Pages

Wednesday, November 9, 2011

Blogger Datang Beraya : Telatah Maisara Menghiburkan

Tetamu istimewa aku Hari Raya Kedua yang lepas adalah seorang blogger. Seorang insan yang aku tak pernah langsung bersua muka. Hanya kenal melalui blog. Tiba-tiba sebelum raya, beliau inbox aku di facebook, mintak no phone. Dia cakap nak datang beraya rumah aku. Wah. Biar betul. Teruja la jugak. Siapakah dia?

Beliau antara blogger terawal follow blog aku ni. Waktu tu blog aku baru ada belasan followers kalau tak silap. Dia merupakan pengunjung dan pengomen tetap blog aku dari dulu sampai sekarang. Thats why aku sayang dia. Err.. Maksud aku sayang sebagai seorang kakak je ok. Beliau dah berkahwin dan ada seorang anak. Anak dia popular beb. Nama anak dia, Maisara. Heheh.. Mesti dah boleh agak siapa kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Diana.

Terima kasih kepada Kak Diana, Abg Lan (suami beliau) dan Maisara sebab sudi datang beraya ke rumah saya sekaligus menjadi blogger pertama yang datang ke rumah aku. Rumah Kak Diana kat P.Pinang. Raya ni diorang balik beraya kat kampung suaminya di Pendang. Pendang dengan Pokok Sena tak lah jauh sangat. Dah tau rumah saya, kenduri kahwin nanti wajib datang lah ye. Hahaha.. Doa-doalah bagi cepat jumpa jodoh.

Pertama kali bertentang mata dengan Kak Diana dan Abang Lan, rasa segan pulak aku. Diorang pun nampak sopan and malu-malu pun ada. Makan pun penuh adab dan tatasusila bagai pengantin baru. Walaupun Kak Diana kadang-kadang agak lantang di blog. Hehe.. Suara Maisara pun tidak kedengaran pada mulanya walaupun kononnya agak banyak cakap seperti yang sering diceritakan dalam blog Kak Diana. Aku memang teringin sangat nak tengok gelagat Maisara secara live.

Tapi, lepas Maisara dah mula dapat rentak, ternyata memang sebijik perangai Maisara macam yang Kak Diana selalu story tu. Memang kelakar sangat-sangat melihat telatah dia. Dia jenis yang mudah berkawan dan cepat mesra bila jumpa dengan rakan sebaya dia. Rumah aku bising dengan suara Maisara je hari tu. Dengan aksi-aksi selamba dan tutur kata yang memang kelakar lah kalau kita dengar ayat dia. Hehe.. Seronok sangat dapat ketawa tengok karenah dia. Comel je dengan dahi luas dia tu. Rasa macam nak pinjam buat anak angkat je. Untung Kak Diana. Mesti tak pernah kesunyian bila kat rumah.

Maisara main bola kat dalam rumah aku..

Rasanya tak banyak aku nak tulis sebab semua Kak Diana dah story dalam entry dia. Hangpa semua boleh terjah la blog dia japgi. Terutamanya kalau nak tau menu special turun temurun family aku yang mungkin jarang didapati di mana-mana sekarang. Google pun takkan jumpa. Hehe.. Boleh klik link di bawah :

-Untung Sapa Jadi Bini Solihin (Abg Lan Cakap)
-Maisara Cakap Solihin Hensem
-Resepi Rahsia Turun Temurun

Ceh! Tajuk entry bukan main kan. Kembang semangkuk aku dibuatnya. Haha.. Aku saja ubah. Gurau-gurau saja. Aku bukannya jenis perasan sangat. Heheh.. Kak Diana, sikit-sikit dahla puji saya ok. Kang makin bertambah pulak haters saya. ;-p

SZ : Gambar intim aku bersama Maisara tidak dapat dipamerkan atas sebab-sebab keselamatan. Haha.. Padahal aku segan. Pemalu la katakan. LOL

19 360 juta komen:

MamaEma said...

seronoknya..kenal kat blog pun dah tahu camana keramahan kaka dianan ni kan...walaupun kadang2 entry dia ada yang berbisa...

Syafiq Ahadin said...

now kat Sabah, memang tak dapat lah pegi raya. Huk3!

btw, hadis palsu dah update.

pengemis Cinta~ said...

wah. kak Diana dah sampai rumah sz..nampak macam suka budak2 je. ;)

Yatie Awang said...

wahhh..bestnya, semoga ramai lagi blogger yang suka bersilaturrahim kan,

rainyscream said...

untung sapa jadi bini solihin?
maisara cakap solihin hensem?
resepi turun temurun?

hihihi. XD

cantekk said...

fullamak...mst kembang idung ni tak kempis2 kan..kan... =D

ececeh....

diana said...

maisara memang kalau jumpa lelaki ensem dia akan malu2..mula2 je malu..dah lama tak de nye dia nak malu..tapi dia selalu ngaku dia tu pemalu..hahahahha..

Hansyirah Takezur said...

wah3...
dapat bini muda le gamaknya... haha

Siti Safiyyah said...

wahh maisara datang umah.. teringin nak tengok dia live.. asyik duk baca dekat blog kak diana aje.. hehehe

naziyatul fatihah said...

bestnya.. :D

Woofer Storm said...

jeles ni SZ dah jumpa maisara..hehee
kan dah kata maisara sy punya..hohooho

*best juga kenal kat tenet ni,kekadang suatu hari pasti bersua muka juga kan bro??eheee

FaKArePa!n said...

3 entri dedikasi untuk bro tu... hihih

Bella Bell said...

wow.. teringin gak nak pergi beraya ke rumah SZ ni.. hehe..

nub said...

smpai hati hang tak mai rumah aku,

sob

cintatulip said...

sz.. bak num nk pegi beraya rumah.. hahahaha :P

Nafisa81 said...

waa...kak diana datang....esok2 kalau solihin dah kawen wajib berkunjung ke rumah kak diana tuu..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

pemalu ke? haha

Anonymous said...

awal yang baik

nabByla said...

kembangla dia, ada org cakap dia hensem. hehe.. :)