Pages

Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Ramai Manusia Gelabah Dengan Tarikh Ini

Pada tanggal 11 November 2011, kelihatan sebahagian besar penduduk bumi menggelabah. Meroyan dengan tarikh 11.11.11. Perkara yang sama berlaku pada tahun lepas, yakni pada tanggal 10.10.10. Ada apa dengan tarikh?


Ramai yang menggelabah nak declare as couple, bertunang, akad nikah dan berkahwin pada tarikh ini. Ramai yang menggelabah nak abadikan tarikh ini dengan sesuatu peristiwa yang dianggap penting dalam hidup mereka. Dan paling menggelabah bilamana ada para ibu yang sanggup mahu melahirkan anak mereka melalui kaedah pembedahan semata-mata ingin melihat kad pengenalan anak mereka tertera nombor 11.11.11.

Laman sosial juga bagai dilanda manusia mabuk nombor. Masing-masing berlumba nak update status berkenaan tarikh cantik 11.11.11. Begitu juga dengan para blogger. Sibuk mahu update entry berkenaan tarikh ini. Malah ada yang sanggup buat entry auto-published semata-mata mahu melihat entry mereka dipamerkan tepat jam 11:11. (Sila scroll entry ni ke bawah untuk melihat buktinya.. Heheh..)

Dan jika ditanya, "Tarikh 11.11.11 bersamaan dengan berapa Hijrah?". Agak-agak berapa orang sahaja yang mampu berikan jawapan dengan spontan? Pasti semua menggelabah menyelak kalendar kuda untuk melihat tarikh dalam bulan Islam yang terpapar kecil di hujung kotak itu. Yang menghadap internet, terus menggunakan khidmat Lebai Google. Mungkin juga ada yang terpaksa mengira menggunakan jari berdasarkan kiraan Hari Raya Korban yang kelima?

What's going on people's? Tell me why! Kenapa menggelabah sangat?


Bagi aku, perkara yang paling best aku dah buat pada hari ini ialah tulis cek. Tiga cek sekaligus aku tulis. Heheh.. Tapi yang tak best, duit keluar. Huh!


SZ : Yelaa.. Yelaaa.. Aku pun menggelabah jugak sikit-sikit..

51 360 juta komen:

CikPuan Fara said...

kat fb penuh status 11-11-11. ramai org eksited nk abadikan tarikh cantik.

naqib faiz said...

hahahahaha.. gelabah kan. sama cam aku..

naqib faiz said...

hahahahaha.. gelabah kan. sama cam aku..

Diana @ bilakukatacinta said...

11.11.11. nomor cantik jek.....

haney said...

ye.menggelabah juge :D

Izamir Ridzwan said...

terbang duitttt

Izan Ishak said...

betul2...kat mana2 gelabah org post pasal 111111 ni kan...

kalau dpt cek lagi best pada tarikh ni kot...hehehe

Anum said...

date yang cantik

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

abes semua nak duk ckp pasal tarikh 11.11.11 yerkk.. haha

aFiQ aiMaN aZNaN said...

ntah je.. ape la sgt yg nk dibanggakan dgn tarikh..

aFiQ aiMaN aZNaN said...

ntah je.. ape la sgt yg nk dibanggakan dgn tarikh..

cantekk said...

ekeke...menggelabah jgk akhirnye krn kna kuokan duit =D

*bak sikit!

IZYAN KAHER said...

duit melayang siapa tak gelabahhhhh
-.-") ..

liyana said...

tarikh tu mmg cntikkn....
tp xperlu ade andaian begitukn..hhuhu

Princess Nur said...

Apa ada pada nombor..Hehe

pengemis Cinta~ said...

sz pun ada jugak entri tentang 111111 neh?huhu. banyak betoi org ckp pasai ni hari ini..haila..

zida said...

haha aku gelabah nak tengok cerita 11.11.11 fuh macam dasat je.

salam singgah dari cairo :)

Sunah Sakura said...

sayangnya takleh papar saat kan kat masa tu..kalo tak, mesti jadi 11:11:11 AM... hahaha

Syafiq Ahadin said...

nombor cantik. tapi takda pa2 pun. huhu! tak menggelabah. hehe! :D

fathiahRAIHANA said...

Hohooo kenapa saya tak rasa apa2 pun psal menda nehhh ?
tp sungguh pun , pnuh FB post psal ni .. ish3 ..

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

baby mana laa yang dapat no. ic
111111-11-1111 for sure baby lelaki. nanti sendri penat nak kira no 1. hehe

MamaEma said...

tarikh ni tak dpt jumpa lagi..next yer konpem ramai gelabah 12.12.12..dan lepas itu dah tak dapat lagi angka yg menarik ini.

aWaNnies said...

wahh..mis pun gelabah gak..tp rasa nya..xder per pon yg blaku pda tarikh ini.....notink spesel....hmmmmm,,aper pon tarikg ni mmg cntek..apa lagi owner post ni sngaja cr jam 11.11am utk post entry ni ek..good

naziyatul fatihah said...

tak rasa ape-ape pon pada tarikh tu.
kat laman sosial semua ore wat status 111111 tu.apekedehal ntah...

hahahaha~

hajar said...

111111 cantik no tu...

yg x cantiknyer duit terbang pulak... :)

diana said...

tak de rasa apa2 pun hari ni..
sama je macam semalam..bezanya hari ni kena gosok baju melayu dengan kain pelikat,semalam tak..hehehehhe

QaRr JaliL said...

tergelabah sikit..macam mane nih..

eiz_ezzy said...

11.11.11.
ada somethingggggggggg

er


er




er...



takde pape pun. -.-''

nabByla said...

dah tahu xpewla... hehe..

btw tue yg kuar duit byk2 wat pa?

x blnja pun. kiki...

mee rebus satu. :P

Hashira Yusoff said...

haha..nothing special la..it just a number. tapi for me its soo special bcoz today is my bday! :D

-->11/11/11 oh its my birthday

cik pha said...

hari ni hari keputeraan raja kelantan hehhee

cik pha said...

hari ni hari keputeraan raja kelantan hehhee

Miss Meen said...

Gelabah...
Kenapakah?? ;)
Hai...entahlah pelik jugk manusia ney...
Mcm main nombor ekor je
Upsss...ckp jee heheh

Ayumi said...

come on ! itukan hari jumaat !! time sy nk amek anugerah lak tuu... jahat ! jumaat penghulu segala hari... mmg hari yg bersejarah buat sy, skola dn mak sy.. x pena lak dy bangge tgk anak dy dpt anugerah .. meleleh air mata..

exora said...

xde la smpai gelabah...
tp angka tu meme cantik...

banyak berita kematian hari ini
pada tarikh yg cantik n hari yg baik

Yatie Awang said...

tulis cek tu angka berapa hehehhe...

tadi ada juga terbaca kat fb...

akak cool je...hehehe

Cik Miera said...

haha... mengelabah tu sifat normal la..

NURUL NADIAH MAMAT said...

pening kepala dengan nombor....kat twitter duk main game nombor semalam...kat facebook pasal 111111...addeh...dunia2..

cintatulip said...

tarikh cantik sz.. biasa la 2.. bukan menggelabah.. cuma tarikh y mudah untuk di ingati.. hik3.. :P

FaKArePa!n said...

aku tak amik port pon psal tarikh ni.... hihihi

Terbang Bersamaku said...

tak de ape yg istimewa pun, cuma no pd tarikh tue tersusun cantik jer..semuanye no 1 kn...huhu.

Norashiqin Kamaruzaman said...

wahahaha....3 cek??

gelabah XD

Wanita Bertudung Hitam said...

sokong penulis...sy pon kehairanan dan kepelikan ngan kengkawan yg sebok ckp rugi la ape la tak jadi kawen la ape la pada tarikh tersebut...tarikh je kot...

Woofer Storm said...

tulis cek nak blanja kita ke bro??

LadyBird said...

tarikh tu cantik.. 11.11.11 .. dan senang tuk ingat andai tarikh penting terpatri..
sekadar ske melihat tarikh begitu..
x salah kan kalau sekadar suke melihat.. tarikh yang unik dan terpesona memandangkan..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Akak tnya hubby, special ke tarikh ni? dia kata, biasa2 je...akak pun, mungkin sb takde peristiwa menarik dlm keluarga kami tp kalau terkena pd mereka yg menghadapi kehilangan org tersayang, kemalangan atau apa2 yg buruk, pasti tarikh tu juga jd ingatan utk selamanya....

HujanMenjerit said...

apesal sy tak menggelabah cam orang lain ni?? adess. saya terlepas something ke? hihi
siap seronok kua dengan kwn2 lagi. on9 pon lambat semalam. :D

izzah azhar said...

kalau break up or bercerai tarikh ni ilang la cantik tarikh ni :p

nini said...

erm tarikh ni memang cantik but its nothing....hehe

Mawar said...

hehh..tu la..kt fb penuh status tarikh ni..padahal xde pe pn..heh

Aku Conteng said...

aku x perasan pula tarikh 11 nov bernombor 11.11.11. sebab haritu ak bz ngan psediaan exam...malam tu bukak fb bru perasan yg smua org dok sebok2 post pasal tarikh tu...cey..haha