon.. menambahkan lagi dosa pada kita ada ler..

*bukan pe.. sedih nengok komen2 org kat fb duk kutuk PM pasal pic dia g haji tu.. asyik sgt duk mengutuk smpai tak sedar dosanya sendiri sedang bertambah..

delarocha said...

moga dapat petunjuk

Amoi MiyaSya said...

InsyaAllah , semoga mereka berjumpa hidayah Allah . aminn

elise said...

smoga mereka berdua sentiasa berada dalam rahmat Allah :)

cantekk said...

yg lelaki takpe kot, xde masalah..aurat kompom..

tp yg perempuan tu...

*alalala...comel nye dia pakai tdung, tu belum tdung yg mcm2 pesen,, shawl,, alamak...msti anggun..

Mohamadazhan.com said...

amin ya rab...apa pun hati jangan terkaleh warna bro.haha

Anonymous said...

Anda semua jgn lah cuma nk b'manis mulut kat sini, bila depa dah blek nnti...mula lah nk kutuk mcam2, kondem mcam2... bgus sgt ke mcam tue..?
jgn lupa..wlaupon kat sana depa siap dgn bodyguard masa wat haji, mmg lah xelok... tp korg yg kat sni dok agung2 kan NIK AZIZ, HADI AWANG dgn MAT SABU, apa igt diorg tue Tuhan ke nk m'dewa2 kn diorg?
wlaupon diorg nama saja ustaz, siap b'serban...tp xmkna diorg baik sgt. diorg cuma mnusia biasa saja ok. xada keistimewaan pon. depa sama je mnusia biasa spt kita. OK ? peace y'all.

Mrs.Yie said...

ada iras haji hadi dah tu..hehehe..

pengemis Cinta~ said...

amin...^^

Anonymous said...

SOD, depa wat haji apa? Ifrad??
-kojey-

Solihin Zubir said...

@Anonymous : ntahla kojey.. aku x amek tau plak depa buat haji apa.. yg aku amek tau, depa naik kapai terbang nk pi haji.. haha..

zbk34 said...

apapasai semua pm malaysia ni mesti isterinya tak tutup tudung..

agakya salah satu syarat kot...

terpaksa cari pm yg bini pakai tudung kalau nak wanita malaysia pakai tudung...

contoh kan jadi teladan