Pages

Thursday, October 20, 2011

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

Rasanya ramai yang dah tengok video budak 2 tahun digilis van dan lori di China. Yang hangat dan pantas tersebar. Sedih tengok video tu. Dan aku pelik. Diorang ni takkan tak perasan budak tu? Takkan tak nampak? Yang van tu pulak seolah-olah macam sengaja langgar budak tu. Gila apa ni? Sangat kejam bila orang ramai yang lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. Hanya tengok dan terus berambus tanpa ada rasa belas ihsan ingin menolong budak yang terkulai layu berlumuran darah di tengah jalan tu. Lebih menyakitkan hati bila ada yang seolah-olah berpura-pura tidak nampak budak tu.

Adik Yueyue dikhabarkan koma teruk dan sudah meninggal dunia..
Gambar dan berita lanjut, sila klik shanghaiist.com

Lepas tu, baru ada seorang amoi tua yang sudi angkat budak tu ke tepi jalan. Itupun dia macam takut-takut dan menjauhkan diri selepas mengalihkan budak tu ke tepi jalan hinggalah mak budak tu datang. Rupanya semua itu bersebab. Ia berkait rapat dengan undang-undang dan budaya di China.

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong!

2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya.

3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh.

4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja.

5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu.

6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya.

Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya?

1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang.

2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua.

3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi.

4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati.

p/s : Maklumat ini diperolehi daripada sebuah akhbar Cina. Dicerita oleh ofismate saudari Anne Raini yang berbangsa Cina. Maklumat lanjut, sila ke blog beliau. SILA KLIK anneraini.blogspot.com


SZ : Berbeza dengan Malaysia. Kalau ada eksiden, penuh orang berhenti tolong. Tolong tengok pun ramai.

32 360 juta komen:

GreenAppleKu.com said...

Manusia semakin hari semakin hilang sifat perikemanusiaan. Peraturan yang ada pun tidak boleh di gunapakai. Jangan di Malaysia tiba-tiba nak buat peraturan yang sama sudah la.

mOoN said...

Ya ALLAH... ada juga undang2 macam tu... habis hilang rasa kemanusiaan...

azwa amani said...

kesian budak tuuu...

hidayahjamal said...

mmm sedey :'( tp napa van tu nak jgk terlanggar' budak tu, hrp dia terima blsn..budak tu ntah hidup kex

zikeryhassan said...

sampai begitu sekali undang-undang kat sana. beruntunglah kita yang hidup kat Malaysia ni

syarifahsidrus said...

bila manusia dah tak ada nilai masyrakat dan moral...:((

mudahan2 kat malaysia takde la macamni

sarah-najwan said...

akak baca isi n3 kamu ni hati2 solihin takut kalu scroll laju2..ade kamu buh gmbr budak tu dlm keadaan yg ngeri tu...xsanggup akak nk tgk..budak tu sebaya mek sarah akak..

semoga kita semua dihindari dr segala musibah mcm tu dan dijauhi dr sikap yg selfish...

Anum said...

jom semua boikot negara china

onie said...

masalah betul undang-undang depa...kerajaan apa la eh,sorry-sorry,teremo.. betoi SZ kata, orang malaysia kalau eksiden ramai yg tolong,yg tolong tgk pon ramai,pastu jalan mula lah jammed sebab ramai yg tengok,aduh...

Anonymous said...

saya mohon share yea tuan punya blog.....

FaKArePa!n said...

bahaya btol la rakyat China ni..

SyafiQ aHaDin said...

saya nangis tengok benda ni! Serius!

Jejaka Terhangat said...

uiks..betol ke? mcm pelik je undang2 camtu..hak asasi manusia tak terbela dgn adil. erkk..

Bella ulallala~ said...

teruknye pemikiran orang China ni.. nak niat tolong ikhlas pun jadi terbantut..

cucu umie said...

sgt kasihan budak itu.. tidak ptot untuk seperti itu diwujudkan..mana pergi nilai kemanusiaan..

Yatie Awang said...

Ya Allah, ada juga undang2 macam tu,

IMANSHAH said...

tengok lah depa langgar anjing ka, kucing ka..mana ada rasa bersalah..gitulah gamaknya langgar budak

Lady Meeloa said...

syukur hidup di malaysia.. huhu :(

reza al-razi said...

Mcam2 hal..... nak buat baik pun ada risiko..

h A n Y S said...

dah takde sifat perikemanusiaan dah! lebih pikir law! kesian budak tuuuuu.. T__T

exora said...

ooo..begitu rupanya,
meme la org x nak tolong
nak kn tggung lak risiko n kos perubatan

tp bila sesebuah ngra nak maju mcm tu la jdnya..abaikan nilai kemanusiaan dan msg2 penting diri

Anonymous said...

kalo anak president dia kena mcm tu apa reaksi dia? harap2 negara kita jgn jatuh pada politik yg ada undang2 mcm 2

cik ciput said...

patutla..tapi kan, still saya rasa undang2 kat china tu sangat tak patut..no sense of humanity..

Faeza Suhaimi said...

speechless

wath said...

klau hidup dak tu mau cacat seumur hdp..sian dia

Puteri Iqa Izyan said...

orang yang langgar tu kejam gila kot. selamber je die explain tgk dlm berita hari tu.

ish. akal letak mane entah. pheww~

Miss Meen said...

Ya....sedih bila teringat mentaliti masyarakat dunia ini
S0 nak pergi luar negaralah sangat kan...
Kenalah BELAJAR BUDAYA 0rg sana dulu...
Barulah b0leh senang2 jalan jalan cari makan ker angin ker...
Aduiiii...unsur nilah perihatin & kasihan dah kurang dah dalam jiwa masing2
Kerajaan China neyh kalu tak insap lagi mmg tak patut laahhh...
Pengurusan FAIL!!

YOUsoF said...

Kesian... Nak buat baik pun takut macam tu kan..


Harap² nilai kemanusiaan tetap terjamin kat sini.

nawwar_hanifah said...

undang2 pelik menyebabkn masyrkt bersikap pelik jugak...

or maybe should say "kejam" instead of pelik tu..*geleng kepala*

Anonymous said...

ah kalau nak tolong apa salahnya..kan dah ada video sebagai bukti sapa yang langgar..so kalau dia tolong boleyh ja tunjukkan video sebagai bukti bukan dia yang buat..cam 2 pun susah mo pk ka..kalau jadi kat anak dia baru dia rasa..kali 2 nak nagis kuar air mata darah pun ada orang kesah!!!

Terbang Bersamaku said...

melampaunya...kenapalah undang2 kat sana mcm tue ye..kejam sungguh..

Anonymous said...

sedih btul aq tengok budak tu,
geram pun ade gak...
bodoh punya china,undang2 cam taik...
kalau negara aq ade undang2 cam ni gak,aq tau ape ape aq nak wat dengan sipembuat undang2 tu...
dan aq x teragak2 nak melanggar undang2 tersebut...
hope we can make a better future!!!
all the best...:)