Pages

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Baru Buat Kali Kedua


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. -MStar

YDPA dan Timbalan YDPA...
Gandingan mantap... Menuju Malaysia sejahtera!

Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik meluahkan rasa bangga kerana Tuanku adalah Sultan pertama dalam sejarah Malaysia yang diisytihar menjadi Yang Di-Pertuan Agong buat kali KEDUA.


Senarai Raja-raja yang  pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini :

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

sumber : wikipedia


Tahniah Tuanku. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus memimpin Negeri Kedah Darul Aman dan negara tercinta, Malaysia. Daulat Tuanku! Allahu Akbar!

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
Bakal Yang Di-Pertuan Agong ke-15.. =)

SZ : Sultan negeri lain ada yang jadi YDPA 2 kali? Takdak an? Tak dak an? Kawe banggo jadi anok Kedoh.. :D

27 360 juta komen:

cintatulip said...

bangga jugak!!!

hana said...

tibe2 rasa bngge gak ngn kedah...
huhuh

Farhan AJ said...

kata anak jati kedah, tetibe ade 'kawe banggo' plok doh ??

wachaaa !! dush3 !! hahaha

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

bangge tgk sultan solat pakai kopiah. humble..

tumpang bangge gandingan mantap nih. orang KL takdek sultan. uhuh

I Luv Allah said...

bangga2..Daulat Tuanku..

syAfA said...

saye bangge sebab study kat UUM..Kedah jugak kan?hehehe!walaupun asal terengganu..hihi..

bola menang tadi..bangga jadik ank terengganu.muahahaha~~

Fiqah said...

saya pun anak kedah. :)

cik ciput said...

bangga!

Daulat Tuanku!

*aku sendiri tak paham dengan perasaan ni..rasa kasih yang teramat kat sultan kedah..penangan daulat kot nooo...

aniki said...

aku pun bangga jadi rakyat kedah..

azwa amani said...

bangga juga...huhu ;) bye sz..mungkin amani akan tinggalakn dunia blogger, tapi insyaAllah, amani akan datang ke sini selalu...sebab lu best.. huhuhu..teruskan menulis, kerana dirimu begitu berharga..wuhuhu

zikeryhassan said...

aku rasa Sultan Kelantan je yang macam tu. respect sama baginda Sultan Kelantan

Puteri Iqa Izyan said...

bangga jugak jadi keturunan kedah. ehek.

Mar said...

ya also proud as a anak kedah,..DAULAT TUANKU,.moga dipanjangkan umur..

puteraduyong said...

rasa nak jadi sultan...tapi mustahil... ;)

diana said...

bangga jugak..
sebab kawen dengan orang kedah...
heheheh

exora said...

ermm..lamanya tggu turn kelantan untuk jd Agong

angah ahmad said...

daulat tuanku~ :)

pena rozie said...

Tahniah....

FaKArePa!n said...

daulat tuanku..

Sultan negeri ambe nk balik berehat kat kg la pulak.. dh lama memerintah.. hehe

Spanar Buruk said...

encik SZ,sya ada rekues ni..saya na wat entry wordless tntg SZ..blh tak saya amik gmbr SZ pkai crmin mata tu?..nak bubuh dlm entry..klau blh atau tak,sila tinggalkan komen anda di shout atau di entry..

by da way tu Sultan Ngri klhiran saya..jdi Agong..yes yes

ohjob said...

tahniah YDPA baru

cek chun said...

wei awat anak kedah kat luar kedah tak dapat cuti?
ni yang kawe nak rasa biasa-biasa ja nih

Ain Zulaikha said...

daulat tuanku!
even bukan orang kedah hehe

YOUsoF said...

Daulat Tuanku. Semoga Malaysia terus maju dah sejahtera aminnn..




Aku pun bangga berkawan dengan budak Kedah. ;D

fRaMe+LenSeS said...

bangga jugak la camni. hihihi

Cik Lin Lina Zainal said...

"SZ : Sultan negeri lain ada yang jadi YDPA 2 kali? Takdak an? Tak dak an? Kawe banggo jadi anok Kedoh.. :D "

kenapa perlu ada kenyataan macamni ek?mcmana nk jd YDPA buat kali ke-2 kalau sudah ade yg mangkat? ajal maut ditangan Tuhan. maka, nape perlu kata mcmni..? (-.-)

Solihin Zubir said...

@Cik Lin Lina Zainal : Cik adik.. itu hanyalah ayat gurauan.. tak payah la nk ambik siries sgt ok.. kicik punya hal.. =)