Pages

Tuesday, October 11, 2011

Tempat Yang Paling Menyeramkan

Tahukah anda di mana tempat yang paling angker, menakutkan dan sangat menyeramkan? Yang bakal membaham jutaan manusia. Adakah di Segi Tiga Bermuda? Ataupun rumah hantu Sunway Lagoon? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya. Ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Ini belum cukup seram lagi..

Tempat itu adalah NERAKA! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan kematian, azab semasa sakaratul maut, siksa kubur, bencana kiamat, hisab di padang mahsyar, meniti titian siratul mustaqim dan lain-lain, itupun sudah dikira amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.

Antara sifat-sifat Neraka yang maha dahsyat ini adalah :

1. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah. Kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih. Kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka warnanya hitam gelap.

2. Tidak pernah padam nyala dan baranya.

3. Andai terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya.

4. Andai sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

5. Andai satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

6. Andai seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

7. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Nabi SAW pun jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Neraka yang sebenar adalah jauh lebih menyeramkan daripada yang dibayangkan oleh manusia. Sedangkan panas matahari pun kita tidak mampu tahan. Apatah lagi panas neraka yang maha dahsyat tu?

Ya Allah.. Kami tidak layak ke syurga-Mu. Namun kami tidak pula sanggup ke neraka-Mu. Ampunkan dosa kami. Terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Dosa-dosa kami bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmat-Mu, ampunkan kami Ya Allah. Selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan. Kami takut dan kami harap kepada Mu, suburkanlah cinta kami kepada Mu Ya Allah... Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu.. Aminn...

25 360 juta komen:

kembatolo™ said...

na'uzubillah. semoga Allah jauhkan kita semua dari neraka.

Spanar Buruk said...

ye ye SZ neraka lgi seram..sape dpt msuk sana mmg kna azab..bringt sblm kna..buat amalan sbnyk yg blh utk mnuju syurga ILAHI..

reza al-razi said...

Ya Allah.. takutnye..

hikari said...

sekarang bila sebut neraka orang semacam dah tak gerun/takut tpi bila sebut cite seram/rumah hantu mak aih siap tarik selimut selubung.bila titik hitam di hati semakin membesar, perasaan takutkan Allah tu pun dah takde..manusia kann~

Rtp Farra Arisha said...

syurga dan neraka, hanya Allah yang tentukan kita berada di tempat itu. maka we've to do the good things only klo ingin menjadi ahli syurga di hari depan..insyAllah.

Kakzakie said...

Allah... sungguh kami tak layak ke syurgamu. Rasa syahdu pulak bila baca N3 ini. Moga kita sentiasa beringat. Kalau api mancis pun kita tak tahan inikan pula neraka Allah yg sedikit gambaran diberikan ini.

Anum said...

great sharing

wawa said...

sgt menekutkan azab ALLAH...
moga2 kita tersenarai dalam golongan org2 soleh and taubat kt diterima ALLAH..==))

deno said...

nauzubillah... minta tuhan jauhkan kita semua dari azab api neraka... amin...

exora said...

kalau berada d tempat mcm lam gambar tu pun dah cukup menyeramkan...
apatah lagi NERAKA kan...

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

nice sharing.. kalau nak jauhkan dari tempat ni kene la bnyk buat amalan.. hee~ harap kite sentiase di lindungi ALLAH.. amin !

Ridzwan Mohamed said...

hui meme seram

Qaseh dalia adelia said...

T_T tapi kenapa kadang2 kita suka menempah neraka .. kenapa sering kali buat perkara yg tujuan nya ke sana huhuk .. takuttt

azwa amani said...

ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMU.. aminn

naqib faiz said...

memang seram nih..

cik ciput said...

ingatkan mana la tadi.. T_T

*takut dengan azab api neraka, tpi masih berani buat dosa..

Norashiqin Kamaruzaman said...

semoga kita terus diberi hidayah dan petunjuk begitu juga dengan umat nabi Muhammad yang lain... =(
terutama ahli keluarga kuh~

bai baizura said...

semoga kite ditmptkn di kalangan org yg beriman...aminn..

aniki said...

sapa yang baca ni tak insaf2 lagi tak tau ar..semoga Allah ampunkan dosa2 aku..amin

Faris Al-Muhandisu said...

Nau'zubillahi min zalik

diana said...

betul2 menyeramkan walaupun hanya digambarkan melaui penulisan..

Siti Mashitah Saidin said...

Rassullah pon pengsan. kalau kita nih tak rasa apa2, tak tahu la....

Puteri Iqa Izyan said...

semoga kita semua dijauhkan dari azab neraka.

hana said...

Ya Allah..
sungguh menakutkan...
semoga di jauhkn dari azab neraka..

Dee Zahari said...

Subhanallah..

Meremang bulu roma.
Tak tercapai dek akal keseraman neraka.

Moga kita semua berada di bawah lindunganNya