Pages

Tuesday, November 1, 2011

Apa itu Troll? Trolling Bikin Manusia Butthurt!

Anda pernah troll orang ataupun pernah jadi mangsa troll? Aktiviti trolling ni dah macam jadi satu fenomena kat dunia internet sekarang ni. Tapi, tahukah anda maksud sebenar troll?

Apa itu TROLL?

'Troll' membawa maksud memberi pendapat yang berlawanan daripada orang lain, memberi statement menyerang, membuat provokasi, gurauan kasar, parody, kata perli, membuat sindiran sinis, makan dalam, membahan atau menganjing, memancing dan lain-lain yang berkaitan. Pendek kata, Troll akan membuatkan seseorang itu terasa, marah dan bengang. Yang mana sporting, dia hanya akan tersenyum sendiri. You've been trolled! Trolololo...

troll face yg feymes!

Bagaimana Cara Nak Troll?

Anda mesti berani dan mempunyai pendapat tersendiri dalam mencipta sesuatu isu. Menulis dengan nada sarkastik dan sindiran kasar. Bersiap sedia dengan fakta yang kukuh untuk mempertahankan pendirian anda. Nak troll kena ada point. Bukannya boleh troll secara memvavi buta.

Jangan guna kata kesat ataupun mencarut. Sila troll dengan berhemah. Troll amende sampai maki mak bapak.  Di akhir ayat, tak perlu nak cakap 'Are You Mad?'. Biar dia terasa sendiri. Biar pihak kena trolled saja yang emo.

Akibat Daripada Entry Troll

Akan muncul golongan manusia yang tak senang duduk disebabkan kepanasan montot ataupun bahasa saintifiknya, 'butthurt'. Ruangan kotak komen akan dipenuhi Anon yang pengecut membela diri ataupun membela pihak kena trolled. Mereka cuba menegakkan benang yang basah dengan kata-kata makian. Biarkan saja mereka meng'emo' di ruangan komen. Anda hanya perlu tenang dan senyum membaca komen-komen 'butthurt' tersebut. Tidak perlu melayan provokasi mereka. Balas hanya jika anda rasa perlu.

Orang akan kutuk belakang. Antaranya, mereka akan cop anda sebagai seorang yang bajet bagus, kau semuanya betul, nak menang kau aje, dan lain-lain lagi.  Jika anda seorang kaki bodek dan inginkan ramai peminat, jangan mimpi nak troll. Impak daripada trolling ini hanya akan membuatkan anda dibenci dan dikelilingi ramai haters. Anda mungkin juga berisiko kena pukul. Heh!

Para haters akan senantiasa mencari kesalahan anda dan mencari jalan untuk kenakan anda kembali. Sesungguhnya, mereka tidak sabar untuk bertepuk tangan melihat saat kejatuhan anda. Mental anda kena kuat dan haruslah kalis provokasi. Anda hanya perlu rileks dan tabah. Hati kering. Berani buat, berani tanggung la. Yang penting, anda yakin dan tegas dengan pendirian anda. Tapi jangan benda yang terang-terang salah pun anda mahu ego pertahankannya.

Kebaikan Troll

Tujuan sebenar troll bukanlah untuk melaga-lagakan. Ia bertujuan untuk membuka minda dan menarik minat pembaca berfikir dengan lebih mendalam. Bayangkan, zaman sekarang berapa ramai yang nak dengar nasihat secara lembut dan skema? Bila dah kena sindiran tajam, baru nak melenting. Bila terkena batang hidung, baru nak sedar diri. Kalau yang bijak, dia akan berfikir panjang dan mengambilnya secara positif. Kalau yang butthurt tu, mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa diri mereka seteruk itu. Mungkin juga dia tidak biasa dengan teguran berbentuk sarcasm.

Aku juga pernah rasa terkena headshot bila baca entry trolling. Aku cuma tersenyum. Cis! Ada benarnya jugak kata blogger tersebut. Aku ambil secara positif sebagai pedoman hidup. Haha...

p/s : Troll bukan saja di dalam bentuk penulisan. Dalam bentuk video, lukisan dan juga dunia realiti pun boleh.

You've been trolled!

p/s : Kalau ada pakar dalam bidang trolling nak bagi pendapat lain, silakan.. Aku ikut pemahaman aku ja. Heheh.. Nak baca satu contoh entry trolling? KLIK SINI!

SZ : Why so serius? Ada masa kita melawak, ada masa kita serius.. LOL!

36 360 juta komen:

Syafiq Ahadin said...

katun tuu saya minat sangat2!!! hehe.

baru tau bende troll ni. tralalalala! trololooolllolollo!

Cikya said...

Me Gusta...
hahaha

fatt said...

assalamualaikum...
lama dah tak singgah cni...pkbr?
psl troll ni kan aku pun kdg2 suka gak troll blog2 yg cam bagus dok cerita diri dia la paling hebat seantero dunia...blog2 self-obsessed mmg layak di troll...kah kah kah

cantekk said...

ni mcm kna sarka la ea? ;-)
kdg2 tak prasan diri tu yg kna troll kan..
kdg susah gak nk paham ayat dorg tgh troll sape.,

Mar said...

sedikit sebanyak dah faham tntg troll..b4 ni asyik tgk muka troll 2 ja,..tpi xfaham.

Iffah Afeefah said...

yup stuju laju2

lau nsht baik2 tak mkn sman slalunye

so pnyelesaiannya ialah troll

kikiki

bdk br belajar said...

kdg2 best gk mengtrolling org.. terkesan dlm hati wa ckp lu.. hehe.. sy penah mengtrolling sorang ni.. siap kena maki hamun sbb asyik troll die.. last2 jd membe baik sy.. best..

smileee always bro..

Farhan AJ said...

baru tau makna troll..selalu dengar, tp x tau nak cari mana makna sebenar..kalau macam tu la maknanya, that means setiap entry aku adalah troll...hahahhaa..

yup, untuk menjadi pen'troll' yg terbaik, anda perlu bersedia dgn hujah.. setakat troll duk maki2 dan sumpah seranah, tu bukan troll, tu goblin..haha

trol untuk buka minda org lain, dgn ayat sarkastik yg berhemah (aku suka sarkastik ni) , dan berjaya membuat org butthurt untuk kebaikan..

sbab, manusia ni, kalau x terasa, dia xkan berubah,...betul dak..

nice entry Solihin :D

Anum said...

baru saya tau...hehe

azwa amani said...

trololololo....huhuhuhu...

cakap baik takmau dengaq, bagi basuh sikit... baru sedaq..

nub said...

u mad? hehekk

Syuxer said...

bukan kemahiran aku bab2 troll neh hehe..;p..aku jenis jiwa lemah..hahahaha

shahjiehan said...

alexa hang jatuh teruk..apsal? kene troll eh! hahahha...

Solihin Zubir said...

@shahjiehan : aku sindri dh lama gila tak check aku punya ranking alexa.. rajinnya hang check utk aku?

WanFadhilah said...

lo... baru paham apa maksud sbnrnya troll nih... mekasih.

kaizen said...

kne troll dlm kehidupan seharian sgt azab ooo....hahaha

~~zAnAfAhMi~~ said...

SZ...akak tak main troll2 ni, ntah apa kebendanya..tp bila sz jelaskan baru akak nganga...haha..gitu ye?
Utk keselamatan diri sendiri, baik akak tak join, baca dan ambil yg positif.

rainyscream said...

setakat ni saya pernah kena anon satu je. sib baik. hihi. nak buat entry troll sesangat macam tak reti lagi. tengah belajar jugak. hihi.
kalau baca entry troll orang, tersenyum jela jawapannyer. hihihi. pastu pikir, betui ke tak apa orang tu tulis. serba sikit terpengaruh jugak.

RinsyaRyc said...

<----pestime tahu maksud troll sbnar.. ekeke

FaKArePa!n said...

u've been troll... lalalalala~~

delarocha said...

troll boleh bikin orang panas hati.

troll boleh bikin traffic blog naik.


ahaksss

Kak Aya said...

tak cukup berani nak troll meneroll ni..

exora said...

tm ksh bg tau...igt apa troll tu..

EmpayarUtama said...

Kira lebih kurang cam pendapat pro & kontra ke?

Aku tau trolling masa ikut mancing kat laut je hehe :)

che sakinah said...

fenomena. fenomena. fenomena.

Puas dia cuba tersenyum sesinis mungkin. "aku sporting" berkali kali dikatakan didalam hati.

heh! sukar rupanya. Maka dia senyum semanis mungkin saja. Tak sangka "ikhlas" tertimbul sendiri didalam hati.
wah.. manis rasanya. ;)

Aretikz said...

Kalau aku kena troll.. aku stedy cool.. sal smua bnda yg troll xda ketan dgn aku.. haha..

cuma aku aku mlas wat en3 troll kalau bab nasihat ni.. sal aku xmo org butthurt, lgpun, kalau zaman nabi leh tulis blog, dorang tak wat mcm tu..

Terpulang dgn orang.. sal kdg2 en3 troll xsampai mksdnya.. hehe..

Selawat dan salam ke atas baginda nabi.. ^_^

eiz_ezzy said...

troll2~ awesome. haha

hidayahjamal said...

ohh ada jgk troll bukan jenis ayat ek,

sy tak pandai troll..haha

Pejuang Kesenian Extreme said...

Sekarang pun musim troll...
Berlambak-lambak entri aku tgk kat luar sana mentroll org..hehe

Terbang Bersamaku said...

kalau ade rase butthurt itu bagus, kerana sekurang2 nye dia masih ade rase sedar diri bila di sindir tntang kesilapn dirinya, tp bla dia dah lagsung tak kisah itu bahaya..huhu..

Sy suka bce blog yg suka buat entry toll..kalau n komensbagai anon itu mmg pengecut, biar lah sama2 troll balik..huhu..

Hansyirah Takezur said...

abam panda memang master bab2 troll... haha

::miss vanylla:: said...

thanks bro for the info....saya suke...haha

::miss vanylla:: said...

thanks bro for the info....saya suke...haha

elise said...

klu citer Merlin, troll tu sejenis makhluk yg menjijikkan :p

SoutulMujahid said...

aku pernah kena troll dlm satu entry aku. troller tersebut pun sebenarnya adalah blogger yg dibenci kat malaysia ni. x heranlah dia buat troll mcm tu

Anonymous said...

Y U NO??