Pages

Tuesday, November 22, 2011

Apa Makan Harimau Muda? What The Fakri!


Apa makan Harimau Muda? Tahniah skuad Harimau Muda kerana berjaya membaham Sang Garuda di Gelora Bung Karno sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.


"Saya sebenarnya memang sengaja melakukan sepakan lemah ketika mengambil sepakan penalti bagi mencetuskan rasa debar rakyat Malaysia. Saya juga sengaja mahu penjaga gol dan kapten kelihatan seperti hero. Segalanya telah dirancang."
- Ahmad Fakri Saarani, 22.

Pesanan penaja : Jangan kutuk muka Fakri tak hensem. Jangan guna nama beliau untuk mencarut. Kerana semua itu tiada kaitan dengan skill bola sepak. Cukuplah sekadar mengkritik aksi beliau. Jangan pemurah sangat nak sedekahkan pahala anda yang seciput tu dekat dia. (Mujur Malaysia menang. Kalau tak, lagi teruk Fakri kena bahan.)

p/s : Komen Fakri di atas hanyalah rekaan semata-mata.

Kepada yang kalah, mohon jangan buat Doping Test selepas perlawanan. Mohon jangan lancarkan perang cyber. Mohon belajar terima kekalahan dengan hati terbuka. Mohon lebih menghormati rakyat negara lain. Mohon contohi mereka di bawah.


Takziah juga diucapkan buat penyokong Indonesia yang meninggal dunia disebabkan kesesakan di dalam stadium. AL-FATIHAH~~


Kepada rakyat Malaysia, jangan terlalu emosional melayan provokasi daripada rakyat Indon. Rileks sudah. Jika anda turut membalas dengan makian, apa beza anda dengan mereka?

Soalan cepuk emas : Jika pingat emas bola sepak adalah ibu segala pingat. Apa pulak bapak segala pingat? LOL

SZ : Entry pembakar semangat setelah seminggu tak update blog. Tunggu ngauman dari aku pulak. Auummmm..

39 360 juta komen:

Zik said...

statement tak boleh blah..haha... apepun tahniah malaysia wei.... susah nak tidor malam tadi...

hana said...

hahaha..
kesian fakril jd bahan...
adoy..
lawak...

zaty said...

innalillah.yg meninggal pn ada.. hm.apa pn tahniah Harimau Muda. :)

!akurakura! said...

pemain malaysia main agak teruk semalam . kene perkuatkan lagi striker kita, strategi kene mantapkan lagi.
jangan pandang rendah pada indon. dorang mesti akan bangkit punya.

Wanita Bertudung Hijau said...

itulah sian fakri, tiba2 nama fakri bertukar ejaan dalam status FB penyokong msia, kesian dia, tp untunglah dia dpt byk pahala smlm

takziah kepada yg meninggal, dan kepada penyokong indon yg hidup, ambiklah iktibar, jgn kerana sebiji bola rosak hbgn sesama serumpun

likelah statement murthado :-)

pena rozie said...

Statement mengejutkan tapi ha...ha...ha... Ape puun MALAYSIA BOLEH

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tahniah buat harimau malaya.betul tu SZ,kalau kita balas cacian mereka kita sama je mcm mereka tiada beza.

Anonymous said...

Aku fedap r tgk bola semalam, mengigit jiwa kooo, haha, ape pon, gembira la Mesia menang.

By: jerungsusahlogin( kat sekolah) :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

apa2 pon..sgt teruja tgk game semalam... :)

Zee.Zee™ said...

ehh.. dahsyat ar sampai ada yang meninggal.. =.=''

haney said...

bapak segala pingat?? renang berirama kot. ahahhahaha

Anum said...

puas hati dan bangga
tahniah malaysia

Ieja said...

Malaysia menang jugak akhirnya..terbaek! :)

cantekk said...

alhamdulillah.........=D perit tekak mnjerit kt umh..

terima kasih n tahniah kpd semua pasukan HM. takyah kot nk up/downkan sape2,,itu semua kerja satu pasukan. yg kalah kna terima kekalahan, mgkin bukan rezeki mereka utk sukan kali ni, mgkin plawanan yg lain. yg dah menang, toksah la nk mencetuskan kemarahan org k.. dpt dosa pulak nti.

sergeant keroro said...

aum!!! XD

Terbang Bersamaku said...

buka fb ramai jugak yg ckp mcm2 kat fakri tp mse perlawanan menentang Myanmar dia jugak yg jaringkn gol..ape2 pun pasukan kt kan dah menang, tahniah buat team harimau muda...(^___^)

ザイダツアズニ said...

mati-mati aku engad komen fahri tue betul tadi huuhh hehehehehe

cik ciput said...

tgk bola semalam sambil main game..haha..asal rumate jerit kunun2 nak gol, baru aku tgk..hehe..penalti sangat mendeborkan..huhu

cek chun said...

kesiannya.. pulun apa sangat la kat bola tu sampai mati segala..

tengok masa last part jer. kamera pun boleh bergoyang gelak kat fakri masa terlepas shoot tu. kekekekeh

efa said...

igt betul la statement si fakri tu td ekeke apa2 pn tahniah buat pasukan malaysia :) takziah juga pada yg tlh kembali kerahmatullah tu

Hazwan Arif said...

gua takdak suara hari ni

putERi-kAtEk said...

benci bonai....itam!

red said...

Caya lah Malaysia... Hehehehe
Kesian pula dkt Fakri... Tapi dia dh buat sehabis baek dh tu... bkn senang bermain dibawah pressure didepan 100K penyokong Indon...

diana said...

tetiba akak rasa bangga dapat jadi ibu.

Syafiq Ahadin said...

ingatkan statement betul2. hadoih! kalau tak gol semalam, dah kena baham.

epic goal time!! hehe! sangat mendebarkan!!!! dahsat!!

aummmm~~!!!

apa2pun, takziah juga tu yg meninggal. dan kita stop caci mencaci mereka. huk3!

HafizaYunus said...

haha kelakar je. AUMMM!!

HujanMenjerit said...

saya yang tak tengok bola pon bole tertengok game semalam. memang tension. adooi.

hitamanis said...

ramai gile org pos pasal bola. but aku plg loser sx. sbb tgk time org tgh pakai medal. sedey gile kot

Sunah Sakura said...

kesiannya tengok yang meninggal tu... :(

Yatie Awang said...

mula2 baca suspen betullah...sama suspen macam tengol bola semalam...
tapi betul tu, kena terima apa adanyakan?

cucu umie said...

al-fatihah bt yg meninggl itu...

nurdani said...

takziah..ish sebab tu tak nak tengok kat stadium.sesak.tapi, ajal dah sampai tak boleh elak.huhu.

tahniah fakri.muahaha

h A n Y S said...

kesian fakri..bukan dia saje2 x golkan bola tu pon..*sigh* tu lah, kalau kita kalah, lagi teruk hentaman pada fakri kot..

Nafisa81 said...

tak suka sbb dia nak tunjuk skill sgt...tak nak share bola dgn org lain

miss ct said...

Assalamualaikum...
sifat manusia..

makdara TERdiva said...

kesian bapak selalu tertinggal dibelakang.. ehehe!

nabByla said...

tak tgk pun bola hari tue.. sedih toi! haishh...

YOUsoF said...

Cheese! Tertipu hamba sebentar tadi!

Berani pulak si fakri nak saja² macam tu. HAHA


Satu orang berperangai buruk, tak bermakna semua pun sama. Baguslah masih ada yang sayangkan semangat kesukanan macam tu walaupun segelintir lagi 'gila' semangat.

Amoi MiyaSya said...

suka giler masa malaysia menang ! first time la wani tengok bola dengan emosinya :D